Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Sepang | Berita

IKTBN Sepang | Berita (177)

SEPANG, 07 MARCH 2018 – A ‘ Who Wants to be a Ringgitnaire’ Competition 1/2018 was held in Lecture room in Department of Polymer (JML) on 06 March 2018 from 8.30am to 4.30pm. The purpose of the competition is to help students to improve their English language where they able to use their basic communication skills, develop their listening skills and make them more self-reliant while participating in this competition.

SERI KEMBANGAN, 5 MAC 2018 - Program STEM Robotics Education & Social telah dilaksanakan di Palace Of Golden Horses pada hari ini.

KUALA LUMPUR, 24 FEBRUARI - Kumpulan Inovasi Green Polimer dengan projek Bio Fuel dari Jabatan Teknologi Mekanikal Polimer IKTBN Sepang telah dipilih ke peringkat Semi Final Imagine Cup Malaysia 2018.

SEPANG, 14 FEBRUARI 2018 - Berakhir sudah penganjuran Worldskills Malaysia Belia peringkat IKTBN Sepang (IKTBN SEPANG SKILLS). Majlis penutup telah disempurnakan oleh En Hairul Riduan Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan. Tahniah kepada semua peserta yang berjaya. Wajah-wajah ceria semua menggambarkan matlamat penganjuran tercapai.

Tahniah Warga IKTBN SEPANG

 

KAJANG, 6 FEBRUARI 2018 - IKTBN Sepang telah dijemput untuk menyampaikan syarahan bertajuk " Anjakan Paradigma Graduan Pengajian Islam Ke Arah Kerjaya Teknikal ". Program anjuran Fakulti Pengajian Peradaban Islam, KUIS ini berlangsung di Auditorium Said Ramadhan Al-Buti KUIS. 

Ucapan terima kasih kepada Prof Madya Dr. Mariam Abd. Majid, Dekan FPPI KUIS kerana sudi menjemput kami berkongsi ilmu dan pengalaman TVET.

Isnin, 05 February 2018 23:40

IKTBN SEPANG BERJAYA MEMPEROLEHI SIJIL EKSA

Written by

SEPANG, 5 FEBRUARI 2018 - Alhamdulillah berkat hasil usaha bersama IKTBN SEPANG telah berjaya memenuhi kriteria komponen Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan memperoleh kategori Cemerlang. Audit tersebut telah diadakan pada 18 dan 19 Diisember 2017 yang lalu selama dua hari. Auditor MAMPU yang terlibat ialah Encik Sharul Nizal bin Sharippudin dan Encik Zulkifly bin Abdul Malek.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SELURUH WARGA IKTBN SEPANG!!!

SEPANG, 4 FEBRUARI 2018 -IKTBN Sepang telah menghadiri Program MY FUTURE dan Hari Kerjaya di KEM PLKN Princess Haliza. Program yang memberi impak luas khususnya kepada semua pelatih siri pertama bagi tahun ini. Majlis perasmian pada kali ini telah di rasmikan oleh Lt.Kol Hj Abd Rahman bin Hj Ismail , Kem Komanden Kem tersebut. Antara pengisian program ini ialah pelebaran informasi berkaitan memperkasakan TVET di Malaysia disamping mempromosikan bidang kemahiran di ILKBS khususnya di IKTBN Sepang.

Jumaat, 26 January 2018 23:24

KURSUS SLDN DI IKTBN SEPANG

Written by

SEPANG, 26 JANUARI 2018 - Kursus Induksi Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) anjuran bersama Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah diadakan di Bilik Seminar, IKTBN Sepang pada 25 Januari 2018. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada 2 orang wakil Syarikat Gentin Sanyen Paper & Packing (GSPP) Holding dan 5 orang wakil Syarikat Zamria Sdn. Bhd. serta 33 orang pengajar dan kakitangan IKTBN Sepang telah hadir ke kursus tersebut.

SEPANG, 17 JANUARI 2018 – Satu program seminar inovasi yang bertemakan Melakar Masa Depan dengan Inovasi telah diadakan di Bilik Seminar, Bangunan Pentadbiran, IKTBN Sepang.

SEPANG, 6 JANUARI 2018 - Hari terakhir Minggu Paradigma bagi pelajar-pelajar baru IKTBN Sepang sesi 1/2018. Mereka telah mengadakan aktiviti gotong-royong di KAFA Taman Mawar, Sepang dan juga penginapan mereka diasrama IKTBN Sepang. Aktiviti Khidmat Masyarakat ini juga merupakan aktiviti wajib bagi mereka dalam melengkapkan modul Anugerah Remaja Perdana.

Semoga aktiviti ini dapat memupuk sikap keperihatinan pelajar-pelajar ini terhadap masyarakat sekeliling.

Halaman 6 dari 13
 
Find us on Facebook
Follow Us