Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Alor Gajah

IKTBN Alor Gajah (112)

MAJLIS BERTEMU PELANGGAN DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT IKTBN ALOR GAJAH DISAMBUT MERIAH

Masjid Tanah 24 Julai 2017 (Isnin) -  Sempena penutup bulan Syawal 1438H hari ini, pihak IKTBN Alor Gajah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan melibatkan jemputan luar, kakitangan dan pelajar.

Majlis yang bermula jam 11.00 pagi, telah dihadiri oleh para tetamu jemputan yang disediakan pelbagai jenis menu hidangan yang rata-ratanya hasil sumbangan pegawai dan kakitangan institut ini, Koperasi IKTBN Alor Gajah dan Kelab Sukan dan Kebajikan Keluarga IKTBNAG (KESKA).

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YB. Datuk Amirudin Bin Hj Yusof ADUN Ayer Limau, mantan KSU Kementerian Belia dan Sukan YBhg. Dato’ Seri Jamil Bin Salleh (KSU KPDNKK), YBhg. Dato’ Ariff Bin Bakar, YBhg. Dato’ Azmi Bin Razak, YBhg Dato’ Fathul Razi Bin Bakri Mantan Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) YBhg. Puan Haslina Binti Abdul Hamid dengan diiring oleh Ketua Pengarah BPKB YBrs. Dr. Hajah Wasitah Binti Mohd Yusof. Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan acara pertandingan Karaoke dan acara ‘King & Queen’ Raya yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Keluarga IKTBNAG (KESKA).

Majlis berakhir jam 4.00 petang.

Disediakan oleh

JK Promosi & Dokumentasi

IKTBN Alor Gajah

MASJID TANAH –  4 November 2017, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah (IKTBN Alor Gajah) bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) dan Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah telah berganding bahu dalam menjayakan Program Kesukarelawan ILKBS ‘Touch Point Cabinet Away Day 2017’. Program ini telah dijalankan secara serentak di 5 buah lokasi di dalam Parlimen Bukit Katil yang melibatkan 3 unit rumah persendirian yang begitu daif dan 2 unit kemudahan awam.

Objektif penganjuran program adalah bagi menggalakkan dan meningkatkan semangat kesukarelaan serta sikap keperihatinan di kalangan belia melalui pengalaman mereka mengikuti program yang dianjurkan ini. Selain itu, melalui penganjuran program ini juga dapat mempromosikan ILKBS pada masyarakat komuniti setempat dengan lebih dekat lagi disamping mewujudkan tenaga sukarelawan tahap tinggi dengan menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah di pelajari oleh pelajar di institut ini.

            Program yang melibatkan penyertaan seramai 250 orang ini terdiri daripada pelajar IKTBN Alor Gajah dan Persatuan Belia dan Komuniti setempat. Diantara pemimpin masyarakat yang berkesempatan untuk bersama-sama dalam menjayakan program ini adalah YBhg. Tan Sri Hj. Mohd Ali Bin  Mohd Rustam, Pengerusi Penyelaras Pembangunan Parlimen Bukit Katil, YB. Datuk Seri Hj. Md. Yunos Bin Husin, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan Inovasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek serta Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka iaitu En. Mohd Ridhwan Bin Mohd Ali.

Disediakan oleh:

Nurhanani binti Tarik

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

MASJID TANAH, 3 November 2017 – Baru-baru ini, seluruh negara dikejutkan dengan insiden menyayat hati, tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 nyawa. Sejajar dengan tragedi tersebut, IKTBN Alor Gajah telah menjalankan satu program Gerak Bakti Perihatin, Dinamik Dan Mahir (Perdana) dalam usaha untuk menyumbang bakti dan tenaga untuk kerja membaik pulih kemudahan elektrik di 6 buah pusat pembelajaran agama dan kemanusiaan yang terpilih.

            Antara tahfiz yang terpilih adalah Pusat Kebajikan Barakatul Qodiri, Maahad Tahfiz Al-Quran Baitul Furqan Libanat, Maahad Tahfiz Al-Quran Baitul Furqan Libaning, Pondok Tahfiz Baitussiddiq, Madrasah Al-Qura Lil Banat dan Madrasah Al – Qura. Projek ini bertujuan untuk memberikan bantuan dalam bentuk pemeriksaan, pemasangan dan penyelenggaraan bagi bidang keperluan seperti kerja-kerja elektrik dan pembaikan berskala kecil di pusat pembelajaran agama dan kemanusiaan terutamanya bagi lokasi kemudahan yang digerakkan oleh pihak komuniti sama ada yang mendapat bantuan oleh Kerajaan atau digerakkan secara persendirian.

            Kerja – Kerja penyelengaraan dan baik pulih ini telah dijalankan oleh pelajar-pelajar IKTBN Alor Gajah yang berkemahiran dan antara kerja baik pulih yang telah dijalankan adalah penukaran lampu, palam kuasa dan pendawaian wayar yang baru. Diharapkan usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan harapan dapat membantu pusat pengajian agama ini mempunyai premis pembelajaran yang baik dan kondusif.

