Laman Utama http://kemahiran.kbs.gov.my Wed, 05 Aug 2020 22:27:45 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my LAWATAN DAN PERBINCANGAN MEMPERBAHARUI MoU IKTBN CHEMBONG BERSAMA PERODUA SALES SDN BHD http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4234-lawatan-dan-perbincangan-memperbaharui-mou-iktbn-chembong-bersama-perodua-sales-sdn-bhd.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4234-lawatan-dan-perbincangan-memperbaharui-mou-iktbn-chembong-bersama-perodua-sales-sdn-bhd.html

Chembong, 21 Julai 2020 - Satu perbincangan berkaitan pembaharuan MoU IKTBN Chembong bersama Perodua Sales Sdn Bhd telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama IKTBN Chembong. Perbincangan yang turut dihadiri wakil dari BPKB, KBS turut membincangkan hala tuju kerjasama yang telah pun di materai sebelum ini. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah penempatan latihan industri pelajar, bantuan khidmat nasihat, lawatan sambil belajar serta kerjasama yang lain melibatkan bidang automotif. Selepas sesi perbincangan, pihak Perodua juga dibawa untuk melawat bengkel dan melihat sendiri apa yang telah diusahakan terhadap sumbangan yang telah diberi sebelum ini. Semoga perbincangan ini akan membawa manfaat terhadap kedua-dua pihak dalam menerajui bidang automotif negara seterusnya memartabatkan TVET ke peringkat yang lebih tinggi.

]]>
aleff@kbs.gov.my (Aleff Sahawaluddin bin Harun) IKTBN Chembong | Berita Wed, 22 Jul 2020 15:40:13 +0800
PROMOSI BERSAMA PROGRAM PENDIDIKAN TINGGI 2020 DI KAWASAN TANAH RANCANGAN FELDA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4207-promosi-bersama-program-pendidikan-tinggi-2020-di-kawasan-tanah-rancangan-felda.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4207-promosi-bersama-program-pendidikan-tinggi-2020-di-kawasan-tanah-rancangan-felda.html

Serting Hilir, 05 Julai 2020 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai Program Pendidikan Tinggi 2020 di Kawasan Tanah Rancangan Felda yang bertempat di Dewan Semai Bakti Serting Hilir Kompleks. Program yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Komuniti, Jabatan Pembangunan Peneroka dan Komuniti FELDA ini bertujuan untuk mempromosikan peluang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bagi membantu belia bagi memajukan diri.

 Program ini dilaksanakan berkonsepkan jelajah di seluruh negara bermula 27 Jun 2020 sehingga 25 Julai 2020 dan dipecahkan kepada sebelas (11) lokasi mengikut zon. IKTBN Chembong turut menjalankan promosi kemasukan pelajar sesi baharu di samping turut mempromosikan program jangka pendek yang ditawarkan termasuk program Bootcamp. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran berkaitan kursus yang ditawarkan selain edaran flyers serta taklimat serta tayangan video.

 Semoga program ini dapat meningkatkan lagi pemahaman serta memperluaskan lagi hebahan hasrat Kementerian Belia dan Sukan dalam membantu belia meningkatkan kemahiran serta taraf hidup melalui program yang ditawarkan.

]]>
aleff@kbs.gov.my (Aleff Sahawaluddin bin Harun) IKTBN Chembong | Berita Mon, 06 Jul 2020 17:42:31 +0800
IKTBN Chembong Sentiasa Hulurkan Bantuan. Dari Kami Untuk Semua. http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4159-iktbn-chembong-sentiasa-hulurkan-bantuan-dari-kami-untuk-semua.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4159-iktbn-chembong-sentiasa-hulurkan-bantuan-dari-kami-untuk-semua.html

 

 

 

 

Chembong, 06 MEI 2020 – Susulan keputusan Kerajaan untuk membenarkan pergerakan penghantaran pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) termasuk di Sabah dan Sarawak, IKTBN Chembong telah menerima panggilan daripada pihak KPT untuk membantu pelaksanaan ini. Pihak institut akan membantu dari segi penggunaan bas untuk menjemput pelajar dari KLIA yang melibatkan pelajar IPTA yang terkandas di Sabah dan Sarawak. 

