Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Sepang | Berita

IKTBN Sepang | Berita (288)

TANJUNG KARANG, 25 NOVEMBER 2016 – IKTBN Sepang telah menyertai Pertandingan Inovasi di Festival Sains Teknologi dan Inovasi Peringkat Kebangsaan Siri Kedua anjuran UiTM Shah Alam baru-baru ini.

HULU LANGAT, 25 NOVEMBER 2016 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang sekali lagi telah membuka Kaunter Promosi sempena Program Gerbang Kerjaya IKBN Peretak yang telah diadakan pada 8 November 2016 yang lalu. Pameran ini telah diadakan di Dewan Utama IKBN Peretak bermula jam 8.00 pagi.

CYBERJAYA, 31 OKTOBER - IKTBN Sepang telah berjaya merangkul kesemua tempat pertama, kedua dan ketiga bagi Pertandingan Inovasi sempena Minggu Kualiti dan Inovasi Majlis Perbandaran Sepang 2016 pada 19 Oktober yang lalu dengan membawa pulang hadiah wang tunai masing-masing sebanyak RM1,000.00, RM700.00 dan RM500.00 serta sijil penyertaan.

SEPANG, 31 OKTOBER 2016 – Satu Lawatan Sambil Belajar daripada Kolej Vokasional Seri Iskandar, Perak telah diadakan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang.

SEPANG, 31 OKTOBER 2016 - Pengarah dan kakitangan serta 31 orang pelajar IKTBN Sepang telah terlibat dengan Kejohanan Sukan ILKBS Se-Malaysia kali ke 30 Tahun 2016 di IKBN Naka, Kedah pada 17 Oktober hingga 19 Oktober 2016 yang lalu.

NILAI, 31 OKTOBER 2016 - Program Peningkatan Kemahiran bagi Jabatan Teknologi Mekanikal Polimer bertajuk Advanced Moulding Parameter & Trouble Shooting telah diadakan di INTEKMA Resort & Convention Centre, Shah Alam dan EUROTECH (Malaysia) Sdn. Bhd., Nilai pada 17 – 21 Oktober 2016. Seramai lapan orang termasuk peserta daripada IKTBN Temerloh dan IKTBN Pagoh telah hadir ke program tersebut.

SEPANG, 13 OKTOBER 2016 - IKTBN Sepang dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan Program Peningkatan Kemahiran bagi guru Pendidikan Vokasional Menengah Atas pada 3 hingga 7 Oktober 2016.

SEPANG, 13 Oktober 2016 – Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Sepang telah di adakan di Malaysian Institute  of Aviation Technical (MIAT) Universiti KUALA LUMPUR pada 8 Oktober yang lalu. Sempena Pelancaran ini, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Sepang (IKTBN) telah membuka Kaunter Pameran yang bertujuan untuk mempromosikan Institut ini kepada semua pengunjung yang hadir.

Halaman 21 dari 21