Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Kuala Perlis

IKBN Kuala Perlis (178)

shortcosenjin

22 Oktober 2019 -, IKBN Kuala Perlis telah mengadakan satu Kursus Jangka Pendek Engine System Troubleshoot And Repairing pada 19-21hb Oktober 2019. Seramai 16 peserta dari syarikat TCR Solution Sdn Bhd telah terlibat bagi meningkatkan pengetahuan dalam bidang tersebut. Kursus ini dirangka khas selama 3 hari untuk para peserta mengalami sendiri teknik dan cara yang betul dalam proses selenggara dan mengesan kerosakan berkaitan enjin diesel.

Kursus tersebut dikendalikan oleh Bahagian Penyenggaraan Jentera Berat, IKBN Kuala Perlis dan dikendali oleh 2 orang tenaga pengajar yang terlibat.

debutclub

IKBN KUALA PERLIS, 19TH OCTOBER 2019 – Debate Workshop on Introduction to Debate was held on 18th October 2019 at IKBN Kuala Perlis Resource Center. There were 20 participants consists of IKBN Kuala Perlis Debate Club. The programme revolved around the topic “Introduction to Debate” and the talk was delivered by Puan Fatin Nabila binti Fadzil, the English Teacher from SMK Abi. Throughout the programme, the participants learned to improve their confidence and communication skill.

 inovasiunikl

KULIM, KEDAH, 10TH OCTOBER 2019: INTERNATIONAL EUREKA INNOVATION EXHIBITION (i-EIE2019), was held at Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) from 7th to 9th October 2019. There were various organizations involved in the competition including Primary and Secondary Schools, Public Universities, Private Universities, Community Colleges, Polytechnics, ILP, ILKBS and various government agencies.

            A group consists of four students and one advisor from Commercial Vehicle Department had represented IKBN Kuala Perlis in this competition whereby they had won “SILVER AWARD” through their own project known as “MOVLAD (Moving Ladder)”. Congratulations to the students, it is hoped that this success will inspire the students to create better innovation products in the future.

Jumaat, 11 October 2019 10:04

CAREER FESTIVAL ZON UTARA

Written by

inovasisi

IKBN SERI ISKANDAR, PERAK, 4 OKTOBER 2019: Team Inovasi IKBN Kuala Perlis telah menyertai pertandingan inovasi di Career Fest Zon Utara. Career Fest Zon Utara telah diadakan selama 2 hari pada 28 dan 29 September 2019 di IKBN Seri Iskandar selaku penganjur pada kali ini. Pertandingan Innovation Development through Educational Activities (Idea’19) telah didakan di IKBN Seri Iskandar yang melibatkan dua kategori iaitu Kategori IDEA'19 ILKBS yang penglibatannya adalah di kalangan pelajar ILKBS Seluruh Malaysia dan kategori kedua Kategori IDEA'19 (Terbuka) penglibatan daripada pelajar sekolah, Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) dan Institut Latihan Kemahiran Awam/Swasta (ILKA/ILKS) termasuk ILKBS Seluruh Malaysia. Projek MOVLAD dari Jurusan Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan (PKP) telah menjadi johan dalam Mechanical Engineering Technology dan mendapat pingat emas. Projek Convertible Hybrid Seat dari jurusan Penyelenggaraan Kenderaan (PK) telah mendapat pingat emas dan projek Portable Rostrum dari jurusan Lukisan Seni Bina (LSB) telah mendapat pingat perak. Diharapkan kemenangan ini akan memberi semangat kepada para pelajar untuk terus mencipta produk inovasi yang lebih baik pada masa akan datang.

auditjpk

Kuala Perlis,4 Okt 2019 - Pada 30 September hingga 2 Oktober 2019 yang lalu, IKBN Kuala Perlis telah menerima Lawatan Penarafan Bintang 2019 bagi Program di Pusat Bertuliah. Terdapat dua jenis penilaian telah dilaksanakan iaitu Penilaian Umum Pusat Bertauliah danPenilaian Program Pusat Bertauliah. Seramai 3 orang panel dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) hadir untuk melaksanakan penarafan tersebut.

