Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Alor Gajah

IKTBN Alor Gajah (118)

MAJLIS BERTEMU PELANGGAN DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT IKTBN ALOR GAJAH DISAMBUT MERIAH

Masjid Tanah 24 Julai 2017 (Isnin) -  Sempena penutup bulan Syawal 1438H hari ini, pihak IKTBN Alor Gajah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan melibatkan jemputan luar, kakitangan dan pelajar.

Majlis yang bermula jam 11.00 pagi, telah dihadiri oleh para tetamu jemputan yang disediakan pelbagai jenis menu hidangan yang rata-ratanya hasil sumbangan pegawai dan kakitangan institut ini, Koperasi IKTBN Alor Gajah dan Kelab Sukan dan Kebajikan Keluarga IKTBNAG (KESKA).

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YB. Datuk Amirudin Bin Hj Yusof ADUN Ayer Limau, mantan KSU Kementerian Belia dan Sukan YBhg. Dato’ Seri Jamil Bin Salleh (KSU KPDNKK), YBhg. Dato’ Ariff Bin Bakar, YBhg. Dato’ Azmi Bin Razak, YBhg Dato’ Fathul Razi Bin Bakri Mantan Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) YBhg. Puan Haslina Binti Abdul Hamid dengan diiring oleh Ketua Pengarah BPKB YBrs. Dr. Hajah Wasitah Binti Mohd Yusof. Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan acara pertandingan Karaoke dan acara ‘King & Queen’ Raya yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Keluarga IKTBNAG (KESKA).

Majlis berakhir jam 4.00 petang.

Disediakan oleh

JK Promosi & Dokumentasi

IKTBN Alor Gajah

Jumaat, 20 November 2020 17:42

SIMPOSIUM KEMAHIRAN ILKBS 2020 (SKIL'20)

Written by

Masjid Tanah, 17 November 2020 (Selasa) - Buat julung kalinya, ILKBS Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Simposium Kemahiran ILKBS 2020 (SKIL'20) dan telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican secara atas talian di laman Facebook ILKBS dan melalui aplikasi ZOOM . Peserta adalah di kalangan pengajar ILKBS telah terlibat secara maya di ILKBS masing-masing dan peserta bagi IKTBN Alor Gajah telah diadakan di Bilik Electronic Convention Centre IKBN Alor Gajah.

 

Seterusnya, Majlis turut diadakan sesi ceramah oleh beberapa penceramah jemputan seperti Ts Zulaffandi bin Abdullah, Pensyarah IKBN Pekan dengan tajuk Perkongsian Kejayaan Program Inkubator ILKBS, En, Mohd Naqib bin Md Hassan- IKON Usahawan TVET ILKBS dengan tajuk “Ini Cerita Saya-Ikon TVET”, Cik Liyana Azim – CEO Doctor Kayu dengan tajuk Custtom & Personalized Wood Product with Laser Machine for Gig Workers, Prof. Dr. Mohar Yusof – PhD. CFWA, CFP CERT, MIM-CPIPM UNIRAZAK dengan tajuk Membentuk Peluang Dalam Suasana Krisis, En. Ismazaidi bin Ismail – Subject Matters Expert eUsahawan MDEC dengan tajuk Memupuk Minat Berniaga Melalui Pemasaran Online dan En. Rashwin Pal Singh – CEO Biji-biji Inisiative & Me.reka dengan tajuk Me.reka & Makerspace. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua belia dan dapat memberi idea kepada semua para pengajar ILKBS dalam berfikir secara kreatif semasa dalam krisis covid-19 ini.

Dari Kiri, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (Hep) IKTBNAG Encik Mohd Firdaus Bin Mazlan, Tuan Pengarah IKTBNAG Encik Syamsul Tahrin Bin Mohd Tahir dan Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan (Bpl) IKTBNAG Puan Shahrul Naimah Binti Zulkifli

 

Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah

 

Masjid Tanah, 17 November hingga 20 November 2020, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah (IKTBNAG) telah melansungkan Program Peningkatan Kemahiran (PPK) Kursus 3 Phase Motor yang bertempat di Bengkel Kawalan Motor, Bahagian Pendawaian. Kursus ini melibatkan ILKBS Bidang Elektrik iaitu Bukit Mertajam, Seri Iskandar, Jitra, Wakaf Tapai dan tuan rumah Alor Gajah. Kursus ini dijalankan secara maya bagi ILKBS lain dan secara fizikal bagi peserta Alor Gajah. Penceramah bagi kursus ini adalah Encik H.R Onn bin Jaafar.

 

Kursus empat hari ini juga melibatkan enam orang pegawai dalaman yang dijalankan di Bengkel Pendawaian Elektrik yang mana perkongsian telah diberikan oleh Encik HR Onn Bin Jaafar. Pihak IKTBNAG mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang telah terlibat dalam program ini.