Laman Utama http://kemahiran.kbs.gov.my Wed, 30 Sep 2020 08:22:05 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my EKSPEDISI MENUJU PUNCAK 2017 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1332-ekspedisi-menuju-puncak-2017.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1332-ekspedisi-menuju-puncak-2017.html EKSPEDISI MENUJU PUNCAK 2017

KUALA PILAH, 19 OGOS 2017 Ekspedisi Menuju Puncak 2017 anjuran kerajaan Negeri Sembilan dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) telah diadakan di Gunung Angsi pada hari ini.

Seramai 4,222 orang pendaki termasuklah pelajar dan pegawai dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai ekspedisi ini bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan ke – 60.

Ekspedisi ini telah berjaya dicatatkan dalam Malaysia Book of Record dan majlis penyampaian sijil berkenaan telah diadakan di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi. Program seperti ini diharap dapat dijalankan dengan lebih kerap pada masa akan datang kerana ianya dilihat berjaya memupuk semangat patriotisme di kalangan para pendaki terutamanya belia.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

20882239 1545555562206017 1779492955505728450 n

 

 

 

20953454 1545555022206071 8733734091441286832 n

 

20954080 1545555298872710 4775568933739963270 n

 

20915435 1545555088872731 7893173030672983945 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Sun, 20 Aug 2017 02:42:55 +0800
HIMPUNAN SKYRUNNER DOFE MALAYSIA SEMPENA NEGARAKU MERDEKA 2017 (MALAYSIA BOOK OF RECORD) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1331-himpunan-skyrunner-dofe-malaysia-sempena-negaraku-merdeka-2017-malaysia-book-of-record.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1331-himpunan-skyrunner-dofe-malaysia-sempena-negaraku-merdeka-2017-malaysia-book-of-record.html HIMPUNAN SKYRUNNER DOFE MALAYSIA SEMPENA NEGARAKU MERDEKA 2017 (MALAYSIA BOOK OF RECORD)

PAROI, 19 OGOS 2017 Program Himpunan Skyrunner anjuran Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana atau DOFE (The Duke of Edinburgh’s International Awards) telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan pada hari ini.

Program ini telah disertai oleh 30 orang pelajar dan seorang orang pegawai dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong. Program yang bersempena dengan Negaraku Merdeka 2017 ini adalah bertujuan untuk menceriakan aktiviti sukan Powerbokcing dalam kalangan belia di Malaysia dan juga bagi mewujudkan suasana yang kondusif dan ceria bagi menarik minat belia agar terus bersukan.

Program ini telah berjaya memecah rekod seterusnya dicatatkan dalam Malaysia Book of Record kerana berjaya menghimpunkan seramai 500 orang belia yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah, Sekolah Rendah, TUDM, Pelajar IKTBN serta pelajar IPTS. Majlis dirasmikan oleh Yb Senator Chong Sin Woon, Timbalan Perdana Menteri Pendidikan II.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

20882316 1545552778872962 753993756887534658 n

 

20882524 1545552552206318 3676524454434685490 n

 

20915394 1545552568872983 4797211354250090830 n

 

20953566 1545552425539664 3342902557063187729 n

 

20915531 1545552702206303 5752345363747790480 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Sat, 19 Aug 2017 23:37:38 +0800
LAWATAN KE PERODUA SUBANG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1314-lawatan-ke-perodua-subang.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1314-lawatan-ke-perodua-subang.html LAWATAN KE PERODUA SUBANG

 SUBANG, 15 OGOS 2017 Jabatan Teknologi Pengetukan Panel dan Semburan Cat Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuat satu lawatan industri ke Perodua Body & Paint di Subang pada hari ini.

Seramai 34 orang pelajar dan 4 orang pegawai telah menyertai lawatan ini. Lawatan sambil belajar ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu, Perodua dan IKTBN Chembong telah menjalinkan kerjasama Mou maka lawatan sebegini adalah sebagai langkah untuk mengeratkan lagi jalinan kerjasama.

