Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Kuala Perlis

IKBN Kuala Perlis (172)

 

peperiksaan sesi 119

25/6/2019 Kuala Perlis, Minggu Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 1/2019 telah diadakan secara serentak seluruh pusat Institut Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan mulai 17-28 Jun 2019. Ianya merangkumi Subjek Umum Teknikal dan Bukan Teknikal. Bagi Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis, pusat peperiksaan ini telah diadakan di Dewan Utama IKBN Kuala Perlis. Seramai 322 pelajar telah mengambil peperiksaan akhir ini bagi melayakkan pelajar meneruskan ke semester seterusnya serta memperoleh kelulusan yang di tetapkan. Turut diadakan pemeriksaan Verifikasi Portfolio dan peperiksaan Amali akhir untuk pelajar semesta akhir.

Sebelum menjelangnya minggu peperiksaan ini, para pelajar diminta menyiapkan semua kertas kerja yang telah diberikan oleh pengajar dan fail portfolio masing-masing bagi setiap jurusan. Selain itu, sebahagian pelajar membuat kelas tambahan bersama pengajar bagi persediaan sebelum peperiksaan menjelang. Diharapkan semua usaha dan kesungguhan para pelajar ini memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan ini.

lawtksu

Kuala Perlis, 17 May 2019 - Lawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Yang Berbahagia Datuk M.Noor Azman Bin Taib ke IKBN Kuala Perlis pada hari ini. 
Lawatan YBhg Datuk ke IKBN Kuala Perlis disambut meriah oleh semua pegawai dan pelajar IKBN Kuala Perlis. Sambutan dimulakan dengan menyambut ketibaan dengan pasukan kompang, persembahan HAKKA oleh pelajar-pelajar dan terus ke sesi mengambil gambar kenang kenangan bersama pegawai dan pelajar-pelajar IKBNKP. Beliau turut menyempurnakan penanaman pokok harum manis di hadapan Dewan Utama di samping lawatan ke bengkel-bengkel bahagian di dalam IKBNKP. Turut diadakan Mesyuarat Kerjasama CGC dan KBS yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama IKBN Kuala Perlis.

majkhatam

Kuala Perlis –24 Mei 2019, Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis telah mengadakan Majlis Khatam Al-quran dan Majlis berbuka puasa. Majlis dimulakan dengan solat asar secara berjemaah. Seterusnya majlis khatam di mulai dengan bacaan surah ad-dhuha sehingga surah terakhir iaitu an-nass dan disudahi dengan bacaan doa. Majlis khatam ini dipimpin oleh ustaz nik abdul wafi bin nik abd aziz dari Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs). Setelah selesai slot khatam alquran, majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian penutupan majlis khatam alquran peringkat IKBN Kuala Perlis yang disampaikan oleh YB Tuan Noor Amin Bin Ahmad, ahli parlimen Kangar. Pihak IKBNKP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada yb., kerana sudi hadir memandangkan beliau mendapat jemputan beberapa majlis lain pada hari tersebut. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah saguhati kepada peserta tadarus, imam terawih dan hamper serta duit raya kepada anak-anak yatim. Hadiah disampaikan oleh yb tuan Noor Amin Bin Ahmad, serta turut diiringi oleh yb Nor Azam Bin Karap, adun Kuala Perlis dan pengarah IKBN Kuala Perlis en Apui jan. Majlis ini berakhir dengan jayanya pada pukul 6.45 petang.

tdgaperodua

KUALA PERLIS – Sesi Temuduga bagi Program Latihan Teknikal Perantis (PAINT) Syarikat Perodua Sdn Bhd telah diadakan di Perpustakaan IKBN KP pada 14 Mei 2019. Temuduga tersebut telah diadakan kepada pelajar Jurusan Penyemburan Cat Automotif oleh pegawai dari Syarikat tersebut.  Temu duga ini juga melibatkan sesi peperiksaan, ujian penglihatan dan juga temu duga secara lisan bagi memastikan hanya pelajar yang berkelayakan sahaja dipilih. Pelajar yang Berjaya melepasi tapisan akan diberi peluang untuk menyertai program latihan ini dan berpeluang menimba ilmu dan pengalaman dalam industri automotif bersama syarikat Perodua.

