Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Sepang | Berita

IKTBN Sepang | Berita (195)

MELAKA, 31 JULAI 2019 - Satu seminar dan pertandingan poster penyelidikan antarabangsa yang dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTEM MELAKA sempena MERD’19 (The 6th Mechanical Engineering Research Day) dengan kerjasama Sekolah Tinggi Bandung, Indonesia disertai oleh pegawai IKTBN Sepang iaitu En. Thinakaran a/l Narayanan, dengan membawa projek inovasi bertajuk The Effects of Filler Fiber Sizes on Mechanical and Fracture Morphology of Dried Banana Leaves Filled Recycled Polypropylene. Pertandingan ini disertai oleh seramai 201 penyelidik antrabangsa.

 

SEPANG, 22 JULAI 2019 -  Unit Latihan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah mengadakan taklimat kesedaran amalan EKSA kepada semua pelajar dan warga kerja IKTBN Sepang bersempena Majlis Perhimpunan bagi bulan Julai 2019. Pelajar yang terlibat adalah dari Jabatan Mekanikal Perkakasan, Jabatan Mekanikal Pemesinan, Jabatan Mekanikal Senggaraan, Jabatan Teknologi Elektronik dan Jabatan Mekanikal Polimer. Jumlah seramai 485 orang yang terdiri daripada pelajar dan warga kerja IKTBN Sepang telah menyertai taklimat tersebut.

SEPANG, 22 JULAI 2019 - Lawatan kerja rasmi oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Steven Sim Chee Keong ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah dilakukan pada hari ini bermula pada jam empat petang. Antara tempat yang dilawati ialah Jabatan Mekanikal Polimer, Pusat Galeri Inovasi, Jabatan Teknologi Elektronik dan Jabatan Hospitaliti.

PUTRAJAYA, 16 JULAI 2019- Pengajar daripada Jabatan Teknologi Mekanikal Polimer, Tc. Thinakaran al Narayanan telah menerima Anugerah Khas Menteri Belia dan Sukan semasa Konvokesyen ke 15 Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan yang diadakan di PICC, Putrajaya.

 

SEPANG, 4 JULAI 2019 - Kursus yang julung kalinya dianjurkan oleh Cawangan Kerjasama Strategik dan Kreatif kepada Pegawai Hubungan Industri ILKBS seluruh Malaysia telah dihadiri seramai 40 pegawai di IKTBN Sepang. Pegawai BPKB daripada Cawangan KS, KB dan PMO turut hadir sama menyertai kursus ini.

 

SEPANG, 27 JUN 2019 - Penyertaan pelajar dan pengajar Jabatan Teknologi Mekanikal Polimer, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang di dalam pertandingan Competition, Presentation & Exhibition (ComPEx2019) berjaya meraih beberapa anugerah. Projek bertajuk S@FE yang diwakili oleh dua orang pelajar iaitu Raju a/l Raja dan Kuga a/l Kesavan ini telah berjaya mencapai pingat perak. Selain itu, projek ini turut dinobatkan sebagai Naib Johan dengan diwakili oleh Encik Thinakaran a/l Narayanan bagi Pertandingan Bicara Tuntas Kategori Pensyarah.

SEPANG, 25 JUN 2019 - IKTBN Sepang telah dipilih bagi naziran Projek Perintis Aset Tak Alih Jabatan Kerja Raya. Naziran dimulai dengan Mesyuarat Pembukaan yang dipengerusikan oleh Pengarah IKTBN Sepang, Puan Rosnoizam binti Abd. Majid sementara kumpulan naziran diketuai oleh Ir. Maznah Binti Ahmad. Naziran tersebut juga melibatkan aktiviti pemerikasaan dokumen serta lawatan tapak di jabatan-jabatan di IKTBN Sepang.

Selasa, 18 June 2019 12:14

INOVASI IKTBN SEPANG DI TV3

Written by

SEPANG, 18 JUN 2019 - Sesi rakaman video berkaitan inovasi di Jabatan Teknologi Elektronik, IKTBN Sepang oleh pihak TV3/Media Prima.

Tahniah team inovasi JTE!

Terima kasih TV3 dan Media Prima!

Semoga ruang ini dapat memberi manfaat untuk perkongsian inovasi dengan rakyat Malaysia sekaligus mempromosikan IKTBN Sepang di mata masyarakat luar.

Selasa, 18 June 2019 12:08

LAWATAN KE SYARIKAT ANTAWISE

Written by

SEPANG, 18 JUN 2019 - Lawatan Pengarah IKTBN Sepang ke Syarikat Antawise Sdn. Bhd. untuk melihat operasi mesin Plastic Blown Film Extrusion. IKTBN Sepang dan Syarikat akan bekerjasama untuk menjalankan program Bootcamp selama 3 bulan bermula Julai ini.

SEPANG, 18 JUN 2019 - Perbincangan Kerjasama Industri antara Iktbn Sepang dengan Syarikat Industrial Quality Management Sdn. Bhd. yang di adakan di Syarikat IQM seksyen 23 Shah Alam.

Halaman 1 dari 14
 
Find us on Facebook
Follow Us