Laman Utama http://kemahiran.kbs.gov.my Thu, 13 Aug 2020 14:35:22 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my PROGRAM GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1535-program-gotong-royong-memasak-bubur-asyura.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1535-program-gotong-royong-memasak-bubur-asyura.html PROGRAM GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA

CHEMBONG, 3 OKTOBER 2017 Jawatankuasa Surau Al- Falah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan gotong royong memasak Bubur Asyura pada hari ini.

Gotong royong ini bermula seawal 8.00 pagi ini melibatkan pegawai dan pelajar IKTBN Chembong bersempena menyambut kedatangan Awal Muharam dan tahun baru kalendar Islam. Kesemua bubur asyura itu kemudiannya diagihkan kepada semua warga IKTBN Chembong pada sebelah petang.

Program ini bermatlamatkan untuk menyambut bulan Muharram dan meneruskan tradisi bubur asyura disamping untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim, perpaduan, persaudaraan serta persahabatan antara warga IKTBN Chembong. Semoga program yang bermanfaat ini dapat diteruskan di masa akan datang.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

22089588 1585074631587443 6387702174173526472 n

 

22089632 1585074348254138 2602190220487199055 n

 

22196185 1585074661587440 4489907345523348597 n

 

 

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Tue, 03 Oct 2017 22:41:29 +0800
LAWATAN AUDIT PENARAFAN BINTANG JPK http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1534-lawatan-audit-penarafan-bintang-jpk.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1534-lawatan-audit-penarafan-bintang-jpk.html LAWATAN AUDIT PENARAFAN BINTANG JPK

CHEMBONG, 29 SEPTEMBER Satu lawatan Audit Penarafan Bintang telah diadakan diadakan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong pada 27 September 2017 – 29 September 2017.

Seramai 3 orang pegawai dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah terlibat dalam pemantauan ini yang bertujuan untuk mengaudit perkara-perkara seperti Personel Pentauliahan, Kelengkapan/Peralatan dan bahan latihan, Pakej Pembelajaran, Pengurusan Pendaftaran Pelatih, Pelaksanaan Latihan dan Penilaian, Pengurusan Rekod Pelatih, Pengurusan Verifikasi PPL dan Pengurusan Persijilan.

Pegawai audit turut diiringi oleh ketua jabatan masing-masing bagi menunjukkan kawasan bengkel untuk dinilai akan tahap kebersihan dan keselamatan.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

22008457 1582118518549721 8478457904032411914 n

 

22049897 1582118161883090 1979510230302715230 n

 

22089320 1582118288549744 2389679327935036871 n

 

22141236 1582118671883039 7332764603173548522 n

 

22049869 1582118905216349 2210419693905347671 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Sat, 30 Sep 2017 01:35:25 +0800
PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA IKTBN CHEMBONG 2017 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1531-program-gotong-royong-perdana-iktbn-chembong-2017.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1531-program-gotong-royong-perdana-iktbn-chembong-2017.html PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA IKTBN CHEMBONG 2017

CHEMBONG, 20 SEPTEMBER Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan satu program Gotong Royong Perdana 2017 pada hari ini.

Program yang bertujuan untuk memperindah dan membersihkan institut ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan melibatkan semua pegawai dan pelajar IKTBN Chembong. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini, di antaranya ialah kerja-kerja pembersihan longkang dan tandas, mengecat bangunan dan pembahagi jalan, menanam pokok dan menceriakan kawasan institut.

Program ini berjaya mencapai objektif iaitu untuk menggalakkan penyertaan pelajar dan pegawai dalam kempen kebersihan agar dapat memberi kesedaran terhadap kewujudan alam sekitar yang bersih dan indah selain dapat membentuk masyarakat yang kondusif melalui semangat kerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

IMG 0778

 

IMG 0892

 

IMG 0996

 

IMG 1179.

 

IMG 1330

 

 

IMG 1381

 

 

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Thu, 21 Sep 2017 01:05:39 +0800
HARI INOVASI IKTBN CHEMBONG 2017 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1530-hari-inovasi-iktbn-chembong-2017.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1530-hari-inovasi-iktbn-chembong-2017.html HARI INOVASI IKTBN CHEMBONG 2017

CHEMBONG, 19 SEPTEMBER 2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan Hari Inovasi 2017

Pelbagai pertandingan telah dianjurkan antaranya Pertandingan Inovasi, RC Battle Bot, Lego & Snow Flake, Counter Strike dan pertandingan Teka Gula-gula dalam balang. Pertandingan yang bertujuan untuk mencungkil bakat dan potensi untuk menghasilkan inovasi baru ini telah disertai oleh semua warga IKTBN Chembong. Hari Inovasi ini turut diserikan lagi dengan pertandingan Char Kuew Teow Warz yang turut disertai oleh pelajar dan pegawai IKTBN Chembong.

