Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Sepang | Berita

IKTBN Sepang | Berita (190)

PUTRAJAYA, 6 OKTOBER 2016 - IKTBN Sepang telah telah menjadi juara keseluruhan bagi pertandingan Rekacipta dan Inovasi ILKBS 2016 yang diadakan di KBS, Putrajaya pada 5 Otober 2016.

Jumaat, 07 October 2016 19:29

GERBANG KERJAYA IKTBN SEPANG 2016

Written by

SEPANG, 6 OKTOBER 2016 - IKTBN Sepang telah menganjurkan Program Gerbang Kerjaya Tahun 2016 pada 29 September 2016 bertempat di Auditorium Sri Baiduri, IKTBN Sepang. Program yang dirasmikan oleh Pengarah IKTBN Sepang, Dr. Ir. Azmi Ahmad yang melibatkan Syarikat Kuen Engineering & Trading Sdn Bhd bersama Jabatan Teknologi Mekanikal Perkakasan dan Syarikat PK Plastic Industries Sdn. Bhd. bersama Jabatan Teknologi Mekanikal Polimer.

SEPANG, 6 OKTOBER 2016 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah menganjurkan perlawanan persahabatan bola sepak dengan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua di padang bola IKTBN Dusun Tua pada 29 September yang lalu.

SEPANG, 30 Sepetember 2016 - IKTBN Sepang dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Nilai dengan kerjasama Koperasi IKTBN Sepang Berhad telah mengadakan Program Peningkatan Kemahiran (PPK) bagi guru-guru Kolej Vokasional (KV) seluruh Malaysia pada 26-28 September 2016. 

SERDANG, 28 SEPTEMBER 2016 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah membuka Kaunter Promosi sempena Karnival Kemahiran Kebangsaan Malaysia (KEKK) yang berlangsung dari 24 – 26 September 2016 yang lalu di MAEPS. 

SEPANG, 27 SEPTEMBER 2016 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah mengadakan temuduga terbuka daripada syarikat Samsung SDI Energy (M) Sdn Bhd, Senawang, Negeri Sembilan. Temuduga telah diadakan di Blok Pentadbiran IKTBN Sepang bermula pada jam sembilan pagi dan melibatkan pelajar-pelajar yang akan tamat pengajian pada 13 Oktober 2016.

CYBERJAYA, 21 SEPTEMBER 2016 - IKTBN Sepang telah menyertai Anugerah Inovasi Negeri Selangor (ANIS) 2016 melalui projek inovasi Synthetic Bio Fuel Extracted from Plastic Waste. Projek ini membolehkan Synthetic Bio Fuel dihasilkan daripada sisa plastik.  

Isnin, 19 September 2016 20:30

MAJLIS QURBAN PERDANA PERINGKAT IKTBN SEPANG

Written by

SEPANG, 19 SEPTEMBER 2016 – Majlis Qurban Perdana Peringkat IKTBN Sepang 1437H/ 2016M telah berjaya dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau As-Syakirin IKTBN Sepang pada 15 September yang lalu dengan kerjasama Biro Agama Kelab Sukan & Kebajikan, KESKEB IKTBN Sepang. Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Raya Eidul Adha.

 

KUALA LUMPUR, 31 Ogos 2016 - Seramai tujuh orang pegawai dan 210 orang pelajar IKTBN Sepang telah terlibat dalam Perbarisan Hari Kebangsaan Tahun 2016 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Bagi menjayakan perbarisan ini mereka telah menghadiri raptai pada 27, 28 dan 29 Ogos 2016 dan seterusnya menjayakan Perbarisan Hari Kebangsaan Tahun 2016 dengan penuh semangat cintakan Negara.

Sabtu, 03 September 2016 16:18

TAKLIMAT PROGRAM PENGAJIAN SISWAZAH LUAR KAMPUS (PESISIR)

Written by

SEPANG, 2 September 2016 –Taklimat Program Sarjana Pendidikan (Teknik & Vokasinal) telah diadakan di Perpustakaan IKTBN Sepang pada 2/9/16 yang melibatkan pengajar-pengajar daripada pelbagai IKTBN/IKBN. Program tersebut merupakan program usahasama di antara Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia. KBS dan Jabatan Pendidikan Teknikal & Vokasional, Falkulti Pendidikan UTM.

Halaman 12 dari 14
 
Find us on Facebook
Follow Us