Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Chembong | Berita

IKTBN Chembong | Berita (219)

REMBAU, 29 Ogos 2020 (Sabtu) - Bertemakan "IKTBN Chembong Inovatif Pencetus Transformasi Industridan harapan merealisasikan kouta kemasukan ke Institut ini bagi tahun 2021, Program Promosi Kemasukan ke IKTBN Chembong dan Penghayatan Kemerdekaan Negara Ke - 63 bersama komuniti Kampung Tanjung Senama Hilir, Rembau telah diadakan pada 29 Ogos 2020. Program telah diadakan dengan jayanya di Balai Raya Kampung Tanjung Senama Hilir. Pematuhan standard operating procedures (SOP) keselamatan dan penjarakan sosial yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di patuhi sepanjang program tersebut diadakan.

          Objektif utama Program Promosi Kemasukan IKTBN Chembong ini adalah melahirkan belia berkemahiran yang cemerlang, berdaya saing, kreatif dan Inovatif selaras keperluan semasa industri. Selain itu, program ini dapat mempekenalkan kepada  belia-belia dan komuniti tempatan berkaitan peluang kemahiran dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Automotif dan Awam yang ditawarkan oleh IKTBN Chembong. Di samping itu juga, ianya bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan dapat bergaul mesra dengan pemimpin setempat dan dapat melihat usaha kerajaan yang boleh dinikmati masyarakat seterusnya menjalinkan hubungan strategik antara IKTBN dengan masyarakat. Program ini juga seterusnya membangkitkan penghayatan erti kemerdekaan negara dengan sambutan kemerdekaan bersama komuniti yang diadakan.

         Antara pengisian program yang dijalankan adalah taklimat kemasukan ke IKTBN Chembong bagi hebahan kemasukan Sesi 1/2021 akan datang, dialog bersama komunti, kuiz berkaitan IKTBN Chembong dan kemerdekaan serta cabutan bertuah. Majlis yang penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Hajah Suriani binti Hasan, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan IKTBN Chembong. Kerjasama yang baik telah diberikan oleh Mejar (B) Samsuddin bin Ibrahim, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan komunti Kampung Tanjung Senama Hilir, Rembau.

          Justeru, diharap program ini terus diadakan pada masa akan datang demi membina keakraban, mengeratkan silaturrahim dikalangan warga IKTBN Chembong bersama komuniti seterusnya membina semangat positif yang dapat membentuk warga yang bukan sahaja produktif tetapi seimbangan dari aspek Jasmani, emosi, rohani dan Intelektual serta pemangkin kecemerlangan Institut.

 

 

 

 

Rembau, 26 Ogos 2020 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menjalankan Program Impak ILKBS @ Komuniti di Madrasah Az-Zakirin yang bertempat di Rembau. Program yang dirancang oleh Unit Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKTBN Chembong bersama Bahagian Teknologi Landskap Pembinaan, Jabatan Awam ini bertujuan untuk membantu dalam aspek keceriaan kawasan Madrasah tersebut selain mempromosikan peluang menyambung pengajian bagi membantu belia tahfiz bagi memajukan diri.

Program ini dilaksanakan berkonsepkan gotong royong dengan menggunakan kemudahan yang sedia ada. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembersihan kawasan dalaman serta sekitar, mengecat, memotong rumput, mural jawi serta kerja-kerja landskap. Seramai sembilan belas (19) warga IKTBN terlibat dalam aktiviti ini sambil di bantu dua puluh (20) warga Madrasah.

 

Semoga program ini sedikit sebanyak dapat membantu warga Madrasah bagi meningkatkan keselesaan tempat mereka serta memperkenalkan IKTBN Chembong dalam membantu belia meningkatkan kemahiran serta taraf hidup melalui program yang ditawarkan.

