Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Kuala Perlis

IKBN Kuala Perlis (172)

CAD2017 kayang

4 – 5 November 2017 – Masjid Nurul Naim Kg. Tok Kaya Kayang, Perlis
Program Kesukarelawanan ILKBS merupakan satu pendekatan belia bersama masyarakat bagi memupuk semangat kesukarelaan didalam diri belia. Pelaksanaan projek ini juga adalah selari dengan Program Anugerah Remaja Perdana (ARP) dibawah elemen khidmat masyarakat dan kemahiran yang merupakan aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh ILKBS di seluruh Malaysia. Program ini dijalankan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS) diantara ILKBS, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) dan wakil rakyat dikawasan terpilih.

Program ini diserikan lagi dengan perasmian oleh YB Tuan Ahmad Bakri @ Ahmad Zakri Bin Dato' Ali (Adun Kayang), Pihak Yang Berhormat telah melilih 3 Buah Masjid bag gerak kerja pembaikan, service aircon dan kenderaan jenazah iaitu di Masjid Jamek Kampung Binjai Utan Aji,  Masjid Al-Mustaqim Seriab, Masjid Nurul Naim Kg. Tok Kaya Kayang. Malah Yang Berhormat turut berkelapangan hadir bagi merasmikan majlis penutup program tersebut yang diadakan di salah sebuah Masjid Nurul Naim Kg. Tok Kaya Kayang yang mana turut dihadiri oleh Pengarah IKBN Kuala Perlis. Beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan IKBN secara keseluruhannya, dan pihak-pihak yang membantu menjayakan program pada kali ini.

CAD2017 bintong

4 – 5 November 2017 – Surau Peseri, Bintong Perlis
Program Kesukarelawanan ILKBS merupakan satu pendekatan belia bersama masyarakat bagi memupuk semangat kesukarelaan didalam diri belia. Pelaksanaan projek ini juga adalah selari dengan Program Anugerah Remaja Perdana (ARP) dibawah elemen khidmat masyarakat dan kemahiran yang merupakan aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh ILKBS di seluruh Malaysia. Program ini dijalankan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS) diantara ILKBS, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) dan wakil rakyat dikawasan terpilih.

Program ini diserikan lagi dengan perasmian oleh YB Puan Hajah Rela Binti Ahmad (ADUN Bintong) yang teruja dan bersyukur dengan pelaksanaan program ini. Ianya sedikit sebanyak menaik taraf keadaan Surau yang sering digunakan oleh masyarakat sekitar khususnya di Peseri. Pegawai IKBN, Pelajar yang juga merupakan Peserta ARP serta Ahli Jawatankuasa Masjid serta masyarakat sekitar turut sama membantu melaksanakan gerak kerja pembaikan dan gotong royong menceriakan kawasan dalam dan luar surau. Beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan IKBN secara keseluruhannya, dan pihak-pihak yang membantu menjayakan program pada kali ini.

tahfiz

IKBN Kuala Perlis telah melaksanakan Program Gerak Bakti Prihatin, Dinamik dan Mahir (Perdana) bersama Pegawai dan Peserta Anugerah Remaja Perdana IKBN Kuala Perlis bertujuan

tot audit

KUALA PERLIS, Pada 23 hingga 25 Oktober 2017. Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis di bawah pihak  Pengurusan ISO IKBNKP

Jumaat, 20 October 2017 11:10

CERAMAH INTEGRITI IKBN KUALA PERLIS

Written by

crmahintegriti

Kuala Perlis, 19 Oktober 2017 Kira-kira 60 warga kerja Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis (IKBNKP) memenuhi setiap ruang di Perpustakaan IKBNKP di sini untuk mengikuti ceramah Integriti hari ini. Ceramah tersebut disampaikan oleh En.Mohamad Fadhil Bin Jamal dari Unit Integriti, Kementerian Belia Dan Sukan, KBS.

Capture

Kuala Perlis, 17 OKTOBER 2017 – Sempena Hari Sukan Negara yang disambut di seluruh Negara,  IKBN Kuala Perlis telah mengadakan satu pertandingan badminton Peringkat IKBN Kuala Perlis. Penglibatan semua kakitangan yang telah diundi bagi menentukan pasangan masing-masing dan mengikut  kategori pertandingan iaitu Kategori Terbuka, Kategori Novis dan Kategori Wanita. Turut serta dalam pertandingan tersebut En. Mohammad Shukri Bin Abdul Mookmin, Timbalan Pengarah (Bahagian Pengurusan Latihan) dan En Mohd Khairan Bin Azhar, Timbalan Pengarah (Bahagian Hal Ehwal Pelajar). Perlawanan tersebut juga disaksikan oleh Tuan Pengarah En Izahar Bin Ibrahim dan turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.

Walau bagaimanapun sambutannya tetap meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Tahniah kepada pemenang dan Terima kasih kepada semua yang telah hadir bagi menjayakan sambutan Hari Sukan Negara 2017 Peringkat IKBN Kuala Perlis pada tahun ini. Semoga program ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.

takraw

Pauh, 7 Oktober 2017, IKBN Kuala Perlis telah menjuarai pertandingan sepaktakraw anjuran Politeknik Syed Sirajuddin Pauh, Perlis. Kejohanan yang disertai oleh 6 IPTA/Kolej sekitar negeri Perlis ini berlansung dengan meriahnya.

Pasukan IKBN Kuala Perlis yang dilatih oleh jurulatih En Nazeri bin Napiah telah memenagi perlawanan akhir apabila menewaskan pasukan Politeknik Syed Sirajuddin pada perlawanan akhir.

Tahniah diucapkan kepada jurulatih dan para pemain kerana Berjaya menjulang nama IKBN Kuala Perlis.

lumba

Kuala Perlis, 1.10.2017 - IKBN Kuala Perlis telah mencipta sejarahnya yang tersendiri. Dengan semangat juang yang tinggi, anak-anak muda IKBNKP telah berjaya mengharungi laluan getir dan seterusnya menjadi Johan keseluruhan bagi kategori P20 Jabatan/Agensi di Pesta Air Kuala Perlis 2017 bagi pasukan senior. Manakala pasukan junior di kedudukan ke-4 dalam kategori Negeri/Jemputan yang mewakili Jabatan Pelancongan Malaysia (MOTAC).

Rabu, 04 October 2017 10:46

TAKLIMAT EKSA OLEH MAMPU

Written by

a baki

JITRA, 28 SEPTEMBER 2017-  Lawatan dan taklimat ringkas Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah di lakukan bersama fasilitator dilantik oleh MAMPU di Institut Aminuddin Baki Zon Utara,Jitra.

icontrrganu

Kuala Terengganu, 28 September 2017 -  Dua Wakil IKBN Kuala Perlis telah menyertai Satu Pertandingan Rekacipta dan Inovasi   “An International Innovation, Invention & Design Competition” (ICON) 2017  anjuran UTM bertempat di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT), Kampung Laut, Chendering, Kuala Terengganu.

Halaman 10 dari 13
 
Find us on Facebook
Follow Us