Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Bukit Mertajam

IKTBN Bukit Mertajam (91)

L

BUKIT MERTAJAM, 8 MEI 2017 – Satu Lawatan Audit Pemantauan bagi menilai Program Anugerah ILKBS 2016 telah dijalankan di IKTBN Bukit Mertajam baru-baru ini. Pasukan Audit Pemantauan tersebut yang diketuai oleh Tuan Haji Borhan bin Harman selaku Pengerusi, wakil Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) dan wakil audit dalaman KBS telah hadir ke IKTBN BM bagi mengaudit IKTBN BM untuk anugerah ILKBS Terbaik untuk tahun 2016. Lawatan tersebut telah menilai elemen-elemen penting melibatkan aspek Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan Pelajar dan Asrama, Key performance Index serta kejayaan yang telah di capai oleh IKTBN Bukit Mertajam. Pemantauan yang dilakukan selama dua hari tersebut memberi impak yang baik kepada IKTBN BM bagi mengekalkan kecemerlangan institut.

DISEDIAKAN : UNIT KORPORAT (IKTBN BUKIT MERTAJAM)

    

 

BUKIT MERTAJAM, 24 MAC 2017 – IKTBN BM terus memacu pendekatan kerohanian dan kekuatan jati diri pegawai dan pelajarnya dengan mengadakan kerjasama bersama regimen askar wataniah. Hasil daripada program tersebut, satu Majlis Perbarisan Penutup Asas Perajurit Muda (Sukarelawan) Askar Wataniah telah di adakan di IKTBN Bukit Mertajam baru-baru ini. Program kerjasama IKTBN BM dengan Batalion ke-2 Regimen 509 Askar Wataniah itu melibatkan keanggotaan seramai 100 orang perajurit yang telah tamat menjalani latihan. Program yang berjalan itu di luar waktu latihan dan termasuk hari Sabtu dan Ahad melibatkan aktiviti jasmani, kawad, menembak, medan tempur  dan survival hidup demi memastikan keberkesanan dan kekuatan mental dan jati diri.

Majlis Penutup tersebut dirasmikan oleh Ketua Komander Batalion Ke-2 Regimen 509 Askar Wataniah ini telah dilangsungkan dengan jayanya.

DISEDIAKAN : UNIT KORPORAT ( IKTBN BUKIT MERTAJAM)

          

LAWATAN INDUSTRI KE THE SUMMIT BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

BUKIT MERTAJAM, 1 MAC 2017 – Pendekatan baru IKTBN Bukit Mertajam adalah untuk mendedahkan “Real Job “ di industri kepada pelajar setiap jurusan. Sehubungan itu, Bahagian Pendawaian Elektrik IKTBN Bukit Mertajam telah mengadakan Lawatan ke The Summit Bukit Mertajam Pulau Pinang pada 22 Februari 2017 yang lalu. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk memberi pendedahan pada pelajar dan pengajar Pendawaian Elektrik mengenai sistem dimana punca bekalan utama dibekalkan dan diagihkan seterusnya faham akan konsep dan jenis pendawaiaan yang dibuat. Ini juga memberi persediaan bagi pelajar untuk memasuki alam pekerjaan nanti. Secara tak langsung dapat mempromosikan IKTBN Bukit Mertajam kepada agensi luar.

Lawatan ini melibatkan seramai 29 orang pelajar dan 3 orang pengajar pengiring  ia dapat memberi pendedahan sebenar berkaitan dengan modul yang dipelajari serta berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana sistem elektrik dan teknologi di hotel serta pusat membeli belah. Sepanjang lawatan tersebut, pihak The Summit telah memberi taklimat serta penerangan yang sangat khusus berkenaan sistem elektrik yang terdapat di sana.

DISEDIAKAN : MOHD ADLI BIN SHARUL HAYALI ( IKTBN BUKIT MERTAJAM)

   

                                                                                        

28 Februari 2017. Bukit Mertajam.    Demi memastikan peningkatan prestasi institusi latihan Kemahiran Belia (ILKBS) sentiasa memenuhi standard yang ditetapkan, satu Audit Peningkatan Prestasi Pengurusan oleh Unit Audit dalam Kementerian telah diadakan di IKTBN BM pada 20 sehingga 22 Februari yang lalu. Pengauditan tersebut berlangsung selama tiga hari merangkumi tempoh tiga tahun bermula 2014 sehingga 2016  di dalam menilai elemen-elemen penting dalam mekanisme menjadikan IKTBN BM antara institusi yang berprestasi tinggi. Antara elemen pengauditan tersebut melibatkan pengurusan kewangan, pengurusan pelajar, penyelenggaraan aset, pengajaran dan pembelajaran, pengurusan asrama, peperiksaan dan keboleh pasaran pelajar. Sepanjang proses pengauditan tersebut, IKTBN BM telah memberi kerjasama yang sebaiknya bagi memenuhi keperluan yang telah dinyatakan oleh pihak pengauditan yang diketuai oleh Puan Noorazrita binti Yaacob