Chembong, 21 Julai 2020 - Satu perbincangan berkaitan pembaharuan MoU IKTBN Chembong bersama Perodua Sales Sdn Bhd telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama IKTBN Chembong. Perbincangan yang turut dihadiri wakil dari BPKB, KBS turut membincangkan hala tuju kerjasama yang telah pun di materai sebelum ini. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah penempatan latihan industri pelajar, bantuan khidmat nasihat, lawatan sambil belajar serta kerjasama yang lain melibatkan bidang automotif. Selepas sesi perbincangan, pihak Perodua juga dibawa untuk melawat bengkel dan melihat sendiri apa yang telah diusahakan terhadap sumbangan yang telah diberi sebelum ini. Semoga perbincangan ini akan membawa manfaat terhadap kedua-dua pihak dalam menerajui bidang automotif negara seterusnya memartabatkan TVET ke peringkat yang lebih tinggi.

Serting Hilir, 05 Julai 2020 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai Program Pendidikan Tinggi 2020 di Kawasan Tanah Rancangan Felda yang bertempat di Dewan Semai Bakti Serting Hilir Kompleks. Program yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Komuniti, Jabatan Pembangunan Peneroka dan Komuniti FELDA ini bertujuan untuk mempromosikan peluang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bagi membantu belia bagi memajukan diri.

 Program ini dilaksanakan berkonsepkan jelajah di seluruh negara bermula 27 Jun 2020 sehingga 25 Julai 2020 dan dipecahkan kepada sebelas (11) lokasi mengikut zon. IKTBN Chembong turut menjalankan promosi kemasukan pelajar sesi baharu di samping turut mempromosikan program jangka pendek yang ditawarkan termasuk program Bootcamp. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran berkaitan kursus yang ditawarkan selain edaran flyers serta taklimat serta tayangan video.

 Semoga program ini dapat meningkatkan lagi pemahaman serta memperluaskan lagi hebahan hasrat Kementerian Belia dan Sukan dalam membantu belia meningkatkan kemahiran serta taraf hidup melalui program yang ditawarkan.

 

 

 

 

Chembong, 06 MEI 2020 – Susulan keputusan Kerajaan untuk membenarkan pergerakan penghantaran pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) termasuk di Sabah dan Sarawak, IKTBN Chembong telah menerima panggilan daripada pihak KPT untuk membantu pelaksanaan ini. Pihak institut akan membantu dari segi penggunaan bas untuk menjemput pelajar dari KLIA yang melibatkan pelajar IPTA yang terkandas di Sabah dan Sarawak. 

Persediaan bantuan ini dimulakan pada 29 April 2020 dengan pemeriksaan bas yang dilakukan oleh dua (2) pengajar dari Bahagian Teknologi Kenderaan Perdagangan iaitu En. Mohamad Najib bin Jaafar dan En. Mohd Syahidan bin Mohd Ruslan dari aspek prestasi serta keselamatan. Seterusnya pada 04 Mei 2020, semburan sanitasi bas dilakukan dengan kerjasama pihak balai Bomba Chembong.

 

 

Seramai 20 pelajar telah di jemput yang mana tiba di KLIA jam 5.00 petang. Pelajar-pelajar tersebut telah selamat dihantar ke MITC, Melaka lebih kurang jam 7.00 malam seperti yang dirancang pihak KPT. Semoga bantuan kecil ini dapat memberi kegembiraan terhadap mereka yang semestinya mengharapkan untuk bertemu keluarga lebih-lebih lagi menjelang sambutan aidilfitri yang bakal menjelma.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Chembong, 21 APRIL 2020 – Menyedari serta menyelami tugasan kritikal petugas-petugas barisan hadapan, IKTBN Chembong telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan 1000 unit PPE FACE SHIELD untuk kegunaan petugas di klinik dan hospital kerajaan sekitar Rembau.

 

Chembong, 14 April 2020 – Sikap ambil tahu dan peka terhadap mereka yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19, Jawatankuasa Surau Al - Falah IKTBNCB bersama NGO Taman Al-Quran telah bergabung untuk menggerakkan Projek CSR Sumbangan Prihatin kepada 17 orang staf dan bekas staf IKTBN Chembong. Penyerahan sumbangan telah dijalankan pada 14 April 2020 kepada mereka yang terdiri daripada lingkungan B40 atau yang mempunyai keluarga yang kurang sihat.

