Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Alor Gajah

IKTBN Alor Gajah (112)

MAJLIS BERTEMU PELANGGAN DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT IKTBN ALOR GAJAH DISAMBUT MERIAH

Masjid Tanah 24 Julai 2017 (Isnin) -  Sempena penutup bulan Syawal 1438H hari ini, pihak IKTBN Alor Gajah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan melibatkan jemputan luar, kakitangan dan pelajar.

Majlis yang bermula jam 11.00 pagi, telah dihadiri oleh para tetamu jemputan yang disediakan pelbagai jenis menu hidangan yang rata-ratanya hasil sumbangan pegawai dan kakitangan institut ini, Koperasi IKTBN Alor Gajah dan Kelab Sukan dan Kebajikan Keluarga IKTBNAG (KESKA).

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YB. Datuk Amirudin Bin Hj Yusof ADUN Ayer Limau, mantan KSU Kementerian Belia dan Sukan YBhg. Dato’ Seri Jamil Bin Salleh (KSU KPDNKK), YBhg. Dato’ Ariff Bin Bakar, YBhg. Dato’ Azmi Bin Razak, YBhg Dato’ Fathul Razi Bin Bakri Mantan Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) YBhg. Puan Haslina Binti Abdul Hamid dengan diiring oleh Ketua Pengarah BPKB YBrs. Dr. Hajah Wasitah Binti Mohd Yusof. Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan acara pertandingan Karaoke dan acara ‘King & Queen’ Raya yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Keluarga IKTBNAG (KESKA).

Majlis berakhir jam 4.00 petang.

Disediakan oleh

JK Promosi & Dokumentasi

IKTBN Alor Gajah

MASJID TANAH, 24 Februari 2017 (Khamis) – Seramai 3 orang Penguatkuasa Kesihatan Daerah Alor Gajah telah membuat pemeriksaan mengejut di institut ini berkaitan menghisap rokok di dalam kawasan premis larangan merokok. Pasukan penguatkuasa yang diketuai oleh Muhamad Ermy Hisham Bin Kassim yang diiring oleh Pengarah IKTBNAG Hajah Salmah Binti Aziz bersama Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Suriani Binti Hasan telah membuat rondaan hampir keseluruhan kawasan institut ini antaranya, kawasan asrama pelajar, dewan makan, kafetaria, kawasan pejabat dan kawasan bengkel latihan.

Tiada saman yang dikeluarkan semasa pemeriksaan tersebut, ini membuktikan kawasan IKTBN Alor Gajah bebas dari asap rokok.

Sebelum itu, pihak pengurusan institut ini ada membuat pemohonan papantanda dan pelekat larangan merokok kepada Pejabat Kesihatan Alor Gajah yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Intergriti Tadbir Urus (JITU) baru-baru ini.

Di akhir pemeriksaan, pihak kesihatan Alor Gajah telah menyerahkan pelekat larangan merokok kepada pengarah IKTBNAG.

MASJID TANAH, 23 Februari 2017 (Khamis) – IKTBN Alor Gajah hari ini di datangi oleh 7 orang delegasi dari ILP Bukit Katil, Melaka yang diketuai oleh pengarah, A. Rahmad Bin Ngah yang turut diringi Timbalan Pengurusan Sumber dan Ketua Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan Aset.

Pertemuan diadakan di dalam bilik pengarah IKTBN Alor Gajah Hajah Salmah Binti Aziz. Tujuan kehadiran delegasi ini adalah untuk menyampaikan surat penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak IKTBN Alor Gajah kerana sudi memindahkan beberapa jumlah aset alih kerajaan Jabatan Elektronik ke ILP bagi tujuan pembelajaran.

Pertemuan diakhiri dengan penyampaian surat penghargaan dan cenderahati oleh Pengarah ILP Bukit Katil kepada Pengarah IKTBN Alor Gajah, dan seterusnya pemyampaian cenderahati daripada pihak IKTBN Alor Gajah kepada pihak ILP. Sebelum pihak delegasi beredar satu sesi fotografi telah diadakan.

MASJID TANAH, 21 Febuari 2017 (Selasa) – Bahagian Pentadbiran dan Kewangan institut ini telah dilantik sebagai penganjur untuk menjayakan majlis bacaan yassin perdana yang melibatkan semua kakitangan, warga kerja dan pelajar bertempat di Surau Al Qardawi IKTBN Alor Gajah.

Terdahulu majlis dimulakan dengan solat Zohor berjemaah seterusnya bacaan Yassin serta Tahlil yang dipimpin oleh Mohd Hussairi Bin Anik @ Harun, kakitangan Cawangan Kewangan.

Tujuan utama majlis yassin dan tahlil ini dilaksanakan adalah selain daripada mendoakan kebaikan, ianya juga  bagi menarik golongan belia dan warga kerja bagi  mengimarahkan surau Al Qardawi. Turut hadir, Pengarah IKTBN Alor Gajah, Hajah Salmah Binti Aziz.

Majlis diakhiri dengan perhimpunan bulanan dan mesyuarat kakitangan.

MASJID TANAH, 18 Februari 2017 -  My Beautiful Malaysia (MBM) merupakan program berbentuk gotong royong bersama dengan komuniti yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 3 Febuari 2013 untuk memelihara alam sekitar dan kawasan kediaman serta premis kerajaan dan swasta. Justeru itu pihak pengurusan IKTBNAG bersempena dengan Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah mengambil inisiatif untuk menjadikan aktiviti gotong royong  dalam usaha mendidik pelajar ke arah budaya  mencintai alam sekitar  dan memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih, cantik dan menceriakan.