Pertandingan ini telah mencapai objektif iaitu menjadi salah satu landasan bagi perkongsian dan pengembangan hasil inovasi rekacipta pelajar dan juga pengajar mencapai tahap rekacipta terkini dari segi rekabentuk dan fungsi. Tahniah dan syabas diucapkan pada semua pemenang.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

21151682 1572540729507500 9065239809136569430 n

 

21557873 1572541332840773 3602607436322341208 n

 

21558986 1572540616174178 5909812347840027207 n

 

21616008 1572541236174116 4451607530442277573 n

 

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Wed, 20 Sep 2017 01:00:27 +0800
PERTANDINGAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT DALAMAN IKTBN CHEMBONG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1460-pertandingan-konvensyen-kumpulan-inovatif-dan-kreatif-kik-peringkat-dalaman-iktbn-chembong.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1460-pertandingan-konvensyen-kumpulan-inovatif-dan-kreatif-kik-peringkat-dalaman-iktbn-chembong.html PERTANDINGAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT DALAMAN IKTBN CHEMBONG

CHEMBONG, 13 SEPTEMBER 2017 Jabatan Diploma Lanjutan, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan Pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat Dalaman IKTBN Chembong pada hari ini.

Pertandingan ini disertai oleh pegawai-pegawai dari 5 bahagian di IKTBN Chembong iaitu Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Automotif, Bahagian Awam dan Bahagian Jabatan Diploma Lanjutan. Pertandingan ini bertujuan untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja melalui keupayaan mencipta cara bekerja baru atau menghasilkan inovasi serta kebolehan menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja. Pertandingan ini diadili oleh pegawai industri iaitu dari syarikat AD Selatan Sdn Bhd., Encik Nor Hisham Bin Aspan dan pegawai ILP Pedas, Puan Hidayah. 

Melalui pertandingan ini, ia dapat memupuk semangat bekerja secara berpasukan, Pewujudan hubungan yang harmorni dan menjadi salah satu landasan bagi perkongsian dan pengembangan hasil inovasi rekacipta pelajar dan juga pengajar mencapai tahap rekacipta terkini dari segi rekabentuk dan fungsi. Tahniah dan syabas diucapkan pada semua pemenang dan semoga berjaya dalam pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 16 & 17 Oktober 2017.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

21728010 1567149036713336 6905191202445401290 n

 

21728144 1567149090046664 5071379658902871583 n

 

21742805 1567149170046656 4376230625479432352 n

 

21743107 1567149126713327 3737612150181899135 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Wed, 13 Sep 2017 22:13:23 +0800
PROGRAM KERJASAMA BERSAMA PELAJAR TEKNOLOGI ELEKTRIK IKTBN ALOR GAJAH http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1459-program-kerjasama-bersama-pelajar-teknologi-elektrik-iktbn-alor-gajah.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1459-program-kerjasama-bersama-pelajar-teknologi-elektrik-iktbn-alor-gajah.html PROGRAM KERJASAMA BERSAMA PELAJAR TEKNOLOGI ELEKTRIK IKTBN ALOR GAJAH

CHEMBONG, 12 SEPTEMBER 2017 Pihak IKTBN Chembong mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak IKTBN Alor Gajah kerana membekalkan tenaga pengajar serta pelajar-pelajar Teknologi Elektrik yang berkemahiran untuk menyelesaikan masalah pendawaian di Asrama institut ini.

Seramai 2 orang tenaga pengajar dan 28 orang pelajar telah memberikan komitmen dalam program ini. Pihak institut berharap program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan dalam usahamengeratkan lagi silaturrahim antara IKTBN Chembbong dan IKTBN Alor Gajah.

Syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar IKTBN Alor Gajah atas komitmen yang diberikan.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

21728034 1566497153445191 7370005958248986072 n

 

21728286 1566496780111895 3570409901853789215 n

 

21731052 1566496566778583 1709838545476604358 n

 

21761997 1566496356778604 1305558323946427733 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Wed, 13 Sep 2017 01:08:43 +0800
PROGRAM GERBANG KERJAYA ILKBS ZON SELATAN DI IKTBN PAGOH, JOHOR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1458-program-gerbang-kerjaya-ilkbs-zon-selatan-di-iktbn-pagoh-johor.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1458-program-gerbang-kerjaya-ilkbs-zon-selatan-di-iktbn-pagoh-johor.html PROGRAM GERBANG KERJAYA ILKBS ZON SELATAN  DI IKTBN PAGOH, JOHOR

PAGOH, 11 SEPTEMBER Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai Program Gerbang Kerjaya ILKBS Zon Selatan di IKTBN Pagoh, Johor pada hari ini.

