Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Kuala Perlis

IKBN Kuala Perlis (172)

 

plcaraneksa

Kuala Perlis, 14 Februari 2018 - Majlis Pelancaran Perlaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA ) peringkat IKBN Kuala Perlis telah diadakan

EKSAIKBNSI

6 Februari 2018 - Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis telah membuat Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bertempat di IKBN Seri Iskandar

Rabu, 07 February 2018 16:15

GOTONG ROYONG EKSA SIRI 1 2018

Written by

Kuala Perlis 26 Jan 2018 Sempena Tahun baru dan Pengenalan IKBN Kuala Perlis Ke Arah Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), satu Program gotong – royong Perdana EKSA telah dijalankan bagi siri 1 merangkumi persekitaran luar bangunan IKBN Kuala Perlis. Aktiviti yang dirancang adalah mengecat gelanggang sukan, membaikpulih pagar yang rosak serta aktiviti kebersihan lain.

Capture

Kuala Perlis, 22 Januari 2018 – Satu taklimat pengurusan portfolio dan panduan perlaksanaan penilaian CGPA telah diadakan di Perpustakaan IKBN Kuala Perlis kepada semua pengajar. Taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti iaitu Anuarul Bin Mansor.

Taklimat Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian CGPA versi 1 2017 dan taklimat Panduan Pengurusan Portfolio Sistem Penilaian CGPA versi 1.0 2017 disampaikan bertujuan untuk memberi panduan yang terkini kepada semua pengajar disebabkan sistem penilaian ini akan digunapakai mulai Januari 2018.

tamatlat217

Kuala Perlis, 15 Dis 2017, IKBN Kuala Perlis telah mengadakan Majlis Tamat Latihan pelajar bertempat di Dewan Utama IKBN Kuala Perlis. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah IKBN Kuala Perlis En Izahar Bin Ibrahim, turut dihadiri oleh En Mohamed Shukri Bin Abdul Mookmin, Timbalan Pengarah (Bahagian Pengurusan Latihan), semua staf dan para pelajar.

Seramai 76 orang pelajar semester akhir IKBN Kuala Perlis telah diraikan di dalam sebuah majlis pada hari ini. Majlis ini dilaksanakan sebagai meraikan kejayaan pelajar-pelajar yang berjaya mengharungi latihan kemahiran selama 2 tahun setelah menamatkan latihan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3. Bidang-bidang yang berkaitan dengan mereka adalah Teknologi Automotif, Teknologi Awam dan Teknologi Marin.

Dalam ucapan Pengarah beliau mengharap setiap pelajar yang tamat latihan di IKBN Kuala Perlis dapat menunjukkan satu komitmen yang baik semasa menghadiri latihan di tempat Industri nanti. Pada majlis tersebut diadakan penyampaian pelbagai anugerah dan Sijil Penghargaan untuk diberikan kepada pelajar sempena majlis tamat latihan ini. Antaranya adalah anugerah majlis perwakilan pelajar, jawatankuasa surau, pertandingan bilik terbaik, pelajar terbaik setiap jurusan dan pelajar terbaik keseluruhan. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya, Semoga para pelajar yang telah menamatkan pengajian di IKBN Kuala Perlis akan terus maju di masa hadapan.

pepakhir

Kuala Perlis,15 Dis 2017: Minggu Peperiksaan Akhir pelajar sesi Disember 2017 telah pun berakhir dengan jayanya. Semua pelajar IKBN Kuala Perlis telah menghadapi peperiksaan bermula 4 Dis 2017 sehingga 14 Dis 2017. Peperiksaan melibatkan peperiksaan Subjek Teknikal dan Subjek Umum Bina Insan.

Peperiksaan Akhir ini di nilai berdasarkan penilaian kendiri berpandukan garis panduan yang dijalankan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) melalui Sistem Penilaian Kendiri. Lawatan Penilaian dan verifikasi telah dilaksanakan oleh Pegawai Pengesah Luaran (PPL) yang di selaraskan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Penilaian melibatkan verifikasi portfolio dan peperiksaan akhir penilaian kertas peperiksaan teori dan peperiksaan amali pelajar. Pada sesi ini seramai 4 orang pegawai luaran telah hadir bersama seorang wakil dari JPK bagi mengadakan lawatan pemantauan dan penilaian terhadap pelaksanaan penilaian kendiri ILKBS tersebut.