ceramahramadhan

Kuala Perlis 6 Mei 2019, Program Ceramah Ramadhan dan Hukum Hakam telah diadakan di perpustakaan IKBN Kuala Perlis. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azri bin Nasarudin dari Jabatan Mufti Negeri Perlis. Majlis diadakan tepat jam 8.30 pagi. Turut serta di dalam majlis ini adalah Pengarah IKBN Kuala Perlis, Encik Apui Jan, Timbalan Pengarah Mohamad Shukri Bin Abdul Mookmin dan Mohd Khairan bin Azhar, semua pegawai dan kakitangan IKBN Kuala Perlis. Program ini diadakan supaya semua kakitangan IKBNKP sentiasa subur dengan majlis-majlis ilmu dalam usaha melahirkan modal insan yang utuh dari aspek spiritual dan amalan yang terbaik di bulan ramadhan di samping untuk melahirkan jiwa yang bersih dan suci.

sukanilkbs33

IKTBN Sepang, Selangor, 28 – 30 April 2019 – Kejohanan Sukan ILKBS Se-Malaysia kali ke-33 tahun 2019 yang dikelolakan oleh IKTBN Sepang selaku tuan rumah pada edisi kali ini. Majlis perasmian diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato Dr. Hajah Wasitah Bt. Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia yang mewakili Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang tidak dapat hadir atas urusan kerja. Penganjuran kejohanan sukan ini merupakan acara tahunan secara penggiliran setiap ILKBS. Pada tahun ini sebanyak 5 acara dipertandingkan iaitu Bola Sepak (9 sebelah), Takraw, Ragbi (Touch), Ping pong, Bola Jaring dan 1 acara bowling untuk pegawai.

Hadir semasa majlis penutup Pengarah IKBN Kuala Perlis Encik Apui Jan. “Beliau dalam ucapan semangat kepada kontinjen IKBN Kuala Perlis memuji kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang program itu berlangsung dengan semangat kesukanan yang tinggi. Walaupun tidak memenangi sebarang acara pada kali ini, beliau berharap kontinjen dapat melipat gandakan usaha di masa akan datang dengan menekankan aspek latihan yang lebih kerap serta kecergasan untuk berjaya”

Sumber :

En Mohd Khairan Bin Azhar

plogingclg

28 April 2019, Kampung Baru Seberang Kuala Perlis – Program Plogging Challenge anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Kuala Perlis telah disertai seramai kira- kira 30 orang sukarelawan Anugerah Remaja Perdana tahap Perak IKBN Kuala Perlis serta agensi/IPT lain.

Program kesukarelaan gotong –royong berbentuk pertandingan ini adalah inisiatif daripada YB Nor Azam Karap, ADUN Kuala Perlis merupakan siri ke-2 yang memfokuskan kepada gerak kerja gotong- royong kebersihan. Ini menjadikan salah satu usaha murni beliau dan perkara yang paling utama untuk memastikan Kuala Perlis sebagai kawasan bebas sampah.

Salah seorang peserta daripada IKBN Kuala Perlis pada kali ini telah memenangi tempat ke-3 kategori sampah terbanyak terkumpul selain hadiah cabutan bertuah. Pihak IKBN sentiasa komited dalam membentuk sikap dan nilai- nilai kesukarelaan seperti ini dan akan sentiasa melibatkan diri dalam apa jua program berbentuk khidmat masyarakat ini di masa akan datang.

Sumber :

En Mohd Khairan Bin Azhar

citraibadah

Surau An-Nur IKBN Kuala Perlis, 26 - 28 April 2019 – Telah berlangsung Program Citra Ibadah – “Pesona Muslim & Cintai Solat” Peringkat IKBN Kuala Perlis. Program yang mendapat sentuhan dan bimbingan fasilitator daripada Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPS) mendapat sambutan menggalakkan daripada semua peserta semester 1 iaitu seramai 100 orang. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Encik Muhamed Shukri Bin Abdul Mookmin, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan.

