Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Sepang | Berita

IKTBN Sepang | Berita (270)

Isnin, 05 February 2018 23:40

IKTBN SEPANG BERJAYA MEMPEROLEHI SIJIL EKSA

Written by

SEPANG, 5 FEBRUARI 2018 - Alhamdulillah berkat hasil usaha bersama IKTBN SEPANG telah berjaya memenuhi kriteria komponen Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan memperoleh kategori Cemerlang. Audit tersebut telah diadakan pada 18 dan 19 Diisember 2017 yang lalu selama dua hari. Auditor MAMPU yang terlibat ialah Encik Sharul Nizal bin Sharippudin dan Encik Zulkifly bin Abdul Malek.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SELURUH WARGA IKTBN SEPANG!!!

SEPANG, 4 FEBRUARI 2018 -IKTBN Sepang telah menghadiri Program MY FUTURE dan Hari Kerjaya di KEM PLKN Princess Haliza. Program yang memberi impak luas khususnya kepada semua pelatih siri pertama bagi tahun ini. Majlis perasmian pada kali ini telah di rasmikan oleh Lt.Kol Hj Abd Rahman bin Hj Ismail , Kem Komanden Kem tersebut. Antara pengisian program ini ialah pelebaran informasi berkaitan memperkasakan TVET di Malaysia disamping mempromosikan bidang kemahiran di ILKBS khususnya di IKTBN Sepang.

Jumaat, 26 January 2018 23:24

KURSUS SLDN DI IKTBN SEPANG

Written by

SEPANG, 26 JANUARI 2018 - Kursus Induksi Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) anjuran bersama Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah diadakan di Bilik Seminar, IKTBN Sepang pada 25 Januari 2018. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada 2 orang wakil Syarikat Gentin Sanyen Paper & Packing (GSPP) Holding dan 5 orang wakil Syarikat Zamria Sdn. Bhd. serta 33 orang pengajar dan kakitangan IKTBN Sepang telah hadir ke kursus tersebut.

SEPANG, 17 JANUARI 2018 – Satu program seminar inovasi yang bertemakan Melakar Masa Depan dengan Inovasi telah diadakan di Bilik Seminar, Bangunan Pentadbiran, IKTBN Sepang.

SEPANG, 6 JANUARI 2018 - Hari terakhir Minggu Paradigma bagi pelajar-pelajar baru IKTBN Sepang sesi 1/2018. Mereka telah mengadakan aktiviti gotong-royong di KAFA Taman Mawar, Sepang dan juga penginapan mereka diasrama IKTBN Sepang. Aktiviti Khidmat Masyarakat ini juga merupakan aktiviti wajib bagi mereka dalam melengkapkan modul Anugerah Remaja Perdana.

Semoga aktiviti ini dapat memupuk sikap keperihatinan pelajar-pelajar ini terhadap masyarakat sekeliling.

Khamis, 04 January 2018 10:57

MENDAKI BUKIT BROGA SEMASA MINGGU PARADIGMA

Written by

BERANANG, 4 JANUARI 2018 - Tahniah kepada warga IKTBN Sepang bersama pelajar-pelajar Baru Sesi 1/2018 kerana berjaya menawan Bukit Broga pada pagi ini sempena akviti Minggu Paradigma. Aktiviti ini juga merupakan salah satu akviti dalam modul Anugerah Remaja Perdana yang mana semua pelajar baru diwajibkan untuk menyertai. Semoga aktiviti ini memberi semangat baru kepada pelajar-pelajar ini untuk terus maju dan berjaya dimasa hadapan.

 

 

Rabu, 28 February 2018 22:48

WORDS SCRAMBLE COMPETITION 2/2018

Written by

SEPANG, 28 FEBRUARY 2018 – A Words scramble competition was held in Auditorium Seri Baiduri to all the Department of Manufacturing (JMM) students on 27 February 2018 from 10.30am to 12.30pm. The purpose of the competition is to help students increase their vocabulary where they learn new words.

Khamis, 15 February 2018 16:42

HIDE AND SEEK 1/2018 COMPETITION

Written by

SEPANG, 14 FEBUARY 2018 – Hide and Seek Competition was held at building M2 and M4 of Department of Maintenance on 13 February 2018 from 3.30pm to 5.00pm. The purpose of this activity is to inculcate English usage in daily life. 30 students from Department of Maintenance took part in the competition. Each of the students were divided into 10 groups which consist of 3 students in every group. Mr. Ahmad Sallehuddin bin Abdul Aziz help me to assist the competition.

Khamis, 08 February 2018 16:38

WORD SCRAMBLE 1/2018 COMPETITION

Written by

SEPANG, 07 FEBRUARY 2018 – A Sports themed Word Scramble 1/2018 competition was held in CAD/CAM Laboratory, Machining Department (JMP) to all the Department of Machining students on 06 February 2018 (Tuesday) from 4.00pm to 5.00pm. The purpose of the competition is to help students to increase their vocabulary where they learn new words.

Selasa, 02 January 2018 12:15

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 1 2018

Written by

SEPANG, 2 JANUARI 2018 - Hari pendaftaran pelajar baru di IKTBN Sepang telah diadakan pada hari ini di Dewan Seri Nilam bermula jam 8.30 pagi. Seramai 77 orang calon diterima masuk sebagai pelajar baru bagi sesi 1/2018 dengan 5 kursus yang ditawarkan iaitu bidang pemesinan,senggaraan,polimer,elektrik dan elektronik. 

Halaman 13 dari 20
 
Find us on Facebook
Follow Us