Peperiksaan ini melibatkan seramai 275 pelajar daripada 8 bidang latihan yang dijalankan di IKBN Kuala Perlis. Bahagian latihan tersebut adalah Penyenggaraan Kereta, Penyenggaraan Kenderaan perdagangan, Penyenggaraan Jentera Berat, Penyembur cat automotif, Landskap Pembinaan, Jurubina Bangunan Pelukis Pelan dan Penyenggaraan Marin.

trac

Ipoh 04 Dis 2017, Bahagian Penyenggaraan Jentera Berat, Jabatan Kejuruteraan Automotif, IKBN Kuala Perlis telah mengadakan Lawatan industri pelajar ke tempat perindustrian berkaitan Jentera Berat di Ipoh. Seramai 5 orang pelajar dari bahagian Penyenggaraan Jentera Berat, serta 3 orang tenaga pengajar mengikuti lawatan tersebut.

Dalam lawatan tersebut, para pelajar telah dibawa melawat ke Tractor Malaysia Ipoh. Tujuan lawatan ini diadakan, adalah untuk menambah pengalaman pelajar dalam bidang industri dan juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali lebih lanjut lagi berkaitan sektor jentera berat. Di samping dapat memupuk semangat para pelajar untuk belajar degan lebih tekun apabila kembali ke IKBN.

Lawatan ini berjaya menghasilkan input yang amat berkesan kepada pelajar dan memberi implikasi yang berguna apabila berada di dalam pekerjaan kelak.

karpekerjaankemahiran

Kangar, 11 Nov 2017. – Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perlis serta IKBN Kuala Perlis telah mengadakan satu Karnival Pekerjaan Dan Kemahiran tahun 2017 yang berlangsung di UTC Kangar, Perlis. Program yang pertama kali di adakan di bangunan baru UTC Kangar itu mendapat sambutan yang menggalakkan.

Pada program tersebut lebih 20 syarikat-syarikat terkemuka yang ada menawarkan peluang pekerjaan dalam pelbagai jawatan di samping itu Institusi Kemahiran juga akan menawarkan tempat pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini melibatkan belia-belia sekitar negeri Perlis yang berpeluang untuk bersama-sama dengan beberapa syarikat yang mengadakan temu duga.

Menurut En. Mohamed Yusof Bin Abd Hamid dari Jabatan Tenaga Kerja (JTK) negeri Perlis, karnival ini terbuka kepada semua golongan pencari kerja, termasuk lepasan sekolah, graduan universiti, orang kurang upaya, pesara, pekerja yang diberhentikan dan mereka yang mencari peluang pekerjaan baharu.

Selain pameran kerjaya dan temu duga terbuka, katanya aktiviti lain yang dijalankan ialah khidmat nasihat pekerjaan oleh pegawai JTK dan klinik kerjaya. Program sehari ini diadakan antara jam 10 pagi hingga 5 petang di sini.

Karnival ini Turut dihadiri oleh YB Khairi bin Hasan Exco Pembangunan Sumber Manusia Perlis serta turut hadir pengarah IKBN kuala Perlis En Izahar Bin Ibrahim, yang turut melawat tapak-tapak pameran dan pejabat baru Jabatan tenaga kerja di bangunan UTC Kangar.

temuinocom

8 NOVEMBER 2017- Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis telah mengadakan satu temuduga bagi peserta Program Touch Point- Semburan Cat bersama SYARIKAT INOKOM CORPORATION SDN BHD yang melibatkan seramai 18 orang peserta.

Program ini di selia oleh pegawai Kursus Penyenggaraan Semburan Cat iaitu En. Syed Redzas, En. Shamsyul Akmal dan EnSharief (CHI). Sesi temuduga di lakukan oleh Pn. Norhafizah bertempat di INOKOM CORPORATION SDN BHD, Kulim. 

temud pca

2 NOVEMBER 2017-Sesi temuduga untuk peserta Program TOUCH POINT- SEMBURAN CAT telah diadakan di  Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis (IKBNKP) di mana telah melibatkan seramai 18 orang peserta.

Program tersebut di selia oleh pegawai CHI (Cawangan Hubungan Industri) dan Ketua Bahagian PCA (Penyenggaraan Semburan Cat) iaitu En. Sharief bin Ibrahim dan En. Shamsyul Akmal bin Saad.

Temuduga dilakukan bemula pada pukul 10.30 pagi oleh pegawai dari UNIC Avenue  iaitu Kapt (B) Arizal Bin Sh. Hj. Abd Latif danPuan Salmi Wati  (Pengurus Sumber Manusia)

Tujuan Program ini dibuat adalah untuk member peluang kerjaya kepada individu-individu yang layak dan juga memberi latihan kemahiran dalam bidang semburan cat.

Halaman 9 dari 13
 
Find us on Facebook
Follow Us