Program dengan kerjasama IKTBN Pagoh, IKTBN Alor Gajah dan IKBN Bandar Penawar adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada golongan belia dan masyarakat sekeliling berkaitan peluang-peluang kemahiran di ILKBS.

Team Promosi IKTBN Chembong juga turut membuka ‘booth’ pameran untuk memberi maklumat yang lebih jelas berkenaan IKTBN Chembong, kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan. Selain itu, para pelajar IKTBN Chembong juga turut mempamerkan hasil projek mereka dalam program ini. Para pengunjung juga turut diberi peluagn untuk berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan pegawai dan pelajar IKTBN Chembong. Program Gerbang Kerjaya ini juga turut mengadakan temuduga terbuka bagi memberi peluang pekerjaan kepada graduan ILKBS. Majlis untuk menandatangani 7 MoU antara ILKBS dan rakan industri turut diadakan dengan disaksikan oleh YB. Tuan Hj. Ismail bin Mohamed, Pengerusi Jawankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor Merangkap ADUN Bukit Serampang dan Dr. Hajah Wasitah binti Hj Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

21728051 1566522480109325 9070140328810827488 n

 

21728097 1566526673442239 5453432940468914848 n

 

21728530 1566519843442922 4873648332445848471 n

 

21742835 1566519156776324 7582459914746537334 n

 

21743165 1566519426776297 5739411931881729016 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Tue, 12 Sep 2017 00:59:30 +0800
IKTBN CHEMBONG SERTAI PROGRAM MOBILE COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE (MOBILE CTC) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1457-iktbn-chembong-sertai-program-mobile-community-transformation-centre-mobile-ctc.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1457-iktbn-chembong-sertai-program-mobile-community-transformation-centre-mobile-ctc.html IKTBN CHEMBONG SERTAI  PROGRAM MOBILE COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE  (MOBILE CTC)

REMBAU, 10 SEPTEMBER 2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai Pameran sempena Program Mobile Community Transformation Centre (CTC) Peringkat Daerah Rembau 2017 yang berlangsung di Dewan Agora dan Dataran Rembau pada hari ini.

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memudahkan orang ramai, terutama penduduk luar bandar, berurusan dengan jabatan dan agensi kerajaan dan lebih 30 jabatan dan agensi kerajaan persekutuan dan negeri akan menubuhkan kaunter bergerak sama ada dalam bas, van atau khemah, di CTC untuk berkhidmat kepada orang ramai. Tambahan pula, program ini adalah merupakan program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk kemudahan masyarakat luar bandar

Seawal jam 8.00 pagi Jawatankuasa Pameran dan Promosi IKTBN Chembong yang terdiri daripada pegawai dan pelajar IKTBN Chembong telah membuka ‘booth’ pameran. Pameran ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat yang lebih jelas berkenaan IKTBN Chembong, kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan. Selain itu, para pengunjung dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai dan dapat melihat dengan lebih dekat projek-projek yang dihasilkan sendiri oleh pelajar IKTBN Chembong. Selain itu, pertandingan futsal dan sepak takraw turut diadakan dalam program ini. IKTBN Chembong juga telah menghantar pasukan futsal untuk bertanding dalam pertandingan ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Anggota Parlimen Rembau yang juga Menteri Belia dan Sukan, YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Dewan Agora, Rembau.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

2

4

 

3

 

 

 

8

 

 

 

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Sun, 10 Sep 2017 23:34:45 +0800
MISI KIBAR BENDERA IKTBN CHEMBONG DI PUNCAK GUNUNG KINABALU http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1456-misi-kibar-bendera-iktbn-chembong-di-puncak-gunung-kinabalu.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1456-misi-kibar-bendera-iktbn-chembong-di-puncak-gunung-kinabalu.html MISI KIBAR BENDERA IKTBN CHEMBONG DI PUNCAK GUNUNG KINABALU

KOTA KINABALU, 8 SEPTEMBER 2017 Satu misi untuk mengibarkan bendera IKTBN Chembong di puncak Gunung Kinabalu telah berjaya dilaksanakan pada hari ini.

