Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Sepang | Berita

IKTBN Sepang | Berita (183)

CYBERJAYA, 31 OKTOBER - IKTBN Sepang telah berjaya merangkul kesemua tempat pertama, kedua dan ketiga bagi Pertandingan Inovasi sempena Minggu Kualiti dan Inovasi Majlis Perbandaran Sepang 2016 pada 19 Oktober yang lalu dengan membawa pulang hadiah wang tunai masing-masing sebanyak RM1,000.00, RM700.00 dan RM500.00 serta sijil penyertaan.

SEPANG, 31 OKTOBER 2016 – Satu Lawatan Sambil Belajar daripada Kolej Vokasional Seri Iskandar, Perak telah diadakan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang.

SEPANG, 31 OKTOBER 2016 - Pengarah dan kakitangan serta 31 orang pelajar IKTBN Sepang telah terlibat dengan Kejohanan Sukan ILKBS Se-Malaysia kali ke 30 Tahun 2016 di IKBN Naka, Kedah pada 17 Oktober hingga 19 Oktober 2016 yang lalu.

NILAI, 31 OKTOBER 2016 - Program Peningkatan Kemahiran bagi Jabatan Teknologi Mekanikal Polimer bertajuk Advanced Moulding Parameter & Trouble Shooting telah diadakan di INTEKMA Resort & Convention Centre, Shah Alam dan EUROTECH (Malaysia) Sdn. Bhd., Nilai pada 17 – 21 Oktober 2016. Seramai lapan orang termasuk peserta daripada IKTBN Temerloh dan IKTBN Pagoh telah hadir ke program tersebut.

SEPANG, 13 OKTOBER 2016 - IKTBN Sepang dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan Program Peningkatan Kemahiran bagi guru Pendidikan Vokasional Menengah Atas pada 3 hingga 7 Oktober 2016.

SEPANG, 13 Oktober 2016 – Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Sepang telah di adakan di Malaysian Institute  of Aviation Technical (MIAT) Universiti KUALA LUMPUR pada 8 Oktober yang lalu. Sempena Pelancaran ini, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Sepang (IKTBN) telah membuka Kaunter Pameran yang bertujuan untuk mempromosikan Institut ini kepada semua pengunjung yang hadir.

SEPANG, 7 OKTOBER 2016 - Satu Kem Ibadah berunsurkan ceramah dan praktikal kepada pelajar-pelajar Program Kerjasama UTM Semester 5 DDKE seramai 28 orang telah dijalankan pada 1 Oktober 2016 bertempat di Surau As-Syakirin, IKTBN Sepang bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 11.30 malam.

PUTRAJAYA, 6 OKTOBER 2016 - IKTBN Sepang telah telah menjadi juara keseluruhan bagi pertandingan Rekacipta dan Inovasi ILKBS 2016 yang diadakan di KBS, Putrajaya pada 5 Otober 2016.

Jumaat, 07 October 2016 19:29

GERBANG KERJAYA IKTBN SEPANG 2016

Written by

SEPANG, 6 OKTOBER 2016 - IKTBN Sepang telah menganjurkan Program Gerbang Kerjaya Tahun 2016 pada 29 September 2016 bertempat di Auditorium Sri Baiduri, IKTBN Sepang. Program yang dirasmikan oleh Pengarah IKTBN Sepang, Dr. Ir. Azmi Ahmad yang melibatkan Syarikat Kuen Engineering & Trading Sdn Bhd bersama Jabatan Teknologi Mekanikal Perkakasan dan Syarikat PK Plastic Industries Sdn. Bhd. bersama Jabatan Teknologi Mekanikal Polimer.

SEPANG, 6 OKTOBER 2016 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah menganjurkan perlawanan persahabatan bola sepak dengan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua di padang bola IKTBN Dusun Tua pada 29 September yang lalu.

Halaman 11 dari 14
 
Find us on Facebook
Follow Us