Justeru, dengan adanya lawatan sebegini, hubungan antara pihak syarikat dan IKTBN Chembong dapat diperkukuh.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

20770053 1541309435963963 6642112135554901367 n

 

20770061 1541309402630633 506515439134180434 n

 

20770463 1541309479297292 8473595079298486250 n

 

20800065 1541309202630653 6895930857506639096 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Wed, 16 Aug 2017 02:43:17 +0800
DOA UNTUK MALAYSIA 2017 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1313-doa-untuk-malaysia-2017.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1313-doa-untuk-malaysia-2017.html DOA UNTUK MALAYSIA 2017

PUTRAJAYA, 12 OGOS 2017 Program Doa Untuk Malaysia 2017 anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Malaysia telah diadakan di Dataran Putra , Presint 1, Putrajaya pada hari ini.

Program ini telah disertai oleh 22 orang pelajar dan seorang orang pegawai dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong. Program ini telah dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah di Masjid Putra dan seterusnya Solat Isyak Berjemaah. Tepat jam 9.15 malam, program ini diteruskan dengan bacaan Asmaul Husna dan doa serta qasidah dan selawat Nabi Muhammad.

Program ini juga telah menampilkan tokoh qasidah terkenal dari Indonesia, Habib Syech Abdul Qadir As- Seggaf . Seterusnya, program diteruskan dengan tazkirah kemerdekaan yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin .Program yang bertujuan untuk menyuntik semangat kemerdekaan ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

20748066 1538345426260364 4415937900835911223 o

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Sun, 13 Aug 2017 07:30:53 +0800
BENGKEL SEMAKAN SEMULA DOKUMEN MS ISO 9001 : 2015 BERSAMA SIRIM STS http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1257-bengkel-semakan-semula-dokumen-ms-iso-9001-2015-bersama-sirim-sts.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1257-bengkel-semakan-semula-dokumen-ms-iso-9001-2015-bersama-sirim-sts.html BENGKEL SEMAKAN SEMULA DOKUMEN MS ISO 9001 : 2015  BERSAMA SIRIM STS

CHEMBONG, 10 OGOS 2017 Pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan Bengkel Semakan Semula Dokumen MS ISO 9001:2015 bersama SIRIM STS.

Bengkel ini diadakan selam 3 hari pada 8 Ogos 2017 sehingga 10 Ogos 2017 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Makmal Komputer, IKTBN Chembong. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Puan Fauzan Binti Mat Ishah daripada SIRIM STS. Matlamat utama penganjuran bengkel ini adalah untuk menyemak semula Dokumen MS ISO 9001 :2015, dimana melalui sistem ini perkhidmatan dan pengurusan akan menjadi lebih cekap, produktif, mengurangkan kos operasi, masa dan penjimatan penggunaan sumber, di samping itu menggalakkan penambahbaikan yang berterusan dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

Melalui bengkel ini, para peserta harus menyemak semula dokumen berkaitan mengikut unit masing-masing dan seterusnya membentangkan diikuti dengan sesi soal jawab untuk lebih memberikan kefahaman kepada semua peserta berkaitan Prosedur Kualiti MS ISO 9001 : 2015. Dengan adanya kursus sebegini, para pegawai dapat menyemak semula dokumen ISO dan dapat membantu pencapaian Institut ke arah kecemerlangan.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

20728182 1536098416485065 230830270835307276 n

 

20728039 1533840266710880 1123408431913915481 n

 

20638156 1535042733257300 8495118810360054332 n

 

20663906 1536098569818383 3731092109719377202 n

 

 

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Thu, 10 Aug 2017 09:14:00 +0800
TAKLIMAT SEMPENA PROGRAM SKUAD INOVATIF JIRAN MUDA KRT TAMAN SEDIA RAJA ,CHEMBONG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1256-taklimat-sempena-program-skuad-inovatif-jiran-muda-krt-taman-sedia-raja-chembong.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1256-taklimat-sempena-program-skuad-inovatif-jiran-muda-krt-taman-sedia-raja-chembong.html TAKLIMAT SEMPENA PROGRAM SKUAD INOVATIF JIRAN MUDA KRT TAMAN SEDIA RAJA ,CHEMBONG

KOTA, 6 OGOS 2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah diberi jemputan untuk memberi taklimat sempena Program Skuad Inovatif Jiran Muda KRT Taman Sedia Raja ,Chembong.

