Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Kuala Perlis

IKBN Kuala Perlis (158)

0111AUDITISO

IKBN Kuala Perlis,– Satu lawatan Audit Persijilan SIRIM MS ISO 9001:2015 telah dilaksanakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis melibatkan 2 orang juruaudit. Proses pengaudit melibatkan keseluruhan bahagian dan jabatan yang terdapat di IKBN Kuala Perlis. Audit tersebut berlangsung selama dua hari bermula 9 Januari sehingga 11 Januari 2019. Juru Audit terlibat Hjh Hanida Bt Ghazali dan En Mohd Nasim Bin Zakaria. Proses audit kali ini melibatkan pensijilan ISO yang telah dinaik taraf daripada ISO 9001:2008 kepada ISO 9001:2015 dan persijilan semula. 

Dalam mesyuarat penutup yang di pengerusikan oleh En Mohamed Shukri Bin Abdul Mookmin, Pemangku Pengarah IKBN Kuala perlis dan turut dihadiri oleh barisan pengurusan IKBN Kuala Perlis, serta Juruaudit. ketua juruaudit telah membentangkan hasil dapatan audit kepada seluruh pihak IKBN Kuala Perlis yang terlibat dan turut memberi beberapa cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan IKBN Kuala Perlis. Seterusnya audit tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan sesi bergambar. Diharapkan dengan pelaksanaan ISO 9001:2015 ini akan dapat membantu seluruh warga kerja IKBN Kuala Perlis melaksanakan kerja dengan lebih sistematik dan lancar dalam menjadi sebuah institut yang sentiasa berdaya saing dan berkualiti. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan lawatan audit ini.

semakbukuservis

Bahagian Pentadbiran IKBN Kuala Perlis telah mengadakan Hari Semakan Buku Perkhidmatan bermula pada 20 Disember 2018 sehingga 28 Disember 2018. Tujuan program ini adalah bagi membolehkan kakitangan IKBN Kuala Perlis membuat semakan Buku Rekod Perkhidmatan masing-masing supaya sebarang perubahan yang dicatatkan di dalam Buku Rekod Perkhidmatan adalah tepat dan dikemaskini. Buku Perkhidmatan hendaklah disemak sekurang-kurangnya sekali setahun. Diantara kriteria semakan adalah Maklumat Peribadi, Kenyataan Perkhidmatan, Kenyataan Cuti dan Lembaran Kelakuan. Keseluruhan pegawai dari bahagian masing-masing telahpun berpuah hati dengan program yang diadakan ini. sambutan yang diterima oleh kakitangan IKBN Kuala Perlis amatlah baik.

PIALAYB

IKBN Kuala Perlis, 1 Disember 2018 - Pejabat Adun Kuala Perlis dengan kerjasama IKBN Kuala Perlis telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala YB Azam Karap (Adun Kuala Perlis) yang melibatkan penyertaan pasukan terbuka dari seluruh Malaysia. Kejohanan ini kategori bawah 8 tahun dan 11 tahun

Kejohanan itu diadakan bagi mengeratkan hubungan antara komuniti seiring dengan tema Hari Polis Negara, Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.

YB Azam Karap, Adun Kuala Perlis ketika merasmikan kejohanan itu berkata, program yang bakal menjadi acara tahunan ini bertujuan mencungkil bakat-bakat muda dalam sukan bola sepak disamping menerapkan nilai kesepaduan, toleransi dan semangat kesukanan antara peserta.

Kejohanan yang berlangsung dari pukul 8 pagi sehingga 6.30 petang itu disertai 52 kumpulan dari seluruh Malaysia melibatkan dua kategori iaitu kategori bawah 8 tahun dan 11 tahun.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar Encik Mohd Khairan bin Hj. Azhar semasa upacara majlis penutup program tersebut.

