Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Kuala Perlis

IKBN Kuala Perlis (158)

IMPAKTAHFIZ

Kuala Perlis, 10 April 2018 - IKBN Kuala Perlis telah melaksanakan satu Program Impak ILKBS @ Komuniti kepada pelajar Tahfiz pada 7 dan 8 April 2018 bertempat di IKBN Kuala Perlis.

Program yang disertai oleh 36 orang pelajar dan 4 orang guru Tahfiz dari Maahad Tahfiz makam diraja Langgar, Alor Setar, Kedah ini dijalankan merupakan program perkhidmatan kemahiran mengikut kesesuaian bidang atau kepakaran dari IKBN Kuala Perlis.

Matlamat program keselamatan dan asas kemahiran ini adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada warga sekolah/tahfiz tentang bahaya kebakaran dan cara menyelamatkan diri ketika kebakaran serta pendedahan pencegahan kebakaran. Di samping itu juga penekanan tentang pentingnya memahami prosedur kerja yang betul dan impak perlaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan pengawalan bagi memastikan hasil kerja yang selamat.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini ialah Lawatan ke bengkel kemahiran yang ditawarkan di IKBN Kuala Perlis, Demo dan latihan selenggaraan enjin, Taklimat tentang bahaya kebakaran,Demonstrasi memadam kebakaran dan latihan memadam kebakaran. Program ini sangat memberi kesan besar kepada pelajar-pelajar tahfiz tersebut selain dapat memberi pengetahuan dan pengalaman yang berguna untuk persediaan diri bagi setiap pelajar.

lawmaps

MAPS – IPOH PERAK, 26hb MAC 2018: Unit Hubungan Industri (CHI)Bidang Scaffolding dan bidang Penyelenggaraan jentera berat IKBN Kuala Perlis telah mengunjungi pihak Movie Animation Park Studios (MAPS) pada 26hb Mac 2018 bagi membincangkan kerjasama yang boleh dijalankan antara kedua belah pihak. Perbincangan tersebut adalah berkaitan Kursus Jangka Pendek (Short Course) bagi bidang scaffolding dan juga sistem hidraulik. Pihak MAPS memohon bantuan dan kepakaran pihak IKBN K.Perlis bagi melatih para pekerja mengenai Tatacara Pengendalian Bahan/Peralatan,Aspek Keselamatan dan juga penyelengaraan system hidraulik seterusnya mempersijilkan para pekerja tesebut.

     Perbincangan ini diketuai oleh En. Anuarul Bin Mansor, En. Shamsyul Akmal b. Mohd Saad dan pembentangan disampaikan oleh En Muhammad Rais Bin Mujari dan En Mohd Azhar Bin Othman wakil dari IKBN K. Perlis dan Angie Ng Yoot Meidari pihak MAPS. Keputusan dari perbincangan tersebut amat memuaskan dan mesyuarat susulan akan diadakan dalam masa terdekat demi menjayakan program tersebut.

CATPRASKILL

Chembong, 30 mac - 1 April 2018, IKBN Kuala Perlis menghantar seorang pelajar Bahagian Semburan Cat Muhammad Irfan Bin Zainal Abidin Sesi 0217 Semester 2 bagi Pra Kelayakan World Skill Belia Malaysia di IKTBN Chembong, Rembau Negeri Sembilan di dalam Bidang Semburan Cat Automotif. Seramai 24 peserta daripada ILKA/ILKS seluruh Malaysia mengambil bahagian pada kejohanan tersebut.   Kalah menang tidak penting, yang penting support team... TASK yang terlibat, Colour Mixing & Colour Matching, Spray Metallic For Panel (Frt Fender) & Touch Up.

woodball

Pauh, 1 APRIL 2018 - seramai 6 orang pelajar IKBN Kuala Perlis terlibat dalam Kejohanan Woodball Piala Tunku Canselor UniMAP 2018 yang diadakan di Padang Woodball Unimap, Pauh, Perlis. Kejohanan ini diadakan pada setiap hari Ahad bermula dari bulan Mac dan dijangka berakhir pada penghujung April 2018. Kejohanan yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis ini diadakan setiap tahun dan merupakan kejohanan tahunan. Penyertaan adalah dari 12 IPT dan institut kemahiran di sekitar Negeri Perlis.

NSIID

MERBOK, UITM Merbok, 30hb MARCH 2018: Dua projek inovasi IKBN Kuala Perlis dipilih sebagai pemenang EMAS di pertandingan Nsaiid08, dimana Universiti Teknologi Mara (Cawangan Kedah) telah menganjurkan National Student Affairs Innovation & Design Competition( NSaiid 2018 ) di Dewan Utama bermula pada 28 March 2018. Pelbagai organisasi terdiri daripada Universiti Tempatan, Institut Kemahiran, Politeknik, dan Kolej Komuniti telah menyertai pertandingan tersebut.

            Projek Intelligent Stand Of Tyre Gun – PKP dan Projek Mini Bar Bander – JBB telah dipilih sebagai pemenang EMAS manakala Adjustable Spray Gun – PJB telah memenangi PERAK yang mana telah disertai oleh empat orang pelajar bagi setiap projek beserta 3 orang guru penasihat dari Jurusan Penyelengaraan Jentera Berat (PJB), Jurusan Jurubina Banggunan (JBB) dan Penyelengaraan Kenderaan Perdagangan (PKP). Diharapkan kemenangan ini akan member semangat kepada para pelajar untuk terus mencipta produk inovasi yang lebih baik pada masa akan datang.

icompex18

Kubang Pasu 26 Mac 2018 – Inovasi IKBNKP berjaya mendapat tempat ketiga Inovasi terbaikdalam pertandingan inovasi  peringkat kebangsaan yang berlangsung baru-baru ini. IKBN Kuala Perlis telah menghantar dua(2) produk inovasi untuk disertai di Pertandingan “Innovation and Invention Competition Through Exhibition” (iCompEx) 2018 anjuran Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) yang diadakan di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 22 hingga 23 Mac 2018.