Program ini berlangsung di Balai Raya , Gunung Datok, Kota. Taklimat yang disampaikan oleh pegawai IKTBN Chembong, Cik Norina Arni binti Ahmad Sobri ini adalah untuk memberi penerangan yang lebih jelas berkenaan IKTBN Chembong, kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan. Melalui taklimat ini, diharap akan dapat membantu peserta program untuk mengetahui dengan lebih mendalam kepada peluang-peluang pengajian tinggi khususnya dalam bidang kemahiran yang boleh mereka sertai.

Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak penganjur program kerana dapat menganjurkan program ini dengan jayanya dan memberi ruang untuk pegawai IKTBN Chembong memberi taklimat. Menerusi taklimat ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada para peserta khususnya pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

WhatsApp Image 2017 08 07 at 22.16.41

 

WhatsApp Image 2017 08 07 at 22.16.43

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Sun, 06 Aug 2017 09:02:00 +0800
IKTBN CHEMBONG SERTAI PAMERAN PROGRAM JELAJAH UPU BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1244-iktbn-chembong-sertai-pameran-program-jelajah-upu-bersama-masyarakat-orang-asli.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1244-iktbn-chembong-sertai-pameran-program-jelajah-upu-bersama-masyarakat-orang-asli.html IKTBN CHEMBONG SERTAI  PAMERAN PROGRAM JELAJAH UPU BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI

JELEBU, 5 OGOS 2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai Pameran sempena Program Jelajah UPU bersama masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan dan Melaka yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Putra (Orang Asli), Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan.

Karnival ini diadakan adalah bertujuan untuk menyebarluas peluang pendidikan tinggi di IPTA atau di Institut Kemahiran Latihan Awam. Pelbagai agensi dan pusat kemahiran telah menyertai pameran ini termasuklah IKTBN Chembong. Seawal jam 8.00 pagi Jawatankuasa Pameran dan Promosi IKTBN Chembong yang terdiri daripada 3 orang pegawai telah membuka ‘booth’ pameran. Melalui pameran yang diadakan, pelajar-pelajar dapat diberi memberi maklumat yang lebih jelas berkenaan IKTBN Chembong, kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan.

Selain itu, para pelajar dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Ia juga akan dapat membantu anak- anak masyarakat orang asli khususnya mereka yang belajar di tingkatan 3, 4 dan 5 dalam mendedahkan mereka kepada peluang-peluang pengajian tinggi khususnya dalam bidang kemahiran yang boleh mereka sertai. Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak sekolah kerana dapat menganjurkan pameran ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

20604505 1530951290333111 7259115534379014452 n

 

20637861 1530950983666475 214695627380602463 n

 

20621127 1530951180333122 3212227444964225891 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Sat, 05 Aug 2017 13:43:00 +0800
PROGRAM GEMSTONE SMK DATO SEDIA RAJA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1243-program-gemstone-smk-dato-sedia-raja.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1243-program-gemstone-smk-dato-sedia-raja.html PROGRAM GEMSTONE SMK DATO SEDIA RAJA

CHEMBONG, 2 OGOS 2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar dari SMK Dato Sedia Raja pada hari ini.

Lawatan ini juga dibawah Program Gemstone dan melibatkan 30 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring. Matlamat utama program ini ialah memberi peluang kepada pelajar untuk belajar pada suasana yang berbeza dari alam persekolahan. Pada jam 10.00 pagi, para pelajar diberi taklimat ringkas oleh pegawai IKTBN Chembong, En Fadly bin Mansor, Seterusnya, para pelajar meneruskan sesi pembelajaran di Makmal Komputer, IKTBN Chembong. Kemudian, para guru dan pelajar telah dibawa melawat ke bengkel-bengkel Automotif dan Awam bagi melihat sendiri latihan kemahiran yang terdapat di IKTBN Chembong.