DISEDIAKAN : AINIZA (IKTBN BUKIT MERTAJAM)

BUKIT MERTAJAM, 14 FEBRUARI 2017 –IKTBN Bukit Mertajam telah mengadakan Lawatan Industri ke Malakoff Power Berhad di Segari, Pantai Remis, Perak baru-baru ini.Lawatan tersebut adalah bertujuan mempromosikan IKTBN Bukit Mertajam kepada Industri serta hasil daripada perbincangan kerjasama antara syarikat dan IKTBN Bukit Mertajam sendiri.

            Lawatan ini melibatkan seramai 33 orang pelajar dan 7 orang pengajar pengiring  bertujuan memberi pendedahan sebenar berkaitan dengan modul yang dipelajari serta untuk melihat tempat Latihan Industri kepada pelajar Diploma Penjaga Jentera Elektrik A1 dan A4. Sepanjang lawatan tersebut, syarikat Malakoff Power Berhad telah memberi taklimat peluang kerjaya kepada pelajar serta memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan proses penjanaan tenaga elektrik menggunakan kaedah`combined cycle`.

            Latarbelakang SEV dan GB3 atau dikenali dengan Lumut Power Plant menghasilkan kuasa penjanaan sebanyak 2940 MW dan dihantar menggunakan talian 275 kV. Loji kuasa ini menggunakan sumber bahan bakar gas dan bahan bakar diesel sebagai alternatif. Malakoff  menyumbang sebanyak 22% daripada keseluruhan angggaran penggunaan kuasa di Malaysia sehari iaitu sebanyak 22000MW.

            Pelajar dan pegawai dibenarkan untuk memasuki kawasan penjanaan yang sedang beroperasi dan diberikan penerangan secara umum.

DISEDIAKAN : MOHD ZAMRI BIN AZALI ( IKTBN BUKIT MERTAJAM)

 

 

DISEDIAKAN : RAZMAN BIN MUSTAFFA (IKTBN BUKIT MERTAJAM)

PROGRAM MESRA BOWLING KAKITANGAN IKTBN BUKIT MERTAJAM

12 JANUARI 2017. Bukit Mertajam.    Mengeratkan hubungan dan kemesraan di antara kakitangan adalah elemen yang sangt penting bagi memacu kejayaan sesebuah organisasi. Sehubungan dengan itu, Kelab Sukan dan Kakitangan IKTBN Bukit Mertajam (KESUKEB IKTBNBM) baru-baru ini telah menganjurkan Pertandingan Bowling untuk semua kakitangan.

Aktiviti santai seumpama ini menjadi medium untuk bermesra bersama keluarga serta mengenali antara satu sama lain di kalngan kakitangan. Dokongan dan sokongan yang kuat dari Pengurusan IKTBN BM menjadi pemangkin dan kejayaan program seperti ini. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada KESUKEB yang berjaya menganjurkan aktiviti ini.

 

 

DISEDIAKAN : RAZMAN BIN MUSTAFFA (IKTBN BUKIT MERTAJAM)

MAJLIS BERSAMA PENGARAH DAN KAKITANGAN IKTBN BUKIT MERTAJAM 2017

12 JANUARI 2017. Bukit Mertajam.    Pada 03 Januari 2017 telah berlangsungnya Majlis Perjumpaan Bersama Pengarah bagi tahun 2017 yang bertujuan untuk memacu kejayaan IKTBN BM bagi tahun 2017 serta memantapkan hubungan diantara warga kerja IKTBN Bukit Mertajam. Perjumpaan ini melibatkan kesemua pegawai dan kakitangan IKBN Bukit Mertajam. Dalam Pertemuan ini, tanda aras 2016 sebagai garis panduan serta pelbagai pesanan dan maklumat terkini dikongsi bersama dalam usaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan, pembelajaran serta pembentangan berkenaan urusan pentadbiran dan kewangan. Pengarah IKTBN Bukit Mertajam, Tuan Haji Mohd sukimi Bin Mat Salleh turut mengingatkan warga kerja IKTBN itu supaya sentiasa bersikap positif dan berusaha memenuhi misi dan visi di samping bekerjasama dalam satu pasukan untuk menghasilkan impak yang berkesan untuk kejayaan organisasi.

ksu 1ksu

 

DISEDIAKAN : RAZMAN BIN MUSTAFFA (IKTBN BUKIT MERTAJAM)

‘LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN KE IKTBN BUKIT MERTAJAM

BUKIT MERTAJAM, 5 NOVEMBER 2016 –   “Laksanakanlah tugas dan tanggungjawab dengan telus, amanah dan berintegriti kerana setiap kita akan dipersoalkan diakhirat nanti” itulah antara intipati Amanat yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dato’ Lokman Hakim Bin Ali, Ketua Setiausaha, Kementerian Belia Dan Sukan sempena Lawatan Kerja ke IKTBN Bukit Mertajam. Turut serta dalam lawatan kerja tersebut adalah Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Ybrs Dr. Hajah Wasitah Binti Haji Yussof.