Capture

Surau An- Nur IKBN Kuala Perlis, 30 November 2018-  Majlis Bacaan Yassin bagi menghadapi Peperiksaan Akhir Sesi 2/2018 telah diadakan di Surau An-Nur IKBN Kuala Perlis yang melibatkan Pegawai dan kakitangan serta pelajar. Program anjuran bersama AJK Surau An-Nur yang terdiri daripada barisan MPP IKBNKP dengan pihak Pengurusan dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Majlis dimulakan dengan solat sunat dhuha’ dan diiringi dengan bacaan Yassin serta doa bagi memohon kepada Allah S.W.T agar diberikan ketenangan fikiran,dilembutkan hati yang keras, dikuatkan ingatan serta dipermudahkan urusan para pelajar untuk menjawab peperiksaan akhir dengan mudah. Inisiatif mengadakan program tahunan ini diharapkan akan diteruskan pada tahun-tahun hadapan.

tauliahmarin

Kuala Perlis 14.11.18, Lawatan Pentauliahan Baru dan Penambahan Kapasiti Pelajar jurusan Penyenggaraan Marin oleh pihak JPK dan Panel Industri telah selesai dijalankan.

Pihak JPK diwakili oleh Puan Norazuri manakala Panel Industri diwakili oleh En. Shahnon. Kedua-dua wakil ini telah memeriksa dokumen bertulis dan pengiktirafan Personel. Selain itu, mereka juga telah melakukan pemeriksaan bahan latihan seperti peralatan dan bahan latihan bagi memastikan semua kelengkapan ini memenuhi keperluan dan standard latihan kemahiran.

Turut serta dalam lawatan ini juga, Timbalan Pengarah Bahagian Latihan, En Muhammed Shukri Bin Abdul Mookmin, Pemangku Ketua Jabatan Teknologi Marin yang juga Ketua Unit CPKK, En Anuarul b. Mansor, Ketua Bahagian Marin En Saifol Muzafar dan pengajar-pengajar Jabatan Teknologi Marin.

Pihak JPK dan Panel Industri berpuas hati dengan kemudahan latihan dan personel Pusat Bertauliah, dan telah bersetuju untuk memberi Pentauliahan dan penambahan kapasiti pelajar bagi bidang Marin, IKBNKP.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan lawatan Pentauliahan ini.

arp

Kem Paya Pahlawan, Sik Kedah, 18 Novermber 2018 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar telah mengadakan Penjelajahan Lasak, Anugerah Remaja Perdana Pingat Perak dan Gangsa yang merupakan salah satu aktiviti bagi melengkapkan komponen dalam program anugerah ini. Program yang telah berlansung selama 3 hari 2 malam di Kem Paya Pahlawan ini disertai oleh 24 orang (pingat perak) dan 94 orang (pingat gangsa). Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini merangkumi penjelajahan lasak, pembentukan kumpulan, LDK, Solat Berjemaah, kemahiran memasak dalam kumpulan, Flaying Fox dan Abseilling. Kesemua peserta menzahirkan rasa seronok dengan kepelbagaian aktiviti bermanfaat yang dapat mereka belajar dan seterusnya mengaplikasikan dalam kehidupan seharian sebagai seorang pelajar agar lebih berdisiplin, mematuhi masa, manfaatkan peluang mempelajari sesuatu kemahiran dan akhirnya bakal menjadi seorang graduan bukan sahaja Berjaya dari segi akademik tetapi mempunyai keupayaan menterjemahkan kemahiran lain yang mereka perolehidari program ini. Majlis Penutup Disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Encik Mohd Khairan Bin Hj. Azhar

mpp

Kem Paya Pahlawan, Sik Kedah, 18 Novermber 2018 - Exco Kepimpinan Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Kuala Perlis telah menganjurkan Kem Pemantapan Tadbir Urus dan Kepimpinan MPP yang berlansung selama 2 hari di Kem Paya Pahlawan, Sik Kedah. Objektif penganjuran program ini adalah untuk Membina barisan exco MPP yang berwibawa, dinamik serta mampu mengurus sesebuah organisasi merupakan satu cabaran besar. Oleh itu, strategi yang jitu perlu dirancang dengan teliti bagi menyerlahkan potensi kepimpinan MPP; Melahirkan belia yang berani dan kental dengan kehidupan masakini merentasi isu dan cabaran meliputi aspek“Kepimpinan, Ekonomi, Kemahiran, Sosial”; Menggalakkan dan memupuk semangat keusahawanan di kalangan para pelajar ILKBS untuk menceburi bidang keusahawanan dan menjadikan pilihan utama selepas tamat latihan di ILKBS; Memperkasakan bakatdan potensi exco melalui peningkatan elemen komunikasi yang efektif dalam mendepani “Dunia tanpa Sempadan”.

