Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Alor Gajah

IKTBN Alor Gajah (112)

MAJLIS BERTEMU PELANGGAN DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT IKTBN ALOR GAJAH DISAMBUT MERIAH

Masjid Tanah 24 Julai 2017 (Isnin) -  Sempena penutup bulan Syawal 1438H hari ini, pihak IKTBN Alor Gajah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan melibatkan jemputan luar, kakitangan dan pelajar.

Majlis yang bermula jam 11.00 pagi, telah dihadiri oleh para tetamu jemputan yang disediakan pelbagai jenis menu hidangan yang rata-ratanya hasil sumbangan pegawai dan kakitangan institut ini, Koperasi IKTBN Alor Gajah dan Kelab Sukan dan Kebajikan Keluarga IKTBNAG (KESKA).

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YB. Datuk Amirudin Bin Hj Yusof ADUN Ayer Limau, mantan KSU Kementerian Belia dan Sukan YBhg. Dato’ Seri Jamil Bin Salleh (KSU KPDNKK), YBhg. Dato’ Ariff Bin Bakar, YBhg. Dato’ Azmi Bin Razak, YBhg Dato’ Fathul Razi Bin Bakri Mantan Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) YBhg. Puan Haslina Binti Abdul Hamid dengan diiring oleh Ketua Pengarah BPKB YBrs. Dr. Hajah Wasitah Binti Mohd Yusof. Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan acara pertandingan Karaoke dan acara ‘King & Queen’ Raya yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Keluarga IKTBNAG (KESKA).

Majlis berakhir jam 4.00 petang.

Disediakan oleh

JK Promosi & Dokumentasi

IKTBN Alor Gajah

Masjid Tanah, 28 JUN 2016 - Bengkel Pembentangan Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan Bersama Pengarah Peringkat IKTBN Alor Gajah  telah berlangsung hari ini. Program ini melibatkan semua Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Cawangan dan Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua Unit bertempat di Bilik Mesyuarat Anjung Utama bermula jam 8.30 pagi. Bengkel ini diketuai oleh Pengarah IKTBN Alor Gajah, Pn Hajjah Siti Aishah binti Yahya.

 

 

  

 

 

 

 

 

Masjid Tanah, 29 JUN 2016 - Bengkel Pemurnian Manual Prosedur Kerja (MPK)  dan Fail Meja (FM) IKTBN Alor Gajah  telah berlangsung hari ini yang melibatkan ketua dan wakil dari semua bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran dan Kewangan (BPK), Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP).

 

 

Pemurnian MPK dijalankan bagi mengemaskini perubahan latarbelakang mengenai fasiliti dan perjawatan, objektif, carta organisasi, fungsi, aktiviti, proses kerja dan carta alir selaras dengan kejayaan naiktaraf IKBN kepada IKTBN.

 

 

Slot pertama bengkel ini dimulakan dengan sesi taklimat ringkas pengenalan mengenai MPK dan FM yang disampaikan oleh urusetia dari BPK IKTBN Alor Gajah. Slot ke dua diteruskan dengan penetapan objektif, fungsi dan aktiviti utama terkini jabatan.

 

Siri 1 bengkel ini diakhiri dengan slot pemurnian proses kerja dan carta alir bagi setiap aktiviti utama terkini yang telah disenaraikan. Pembentangan hasil pemurnian oleh setiap bahagian pada Siri 2 bengkel ini dijadual akan dilaksanakan pada 25 Julai 2016.

 

 

 

  

 

 

 

 

 

Majid Tanah, 29 JUN 2016 - Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) menganjurkan Program #MalaysiaNgaji sebagai satu kempen nasional bagi mendorong dan memberi kesedaran kepada umat islam mengenai kepentingan membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran itu sebagai panduan hidup dan menjadi Al-Quran itu sebagai panduan hidup di pelbagai lokasi di seluruh negeri Melaka.

 

IKTBN Alor Gajah turut menyahut seruan ini dengan menjalankan program #MalaysiaNgaji hari ini dari 12.00 tengahari hingga 1.00 petang di Surau Al-Qardhawi IKTBN Alor Gajah.

 

 

Program serupa juga telah dijalankan disepanjang bulan Ramadhan iaitu Tadarus  Al-Quran yang melibatkan pelajar dan kakitangan IKTBN Alor Gajah setiap hari dari jam 12.30 tengahari hingga 1.30 petang. Acara kemuncak program tadarus Al-Quran tersebut iaitu Majlis Khatam Al-Quran peringkat IKTBN ALor Gajah telah disempurnakan bersempana  sambutan Nuzul Al-Quran. Antara pengisian lain sepanjang Ramadhan ini adalah program Iftar Ramadhan, penyerahan buah tamar kepada semua ahli Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKA) dan gotong-royong bubur lambuk anjuran kontraktor pembersihan.

 

 

Program – program ini dirancang bagi mengeratkan silaturahim antara semua warga IKTBN Alor Gajah termasuk kakitangan, pelajar dan pekerja-pekerja kontrak selain merancakkan agenda pengimarahan Surau Al-Qardhawi IKTBN Alor Gajah di bulan Ramadhan yang mulia ini.

 

 

MASJID TANAH, 14 JULAI 2016 - Semua warga IKTBN Alor Gajah termasuk kakitangan, pelajar serta pekerja kontrak pembersihan, keselamatan dan Dewan Makan telah bekerjasama menjayakan Program Gotong Royong Perdana (GRP) Siri 2 2016.

MASJID TANAH, 24 APRIL 2016 – Perhimpunan Mesra Bulanan IKTBN Alor Gajah bagi bulan Mei dan Jun telah dilangsungkan di Dewan Tun Syed Ahmad Al-Haj.

Jumaat, 13 May 2016 00:01

PELAKSANAAN UKJK DI IKTBN ALOR GAJAH

Written by

IKTBN Alor Gajah ( 12.05.2016 ) - Seramai 540 orang pelajar institut ini telah terlibat dengan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang sedang berlangsung bermula daripada 10-26 Mei 2016 secara berperingkat.

MASJID TANAH, 28 APRIL 2016 - Kelab Sukan Dan Kebajikan Keluarga (KESKA), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah hari ini telah mengadakan mesyuarat agung dwi tahunannya buat kali yang ke tujuh.
Khamis, 28 April 2016 17:15

HADIR TAKLIMAT SLDN

Written by
ALOR GAJAH, 28 APRIL 2016 - Seramai 20 kakitangan dan pegawai Institut Latihan Belia Negara ini terlibat dengan Majlis Taklimat Sistem Dual nasional ( SLAN ) Taklimat disampaikan JPK Putrajaya.
Rabu, 27 April 2016 17:14

IKTBN ALOR GAJAH KE ARAH EKSA

Written by
MASJID TANAH 27 APRIL 2016 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara ( IKTBN) Alor Gajah hari ini mengadakan Majlis Pelancaran EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) yang dilancarkan Hajjah Siti Aishah Yahya selaku Pengarah IKTBN Alor Gajah.
PORT DICKSON, 27 APRIL 2016 - Jabatan Elektrik Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah hari ini telah menghantar seramai 57 pelajarnya yang terdiri daripada 28 pelajar bidang Pendawai PW2 dan 29 pelajar bidang Penjaga Jentera Elektrik A1 bagi tujuan melaksanakan kerja-kerja pemotongan kabel dan penurunan alat penghawa dingin di Akedemi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) secara sukarela bermula daripada 25 April 2016 hingga 1 Mei 2016.
Halaman 8 dari 8