Lawatan kerja Dato’ KSU ini amat bermakna kerana lawatan tersebut dipenuhi dengan pengisian pertemuan bersama pegawai dan kakitangan,bagi menzahirkan aspirasi beliau, disusuli dengan sesi dialog bersama Majlis Perwakilan Pelajar. Selain itu juga, Y.Bhg. Dato KSU dan Ybrs. Ketua Pengarah dibawa oleh MPP untuk sesi Pertunjukan Robot dan Inovasi pelajar-pelajar IKTBN BM. Sebagai tanda ingatan kehadiran Y.Bhg. Dato KSU dan Ybrs. Ketua Pengarah, sesi bergambar dan acara menanam pokok turut serta antara agenda lawatan beliau ke IKTBN BM. Terima kasih Y.Bhg. Dato KSU dan  Ybrs. Ketua Pengarah.

 

Capture

 

DISEDIAKAN : ABDUL HAMID BIN SAKMUD (IKTBN BUKIT MERTAJAM)

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI TOUCH POINT IKTBN BUKIT MERTAJAM

BUKIT BALING, 4 NOVEMBER 2016 – IKTBN Bukit Mertajam secara berterusan melaksanakan tanggungjawab Program Khidmat masyarakat. Baru-baru ini, IKTBN BM telah menjalinkan kersama dalam menjayakan Program ‘Touch Point 2016’ anjuran Suruhanjaya Tenaga (ST) Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dengan kerjasama Tenaga Nasional (TNB), MALAKOFF dan pihak kontraktor elektrik sekitar Pulau Pinang dan Kedah. IKTBN telah menghantar seramai 24 orang pegawai dan pelajar Bahagian Pendawaian Elektrik (PW4) ke di Madrasah Misbah Al Falah, Baling untuk membuat kerja- kerja pembaikan dan pendawaian semula pondok-pondok dan rumah orang tua di madrasah tersebut.

Secara khususnya, Program ‘Touch Point’ ini adalah satu program tanggungjawab sosial dari Suruhanjaya Tenaga dan IKTBN BM sendiri iaitu untuk membaiki sistem pendawaian ke atas rumah anak yatim dansekolah-sekolah agama persendirian (madrasah) d idaerah Baling, Kedah. Antara Madrasah lain yang terlibat ialah Madrasah Nurul Isla, Madrasah Zuhdiah dan Madrasah Munawwarah.Majlis perasmian serta Penyampaian Penghargaan Program Touch Point 2016 ini akan disempurnakan oleh Tn. Hj. Ir. Othman Bin Omar, Pengarah Jabatan Operasi Kawasan & Penguatkuasaan Suruhanjaya Tenaga bersama Tuan Pengarah IKTBN BM Tuan Hj Mohd Sukimi Bin Mat Salleh

Isnin, 07 November 2016 20:49

PROGRAM MAAL HIJRAH IKTBN BUKIT MERTAJAM

Written by

 

Capture

DISEDIAKAN : USTAZAH NOOR AZLINA AZREEN (IKTBN BUKIT MERTAJAM)

‘PROGRAM MAAL HIJRAH IKTBN BUKIT MERTAJAM

BUKIT MERTAJAM, 18 OKTOBER 2016 –        Program Maal Hijrah bagi tahun 1438 H/2016 M, baru-baru ini telah diadakan Sambutan Maal Hijrah peringkat IKTBN, BM iaitu pada 14 Oktober 2016 bersamaan 13 Muharam 1438 H. Diantara aktiviti yang dijalankan ialah Program Mengacau Bubur Asyura secara bergotong royong serta Program Kuliah Maal Hijrah yang disampaikan oleh  Al-Fadhil Ustaz Subki Bin Mohamed.

Program yang dianjurkan oleh Surau An-Nur dengan kerjasama KESUKEB ini dijalankan secara serentak iaitu Program Mengacau Bubur Asyura bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang manakala Program Ceramah Maal Hijrah pula bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan seterusnya dapat memenuhi hasrat kerajaan yang ingin melihat seluruh rakyat Malaysia hidup bersatu padu dengan rasa persaudaraan yang tinggi serta aman dan harmoni tanpa ada rasa benci antara satu sama lain.

Halaman 6 dari 7