Ekspedisi suatu pengembaraan yang sering kita dengar berkaitan aktiviti yang lasak untuk para belia. Ianya juga suatu perjalanan yang mempunyai tujuan dengan menempuh berbaga-bagai cabaran dan rintangan. Eksplorasi pula adalah suatu penerokaan baru bagi menimba ilmu dan pengalaman yang belum pernah ditempuhi atau mungkin bagi menambah pengalaman yang lebih mencabar dari yang biasa sebelum ini. ‘Cuci’ ini diistilahkan kepada membersihkan alam sekitar daripada pembuangan sampah sarap yang telah ditinggalkan oleh pelancong dan pengembara. Di samping ini juga secara tidak langsung mewujudkan kesukarelaan terhadap aktiviti pemeliharaan alam sekitar. Maka program ini diberi nama XC.FIT.MT.KINABALU.17 dengan merujuk kepada “X”adalah Ekspedisi & Eksplorasi, “C” adalah Cuci dan “FIT” atau fitness adalah Kecergasan.

Oleh yang demikian, setiap belia perlu diberi peluang dalam mencuba aktiviti sebegini bagi mencapai sesuatu impian bagi memacakkan bendera IKTBN Chembong dan bendera KLKM di puncak Gunung Kinabalu dan ianya adalah khazanah warisan negara serta secara tidak langsung adalah puncak tertinggi di Asia Tenggara yang perlu dibanggakan terutama bagi warga IKTBN Chembong. Selain itu secara tidak langsung latihan dan panduan dari segi kepimpinan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara serta daya juang jatidiri yang hebat sebagaimana dikehendaki oleh semua pemimpin di dunia ini. Lantaran itu ianya juga ia adalah visi dan misi kami untuk melahirkan lebih ramai belia yang mepunyai kepimpinan yang berkesan dan jatidiri yang tinggi serta penggerak kepada kesukarelawan, kemasyarakatan, kebudayaan dan semangat warisan di kalangan belia yang cergas dan cerdas.

Program ini telah dijalankan pada 4 ~ 8 September 2017 iaitu hari Isnin hingga Jumaat (5 hari). Bertolak ke destinasi pada 4 September 2017 jam 5.00 pagi (Isnin).Program iini disertai oleh 3 orang pengajar IKTBN Chembong iaitu Encik Affendy Zabkha Bin Mohamad Zain, Encik Fadly Bin Mansor dan Encik Mohd Khir Bin Che Ros yang juga merupakan ahli Pengakap @ Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) IKTBN Chembong.Selain itu,bendera Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) juga turut berjaya dikibarkan di puncak gunung. Tahniah dan syabas diucapkan kepada ketiga-tiga pengajar yang telah berjaya mengharumkan nama IKTBN Chembong.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

 

 

21730852 1566565210105052 5273413336342493584 n

 

21740694 1566565313438375 5257089346360235320 n

 

21728338 1566565740104999 1877097602534842574 n

 

21743043 1566565230105050 3106088392479065135 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Fri, 08 Sep 2017 23:21:05 +0800
TAKLIMAT NEURO NADI AL- BAGHDADI http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1335-taklimat-neuro-nadi-al-baghdadi.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1335-taklimat-neuro-nadi-al-baghdadi.html TAKLIMAT NEURO NADI AL- BAGHDADI

CHEMBONG, 25 OGOS 2017 Jawatankuasa Surau Al-Falah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara(IKTBN) Chembong telah menganjurkan Taklimat Neuro Nadi Al- Baghdadi pada hari ini.

Taklimat yang bermula pada pukul 8.30 pagi ini bertumpukan pada pengaktifan otak kanan dalam memudahkan penghafazan. Seperti yang ramai sedia maklum, kebiasaanya kita hanya menggunakan otak kiri untuk menghafaz. Hafazan yang dilakukan dengan otak kiri adalah berbentuk mengikut turutan dan susunan tertentu (logik). Penghafalan dengan satu dimensi ini sahaja amat memenatkan dan ianya hanya menggunakan 50% kemampuan sebenar kita.

Dalam taklimat ini, pelajar dan pegawai IKTBN Chembong telah diberi pendedahan bagaimana ingin mengintegrasikan otak kanan dalam penghafazan. Otak kanan yang memproses maklumat secara holistik (menyeluruh) dapat memantapkan lagi hafazan dan memudahkan penerimaan maklumat sekali gus mempercepatkan hafazan. Taklimat yang khusus untuk Teknik Hafazan Aras Tinggi ini telah disampaikan oleh Pengarah Al-Baghdadi Learning Centre Negeri Sembilan, Ustaz Mohd Nazri Bin Esa.

Dengan adanya taklimat sebegini, diharap pelajar boleh mengaplikasikan teknik menghafal ini bukan sahaja untuk menghafaz Al-Quran tetapi juga subjek-subjek yang dipelajari di institut. Justeru, pihak institut berharap agar taklimat ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

20992663 1549751831786390 11417482394717173 n

 

20993040 1549751551786418 1641629310328625058 n

 

20994046 1549752298453010 5203211078846730293 n

 

21105755 1549752688452971 3887728942283513135 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Fri, 25 Aug 2017 20:38:25 +0800