Laman Utama http://kemahiran.kbs.gov.my Sat, 23 Oct 2021 22:13:08 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my PLASTIC INJECTION MOULDING TRAINING APPLICATION http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4907-plastic-injection-moulding-training-application.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4907-plastic-injection-moulding-training-application.html PLASTIC INJECTION MOULDING TRAINING APPLICATION
IKTBN Sepang will organized Training Module for :

1. Plastic Material
Commodity/Engineering/High Performance/Imidized
Colouring selection and coding
Characteristic/Application/Properties
Structure/recycling/reused/reduce

2. Moulding mould
Types of mould
Mould material (made of)
Components of mould
Construction of mould
Mould maintenance
Troubleshooting

3. Injection moulding machine
Types of mc/Components of mc/Construction of mc
Mould maintenance/auxiliary equipment/Troubleshooting/mould setting up & down/ parameter setting/job coordination
 
For More details, please click :
 
 
 
 
]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) IKTBN Sepang | Berita Thu, 12 Aug 2021 10:20:04 +0800
PROGRAM BOOTCAMP IKTBN SEPANG - PIDMY (PANASONIC INDUSTRIAL DEVICES MALAYSIA SDN. BHD.) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4843-program-bootcamp-iktbn-sepang-pidmy-panasonic-industrial-devices-malaysia-sdn-bhd.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4843-program-bootcamp-iktbn-sepang-pidmy-panasonic-industrial-devices-malaysia-sdn-bhd.html PROGRAM BOOTCAMP IKTBN SEPANG - PIDMY (PANASONIC INDUSTRIAL DEVICES MALAYSIA SDN. BHD.)
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang menjemput para belia untuk menyertai Program Bootcamp IKTBN Sepang - PIDMY (Panasonic Industrial Devices Malaysia Sdn. Bhd.) 
Antara kemudahan yang disediakan :
 
✅ Elaun RM200 - RM500 daripada PIDMY
✅ Makan minum
✅ Penginapan
✅ Insuran
✅ Sijil tamat latihan
✅ Jaminan pekerjaan (jika berkelayakan)
Kelayakan permohonan
✅ Warganegara Malaysia
✅ Berumur 18 - 30 tahun
✅ Tahap Pendidikan - Minimum PMR / SPM
✅ Terbuka kepada semua
 
Lokasi Latihan :
 
✅ IKTBN Sepang = 2 Minggu
✅ 5 bulan di PIDMY
 
Maklumat lanjut sila hubungi :
1. En. Aleff Sahawaludin (012-3700579)
2. Pn. Noor Hafizah (012-5952687)
 
 
Mohon melalui dalam talian di :
 

 
 
]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) IKTBN Sepang | Berita Wed, 05 May 2021 12:37:27 +0800
PENDAFTARAN PROGRAM KURSUS & LATIHAN SMART FARMING @ IKTBN SEPANG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4818-pendaftaran-program-kursus-latihan-smart-farming-iktbn-sepang.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4818-pendaftaran-program-kursus-latihan-smart-farming-iktbn-sepang.html PENDAFTARAN PROGRAM KURSUS & LATIHAN SMART FARMING @ IKTBN SEPANG
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang menjemput semua belia untuk menyertai Program Smart Farming @ IKTBN Sepang. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada belia-belia yang berminat untuk mengusahakan Pertanian Pintar (Smart Farming) dan moden.
Tujuan program ini adalah untuk melahirkan agropreneur dalam kalangan belia dengan menyediakan platform latihan dalam teknologi pertanian, infrastruktur dan persekitaran kondusif serta menyediakan program latihan / coaching/ mentoring bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran sebagai TVETpreneur dan agropreneur. Smart Farming / Kilang tanaman merupakan sistem pengeluaran tanaman dalam bangunan di mana semua elemen yang diperlukan tanaman seperti cahaya, suhu, keperluan Karbon Dioksida dan kelembapan di kawal secara buatan ( artificial ) yang disokong dengan kawalan pembajaan dan pengairan secara mekanisasi dan automasi.
 
Kursus/Latihan Smart Farming ini merangkumi :
 
i) Pengenalan dan pemilihan Sistem rak untuk kilang tanaman termasuk rak untuk semaian benih.
ii) NFT Hydroponic System termasuk sistem yang sesuai untuk pembajaan ( injector system )
iii) Penggunaan dan aplikasi sistem pencahayaan yang sesuai dengan kilang tanaman termasuk Sistem LED Light Spectrum
iv) Sistem Kawalan untuk pengendalian Kilang Tanaman ( Smart Farming ) dengan aplikasi dan penggunaan IR 4.0
v) Sistem pengudaraan yang sesuai dengan pelaksanaan Smart Farming (penggunaan sistem penghawa dingin, kipas )
vi) Sistem pembungkusan, pelabelan dan pemasaran yang bersesuaian dengan hasil tanaman Smart Farming.
 
Kelebihan Program :
 
1. PERCUMA
2. Elaun kepada peserta secara bulanan
3. Makan dan Minum sepanjang program disediakan.
 
PENGINAPAN TIDAK DISEDIAKAN.
 