Setiap penerima sumbangan diberikan set bekalan bahan asas masakan seperti beras, telur, tepung, gula, susu, minyak, biskut dan kicap. Semoga dengan sumbangan ini dapat mengeratkan ukhuwah yang terjalin dan sedikit sebanyak meringankan beban keluarga yang tinggal di sekitar rembau ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Chembong, 11 Mac 2020 – Perhimpunan mesra bulanan bagi bulan Mac telah berlangsung bertemakan Program Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan peringkat IKTBN Chembong. Program ini dijalankan bermula 11 Mac 2020 sehingga 13 Mac 2020. Program ini dimulakan dengan perhimpunan bulanan dan seterusnya Program dirasmikan oleh Pengarah IKTBN Chembong, Tn. Johari bin Mohamad Tahar. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah ceramah pengurusan emosi, pemanduan berhemah, jenayah scam & dadah sintetik, kesihatan pekerjaan, pencegahan & bahana jenayah dadah dan keselamatan pejabat.  

 

Program yang berlangsung selama tiga hari ini turut diisi dengan kursus insiden kebakaran dan auditor KKP di samping amali pengungsian bangunan. Selain itu, bagi memastikan tahap kesihatan kakitangan institut, aktiviti senamrobik turut dijalankan termasuk ujian kecergasan jasmani kebangsaan (UKJK). Hari terakhir program dipenuhi dengan pemeriksaan kesihatan dan program derma darah.

 

Program ini dijalankan melibatkan kerjasama dari pelbagai agensi termasuk pihak Hospital Tuanku Jaafar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) N. Sembilan, Kompleks Belia & Sukan Paroi, Penjara Seremban, Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Bomba Rembau dan CGSO.

 

Program ini yang dijalankan dua kali setahun diharap dapat meningkatkan pemahaman warga IKTBN Chembong di samping sentiasa bersedia dan membudayakan keselamatan & kesihatan di tempat kerja.

 

 

 

Putrajaya, 12 Mac 2020 – Satu perbincangan bagi penyelarasan sesi lawatan pelajar ILKBS bidang automotif khususnya Commercial Vehicle ke Volvo Malaysia Sdn Bhd telah dijalankan di Menara KBS. Perbincangan dilakukan bagi memenuhi salah satu skop persefahaman yang telah dicapai sebelum ini. Sesi perbincangan telah diketuai oleh Koh Mei Ching, Penolong Pengarah Cawangan Kerjasama Strategik dan Kreatif, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, dan turut disertai wakil Cawangan hubungan Industri IKTBN Chembong dan IKTBN Dusun Tua serta En. Selvanathan Padmanathan yang mewakili Volvo Malaysia Sdn Bhd. Antara perkara lain yang turut dibincangkan ialah perancangan terhadap latihan industri pelatih sesi Julai 2020. Semoga kerjasama ini memberi banyak manfaat terhadap pembangunan TVET ILKBS sejajar dengan arus teknologi terkini industri negara.  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

CHEMBONG, 10 Mac 2020 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menerima kunjungan daripada Ketua Jabatan Teknologi Awam dan tenaga pengajar bidang Landskap Pembinaan serta pegawai daripada Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti, Insitut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat, Selangor.

Jalinan kerjasama ini adalah bagi melancarkan proses pentauliahan kursus Landskap Pembinaan yang menggunakan NOSS baharu di IKBN Kuala Langat. Sesi perkongsian ini merangkumi persediaan dokumentasi, peralatan dan mesin.

Semoga kunjungan ini dapat memberikan manfaat ke pada IKBN Kuala Langat di dalam mendapatkan pentauliahan bagi kursus Landskap Pembinaan.

 

Berita disediakan oleh

Ruzanna binti Robuan
Ketua Jabatan Teknologi Automotif

 

 

 

Halaman 1 dari 16