Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Bukit Mertajam

IKTBN Bukit Mertajam (66)

 5hb julai 2018.Bukit Mertajam.Satu Taklimat Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Berasaskan Kecemerlangan (KC)     Bagi Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional (PPLV) dan Pegawai Latihan Vokasional (PLV)   Gunasama Persekutuan .tujuan taklimat ini adalah untuk menerangkan tatacara permohonan kenaikkan pangkat   berasaskan kecermerlangan .taklimat disampaikan oleh pegawai jpk utara .

Bukit Mertajam 29 Jun 2018 – Sempena meraikan kejayaan kita berpuasa selama sebulan di bulan ramadhan, pihak IKTBN Bukit Mertajam telah mengadakan Sambutan Gema Syawal IKTBN Bukit Mertajam pada hari jumaat 29 Jun 2018 bersama dengan kemasukan pelajar baru seramai 252 orang untuk sesi ini.

Antara juadah yang dihidangkan ialah rendang ayam, lemang, ketupat, nasi dagang, laksa dan berbagai kuih-muih yang dihidangkan. Kesemua juadah yang dihidangkan telah diagihkan kepada semua jabatan dan bahagian dan dimasak sendiri oleh para pegawai dari setiap bahagian dan jabatan tersebut.

Turut serta En Shamsudin Oli, Alumni ILKBS Malaysia, menyambut dan memeriahkan sambutan gema syawal di IKTBN Bukit Mertajam.

BUKIT MERTAJAM, 25 Jun 2018 – Minggu Silaturahim IKTBN Bukit Mertajam Sesi Jun 2017 telah diadakan sepanjang 9 hari bermula 25 Jun 2018 hingga 3 Julai 2018. 

Minggu Silaturahim telah bermula pada 25 Jun 2018 dengan aktiviti menggunting rambut dan taklimat dari warden asrama dan disiplin. Pelbagai aktiviti telah diadakan khas untuk para pelajar seperti aktiviti Latihan Dalam Kumpulan, Kembara, Sukan, Ceramah ARP dan aktiviti lain mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan ini khusus untuk para pelajar baru bertujuan untuk menyediakan kekuatan minda dan emosi untuk berada di institut ini. Selaian itu, ia juga demi meningkatkan tahap komunikasi, nilai kepimpinan, kecergasan serta memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat terpendam dalam diri mereka.

BUKIT MERTAJAM, 25 Jun 2018 – Hari Pendaftaran IKTBN Bukit Mertajam Sesi Jun 2018.

Selamat dating diucapkan kepada semua para pelajar yang telah mendaftar masuk ke IKTBN Bukit Mertajam untuk sesi Jun 2/2018 ini.

Seramai 252 pelajar telah diterima masuk untuk pelbagai jurusan seperti elektrik, elektronik, mekanikal industri, penjaga jentera elektrik, mekatronik dan lain-lain lagi.

Jumlah kemasukan telah mencapai kuota yang ditetapkan iaitu mencapai sasaran seramai 250 pelajar yang mendaftar masuk ke IKTBN Bukit Mertajam.

Selamat menempuh kehidupan sebagai seorang pelajar di IKTBN Bukit Mertajam. Semoga semua pelajar yang melapor diri akan tamat pengajian dengan jayanya nanti dan bukan berhenti di separuh jalan.

Bukit Mertajam 12 jun 2018 - Satu perjumpaan diantara Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam (BM) dengan Staff telah berlangsung di Auditorium IKTBN BM.

Dalam sesi perjumpaan tersebut, pengarah IKTBN Bukit Mertajam meluahkan rasa berterima kasih di atas komitmen yang diberikan untuk menjayakan program di IKTBN BM sepanjang sesi 1/2018 ini.

Dalam perjumpaan tersebut juga, Pengarah IKTBN Bukit Mertajam menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana kita semua dapat menyempurnakan ibadah puasa dan menghadapi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan dengan bermujahadah dan bermuhasabah diri, sementara bulan Syawal mula melabuhkan dirinya. Dalam kesibukan melaksanakan tugasan masing-masing, diharap agar sambutan Aidilfitri pada tahun ini disambut dengan meriah oleh semua warga IKTBN Bukit Mertajam tanpa mengira pangkat, usia dan bangsa. Aidilfitri adalah hari kita menyambut kemenangan dan sebagai ganjaran kepada mereka yang sabar dan taat beribadah sepanjang berada di bulan Ramadhan.

Di Akhir ucapan kepada semua warga IKTBN Bukit Mertajam yang akan pulang ke kampung halaman berhari raya, rancanglah perjalanan dengan baik dan pastikan periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan agar selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju.. Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439 Hijriah, Maaf Zahir dan Batin.

Sabtu, 09 June 2018 16:56

“ TETAMU YANG DIRINDUI “

Written by

Bukit Mertajam 8 jun 2018 :- Bersempena di Ramadan , Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam telah menganjurkan ceramah agama Ambang Ramadan 1439 Hijrah bertempat di Surau An-Nur, IKBN Bukit Mertajam.

Ceramah disampai oleh Ustaz Ibrahim sendiri. Beliau menjelaskan sekiranya seseorang berpuasa dengan taqwa ia dapat mengembangkan emosi, mendidik kejujuran, meningkat ilmu pengetahuan, mendidik kesetaraan, mendidik disiplin dan mengajar erti kesabaran.

Ramadan haruslah dihidupkan dengan dua perkara iaitu As Siyam (menahan diri dari sifat-sifat mazmumah) dan Al Qiyam iaitu membangunkan Ramadan dengan aktiviti tadarus al Quran, qiamullail, solat tarawih, infaq dan sebagainya.