Diantara pengisian program antaranya sesi suaikenal dan pembentukan kumpulan, LDK Kepimpinan, Pemimpin dan Pengikut, Ceramah Cabaran Masa Kini “Kepimpinan, Ekonomi, Kemahiran, Sosial”, LDK Komunikasi Berkesan“Dunia Tanpa Sempadan”, Simulasi Mesyuarat/ Perbentangan, Khidmat Masyarakat Komponen ARP – “Pembudayaan Sikap Prihatin Masyarakat”. Diharapkan agar program ini memberi manfaat kepada barisan exco MPP sebagai penandaaras memberikan khidmat tadbir urus yang lebih berkesan selepas ini.

pgk2018nov

Kuala Perlis, 31 OKTOBER 2018 - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis telah mengadakan Hari Gerbang Kerjayanya pada hari ini. Program ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira pukul 04.00 petang. Program ini dihadiri oleh semua pelajar dan kakitangan IKBN Kuala Perlis. Turut sama melancarkan Hari Gerbang Kerjaya tersebut Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan En Mohamed Shukri Bin Abdul Mookmin.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan memilih kerjaya yang betul. Selain itu,program ini dapat mendedahkan pelajar tentang persediaan diri sebelum temu duga. Turut diadakan perkongsian kerjaya oleh bekas pelajar dan sesi ramah mesra bersama tetamu undangan Presiden Alumni ILKBS .

Seawal jam 8.30 pagi telah berlangsung sesi pertama ramah mesra pelajar bersama Tuan Pengerusi Alumni ILKBS En Samsudin Oli Mohamed bersama pelajar-pelajar bagi berkongsi berkaitan arah tuju pelajar-pelajar lepasan Institut Latihan Kementerian Belia Dan Sukan (ILKBS) bagi membantu serta melibatkan diri dengan ahli-ahli persatuan bagi memajukan diri serta menggalak rantaian melalui aktiviti yang dianjurkan.

Selesai ceramah tersebut , turut diadakan sesi Forum serta berkongsi kerjaya dari seorang alumni yang juga bekas pelajar IKBN Kuala Perlis iaitu saudara Mohd Amirul Asyar Bin Abdul Mokhtar. Beliau merupakan pelajar jurusan Pelukis Plan Seni bina tahun 2016 dan telahpun berkerja sendiri dengan menubuhkan syarikat sendiri di Langkawi. Sesi forum tersebut di hoskan oleh Tuan Pengerusi Alumni.

Turut bersambung seterusnya sesi ke 3 melibatkan ceramah dari usahawan berjaya yang dijemput khas dari Koperasi Usahawan Islam yang disampaikan oleh En Muhamad Puat Bin Maznan dari Otai Francais Sdn Bhd. Beliau merupakan Usahawan perniagaan Burger. Sesi seterusnya berlangsung selepas waktu makan tengah hari, pada pukul 2.30 petang.Taklimat Kerjaya Dan Pendaftaran Job Malaysia yang disampaikan oleh Puan Yuszatunaim Bt Yusof (Pen. Pengarah Tenaga Kerja Kanan) daripada Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perlis. Beliau berkongsi tentang “Cara Penyediaan Kertas Resume“. Banyak tips dan maklumat penting yang telah dikongsi oleh beliau dalam penyediaan kertas resume yang menarik. Di samping itu, pelajar juga dapat melengkapkan diri dengan pelbagai maklumat untuk menghadapi dunia luar yang lebih  mencabar kelak serta panduan bagaimana cara menghadiri temu duga.