Persediaan bantuan ini dimulakan pada 29 April 2020 dengan pemeriksaan bas yang dilakukan oleh dua (2) pengajar dari Bahagian Teknologi Kenderaan Perdagangan iaitu En. Mohamad Najib bin Jaafar dan En. Mohd Syahidan bin Mohd Ruslan dari aspek prestasi serta keselamatan. Seterusnya pada 04 Mei 2020, semburan sanitasi bas dilakukan dengan kerjasama pihak balai Bomba Chembong.

 

 

Seramai 20 pelajar telah di jemput yang mana tiba di KLIA jam 5.00 petang. Pelajar-pelajar tersebut telah selamat dihantar ke MITC, Melaka lebih kurang jam 7.00 malam seperti yang dirancang pihak KPT. Semoga bantuan kecil ini dapat memberi kegembiraan terhadap mereka yang semestinya mengharapkan untuk bertemu keluarga lebih-lebih lagi menjelang sambutan aidilfitri yang bakal menjelma.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

]]>
aleff@kbs.gov.my (Aleff Sahawaluddin bin Harun) IKTBN Chembong | Berita Thu, 07 May 2020 10:56:11 +0800
Bersatu Memerangi Pandemik Covid-19 : Barisan Hadapan, IKTBN Chembong Bersamamu http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4150-bersatu-memerangi-pandemik-covid-19-barisan-hadapan-iktbn-chembong-bersamamu.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4150-bersatu-memerangi-pandemik-covid-19-barisan-hadapan-iktbn-chembong-bersamamu.html

Chembong, 21 APRIL 2020 – Menyedari serta menyelami tugasan kritikal petugas-petugas barisan hadapan, IKTBN Chembong telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan 1000 unit PPE FACE SHIELD untuk kegunaan petugas di klinik dan hospital kerajaan sekitar Rembau.

Langkah ini telah diambil oleh Institut bagi menyahut hasrat Kementerian Belia dan Sukan dalam menyumbang terhadap keperluan masyarakat melalui inisiatif Tanggungjawab Khidmat Sosial terutamanya dalam tempoh getir negara menghadapi wabak pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kepakaran, mesin serta peralatan yang ada di Jabatan Awam khususnya Jurusan Teknologi Lukisan Senibina dimanfaatkan sepenuhnya bagi penghasilan produk ini dengan menggunakan mesin Laser Cutting/Engraving.

 

Setakat hari ini, sebanyak 277 unit produk telah dihasilkan dan telah diedarkan. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Rembau telah hadir sendiri untuk mengambil produk tersebut bagi mematuhi PKP yang sedang berkuatkuasa serta SOP yang ditetapkan. Semoga sumbangan kecil IKTBN Chembong dapat memberi impak yang besar terhadap barisan hadapan yang gigih menjalankan tanggung jawab terhadap negara. Sesungguhnya anda semua barisan hadapan adalah wira kami.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

]]>
aleff@kbs.gov.my (Aleff Sahawaluddin bin Harun) IKTBN Chembong | Berita Tue, 21 Apr 2020 22:17:37 +0800
BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4149-berat-sama-dipikul-ringan-sama-dijinjing.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4149-berat-sama-dipikul-ringan-sama-dijinjing.html

 

Chembong, 14 April 2020 – Sikap ambil tahu dan peka terhadap mereka yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19, Jawatankuasa Surau Al - Falah IKTBNCB bersama NGO Taman Al-Quran telah bergabung untuk menggerakkan Projek CSR Sumbangan Prihatin kepada 17 orang staf dan bekas staf IKTBN Chembong. Penyerahan sumbangan telah dijalankan pada 14 April 2020 kepada mereka yang terdiri daripada lingkungan B40 atau yang mempunyai keluarga yang kurang sihat.