Tambah beliau lagi, bagi mengimarahkan Ramadan, pelbagai aktiviti keagamaan disediakan untuk semua warga IKBN Bukit Mertajam sepanjang bulan Ramadan ini. Seluruh warga IKBN Bukit Mertajam mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam.

Turut hadir dalam ceramah tersebut Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar Dan Pengurusan IKBN Kinarut Encik Azian dengan diiringi oleh Timbalan Pengarah  HEP En. Khairul Nizam.

BUKIT MERTAJAM , 07 Jun 2018 : Surau An Nur IKTBN BM telah berjaya menganjurkan Majlis Khatam Quran sempena Ramadhan Karem baru-baru ini. Majlis yang berlangsung selepas solat Asar melibatkan semua pelajar dan kakitangan beragama Islam bersama-sama membaca Al Quran dan berkhatam.

Program ini diadakan setiap tahun apabila tibanya bulan Ramadhan Al-Mubarak, sepanjang Ramadhan pelajar akan terlibat dengan tadarus Al-Quran dan diakhirnya diadakan majlis khatam Al-Quran. Majlis ini dipimpin oleh Ustaz Ibrahim.

BUKIT MERTAJAM , 7 Jun 2018 : Bulan Ramadhan bulan yang berkat, bulan rahmah dan bulan ibadah, pahala digandakan, doa diterima, bulan Lailatul Qadar yang istimewa. Setiap tahun semua umat Islam menyambut bulan Ramadhan penuh kerahmatan dengan penuh kesyukuran. Pengisian bulan ini bukan hanya dengan berpuasa, tetapi juga dengan membaca Al-Quran.

Oleh yang demikian, IKTBN Bukit Mertajam bersama KESUKEB telah mengadakan Iftar Ramadhan kali ketiga pada tahun ini untuk seluruh kakitangan dan juga pelajar. Majlis ini telah dihadiri lebih kurang 450 orang. Iftar Ramadahan ini telah dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas bagi menunggu masuknya waktu berbuka puasa.

Khamis, 07 June 2018 11:28

PEPERIKSAAN AKHIR SESI 1/2018

Written by

IKBN BUKIT MERTAJAM– Seramai 350 orang calon pelatih IKBN Bukit Mertajam telah menduduki Peperiksaan Akhir bagi sesi Januari 2018 sedang berlangsung di Dewan Perdana, IKBN Bukit mertajam.

Peperiksaan akhir bagi sesi Jun 2018 kali ini telah bermula pada 4 Jun 2018 sehingga 08 Jun 2018 serta peperiksaan dilaksanakan serentak bagi seluruh ILKBS se-Malaysia.

Menurut kenyataan Cawangan Penyelarasan Kawalan & Kualiti (CPKK) IKBN Bukit Mertajam daripada jumlah calon yang menduduki peperiksaan akhir merupakan pelatih-pelatih daripada pelbagai kursus, antaranya Penjaga Jentera Elektrik, Pendawaian Elektrik, Mekanikal Industri, Mekatronik dan lain-lain lagi.

“Seramai 50 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan, “ jelas kenyataan itu.

Cawangan Penyelarasan Kawalan & Kualiti (CPKK) mengingatkan semua calon agar merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlansung.

Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan kad pelajar serta keperluan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar.

Rabu, 16 May 2018 23:42

GLAM NIGHT “CHARITY DINNER”

Written by

Bukit Mertajam, 14 Mei 2018 – Baru-baru ini IKTBN Bukit Mertajam telah mengadakan GLAM NIGHT “CHARITY DINNER” bertempat di Dewan Perdana di bawah anjuran Kelab E-ICT, Jabatan Pengajian Umum, dan IKTBN Bukit Mertajam.

‘’Glam Night Charity Dinner’’ merupakan sebuah program yang dirancang bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada anak yatim dari kalangan pelajar IKTBN BM sendiri dan warga IKTBN BM yang memerlukan khususnya pekerja kontrak pembersihan. Selain itu melalui program ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan serta peluang kepada seluruh ahli kelab E-ICT untuk mengendalikan majlis.

Tetamu VVIP yang dijemput pada malam glam night ialah Pengarah IKTBN Bukit Mertajam, Tn. Haji Mohd Sukimi bin Mat Salleh dan turut disertai oleh Ketua Unit Hubungan Antarabangsa Politeknik Seberang Perai, En. Mariappen Gopalakrishnan, manakala tetamu VIP pulak ialah En. Zamri dari Syarikat Zuzu Jaya Enterprise, En. Roslan dari Syarikat mman Mera Enterprise serta ALUMNI.

 Program yang dirasmikan oleh Pengarah IKTBN BM ini dihadiri oleh 223 orang tetamu yang terlibat secara langsung sebagai penyumbang dana. Program ini juga dihadiri oleh En. Mariappen Gopalakrishnan iaitu merupakan Ketua Unit Hubungan Antarabangsa Politeknik Seberang Perai.

Pelbagai persembahan menarik yang dipertontonkan pada malam tersebut diantaranya ialah E-ICT The Musical yang telah memenangi tempat pertama pada English Drama Competition yang dianjurkan oleh IKBN Jitra yang lalu. Selain itu, penonton juga dihidangkan dengan tarian klasik India serta persembahan menarik dari The Burung’s Band.  

Majlis berakhir dengan sesi penyampaian sijil kepada pelajar terbaik semester akhir dan juga sesi cabutan bertuah. Diharapkan dengan penganjuran ’’Glam Night Charity Dinner’’ ini akan menjadi satu kejayaan yang besar bagi Kelab E-ICT khususnya serta IKTBN Bukit Mertajam secara amnya selain dapat memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.

Halaman 2 dari 5
 
Find us on Facebook
Follow Us