Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Chembong | Berita

IKTBN Chembong | Berita (212)

Chembong, 11 Mac 2020 – Perhimpunan mesra bulanan bagi bulan Mac telah berlangsung bertemakan Program Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan peringkat IKTBN Chembong. Program ini dijalankan bermula 11 Mac 2020 sehingga 13 Mac 2020. Program ini dimulakan dengan perhimpunan bulanan dan seterusnya Program dirasmikan oleh Pengarah IKTBN Chembong, Tn. Johari bin Mohamad Tahar. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah ceramah pengurusan emosi, pemanduan berhemah, jenayah scam & dadah sintetik, kesihatan pekerjaan, pencegahan & bahana jenayah dadah dan keselamatan pejabat.  

 

Program yang berlangsung selama tiga hari ini turut diisi dengan kursus insiden kebakaran dan auditor KKP di samping amali pengungsian bangunan. Selain itu, bagi memastikan tahap kesihatan kakitangan institut, aktiviti senamrobik turut dijalankan termasuk ujian kecergasan jasmani kebangsaan (UKJK). Hari terakhir program dipenuhi dengan pemeriksaan kesihatan dan program derma darah.

 

Program ini dijalankan melibatkan kerjasama dari pelbagai agensi termasuk pihak Hospital Tuanku Jaafar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) N. Sembilan, Kompleks Belia & Sukan Paroi, Penjara Seremban, Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Bomba Rembau dan CGSO.

 

Program ini yang dijalankan dua kali setahun diharap dapat meningkatkan pemahaman warga IKTBN Chembong di samping sentiasa bersedia dan membudayakan keselamatan & kesihatan di tempat kerja.

 

 

 

Putrajaya, 12 Mac 2020 – Satu perbincangan bagi penyelarasan sesi lawatan pelajar ILKBS bidang automotif khususnya Commercial Vehicle ke Volvo Malaysia Sdn Bhd telah dijalankan di Menara KBS. Perbincangan dilakukan bagi memenuhi salah satu skop persefahaman yang telah dicapai sebelum ini. Sesi perbincangan telah diketuai oleh Koh Mei Ching, Penolong Pengarah Cawangan Kerjasama Strategik dan Kreatif, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, dan turut disertai wakil Cawangan hubungan Industri IKTBN Chembong dan IKTBN Dusun Tua serta En. Selvanathan Padmanathan yang mewakili Volvo Malaysia Sdn Bhd. Antara perkara lain yang turut dibincangkan ialah perancangan terhadap latihan industri pelatih sesi Julai 2020. Semoga kerjasama ini memberi banyak manfaat terhadap pembangunan TVET ILKBS sejajar dengan arus teknologi terkini industri negara.  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

CHEMBONG, 10 Mac 2020 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menerima kunjungan daripada Ketua Jabatan Teknologi Awam dan tenaga pengajar bidang Landskap Pembinaan serta pegawai daripada Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti, Insitut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat, Selangor.

Jalinan kerjasama ini adalah bagi melancarkan proses pentauliahan kursus Landskap Pembinaan yang menggunakan NOSS baharu di IKBN Kuala Langat. Sesi perkongsian ini merangkumi persediaan dokumentasi, peralatan dan mesin.

Semoga kunjungan ini dapat memberikan manfaat ke pada IKBN Kuala Langat di dalam mendapatkan pentauliahan bagi kursus Landskap Pembinaan.

 

Berita disediakan oleh

Ruzanna binti Robuan
Ketua Jabatan Teknologi Automotif

 

 

 

KUALA LUMPUR, 5 Mac 2020 –Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuat lawatan ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur sempena Hari Kraf Kebangsaan (HKK2020) pada tahun ini yang bertemakan “Kraf Memperkasa Sosio Ekonomi Rakyat”.

Seramai 36 orang pelajar dari Bahagian Teknologi Lukisan Senibina dan Bahagian Teknologi Landskap Pembinaan telah mengikuti lawatan ini, dengan diiringi oleh 3 orang pegawai. Pegawai dan pelajar telah dibawa melawat dan diberi peluang untuk mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Lawatan Khidmat Iring yang disediakan.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan di antaranya demonstrasi kraf, persembahan kesenian, jualan produk kraf dan pameran. Semoga para pelajar dapat menggunakan ilmu dan pengalaman daripada lawatan ini didalam sesi pembelajaran dan secara praktikal.

 

Berita disediakan oleh 

Ruzanna binti Robuan
Ketua Jabatan Teknologi Awam

 

Negeri Sembilan: 05 Mac 2020 – Bersempena pengumuman keputusan SPM 2019, Team Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuat promosi untuk menarik minat calon-calon untuk bersama-sama mengembangkan potensi kemahiran di SMK Seremban Jaya dan SMK Taman Semarak Nilai. Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat ringkas berkaitan keistimewaan IKTBN Chembong di samping edaran brochure serta pameran untuk menarik minat lepasan pelajar SPM tersebut. Seramai lapan pegawai dari kalangan cawangan hubungan industri, Hal Ehwal Pelajar dan Pengajar telah berkolaborasi untuk program promosi ini. Semoga IKTBN Chembong menjadi pilihan mereka untuk memenuhi keperluan industri serta meningkatkan tarikan terhadap TVET yang bukan lagi menjadi pilihan kedua untuk perkembangan kerjaya di masa hadapan.