Pihak institut menyokong penuh usaha pihak sekolah dalam usaha menjayakan program ini. Diharap pihak sekolah dan pihak IKTBN Chembong dapat bekerjasama pada masa akan datang.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

  20476328 1527888870639353 8926868371563284321 n

 

20525874 1527889887305918 6656725505768149305 n

 

20597065 1527888920639348 6889060394755442995 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Wed, 02 Aug 2017 13:24:00 +0800
IKTBN CHEMBONG SERTAI PAMERAN PENDIDIKAN DAN KERJAYA 2017 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1241-iktbn-chembong-sertai-pameran-pendidikan-dan-kerjaya-2017.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1241-iktbn-chembong-sertai-pameran-pendidikan-dan-kerjaya-2017.html IKTBN CHEMBONG SERTAI  PAMERAN PENDIDIKAN DAN KERJAYA 2017

SEREMBAN, 26 JULAI 2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai Pameran Pendidikan dan Kerjaya 2017 bersempena Program Hari Pendidikan dan Kerjaya yang berlangsung di SMK Bukit Kepayang, Seremban, Negeri Sembilan.

Karnival ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pilihan melanjutkan pelajaran selepas SPM. Pelbagai agensi dan pusat kemahiran telah menyertai pameran ini termasuklah IKTBN Chembong. Seawal jam 8.00 pagi Jawatankuasa Pameran dan Promosi IKTBN Chembong yang terdiri daripada 3 orang pegawai iaitu Encik Rohizad Bin Abd Rahman, Encik Jasnin Bin Amat dan Cik Norina Arni Bt Ahmad Sobri telah membuka ‘booth’ pameran. Melalui pameran yang diadakan, pelajar-pelajar dapat diberi memberi maklumat yang lebih jelas berkenaan IKTBN Chembong, kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan.

Selain itu, para pelajar dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pelajar untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka. Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak sekolah kerana dapat menganjurkan pameran ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan member pendedahan awal kepada pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM.

 

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

FB IMG 1501654357122

 

FB IMG 1501654366002

 

 

 

 

 

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Wed, 26 Jul 2017 15:40:00 +0800
LAWATAN PEMANTAUAN PERLAKSANAAN KERJASAMA MERCEDES – FUSO KE IKTBN CHEMBONG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1240-lawatan-pemantauan-perlaksanaan-kerjasama-mercedes-fuso-ke-iktbn-chembong.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1240-lawatan-pemantauan-perlaksanaan-kerjasama-mercedes-fuso-ke-iktbn-chembong.html LAWATAN PEMANTAUAN PERLAKSANAAN KERJASAMA MERCEDES – FUSO KE IKTBN CHEMBONG

CHEMBONG, 25 JULAI 2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menerima lawatan dari pegawai-pegawai Mercedes – Fuso pada hari ini.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat perlaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran 2 orang pengajar dari Bahagian Teknologi Kenderaan Perdagangan iaitu Encik Mohd Hizny bin Harun dan Encik Mohd Syahidan Bin Mohd Ruslan yang telah menjalani TTT (Training the Trainer) Programme bersama mereka. Pegawai tersebut turut dibawa melawat dan melihat sendiri bengkel Teknologi Kenderaan Perdagangan.

Selain daripada itu, satu perbincangan antara pihak Mercedes – Fuso dan IKTBN Chembong turut diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, IKTBN Chembong. Perbincangan ini adalah berkisar tentang penempatan para pelajar semester akhir jurusan Teknologi Kenderaan Perdagangan yang akan tamat pengajian pada Disember 2017 dan akan menjalani Program Latihan Industri pada Januari – Mac 2018 nanti. Justeru, diharap semoga lawatan ini dapat mencapai objektif dan mengeratkan lagi kerjasama di antara kedua pihak. Pihak institut juga berbesar hati menerima kunjungan pihak Mercedes- Fuso di masa akan datang.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

 FB IMG 1501654330215

 

FB IMG 1501654335499

 

FB IMG 1501654319771

 

 

 

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Tue, 25 Jul 2017 15:34:00 +0800