Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Chembong | Berita

IKTBN Chembong | Berita (199)

CHEMBONG,18 APRIL 2017 -IKTBN Chembong menerima lawatan sambil belajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan,Seramai 36 orang pelajar dan diiringi 2 orang guru yg turut serta didalam lawatan tersebut.Lawatan sambil belajar ini dapat memperkenalkan kepada pelajar-pelajar tersebut mengenai semua kursus yang terdapat di IKTBN Chembong ini. 

CHEMBONG, 9 JANUARI 2017 Pendaftaran dan pengambilan para pelajar Sesi 1/2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong telah diadakan bertempat di Makmal Komputer dan Dewan Perdana Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong.

Jumaat, 06 January 2017 11:42

BENGKEL BUSINESS PLAN 2017 IKTBN CHEMBONG

Written by

CHEMBONG, 5 JANUARI 2017 Pihak Pengurusan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong telah menganjurkan Bengkel Business Plan 2017. Bengkel ini diadakan dengan jayanya melibatkan penyertaan 24 orang termasuk pegawai dan kakitangan Institut terdiri daripada bahagian Pengurusan, Latihan dan Hal Ehwal Pelajar. Bengkel ini bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Makmal Komputer IKTBN Chembong.

Sabtu, 17 December 2016 11:35

PROGRAM NEGERI SEMBILAN BERSELAWAT

Written by

PAROI, 16 DISEMBER Program Negeri Sembilan Berselawat sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Tahun 1438H/2016M telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi (KOMBES) pada hari ini.

CHEMBONG, 8 DISEMBER Peperiksaan Akhir pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah berlangsung bermula 8 hingga 23 Disember 2016. Peperiksaan Akhir IKTBN/IKBN Sesi 2/2016 melibatkan verifikasi portfolio, peperiksaan teori dan peperiksaan amali.

BANGI, 26 NOVEMBER Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menghantar satu pasukan untuk menyertai Pertandingan Robattle Competition 2016 anjuran UniKL Bangi, Selangor. Pasukan yang diberi nama Warigh Warrior ini telah memberi cabaran sengit dalam pertandingan ini. Sekalung penghargaan dan pujian harus diberikan kepada pasukan ini dan diharap dapat teruskan usaha dalam menghasilkan robot yang lebih baik di pertandingan akan datang.

SEPANG, 30 NOVEMBER Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai satu program keselamatan jalan raya “ Stop The Crash. Seramai 41 orang pelajar serta 3 orang pegawai telah menyertai program yang diadakan di Sepang International Circuit (SIC).

ALOR GAJAH, 16 NOVEMBER Team Promosi IKTBN Chembong telah membuka ‘booth’ pameran di Program Gerbang Kerjaya IKTBN Alor Gajah, Melaka. Seramai 2 orang staf dan 3 orang pelajar IKTBN Chembong telah terlibat dalam promosi ini.

CHEMBONG, 14 NOVEMBER Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menganjurkan Perhimpunan Mesra Bulanan bertemakan “Melestarikan Alam Sekitar”. Perhimpunan ini dimulakan dengan senamrobik dan disusuli dengan ucapan Pengarah IKTBN Chembong, Dr Aruna Binti Ismail @ Abd Wahab. Aktiviti diteruskan dengan acara gotong royong penanaman pokok. Tanhiah dan syabas atas komitmen semua pelajar dan staf yang terlibat dalam program ini.

Ahad, 13 November 2016 10:34

PROGRAM CITRA IBADAH

Written by

CHEMBONG, 13 NOVEMBER Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan Program Citra Ibadah Cintai Al- Quran di Kem Bina Negara Alor Gajah Melaka pada 11 November 2016 hingga 13 Nov 2016. Program ini melibatkan 100 orang pelajar, 10 orang fasilitator dan 5 orang Urus setia .Program ini telah berjaya mencapai objektif dalam memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pentingnya memahami dan menghafal Al-Quran.

Halaman 10 dari 15
 
Find us on Facebook
Follow Us