Setiap penerima sumbangan diberikan set bekalan bahan asas masakan seperti beras, telur, tepung, gula, susu, minyak, biskut dan kicap. Semoga dengan sumbangan ini dapat mengeratkan ukhuwah yang terjalin dan sedikit sebanyak meringankan beban keluarga yang tinggal di sekitar rembau ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

]]>
aleff@kbs.gov.my (Aleff Sahawaluddin bin Harun) IKTBN Chembong | Berita Wed, 15 Apr 2020 13:39:25 +0800
KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN KEUTAMAAN KAMI http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4111-keselamatan-kesihatan-pekerjaan-keutamaan-kami.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4111-keselamatan-kesihatan-pekerjaan-keutamaan-kami.html

Chembong, 11 Mac 2020 – Perhimpunan mesra bulanan bagi bulan Mac telah berlangsung bertemakan Program Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan peringkat IKTBN Chembong. Program ini dijalankan bermula 11 Mac 2020 sehingga 13 Mac 2020. Program ini dimulakan dengan perhimpunan bulanan dan seterusnya Program dirasmikan oleh Pengarah IKTBN Chembong, Tn. Johari bin Mohamad Tahar. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah ceramah pengurusan emosi, pemanduan berhemah, jenayah scam & dadah sintetik, kesihatan pekerjaan, pencegahan & bahana jenayah dadah dan keselamatan pejabat.  

 

Program yang berlangsung selama tiga hari ini turut diisi dengan kursus insiden kebakaran dan auditor KKP di samping amali pengungsian bangunan. Selain itu, bagi memastikan tahap kesihatan kakitangan institut, aktiviti senamrobik turut dijalankan termasuk ujian kecergasan jasmani kebangsaan (UKJK). Hari terakhir program dipenuhi dengan pemeriksaan kesihatan dan program derma darah.

 

Program ini dijalankan melibatkan kerjasama dari pelbagai agensi termasuk pihak Hospital Tuanku Jaafar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) N. Sembilan, Kompleks Belia & Sukan Paroi, Penjara Seremban, Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Bomba Rembau dan CGSO.

 

Program ini yang dijalankan dua kali setahun diharap dapat meningkatkan pemahaman warga IKTBN Chembong di samping sentiasa bersedia dan membudayakan keselamatan & kesihatan di tempat kerja.

 

 

 

]]>
aleff@kbs.gov.my (Aleff Sahawaluddin bin Harun) IKTBN Chembong | Berita Fri, 13 Mar 2020 17:49:46 +0800
PERBINCANGAN PENYELARASAN SESI LAWATAN KE VOLVO MALAYSIA, SHAH ALAM http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4100-perbincangan-penyelarasan-sesi-lawatan-ke-volvo-malaysia-shah-alam.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4100-perbincangan-penyelarasan-sesi-lawatan-ke-volvo-malaysia-shah-alam.html

Putrajaya, 12 Mac 2020 – Satu perbincangan bagi penyelarasan sesi lawatan pelajar ILKBS bidang automotif khususnya Commercial Vehicle ke Volvo Malaysia Sdn Bhd telah dijalankan di Menara KBS. Perbincangan dilakukan bagi memenuhi salah satu skop persefahaman yang telah dicapai sebelum ini. Sesi perbincangan telah diketuai oleh Koh Mei Ching, Penolong Pengarah Cawangan Kerjasama Strategik dan Kreatif, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, dan turut disertai wakil Cawangan hubungan Industri IKTBN Chembong dan IKTBN Dusun Tua serta En. Selvanathan Padmanathan yang mewakili Volvo Malaysia Sdn Bhd. Antara perkara lain yang turut dibincangkan ialah perancangan terhadap latihan industri pelatih sesi Julai 2020. Semoga kerjasama ini memberi banyak manfaat terhadap pembangunan TVET ILKBS sejajar dengan arus teknologi terkini industri negara.  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