“Dalam ucapannya menyeru dan berharap kepada semua peserta agar dapat mempraktikkan segala ilmu yang telah dicurahkan dengan penuh istiqamah apatah lagi kita sebagai umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Menurut beliau lagi program seumpama ini seharusnya diteruskan sebagai program tahunan yang berterusandalamusahauntukmembimbingdanmembentukkeimanandankeperibadian yang tinggi, akhlak yang baik, dan akhirnya pelajar dapat mengamalkan cara hidup berlandaskan Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian”.

Dalam pada itu juga, wakil fasilitator KUIPS menzahirkan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada pihak IKBN Kuala Perlis kerana menjemput dan memberi ruang kepada mereka menabur bakti kepada semua anak muda (Pelajar IKBN) pada program kali ini.

Sumber :

En Mohd Khairan Bin Azhar

impakvanjenazah

IKBN Kuala Perlis, 26 April 2019 - Program Impaks ILKBS @Komuniti Siri 2 telah berlangsung dengan jayanya melibatkan aktiviti gerak kerja penyelenggaraan kenderaan jenazah di 10 buah masjid terpilih, lawatan sambal belajar daripada pelajar sekolah menengah arau, dan taklimat promosi kemasukan ke IKBN. Majlis penutup yang telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN Encik Apui Jan dengan menyerahkan simbolik kunci kenderaan kepada wakil masjid yang hadir sebagai tanda serahan selepas selesai kerja selenggara dibuat.

“Wakil pihak masjid dalam ucapannya mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kerana telah memilih masjid mereka sebagai peserta pada kali ini dan turut menzahirkan rasa teruja dengan bakat dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar IKBN. Pihak masjid juga sepakat untuk membantu pihak IKBN dalam usaha untuk mewar warkan kursus yang ditawarkan kepada masyarakat dan komuniti setempat di kawasan masing- masing. Mereka menyokong dan berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan untuk memastikan IKBN sentiasa dekat dengan masyarakat dalam memberikan khidmat kesukarelaan”.

Di samping itu juga, keterujaan pelajar sekolah menengah arau tatkala diberi peluang melawat dan melakukan sedikit amali kemahiran yang ditunjukkan oleh pelajar IKBN dan dibantu pengajar yang berpengalaman. Menurut cikgu pengiringnya beliau sanggup menyewa sebuah bas untuk ke institut ini semata- mata untuk memberi pendedahan kepada pelajar bahawa bidang kemahiran kini telah membuka peluang pekerjaan yang luas dan mampu memberi pulangan dan pendapatan yang tinggi jika mereka betul- betul komited menceburi bidang pengajian TVET ini.

Sumber :

En Mohd Khairan Bin Azhar

lawatankonslingsek

IKBN KUALA PERLIS,30 APRIL 2019:Taklimat Peluang Melanjutkan Pengajian & Kerjaya  telah diadakan di Perpustakaan IKBN Kuala Perlis  di mana taklimat tersebut dihadiri oleh 24 orang guru kaunselor sekolah menengah dari seluruh Negeri Perlis.

Selain dari memberikan taklimat, para kaunselor juga di iring untuk melawat bengkel- bengkel supaya gambaran yang lebih jelas mengenai pembelajaran di IKBN Kuala Perlis ini dapat di perolehi dengan baik.

IKBN KP mendapat maklumbalas yang sangat positif daripada para kaunselor seiring dengan objektif taklimat tersebut iaitu untuk mempromosikan IKBN KP dengan lebih berkesan dan mampu meningkatkan jumlah pelajar baru pada masa akan datang.

Sumber :

Suhartini Bt che Deris

Halaman 2 dari 13
 
Find us on Facebook
Follow Us