Maklumat lanjut sila hubungi : Puan Nurul Asikin binti Saari ( 03-8706 1720 sambungan 116) atau emel ke asikin@kbs.gov.my
 
 
 
]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) IKTBN Sepang | Berita Tue, 27 Apr 2021 10:17:13 +0800
PROGRAM ‘CAREER TALK’ DAN TEMUDUGA TERBUKA PELAJAR SEMESTER AKHIR TAHUN 2021 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4804-program-career-talk-dan-temuduga-terbuka-pelajar-semester-akhir-tahun-2021.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4804-program-career-talk-dan-temuduga-terbuka-pelajar-semester-akhir-tahun-2021.html PROGRAM ‘CAREER TALK’ DAN TEMUDUGA TERBUKA PELAJAR SEMESTER AKHIR TAHUN 2021
SEPANG, 12 APRIL 2021 - Bagi memberi pendedahan serta gambaran awal berkaitan alam pekerjaan, Cawangan Hubungan Industri dengan bantuan semua Ketua Jabatan telah menganjurkan program taklimat kerjaya kepada pelatih semester akhir.
Program ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan dengan memastikan amalan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan penggiliran slot sepanjang program. Program yang mendapat kerjasama daripada Syarikat GS Paperboard & Packaging Sdn Bhd ini diwakili oleh empat (4) wakil syarikat dari bahagian pengurusan sumber, latihan dan pengambilan pekerja.
 
Sesi taklimat telah dimulakan dengan pengenalan syarikat serta bidang yang dijalankan selain suasana dan persekitaran alam pekerjaan. Disamping itu, turut dikongsikan tips temuduga, cabaran memilih pekerjaan, persediaan mental dan fizikal alam pekerjaan juga peluang peningkatan kerjaya. Program turut diakhiri dengan sesi temuduga bagi pengambilan pekerja setelah mereka tamat semester akhir nanti.
 
Semoga program ini memberi manfaat serta lebih persediaan kepada semua pelatih yang akan menamatkan sesi pembelajaran dan bakal menempuh dunia pekerjaan tidak lama lagi.
]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) IKTBN Sepang | Berita Mon, 12 Apr 2021 15:27:15 +0800
TAKLIMAT INTEGRITI KEPADA WARGA IKTBN SEPANG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4749-taklimat-integriti-kepada-warga-iktbn-sepang.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4749-taklimat-integriti-kepada-warga-iktbn-sepang.html TAKLIMAT INTEGRITI KEPADA WARGA IKTBN SEPANG
SEPANG, 5 APRIL 2021 - Taklimat Integriti IKTBN Sepang oleh pihak Unit Integriti KBS dan pihak SPRM telah diadakan selama 1 hari iaitu pada 5 April 2021. Tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan penerangan mengenai intergriti Penjawat Awam selaras dengan dasar yang dikeluarkan oleh JPA dan selaras dengan yang diamalkan oleh pihak kementerian.
Semoga dengan pendedahan ini warga IKTBN Sepang dapat menjalankan tugas dengan lebih komited dari masa ke semasa. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang taklimat ini dilaksanakan.
]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) IKTBN Sepang | Berita Mon, 05 Apr 2021 12:37:55 +0800
AUDIT PEMANTAUAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4748-audit-pemantauan-sistem-pengurusan-kualiti-ms-iso-9001-2015.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4748-audit-pemantauan-sistem-pengurusan-kualiti-ms-iso-9001-2015.html AUDIT PEMANTAUAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015
SEPANG, 2 APRIL 2021 - Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 oleh pihak SIRIM telah diadakan selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 April 2021. Tujuan audit ini dilaksanakan adalah untuk memantau, menilai dan menentusahkan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di IKTBN Sepang adalah selaras dengan keperluan Standard ISO 9001:2015.
Segala penemuan, teguran dan cadangan daripada pihak auditor diterima baik dan positif oleh semua warga IKTBN Sepang untuk penambahbaikan. Semoga pelaksanaan MS ISO 9001:2015 di IKTBN Sepang dapat dilaksanakan dengan lebih mantap dan berkesan bagi memenuhi kehendak pihak berkepentingan dari masa ke semasa.
 
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang proses audit ini dilaksanakan.
]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) IKTBN Sepang | Berita Fri, 02 Apr 2021 12:29:37 +0800
LAWATAN DARI SYARIKAT HPI RESOURCES BERHAD http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4732-lawatan-dari-syarikat-hpi-resources-berhad.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4732-lawatan-dari-syarikat-hpi-resources-berhad.html LAWATAN DARI SYARIKAT HPI RESOURCES BERHAD
SEPANG, 26 MAC 2021 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah menerima kunjungan Syarikat HPI Resources Berhad pada jam 10.00 pagi. Pihak syarikat yang diwakili oleh tiga (3) kakitangan bahagian pengurusan disambut oleh En. Hairul Riduan bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan bersama semua Ketua Jabatan institut serta pihak cawangan hubungan industri.
Sesi lawatan daripada pihak industri ini yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Seri Salak dengan pematuhan SOP yang ketat. Sesi dimulakan dengan taklimat pengenalan oleh kedua-dua pihak. Pelbagai perkongsian serta perbincangan telah dilakukan yang mana menjurus ke arah keperluan industri termasuk peluang yang ditawarkan kepada belia berkemahiran. Pihak syarikat turut dibawa melawat sekitar bengkel pembelajaran bagi memberi pendedahan terhadap apa yang disediakan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan dalam melahirkan belia berkemahiran yang akan menyumbang kepada pembangunan negara.
 