Hari Gerbang Kerjaya ini mendapat sambutan dari semua pelajar serta pegawai-pegawai. Turut diadakan memperkenalkan pasukan jurumudi perahu panjang yang telah berjaya mendapat tempat ke 3 pada pertandingan Perahu panjang di Pesta Air Negeri Perlis pada 20 Oktober lepas.

Diharap Program Hari Gerbang Kerjaya IKBN Kuala Perlis 2018 yang telah berlangsung ini dapat memberi pelbagai ilmu pendidikan kerjaya dan jelas tentang matlamat hidup para pelajar serta berjaya dalam bidang kerjaya pilihan mereka pada masa akan datang. diharap agar   pelajar dapat membuat perancangan awal dalam memperoleh kerjaya yang diidamkan. Sesungguhnya, pelajar yang hebat ialah pelajar yang berwawasan dan bijak dalam merancang masa depan. Oleh itu, kita hendaklah membuka mata tentang kerjaya yang ingin ceburi kelak.

hsn20181

Kuala Perlis 13 Okt 2018; Hari Sukan Negara 2018 peringkat IKBN Kuala Perlis turut diadakan melibatkan Pertandingan sukan Rakyat dan Pertandingan Badminton. Hari sukan yang diadakan selama 2 hari yang berlangsung di perkarangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis melibatkan semua pelajar dan kakitangan. Pertandingan tersebut adalah pada 12 Oktober diadakan sukan Rakyat dan 13 Oktober pertandingan Badminton.

Pada tahun ini Pihak urus setia telah membahagikan pelajar dan kakitangan kepada 6 kumpulan mengikut warna bagi memeriahkan dan bertanding dalam permainan sukan tradisional antaranya Tarik upih, Lari dalam guni, Tuju selipar, Zero Point dan Tarik Tali. Urus setia telah mengekalkan acara pertandingan badminton Peringkat tertutup IKBN Kuala Perlis. Penglibatan semua kakitangan yang telah diundi melalui cabutan bagi menentukan pasangan masing-masing.

Acara pada pagi tersebut juga turut diadakan perasmian pertandingan yang di rasmikan oleh Timbalan Pengarah (BPL) yang turut serta memeriahkan pertandingan tersebut. Menurut Timbalan Pengarah (BPL), Encik Mohamed Shukri Bin Abdul Mookmin berkata, Hari Sukan Negara  ini adalah usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik di kalangan pelajar dan kakitangan IKBNKP.

Penglibatan semua pelajar-pelajar termasuk kakitangan IKBN Kuala Perlis cukup menyeronokkan, dapat menyihatkan tubuh badan sekali gus menjalinkan hubungan kekeluargaan pada warga IKBN Kuala Perlis.

Di akhir perlawanan turut diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang. Tahniah kepada pemenang Johan Keseluruhan Rumah merah bagi pertandingan sukan rakyat dan Johan pertandingan Badminton adalah Team En Mohamad Aswadi dan En Mohd Zulhadi.

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat bagi menjayakan sambutan Hari Sukan Negara 2018 Peringkat IKBN Kuala Perlis pada tahun ini. Semoga program ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.

RUMAHSUKAN

skalfulqan

Arau 7 oktober 2018: Seramai 33 orang pelajar Bahagian Penyenggaraan Jentera Berat telah mengadakan program khidmat masyarakat bagi mengecat bangunan bertempat di Sek Rendah Islam Al-Furqan Jejawi, Perlis. Dua orang tenaga pengajar iaitu En Abdul Rahman Bin Abdullah dari Bidang Jurubina Bangunan dan En Shahidan Bin Saad dari Bahagian Penyenggaraan Jentera Berat turut serta bagi menyelaraskan dan menjayakan aktiviti tersebut.

Program ini merupakan satu inisiatif pihak Bahagian Penyenggaraan Jentera Berat bersama Bahagian Scaffolding dengan memberi khidmat kemahiran dan gotong royong mengecat bangunan dan memasang cermin tingkap. Diharapkan program ini dapat membantu golongan yang memerlukan dan pelajar dapat menambahkan dan meningkatkan pelbagai kemahiran yang ada dalam diri.

Halaman 4 dari 12
 
Find us on Facebook
Follow Us