Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Sepang | Berita

IKTBN Sepang | Berita (231)

SEPANG, 13 NOVEMBER 2019 - Majlis Graduasi Program Sistem Dual Latihan (SLDN) Panasonic Industrial Devices Sdn Bhd (PIDMY) – ILKBS yang berlangsung di Dewan Sri Nilam, IKTBN Sepang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Hjh Wasitah binti Hj. Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB). Timbalan Pengarah Urusan PIDMY, Tuan Haji Zukifli bin Selamat turut hadir ke majlis tersebut bersama wakil pengurusan En. Prasad Chandran (Pengarah Jabatan CMC, PIDMY) dan En. Lee Leong Kin (Pengarah Jabatan HMIBG, PIDMY).

Jumaat, 01 November 2019 10:21

PELAJAR IKTBN SEPANG DI MAJLIS KONVOKESYEN UTM KE-63

Written by

JOHOR BHARU, 6 NOVEMBER 2019 - Majlis Konvokesyen ke-63 yang berlangsung pada 2 hingga 5 November 2019 di UTM Johor Bharu telah dihadiri oleh pelajar-pelajar IKTBN Sepang dari Program Kerjasama UTM dalam Bidang Diploma Teknologi Mekanikal (Alatan & Acuan). Seramai 20 orang pelajar terlibat di dalam majlis ini.

SEKINCHAN, 13 OKTOBER 2019 – Program Pembangunan Karaktor Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ' I AM THE GREAT' telah diadakan pada 11 hingga 13 Oktober bertempat di De Rimbun Inn, Sekinchan, Selangor.

 

JAKARTA, 12 OKTOBER 2019 - Tahniah kepada pasukan inovasi dari Jabatan Teknologi Mekanikal Senggaraan (JMS) IKTBN Sepang telah berjaya mendapat Silver Award dengan mempertaruhkan projek Basic Electrical Training Kit (BE KIT) dalam pertandingan inovasi peringkat antarabangsa "6th International Youth Inventors Award (IYIA 2019)" anjuran Indonesian Invention and Innovation Promotion Association (INNOPA) yang telah berlangsung pada 9 hingga 12 Oktober 2019 bertempat di Sasana Kriya, Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia.

KUALA LUMPUR, 10 OKTOBER 2019 – Projek inovasi dari IKTBN Sepang sekali lagi terpilih mewakili daerah Sepang ke Peringkat Akhir Anugerah Inovasi Negeri Selangor bagi tahun 2019. 

JAKARTA, 9 OKTOBER 2019 - Pasukan inovasi dari Jabatan Teknologi Mekanikal Senggaraan (JMS) IKTBN Sepang telah memulakan pertandingan hari pertama dengan mempertaruhkan projek Basic Electrical Training Kit (BE KIT) dalam pertandingan inovasi peringkat antarabangsa "6th International Youth Inventors Award (IYIA 2019)" pada 9 hingga 10 Oktober 2019 bertempat di Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia.

SEPANG, 7 OKTOBER 2019 - Pasukan Inovasi dari Jabatan Teknologi Mekanikal Senggaraan, IKTBN Sepang yang dianggotai oleh Puan Nurul Asikin, Encik Zulkifli dan Encik Sallehuddin akan bertolak ke Jakarta bagi menyertai pertandingan inovasi peringkat antarabangsa "6th International Youth Inventors Award (IYIA 2019)". 

Khamis, 03 October 2019 15:40

PEMBENTANGAN PROJEK AKHIR DKM IKTBN SEPANG

Written by
SEPANG, 3 OKTOBER 2019 - Pembentangan Projek Akhir DKM pelajar Teknologi Mekanikal Senggaraan (JMS) dan Teknologi Mekanikal Pemesinan (JMP). Pelajar JMS seramai 11 orang dengan lima projek manakala pelajar JMP seramai 17 orang dengan enam projek. 
 
SERI ISKANDAR, 29 SEPTEMBER 2019 - IKTBN Sepang telah merangkul 3 pingat iaitu emas, perak & gangsa dalam pertandingan inovasi (IDEA'19) sempena Career Fest Zon Utara. 
Sabtu, 28 September 2019 15:30

PERTANDINGAN INOVASI (IDEA'19) CAREER FEST ZON UTARA

Written by

SERI ISKANDAR, 28 SEPTEMBER 2019 - IKTBN Sepang telah menghantar tiga projek inovasi bagi menyertai pertandingan inovasi (IDEA'19) sempena Career Fest Zon Utara. 

Halaman 1 dari 17
 
Find us on Facebook
Follow Us