Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Alor Gajah

IKTBN Alor Gajah (111)

MAJLIS BERTEMU PELANGGAN DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT IKTBN ALOR GAJAH DISAMBUT MERIAH

Masjid Tanah 24 Julai 2017 (Isnin) -  Sempena penutup bulan Syawal 1438H hari ini, pihak IKTBN Alor Gajah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan melibatkan jemputan luar, kakitangan dan pelajar.

Majlis yang bermula jam 11.00 pagi, telah dihadiri oleh para tetamu jemputan yang disediakan pelbagai jenis menu hidangan yang rata-ratanya hasil sumbangan pegawai dan kakitangan institut ini, Koperasi IKTBN Alor Gajah dan Kelab Sukan dan Kebajikan Keluarga IKTBNAG (KESKA).

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YB. Datuk Amirudin Bin Hj Yusof ADUN Ayer Limau, mantan KSU Kementerian Belia dan Sukan YBhg. Dato’ Seri Jamil Bin Salleh (KSU KPDNKK), YBhg. Dato’ Ariff Bin Bakar, YBhg. Dato’ Azmi Bin Razak, YBhg Dato’ Fathul Razi Bin Bakri Mantan Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) YBhg. Puan Haslina Binti Abdul Hamid dengan diiring oleh Ketua Pengarah BPKB YBrs. Dr. Hajah Wasitah Binti Mohd Yusof. Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan acara pertandingan Karaoke dan acara ‘King & Queen’ Raya yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Keluarga IKTBNAG (KESKA).

Majlis berakhir jam 4.00 petang.

Disediakan oleh

JK Promosi & Dokumentasi

IKTBN Alor Gajah

Masjid Tanah, 2 Oktober 2016 (Ahad) - Seminar Transformasi Ketrampilan Diri Pegawai Hospitaliti di bawah Program Perkongsian Kepakaran Industri (PKI) bertajuk Protokol, Etiket dan Imej Korporat telah diadakan di Jabatan Hospitaliti IKTBN Alor Gajah yang melibatkan 38 orang pegawai Hospitaliti dari ILKBS.

Masjid Tanah, 23 September 2016 (Jumaat) - Bahagian Pastri Jabatan Hospitaliti IKTBN Alor Gajah telah diberikan mandat untuk menganjurkan Kursus Program Peningkatan Kemahiran (PPK) The Arts of Continental Cake bagi tahun 2016. Kursus ini telah di sertai oleh 12 orang pengajar bidang Pastri dari Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) seluruh Malaysia. Ia telah berlangsung selama 4 hari bermula dari 20 hingga 23 September 2016.

Port Dickson, 7 September 2016 (Rabu) - Cawangan Kerjasama Strategik IKTBN Alor Gajah telah berjaya menganjurkan Majlis ringkas menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) Silver bersama 2 syarikat perhotelan hari ini hasil beberapa siri perundingan sebelumnya.

Khamis, 11 August 2016 04:37

AGRIANTZ MENANG BESAR

Written by

Disediakan oleh : Encik Ahmad Bin Hashim
Foto : Encik Ahmad Bin Hashim

MASJID TANAH, 10 Ogos 2016, Rabu - Agriantz menang besar dalam pIerlawanan persahabatan antara IKTBN AG vs IKBN Miri.

Disediakan oleh : Puan Nurhanani 
Foto : Puan Nurhanani

MASJID TANAH, 22 Ogos 2016 (Isnin) telah berlangsungnya Kempen Derma Darah bersempena dengan penganjuran MKKP 2016.

Disediakan oleh : Puan Zurina 
Foto : Puan Zurina

MASJID TANAH, 22 Ogos 2016 (Isnin) telah berlangsung Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) untuk semua pegawai dan kakitangan IKTBN AG bersempena dengan MKKP 2016.

MASJID TANAH, 28 JULAI 2016 - Seramai 86 pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah terlibat dengan taklimat pendaftaran Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) yang diadakan di Bilik Seminar institut ini hari ini.
DURIAN TUNGGAL, 2 OGOS 2016 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras Kursus Sistem Solar Fotovolta Tersambung Grid Untuk Penjaga Jentera Elektrik dan Pendawai dibawah Program Peningkatan Kemahiran (PPK).
MASJID TANAH 13 OGOS 2016 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Institut Kemahiran Tingi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah hari ini menganjurkan program Skim Latihan Kemahiran (SLK) bertempat di Bilik Seminar IKTBN Alor Gajah.
Isnin, 15 August 2016 00:10

IKTBN ALOR GAJAH ANJURKAN PROGRAM LKTF

Written by
MASJID TANAH, 14 OGOS 2016 - Seramai 20 belia setempat dipilih bagi menjayakan Program Latihan Kemahiran Tidak Formal Siri 2 Jabatan Hospitaliti. 

Program ini bertujuan bagi memberi pendedahan dan ilmu kemahiran kepada golongan belia, di mana dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak dapat memberikan peluang dan maklumat kepada belia-belia mengenai bidang kemahiran terutama dalam bidang Hospitaliti dan seterusnya dapat mempromosikan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah kepada masyarakat komuniti.
Halaman 7 dari 8