Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia
Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan
13hb February 2020.Penang.Satu latihan kebakaran (fire drill) telah diadakan dengan pihak BOMBA Bukit Mertajam sebagai satu kaedah persediaanmenghadapi musibah kebakaran pada masa hadapan.Dengan kekuatan 6 anggota BOMBA dan warga IKTBN Bukit Mertajam termasuk kakitangan , pelajar dan kontraktor dengn jayanya dapat melaksanakan latihan ini.Pengarah IKTBN Bukit Mertajam juga mengambil bahagian memadamkan api yang dinyalakan oleh pihak BOMBA.
5hb February 2020.Penang.Satu program khidmat masyarakat diadakan oleh IKTBN Bukit Mertajam sebagai sumbangan dan juga latihan bagi pelajar .Program ini dijayakan dengan kerjasama jurusan PW4 semester 5 (elektrik) dibawah seliaan oleh Pegawai, En Abdullah Bin Thayil Mammi.Antara program yang dijalankan adalah projek pendawaian semula KEMAS Bukit Minyak dan Projek Pendawaian Semula rumah En Azman. Premis yang terletak di Kg Selamat ini dimiliki Orang Kelainan Upaya. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban tuan yang memerlukan.
23hb Januari 2020. Satu kursus IR4.0 UPSKILLING FOR INDUSTRIES telah diadakan diadakan pada 21-22hb Januari 2020 yang bermula dari jam 8.30 pg - 5.00ptg.Kursus bertempat di Auditorium jabatan Elektronik IKTBN Bukit Mertajam.Kursus ini melibatkan hamper 80 orang peserta sekitar Pulau Pinang.Program ini adalah kerjasama diantara pihak penganjur Malaysia Automotive, Robotics & IoT Institute (MARii) dan Host IKTBN BM.Penglibatan peserta industri dan institut JMTI/ILP/KV dan lain lain.
12hb Januari 2020.Pulau Pinang .Bagi mengukuhkan semangat kerjasama dan berpasukan antara warga IKTBN Bukit Mertajam ,satu kursus Pengukuhan Pasukan Kakitangan IKTBN Bukit Mertajam diadakan bertempat di ILEAD Kem Wawasan Negara Balik Pulau , Pulau Pinang.Seramai 70 Orang kakitangan IKTBN Bukit Mertajam menyertai kursus ini Termasuk Pengarah dan Timbalannya.Pelbagai kaedah dan cara dapat diperlajari dalam menangani maslah kerjasama dan pengukuhan pasukan.Sokongan haruslah diberikan dalam kerja berpasukan .Sikap yang positif kan memangkin kemajuan Institut pada masa hadapan.Segala ilmu yang diberikan akan dimanfaatkan sewaktu menjalankan tugas dan menjalinkan hubungan silaturahim
10hb Disember 2019 . Bukit Mertajam . Satu bengkel berkenaan industry revolution 4.0 (RFID tech dan Manufacturing Execution System - MES) telah diadakan pada hari Selasa (10hb Disember 2019) bertempat di makmal ICT IKTBN Bukit Mertajam yang disertai oleh 20 orang kakitangan IKTBN Bukit Mertajam.Bengkel ini dibuat dengan kerjasama KISMEC Sungai petani bagi memberikan pendedahan mengenai IR 4.0 sebagai satu pendekatan menganai perubahan revolusi dalam industry pada masa kini.
Manfaat daripada menyertai ini adalah memberikan pemahaman kepada semua warga kemahiran pentingnya perubahan revulosi industri agar dapat menghadapi cabaran pada masa akan dating.
19hb November 2019.Bukit Mertajam .Bahagian Pengurusan Kemahiran Belia (BPKP) telah mengadakan satu bengkel bertempat di IKTBN BUKIT MERTAJAM yang menjurus kepada ciri ciri atau kriteria bagi Anugerah ILKBS terbaik .Penandarasan ini adalah kerana IKTBN Bukit Mertajam pernah menjuarai Aunugerah ILKBS Terbaik 2018 . Lawatan Peserta Bengkel Kriteria AIT 2020 ke Jabatan Elektronik & Pusat Incubator Servis Telefon Bimbit adalah satu aktiviti yang telah ditetapkan .Mereka melihat bagaimana tatacara pengurusan yang dilakukan dan akan digunapakai di institut masing -masing.