Disediakan oleh:

Nurhanani binti Tarik

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

TAHFIZ

Khamis, 23 November 2017 11:58

YOUTH BIZ TALK DI MATRADE KUALA LUMPUR

Written by

KUALA LUMPUR,  14 November 2017 - IKTBN Alor Gajah, Melaka telah menerima jemputan daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan penglibatan seramai 25 orang pelajar untuk menghadiri Program Youth Biz Talk bertempat di MATRADE Hall, Aras 3, Menara MATRADE, Kuala Lumpur.

Program seumpama ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan MATRADE kepada belia khususnya dan bumiputera amnya.  Peserta turut diperkenalkan kepada usahawan belia Malaysia yang telah berjaya membawa jenama Malaysia ke pasaran dunia seperti Abharuddin Aziz Design, Ryverra Chocolate, Tyzo Sdn Bhd dan Hadid Engineering (M) Sdn Bhd.  Majlis perasmian pelancaran Portal Youth Entrepreneurial Network (YEN) telah dilaksanakan oleh YB Brig. Jen Khairy Jamaludin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia serentak dengan perasmian KBS Entrepreneur Pavilion & Walkabout di Aras 2, Menara MATRADE.

Usahawan belia Malaysia digalakkan untuk menghasilkan produk inovasi berjenama Malaysia yang memberi manfaat kepada pengguna dan menggunakan platform Digital Free Trade Zone sebagai sumber pemasaran produk ke luar negara. Mereka boleh mendapatkan latihan secara maya dengan mendaftar secara dalam talian di MATRADE e-learning di laman http://elearning.matrade.gov.my

Disediakan oleh:

J/K Portal dan Promosi

IKTBN Alor Gajah

IMG 20171114 WA0014

MASJID TANAH –  4 November 2017, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah (IKTBN Alor Gajah) bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) dan Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah telah berganding bahu dalam menjayakan Program Kesukarelawan ILKBS ‘Touch Point Cabinet Away Day 2017’. Program ini telah dijalankan secara serentak di 5 buah lokasi di dalam Parlimen Bukit Katil yang melibatkan 3 unit rumah persendirian yang begitu daif dan 2 unit kemudahan awam.

Objektif penganjuran program adalah bagi menggalakkan dan meningkatkan semangat kesukarelaan serta sikap keperihatinan di kalangan belia melalui pengalaman mereka mengikuti program yang dianjurkan ini. Selain itu, melalui penganjuran program ini juga dapat mempromosikan ILKBS pada masyarakat komuniti setempat dengan lebih dekat lagi disamping mewujudkan tenaga sukarelawan tahap tinggi dengan menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah di pelajari oleh pelajar di institut ini.

            Program yang melibatkan penyertaan seramai 250 orang ini terdiri daripada pelajar IKTBN Alor Gajah dan Persatuan Belia dan Komuniti setempat. Diantara pemimpin masyarakat yang berkesempatan untuk bersama-sama dalam menjayakan program ini adalah YBhg. Tan Sri Hj. Mohd Ali Bin  Mohd Rustam, Pengerusi Penyelaras Pembangunan Parlimen Bukit Katil, YB. Datuk Seri Hj. Md. Yunos Bin Husin, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan Inovasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek serta Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka iaitu En. Mohd Ridhwan Bin Mohd Ali.

Disediakan oleh:

Nurhanani binti Tarik

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

BANDAR PENAWAR,  29 Oktober 2017 - IKTBN Alor Gajah, Melaka telah menjadi juara sekali lagi buat kali ke 9 sempena Kejohanan Sukan  Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Kali ke 31 Tahun 2017 di mana IKBN Bandar Penawar, Johor telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut pada kali ini. Terdapat 3 jenis sukan yang dipertandingkan dalam kejohanan tersebut antaranya boling, futsal dan badminton yang telah disertai oleh 20 IKBN dan IKTBN seluruh Malaysia dari 29 – 31 Oktober yang lalu.

IKTBN Alor Gajah, Melaka telah berjaya mendapat emas bagi sukan badminton berpasukan dan boling wanita, perak bagi sukan futsal dan gangsa diraih menerusi sukan boling lelaki. Dengan pungutan mata tersebut, IKTBN Alor Gajah berjaya di nobatkan sebagai Johan keseluruhan Kejohanan Sukan Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Kali ke 31 Tahun 2017.

Penganjuran kali ini berjaya memberikan impak yang positif kepada pembangunan sukan dikalangan pelajar khususnya di peringkat IKBN dan IKTBN seluruh negara. Secara tidak langsung kejohanan ini dilihat dapat mengilap bakat dikalangan pelajar di dalam bidang sukan dan juga mereka dapat manjalinkan talian persahabatan yang baru di antara peserta.

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melihat lebih ramai lagi pelapis di dalam arena sukan dapat digilap untuk mewakili negara, kejohanan ini juga boleh dikira sebagai salah satu usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan di peringkat IKBN dan IKTBN untuk mencapai hasrat tersebut.