Sebanyak 624 pasukan telah mengambil bahagian dalam 10 kategori berlainan. IKBN Kuala Perlis telah menghantar satu (1) projek dalam kategori B dengan tajuk projek Mini Bar Bender di bawah bahagian Jurubina Bangunan dan berjaya mendapat tempat ketiga Inovasi terbaik bagi kelas B Pembinaan dan bahan juga membawa pulang hadiah RM 300, serta berjaya merangkul pingat emas. Serta satu lagi projek “Adjustable Spray Gun” oleh bahagian Penyenggaraan Jentera Berat berjaya membawa pingat Perak.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai serta pelajar yang terlibat dalam pelaksanaan projek dan menjayakan pertandingan inovasi ini. Diharapkan menjadi platform terbaik bagi mengetengahkan idea yang berterusan untuk terus maju ke hadapan.

tukarminyakttulang

Arau 24 Mac 2018. _ Hampir 100 buah motosikal digantikan minyak enjin baru oleh pelajar-pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis menerusi Program Himpunan Sentuhan Hati di Perkarangan Masjid Ibnu Taimiyyah Tambun Tulang,Perlis.

Seramai 20 orang pelajar IKBN Kuala Perlis telah hadir bagi menghulurkan bantuan khidmat masyarakat untuk menjayakan gerak kerja menukar minyak enjin motosikal kepada penduduk sekitar tersebut. Program melalui hasil kerjasama Komuniti Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perlis dan Jabatan Belia Dan sukan Negeri Perlis serta IKBN Kuala Perlis.

Melalui program ini juga, kita harap remaja-remaja dan belia-belia di sekitar tersebut menarik minat tentang IKBN Kuala Perlis sebagai salah sebuah Institut latihan yang boleh disertai mereka untuk meningkat kemahiran. Di samping mempraktikkan kemahiran pelajar dalam menjalankan kerja-kerja amali dalam bidang yang disertainya iaitu Teknologi Automotif.

promosispm

KUALA PERLIS, 15 Mac 2018 – Unit Promosi Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis ( IKBNKP) telah mengadakan promosi serta membuka  pameran kemasukan ke IKBN Kuala Perlis untuk sesi pengambilan Julai 2018 di sekolah-sekolah sekitar kangar dan Kuala Perlis sempena keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan diumumkan pada hari tersebut.

Pasukan promosi yang terdiri daripada 20 orang kakitangan IKBNKP telah menuju ke 10 lokasi berbeza sekitar negeri Perlis. Antara sekolah yang terlibat adalah SMK Kuala Perlis, SMK Tunku Budriah, SMK Tengku Sulaiman, SMK Perlis dan lain-lain lagi. Promosi diadakan untuk menghebahkan kursus-kursus yang ada ditawarkan di ILKBS umumnya dan IKBN Kuala Perlis khususnya.

Diharapkan dengan penyertaan Pameran dan Promosi ini, masyarakat sekitar akan dapat mengetahui mengenai IKBN Kuala Perlis dan dapat memberi pendedahan dan membuka minda pelajar-pelajar yang akan menamatkan alam persekolahan tentang hala tuju mereka selepas SPM nanti dan dapat melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal dan kemahiran.

futsalutc

Kangar, 13 Mac 2018. Pasukan Futsal IKBN Kuala Perlis sempat beramah mesra bersama YAB PM Sempena lawatan Perdana Menteri Ke Perlis bagi merasmikan bangunan UTC Kangar.

Dalam kunjungan itu, YAB DS Najib turut meluangkan masa bersama pemain Futsal IKBN Kuala Perlis yang turut memeriahkan pertandingan Futsal anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Perlis di gelanggang baru UTC Kangar. Rata-rata menyatakan rasa amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan bagi kegunaan beriadah di Y-Centre UTC tersebut, antara perkhidmatan lain yang turut disediakan iaitu Gym 1 Malaysia, studio senamrobik dan tarian, pool dan banyak lagi.

trinix

Juru- Bahagian  Penyenggaraan Jentera Berat ,IKBN Kuala Perlis telah mengadakan lawatan sambil belajar dan temu duga ke Trinix Technology Sdn. Bhd bertempat di Taman Industri Ringan Juru, Pulau Pinang. Lawatan tersebut diadakan pada 28 Feb 2018 yang lalu.

Lawatan seramai 10 orang pelajar semester akhir tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan lanjut kepada para pelajar kursus penyenggaraan jentera berat . Lawatan ini juga diadakan atas undangan sesi temu duga kepada pelajar bagi membolehkan pelajar menjalani latihan industri dan diserap masuk untuk bekerja di syarikat tersebut.

Di harapkan setiap maklumat yang telah diberi oleh pihak industri dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dan dapat dipraktikkan dalam bidang pekerjaan kelak.  Jutaan terima kasih di ucapkan kepada  pihak yang terlibat dalam menjayakan program lawatan sambil belajar ini.

Halaman 7 dari 12
 
Find us on Facebook
Follow Us