]]>
aleff@kbs.gov.my (Aleff Sahawaluddin bin Harun) IKTBN Chembong | Berita Fri, 13 Mar 2020 10:29:51 +0800
KUNJUNGAN DARI IKBN KUALA LANGAT KE IKTBN CHEMBONG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4094-kunjungan-dari-ikbn-kuala-langat-ke-iktbn-chembong.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4094-kunjungan-dari-ikbn-kuala-langat-ke-iktbn-chembong.html

CHEMBONG, 10 Mac 2020 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menerima kunjungan daripada Ketua Jabatan Teknologi Awam dan tenaga pengajar bidang Landskap Pembinaan serta pegawai daripada Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti, Insitut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat, Selangor.

Jalinan kerjasama ini adalah bagi melancarkan proses pentauliahan kursus Landskap Pembinaan yang menggunakan NOSS baharu di IKBN Kuala Langat. Sesi perkongsian ini merangkumi persediaan dokumentasi, peralatan dan mesin.

Semoga kunjungan ini dapat memberikan manfaat ke pada IKBN Kuala Langat di dalam mendapatkan pentauliahan bagi kursus Landskap Pembinaan.

 

Berita disediakan oleh

Ruzanna binti Robuan
Ketua Jabatan Teknologi Automotif

 

 

 

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Tue, 10 Mar 2020 16:22:01 +0800
LAWATAN IKTBN CHEMBONG KE HARI KRAF KEBANGSAAN 2020 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4092-lawatan-iktbn-chembong-ke-hari-kraf-kebangsaan-2020.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4092-lawatan-iktbn-chembong-ke-hari-kraf-kebangsaan-2020.html

KUALA LUMPUR, 5 Mac 2020 –Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuat lawatan ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur sempena Hari Kraf Kebangsaan (HKK2020) pada tahun ini yang bertemakan “Kraf Memperkasa Sosio Ekonomi Rakyat”.

Seramai 36 orang pelajar dari Bahagian Teknologi Lukisan Senibina dan Bahagian Teknologi Landskap Pembinaan telah mengikuti lawatan ini, dengan diiringi oleh 3 orang pegawai. Pegawai dan pelajar telah dibawa melawat dan diberi peluang untuk mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Lawatan Khidmat Iring yang disediakan.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan di antaranya demonstrasi kraf, persembahan kesenian, jualan produk kraf dan pameran. Semoga para pelajar dapat menggunakan ilmu dan pengalaman daripada lawatan ini didalam sesi pembelajaran dan secara praktikal.

 

Berita disediakan oleh 

Ruzanna binti Robuan
Ketua Jabatan Teknologi Awam

 

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Tue, 10 Mar 2020 15:15:01 +0800
PROMOSI KEMASUKAN IKTBN CHEMBONG SESI JULAI 2020 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4069-promosi-kemasukan-iktbn-chembong-sesi-julai-2020.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/4069-promosi-kemasukan-iktbn-chembong-sesi-julai-2020.html

Negeri Sembilan: 05 Mac 2020 – Bersempena pengumuman keputusan SPM 2019, Team Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuat promosi untuk menarik minat calon-calon untuk bersama-sama mengembangkan potensi kemahiran di SMK Seremban Jaya dan SMK Taman Semarak Nilai. Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat ringkas berkaitan keistimewaan IKTBN Chembong di samping edaran brochure serta pameran untuk menarik minat lepasan pelajar SPM tersebut. Seramai lapan pegawai dari kalangan cawangan hubungan industri, Hal Ehwal Pelajar dan Pengajar telah berkolaborasi untuk program promosi ini. Semoga IKTBN Chembong menjadi pilihan mereka untuk memenuhi keperluan industri serta meningkatkan tarikan terhadap TVET yang bukan lagi menjadi pilihan kedua untuk perkembangan kerjaya di masa hadapan.

]]>
aleff@kbs.gov.my (Aleff Sahawaluddin bin Harun) IKTBN Chembong | Berita Thu, 05 Mar 2020 17:04:02 +0800