KUALA LUMPUR, 29 Februari 2020 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuat lawatan ke Hari Landskap Negara pada tahun ini yang bertemakan “Generasi Muda Mencorak Landskap Negara” di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Seramai 19 orang pelajar telah mengikuti lawatan ini, dengan diiringi oleh tiga orang pegawai. Para pelajar dapat melihat jenis-jenis pokok dan cara hiasan landskap di sana. Semoga para pelajar dapat menggunakan ilmu dan pengalaman daripada lawatan ini di dalam sesi pembelajaran dan secara praktikal. 

 

 

 

CHEMBONG, 25 Feb. 2020 - IKTBN Chembong telah dikunjungi oleh pasukan panel penilai yang diketuai oleh Haji Borhan bin Harman jemputan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Churemi bin Sairi dari Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Noriana binti Md Yassin dari Unit Audit Dalam (UAD), Faridah binti Ismail dari Bahagian Pembangunan Maklumat (BPM), Mohad Fazli bin Jamal dari BPKB dan Fadhilah binti Mohd Yasin dari UAD.

Penilaian bertumpu kepada pengurusan pembelajaran dan pengajaran, KPI Institut, pengurusan hal ehwal pelajar, pengurusan pentadbiran, pengurusan keselamatan perlindungan, pengurusan kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi. 

Terima kasih diucapkan kepada semua panel yang telah berkongsi pengalaman berhubung bidang kepakaran masing-masing. Syabas diucapkan kepada warga Institut yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada sesi penilaian sepanjang 24 hingga 25 Februari 2020.

 

 

 

FB IMG 158192565264030841

Shah Alam: 14 Februari 2020 - Majlis penutup bagi Train The Trainer Siri 1 telah dijayakan di Volvo Malaysia Sdn. Bhd di mana pihak industri tersebut telah berkongsi teknologi terkini kepada 10 pengajar ILKBS bidang kenderaan perdagangan termasuk dua pengajar IKTBN Chembong. Program latihan tersebut telah berlangsung bermula 10 hb sehingga 14 hb Februari 2020. Pengajar ILKBS telah didedahkan dengan teknologi terkini untuk disampaikan kepada pelajar - pelajar di institut masing-masing agar segala pembelajaran di ILKBS sentiasa selari dengan kehendak industri. Pihak KBS sentiasa komited dalam membekalkan tenaga mahir yang memenuhi kehendak industri. Acara kemuncak bagi majlis ini dihiasi dengan sumbangan sebuah enjin sebagai peralatan latihan untuk digunakan oleh pelajar ILKBS. Semoga peluang dan sumbangan industri terhadap ILKBS dapat mencetus semangat pengajar dalam melahirkan lebih ramai tenaga mahir untuk pembangunan negara.

FB IMG 158192654358578961 

 

 

 

 

IMG 20200213 WA00091

RAWANG: 13 Februari 2020 - Dua wakil Cawangan Hubungan Industri IKTBN Chembong bersama Ketua Bahagian Teknologi Pengetuk Panel & Semburan Cat telah menghadiri mesyuarat bersama Perodua Sales Sdn Bhd bagi membincangkan bentuk kerjasama yang dapat dilakukan oleh kedua-dua pihak dalam memartabatkan lagi industri TVET negara terutamanya bidang automotif. Perodua yang diwakili Pengurus Besar Kanan Learning & Development, Puan Mariam Ibrahim yang pernah bekerjasama dengan IKTBN Chembong sebelum ini telah banyak memberi sokongan bagi meneruskan serta memperluaskan lagi kerjasama ini. Antara tujuan utama perbincangan ini adalah untuk meneruskan kerjasama yang terjalin umumnya antara pihak KBS khususnya IKTBN Chembong sendiri yang telah tamat MoU sebelum ini. Diharapkan kerjasama yang telah terjalin serta akan terjalin selepas ini dapat memenuhi kehendak serta hasrat bagi memperkasakan TVET seterusnya meningkatkan martabat automotif negara.

Selasa, 11 February 2020 15:27

LANGKAH KANAN 2020 IKTBN CHEMBONG

Written by

2

 

SENAWANG : 08 Februari 2020 - Kelab Inovasi Robotik IKTBN Chembong telah membuka langkah pertama Tahun 2020 dengan menyertai pertandingan Mini MJII Robofighto 2020 – Battle of Senawang yang dijalankan di KipMall Senawang, Negeri Sembilan. Pertandingan yang diiringi oleh dua (2) pegawai pengiring yang mengetuai pasukan iaitu En. Syabandi bin Md Sarip serta Pn. Noorfadzlina binti Hassan ini telah memperoleh tempat ketiga keseluruhan. Pelajar yang mewakili pasukan terdiri daripada gabungan pelajar bidang automotif dan awam yang juga terbabit dalam ARP. Ternyata minat dapat mengatasi  latar belakang pembelajaran mereka. Walaupun bukan dari bidang robotik, mereka mampu untuk bersaing. Tahniah dan syabas kepada pasukan dan semoga permulaan ini akan membawa kepada kejayaan yang berterusan untuk Tahun 2020.

 

Halaman 1 dari 16
 
Find us on Facebook
Follow Us