Disediakan oleh:

Nurhanani binti Tarik

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

juara keseluruhan 2

SG. UDANG, 9 Oktober 2017 – Bahagian Pendawaian Elektrik, Jabatan Elektrik telah menyahut seruan kerajaan dengan memberikan sumbangan tenaga serta kepakaran bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan pendawaian elektrik bagi program CSR ‘Touch Point’ Suruhanjaya Tenaga Negeri Sembilan dan Melaka di Madrasah An Nuriah Ad Diniah pada 9 hingga 10 Oktober 2017.

Seramai 12 orang pelajar semester akhir pendawaian PW2 dan PW4 beserta 3 orang Pengajar Pengiring dari Bahagian Pendawaian Elektrik terlibat dengan kerja-kerja pembaikan pendawaian elektrik dengan bantuan pengajar-pengajar dari institut ini.

Adalah menjadi harapan agar amalan seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengamalkan langkah-langkah pemasangan pendawaian elektrik yang baik seperti yang disarankan oleh kerajaan. Selain daripada itu, ianya juga dapat memberi pendedahan suasana kerja sebenar kepada pelajar-pelajar.

           

Disediakan oleh :

J/K Portal dan Promosi

IMG 20171016 WA0010

 

MASJID TANAH, 20 September 2017 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah, Melaka telah tersenarai untuk Program Penarafan Bintang Program Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran 2017. Lawatan Penilaian dan Pemeriksaan ini dilaksanakan bertujuan untuk memastikan kualiti pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia berdasarkan AKTA 652 dan seterusnya memberi taraf bintang ke atas program yang dijalankan di institut ini.

 

Lawatan penarafan ini diketuai oleh Encik Mohd Nor Bin Dollah, Encik Mohd Aidil Fitri B. Ab Razak dan Encik Muzaffar Bin Basharudin daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang meliputi Pemeriksaan Dokumen Input Umum di Bahagian Pentadbiran, Lawatan Pemeriksaan Fizikal Input Umum,  Pemeriksaan Dokumen Input Program di Bengkel Latihan dan Lawatan Pemeriksaan Fizikal Input Program.  Semoga sesi penilaian dan pemeriksaan ini dapat memastikan kecemerlangan institut pada masa kini dan masa hadapan.

Disediakan oleh:

J/K Portal dan Promosi

IKTBN Alor Gajah

ALOR GAJAH, 16 September 2017 - Seramai 40 orang pelajar dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Alor Gajah telah terlibat di dalam Program Ziarah Kasih dan Gotong-Royong Sempena Bulan Kebajikan Negara 2017 telah dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Alor Gajah Melaka. Program yang telah berlangsung dari 10 September - 1 Oktober 2017 ini bertujuan bagi memupuk semangat dikalangan masyarakat yang berbilang kaum dan pelbagai peringkat umur untuk saling tolong-menolong dan bekerjasama dalam membantu golongan-golongan yang memerlukan. Selain daripada IKTBN Alor Gajah terdapat juga institusi lain yang turut menyertai program ini iaitu UiTM Melaka dan ADTEC Alor Gajah.

Program tersebut di khususkan dalam membantu warga emas dan Orang Kurang upaya di Kawasan Kampung Ulu Melaka Pindah.  Terdapat 2 buah rumah di kawasan Kampung Ulu Melaka Pindah yang harus dibersihkan, dimana sebuah rumah yang didiami oleh warga emas perlu dirobohkan dan sebuah lagi yang didiami oleh keluarga Orang Kurang Upaya untuk kerja-kerja pembersihan. Selain daripada membantu golongan-golongan yang memerlukan, para pelajar dapat mengeratkan silaturrahim dan seterusnya dapat menghargai setiap apa yang mereka perolehi setelah mereka melihat tentang kesusahan orang lain serta ianya mampu memberi kesedaran kepada mereka betapa pentingnya nilai murni dalam memupuk sikap dan semangat dalam penganjuran aktiviti – aktiviti  khidmat masyarakat. Dengan mengikuti program ini pelajar juga dapat mencari pengalaman dan dapat mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

Disediakan oleh:

Pn. Nurhanani binti Tarik

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

jalinan kasih

ALOR GAJAH, 14 September 2017 - Seramai 31 orang pelajar Kolej Vokasional Tanjung Puteri, Johor turut diiringi oleh 2 orang guru pengiring telah mengikuti dengan jayanya Latihan Modul KSKV Program Teknologi Elektrik - Tahap 4 yang telah berlangsung selama 5 hari iaitu pada  10 - 14 September 2017 di Jabatan Elektrik, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah, Melaka.

Modul Latihan ini merangkumi Modul ETE701 HV Installation 1, ETET703 Electrical Manintenance Development Dan ETE801 HV Installation 2 dengan bantuan pengajar-pengajar Bahagian Penjaga Jentera Elektrik di sini. Program seumpama ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu dan mendedahkan para pelajar mengenai keperluan pembelajaran atau pengetahuan dalam bidang Penjaga Jentera Elektrik (PJE).

Disediakan oleh:

Pn. Cseetee Jimmiliah Nur Hajar

Jabatan Elektrik

kursus KSKV

Halaman 4 dari 8