Acara dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh Encik Azmir Irwan bin Mad Aris pada jam 7.30 pagi di Padang Kawad IKTBNAG turut disertai oleh Puan Hajah Salmah bt. Aziz dan semua warga IKTBNAG. Setelah itu, semua pelajar telah dibahagikan mengikut kawasan Zon EKSA di IKTBNAG dan diketuai oleh Pegawai Penyelia mengikut zon seperti Zon Pengurusan, Zon Hal Ehwal Pelajar, Zon Hospitaliti dan Zon Elektrik. Bengkel-bengkel latihan, kawasan pejabat, asrama lelaki , asrama wanita, kafeteria dan  persekitaran kawasan menjadi lokasi tumpuan gotong royong. Aktiviti gotong royong ini bukan sahaja untuk membersihkan kawasan persekitaran malah untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes dan penularan wabak penyakit yang lain. My Beautiful Malaysia ini bukan sahaja untuk membersihkan kawasan persekitaran malah turut mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara semua warga IKTBNAG dan pelajar. 

MASJID TANAH, 10 Febuari 2017 -  Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah di bawah Cawangan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Solat Sunat Dhuha bersama Pelajar. Majlis bermula selepas perhimpunan pagi pelajar dan turut disertai oleh pegawai dan kakitangan IKTBN AG. Solat Sunat Dhuha ini dilaksanakan di Surau Al-Qardhawi IKTBN AG.

Sehubungan dengan itu, majlis dimulakan dengan taklimat ringkas cara dan pelaksanaan Solat Sunat Dhuha oleh Ustaz Abdul Halim Bin Elias. Selepas Solat Sunat Dhuha, majlis disambung dengan tahlil ringkas untuk Pelajar yang kehilangan bapanya pada pagi tadi (Ismail bin Sahdan Jurusan Elektrik PW4 01/17) . Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Majlis seperti ini telah dijadikan aktiviti bulanan untuk takwim Hal Ehwal Pelajar di bawah Unit Pembangunan Insan. Ini kerana aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim pelajar diantara pegawai dan kakitangan serta dapat meningkatkan pemantapan rohani pada diri pelajar mahupun pegawai dan kakitangan. 

Isnin, 21 November 2016 08:35

PROGRAM GERBANG KERJAYA IKTBN ALOR GAJAH

Written by

Masjid Tanah,16 November 2016-  IKTBN Alor Gajah hari ini telah melaksanakan program Gerbang Kerjaya dengan jayanya dan berjalan dengan lancar. Pelbagai pengisian telah dirangka dan dilaksanakan mengikut aturcara oleh pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar selaku penganjur program kali ini, antaranya ialah temuduga terbuka oleh pihak industri, ceramah bersama pakar motivasi, taklimat kerjaya oleh Job Malaysia, pameran, jualan job order  dan majlis perasmian program.

Masjid Tanah,16 November 2016- Cawangan Hubungan Industri IKTBN Alor Gajah hari ini telah mengadakan sesi temuduga bersama pihak industri bertempat di Dewan Tun Syed Ahmad Al Haj. Sesi temuduga ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk meneruskan kerjaya di dalam bidang industri.

Masjid Tanah, 4 November 2016 - Pada 4 nov 2016 (Jumaat) telah berlangsungnya Perlawanan Badminton Persahabatan di antara Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka dengan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah bertempat di dewan Tun Syed Ahmad Al Haj. Tujuan perlawanan ini di adakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kakitangan dan pegawai melalui berlainan agensi serta memupuk semangat kesukanan dikalangan kakitangan dan pegawai. Perlawanan badminton ini telah bermula pada jam 4.30 petang. Tiga kategori yang dipertandingkan adalah beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. Keputusan rasmi perlawanan menyaksikan JBSN Melaka mengungguli acara beregu lelaki dan beregu campuran, manakala IKTBNAG menang 2-0 dalam acara beregu wanita. Perlawanan persahabatan ini banyak memberikan kesan positif dari sudut kesihatan dan kesukanan malah memberi ruang untuk perkongsian pengalaman dan idea bagi sebarang bentuk kerjasama ke arah hubungan rapat antara jabatan.

Masjid Tanah, 4 November 2016 (Jumaat) - Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi memilih Presiden dan barisan kepimpinan MPP sesi 2016-2018 telah dijalankan di Dewan Tun Syed Ahmad Al Haj IKTBNAG. Pendaftaran pengundi dan proses membuang undi di kalangan pelajar diadakan pada jam 8.00 pagi dan tamat jam 9.00 pagi. Penamaan calon telah diadakan pada 25 Oktober 2016, 5 orang pelajar dari Jabatan Elektrik dan Hospitaliti telah dicalonkan untuk bertanding. Kempen untuk semua calon yg bertanding juga giat dijalankan selepas penamaan calon. Tujuan pilihanraya ini diadakan bukan sahaja untuk memilih kepimpinan MPP tetapi juga untuk mendidik dan memupuk sifat kepimpinan pelajar untuk lebih berketerampilan, dedikasi dan bertanggungjawab. Pilihanraya ini juga telah memberi peluang kepada pelajar untuk memilih calon pemimpin mereka sendiri melalui saluran demokrasi. Moga dgn pilihanraya kali ini barisan kepimpinan MPP yang terpilih menjadi lebih proaktif dan cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Masjid Tanah, 25 Ogos 2016 - lnstitut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah dengan kerjasama Jabatan Hospitaliti selaku tuan rumah telah menganjurkan perhimpunan bulanan Julai dan Ogos sekaligus menutup program Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan  serta mengadakan pelancaran bulan kemerdekaan ke 59 tahun di Padang Kawad IKTBN Alor Gajah.

Halaman 6 dari 8