14hb November 2019 ,Bukit Mertajam.Iktbn Bukit Mertajam telah mengadakan Program Kembara Mencari Cinta 2019 bagi membantu meningkatkan daya jiwa bangsa dengan mengadakan pelbagai pertandingan yang menarik.Antara pertandingan yang diadakan adalah Pertandingan Sajak,Pertandingan Forum,Tulisan Khat Kategori Staff , Perarakan dan Moderator Forum Terbaik.
Tahniah kepada Jabatan Elektronik kerana telah memenangi pertandingan tersebut
20hb Oktober 2019 , Shah Alam.IKTBN BUKIT MERTAJAM telah sekali lagi layak menyertai pertandingan akhir Pertandingan Kemahiran Malaysia dalam bidang Elektronik Dan Elektrikal .Bagi Bidang Elektronik diwakili oleh seorang pelajar perempuan dan bagi bidang elektrikal diwakili oleh seorang pelajar lelaki.bidang Elektronik telah diadakan di CIAST Shah Alam manakala Bagi bidang Elektrikal diadakan ABM terengganu.
semoga beroleh kejayaan kpd teams ILKBS IKTBN BM walaupun kita pesaing tetapi kita tetap kawan..team kita sama2 dah berlatih, berusaha namun Allah dah ada jawapannya, Siapa yg lebih cemerlang dialah pemenangnya.Rezeki Allah dah tetapkan. kalah atau menang, anda kami semua tetap juara.Jom hidupkan TVET utk pembangunan Negara!!
sama2 kita bersaing sihat utk naikkan nama Negara,Institut, Belia dan diri sendiri.
30hb September 2019.Perak .Pada tarikh 27hb september hingga 29 September 2019 telah diadakan pertandingan inovasi peringkat kbs iaitu IDEA'19 Gerbang Kerjaya IKBN Seri Iskandar.Pasukan IKTBN BUKIT MERTAJAM telah menghantar 3 projek inovasi untuk dipertandingkan serta Pameran Robot IKTBNBM .Tahniah pasukan IKTBNBM kerana telah memenangagi beberapa pingat.
21hb September 2019 .Bukit Mertajam. Sertai revolusi perniagaan digital terkini bersama eUsahawan Young Heroes Programme!.eUsahawan Young Heroes merupakan program anjuran Kementerian Belia Sukan (KBS) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk melatih 10,000 belia dalam perniagaan digital .Programme yang dilaksanakan untuk membantu semua belia cara untuk memulakan perniagaan secara atas talian dimana telah terbukti dapat meningkatkan hasil jualan ke satu tahap lebih tinggi.Selama maju jaya bagi peserta kursus ini dan memperolehi kejayaan pada masa akan datang
29hb Ogos 2019 .Bukit Mertajam .Terima Kasih dan tahniah Kepada semua Kakitangan & Pelajar IKTBN BM yg memberi komitmen untuk menjayakan program sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat IKTBN Bukit Mertajam .Program dimulakan dengan ucapan Pengarah dan perarakkan sekitar IKTBN Bukit Mertajam.Perarakkan bertema pakaian seragam kemerdekaan menjadikan program ini lebih ceria dan bermakna.Semoga dengan adanya program seperti ini dapat memupuk semangat kemerderkaan kepada warga IKTBN Bukit Mertajam.
3hb Ogos 2019 .Kulim.Kedah.Satu program BOOTCAMP KBS 2019, IKTBN (Kementerian Belia & Sukan), Bukit Mertajam, telah berlangsung pada 29hb Julai ~ 02hb Ogos 2019bertempat di Kem Motivasi Bukit Besar, Kulim, Kedah.Program dibuat bertujuan memupuk semangat kerja berpasukan dikalangan peserta setelah menghadiri kursus teknikal bootcamp IPC 7711 Soldering specilaist yang bertempat di Jabatan Elektronik Iktbn Bukit mertajam.
16hb Julai 2019.Putrajaya.Tahniah IKTBNBM diatas kejayaan mendapat naib Johan, Anugerah Pengurusan Latihan Terbaik Institut Latihan Kemahiran kementerian Belia dan Sukan Malaysia.Hasil penat lelah dan komitmen warga IKTBN Bukit mertajam yang telah bertungkus lumus menjadi institusi ini berjaya memberikan kepuasan dan rasa terharu.
tahniah utk semua warga kerja IKTBNBM... Semoga terus sukses...
© Hak Cipta Terpelihara 2018 Kementerian Belia Dan Sukan