Semoga sesi lawatan ini menjadi titik permulaan bagi jalinan kerjasama yang akan dijalankan pada masa hadapan antara kedua-dua pihak. Sesi yang berlangsung selama hampir dua (2) jam ini diharap dapat meningkatkan lagi pemahaman serta memperluaskan lagi hebahan kepada industry berkenaan hasrat Kementerian Belia dan Sukan dalam membantu belia meningkatkan kemahiran seterusnya taraf hidup melalui program yang ditawarkan.
]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) IKTBN Sepang | Berita Fri, 26 Mar 2021 14:21:12 +0800
TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4731-taklimat-pelaksanaan-sistem-pengurusan-kualiti-ms-iso-9001-2015.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4731-taklimat-pelaksanaan-sistem-pengurusan-kualiti-ms-iso-9001-2015.html TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015
SEPANG, 26 MAC 2021 - Taklimat pengenalan mengenai Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 kepada kontraktor-kontraktor perkhidmatan di IKTBN Sepang telah dilaksanakan melalui atas talian google meet oleh Pegawai Kualiti IKTBN Sepang.
Objektif utama taklimat adalah untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada semua kontraktor mengenai Sistem Pengurusan Kualiti yang dilaksanakan di IKTBN Sepang.
]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) IKTBN Sepang | Berita Fri, 26 Mar 2021 14:10:30 +0800
LAWATAN KUALITI PROGRAM KERJASAMA UTM - IKTBN SEPANG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4730-lawatan-kualiti-program-kerjasama-utm-iktbn-sepang.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4730-lawatan-kualiti-program-kerjasama-utm-iktbn-sepang.html LAWATAN KUALITI PROGRAM KERJASAMA UTM - IKTBN SEPANG
SEPANG, 26 MAC 2021 - Lawatan Kualiti Program Kerjasama UTM Semester II 2020/2021 - IKTBN SEPANG telah diadakan pada 25 MAC 2021 (Khamis). Panel UTM terdiri daripada Ts. Raja Putri Melissa binti Raja Mustafa (Program DDKT) dan Pn. Zaimah binti Daud (Program DDKE). Lawatan ini dilaksanakan sepenuhnya melalui capaian atas talian (Google Meet). 
Sepanjang lawatan ini dilaksanakan, penglibatan pihak pengurusan termasuk ketua-ketua jabatan serta tenaga pengajar antaranya ialah :
 
Pengarah - Pn Rosnoizam Binti Abd Majid
Tim. Pengarah Pengurusan Latihan - En Hairul Riduan Bin Abdullah
Ketua Jabatan Elektronik - En. Muzri Affandi Bin Jamaluddin
Ketua Jabatan Perkakasan - Pn. Lydia Binti Sahrin
Ketua Jabatan JPKKP - En. Mohd Tamrin Bin Enche Yusoff
Cawangan Hubungan Industri - En Aleff Sahawaludin Bin Harun
Cawangan Pengurusan Pelajar - En. Ariff Azwan Bin Alis @ Alias
Penyelaras Akedemik Program DDKE - Pn Azrin Hayati Binti
Alikabar, Penyelaras Program DDKT - En Mohd Ashif Bin Ahmad &
Penyelaras Program UTM - Pn. Siti Azmaya Binti Mohd
 
Sesi bersama pelajar-pelajar Program UTM juga turut diadakan bagi mendapatkan input bagi pembangunan akademik program tersebut dan sesi bersama tenaga-tenaga pengajar dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses akademik program berkenaan.
]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) IKTBN Sepang | Berita Fri, 26 Mar 2021 14:04:36 +0800
BENGKEL SISTEM PENGURUSAN STOR (SPS) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4729-bengkel-sistem-pengurusan-stor-sps.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4729-bengkel-sistem-pengurusan-stor-sps.html BENGKEL SISTEM PENGURUSAN STOR (SPS)
SEPANG, 24 MAC 2021 - Bengkel Sistem Pengurusan Stor (SPS) telah diadakan selama dua hari bermula 23-24 Mac 2021 di IKTBN Sepang anjuran Bahagian Pembangunan, Penyelenggaraan, Aset dan Stor. Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan pengurusan stor di setiap jabatan dan bahagian yang terdapat di Institut ini.
 
Seramai 15 orang peserta telah terlibat dengan penglibatan dari pegawai stor dan pegawai penerima stor yang telah dilantik. Semoga dengan penganjuran bengkel ini dapat mencapai objektif utama ke arah pengurusan stor yang lebih sistematik dalam penerimaan dan pengeluaran stok.
]]>
syazalina.syazni@gmail.com (Super User) IKTBN Sepang | Berita Wed, 24 Mar 2021 13:42:27 +0800