Antara Kriteria yang diambil kira di dalam proses penarafan bintang pada tahun ini adalah Pengurusan Keselamatan danKesihatan, Dokumen BahanPembelajaran (WIM), Pengurusan Bahagian / Bengkel dan Pengurusan Kerjaya dan Alumni Pelajar.

Penilaian Program meliputi kesemua lapan (8) program yang dijalankan di IKBN Kuala Perlis iaitu :

  1. PenyelenggaraanMekanik Marin Tahap 3
  2. PenyelenggaraanKeretaTahap 3
  3. PenyelenggaraanKenderaanPerdanganTahap 3
  4. PenyelenggaraanJenteraBeratTahap 3
  5. Semburan Cat AutomotifTahap 3
  6. LukisanSeni Bina Tahap 3
  7. JuruperancahTahap 2
  8. JuruperancahTahap 1

bootcampcat

20 September 2019 - Satu Majlis Penutup Program Bootcamp Semburan Cat Automotif Siri 2/2019 IKBN Kuala Perlis berlangsung di Pusat Sumber IKBN KP. Seramai 25 peserta dari golongan belia menyertai kursus ini bermula pada 3 Ogos dan berakhir pada 20 September 2019.

Program dirasmikan oleh Pengarah IKBN Kuala Perlis, Encik Apui Jan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah (BPL), Encik Mohamad Shukri Bin Abdul Mookmin serta Ketua Jabatan Teknologi Automotif . Menurut pengarah, beliau berharap kemahiran yang diberikan akan memberikan impak kepada belia dalam menempuhi alam pekerjaan serta berharap lebih ramai lagi penyertaan belia dengan program seumpama ini. Malah beliau turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga kerja yang telah bertungkus lumus sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

SARAENRAHIM

6 September 2019 – Sambutan majlis persaraan pegawai dari IKBN Kuala Perlis iaitu En. Rahim bin Abu Seman. Majlis tersebut telah di adakan pada 6 September 2019 di Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis. En. Rahim adalah seorang tenaga pengajar di IKBN Kuala Perlis dalam bidang Semburan Cat Automotif. Beliau mula berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan sejak 24 Mac 2001 dan akan bersara pada 9 November 2019. Pihak IKBN Kuala Perlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan diatas jasa dan bakti beliau sepanjang perkhidmatan. Semoga beliau diberikan kesihatan yang baik dan ceria selalu.

Capture

30 Ogos 2019 - Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-62 Peringkat IKBN Kuala Perlis diadakan di Dewan Utama IKBN KP. Sambutan ini melibatkan semua kakitangan dan pelajar di IKBN KP bagi menaikkan semangat patriotik di antara semua kakitangan dan pelajar berkaitan kemerdekaan di negara Malaysia. Turut diadakan sempena program sambutan Hari kemerdekaan iaitu persembahan Deklamasi Sajak, menyanyi lagu-lagu patriotik,

Turut hadir di program tersebut ialah Encik Apui Jan Pengarah IKBN Kuala Perlis, Encik Mohamad Shukri Bin Abdul Mookmin Timbalan Pengarah (Bahagian Pengurusan Latihan) dan Encik Amierul Affendi Bin Adnan Timbalan Pengarah (Bahagian Hal Ehwal Pelajar)

ppkpkp

29 Ogos 2019 - Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis telah selesai melaksanakan kursus program peningkatan kemahiran yang bertajuk 4 wheel steering system. Kursus ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 27 – 29 Ogos 2019 yang bertempat di bengkel Penyenggaraan Kenderaan Perdagangan. Seramai 12 orang peserta telah hadir bersama dalam kursus tersebut. Peserta terdiri daripada IKTBN Chembong, Bachok, Dusun Tua, IKBN Miri dan Kuala Perlis.

progkhidmas

24 OGOS- Para pelajar IKBN kuala Perlis seramai 50 orang telah melakukan program khidmat masyarakat di Kg Simpang, Sanglang Perlis. Program yang disertai oleh para pelajar semester 2 ini Telah diadakan di sekitar kawasan dewan dan tanah perkuburan di kampong tersebut. Program bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Program ini juga merupakan salah satu komponen dalam Anugerah Remaja Perdana( ARP ) Kuala Perlis.

Halaman 1 dari 13
 
Find us on Facebook
Follow Us