Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Chembong | Berita

IKTBN Chembong | Berita (205)

SEPANG, 16 OKTOBER 2018 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai pertandingan Youth Robot Challenge (Y-RoboC'18) di IKTBN Sepang pada hari ini. Pertandingan yang diadakan merupakan sebahagian daripada pengisian Program Gerbang Kerjaya ILKBS Zon Tengah 2018. Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

KUALA LUMPUR, 13 OKTOBER 2018 - Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) adalah merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mewujudkan 'Negara Bersukan' (sporting nation). HSN telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai sambutan pada tahun 2018 di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

CHEMBONG, 12 OKTOBER 2018 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan Perhimpunan Bulan Oktober dan sambutan Hari Sukan Negara pada hari ini. Program dimulakan dengan perhimpunan bulanan bertempat di Dewan Perdana. Ucapan perasmian Hari Sukan Negara Peringkat IKTBN Chembong telah  disempurnakan oleh Pengarah, En. Johari Bin Mohamad Tahar.

CHEMBONG, 14 OKTOBER 2018 - Pasukan Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuka booth promosi dan pengambilan di Program Jelajah Forum & Ekspo Mampan Peringkat Negeri Sembilan, bertempat di Dewan Agora, Rembau, Negeri Sembilan.

Ahad, 14 October 2018 05:03

PROGRAM CITRA IBADAH

Written by

CHEMBONG, 13 OKTOBER 2018 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan Program Citra Ibadah "Cintai Solat" bagi 100 orang pelajar Tahap 1. Program ini telah dilaksanakan pada 12 hingga 13 Oktober 2018 bertempat di Surau Al Falah IKTBN Chembong.

Jumaat, 08 June 2018 01:26

AUDIT ANUGERAH ILKBS TERBAIK 2017

Written by

CHEMBONG, 4 JUN 2018 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menerima kunjungan pasukan auditor yang telah dipilih oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi membuat penilaian bagi pemilihan Anugerah ILKBS Terbaik 2017 (AIT2017). Pasukan auditor tersebut diketuai oleh En Syahrul Nizam Bin Pardan, Pengarah ILP Mersing dan dibantu oleh 3 pegawai lain dari pelbagai bahagian di KBS.

KUALA LUMPUR, 2 JUN 2018 – Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Daerah IKTBN Chembong telah mengajurkan program #KLKMprihatin 1.0 bertemakan Jalinan Kasih Ramadhan Bersama Gelandangan pada hari ini. 

Jumaat, 26 January 2018 19:44

HEBAHAN : PROMOSI DI FITNEGERISEMBILAN

Written by

Sukacitanya dimaklumkan Pasukan Promosi IKTBN Chembong akan membuka booth promosi pada ketetapan berikut :

Program : FITNEGERISEMBILAN

Anjuran : Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Tarikh : 18 April 2018

Tempat : Pantai Batu 1, Port Dickdon

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

 

Sukacitanya dimaklumkan IKTBN Chembong akan menjadi tuan rumah bagi Majlis Pelancaran IMPAK ILKBS @ Komuniti pada ketetapan berikut :

Tarikh : 11 Mac 2018

Tempat : Dewan Perdana IKTBN Chembong

Perasmi : YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan 

Pelbagai aktiviti menarik disediakan. Semua dijemput hadir.

 

Sukacitanya dimaklumkan Pasukan Promosi IKTBN Chembong akan membuka booth promosi pada ketetapan berikut :

Program : Pameran Belia Mahir 2018

Anjuran : Majlis Belia Malaysia

Tarikh : 18 April 2018

Tempat : SMK Kg Sri Rusa, Port Dickson

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

 

Halaman 2 dari 15
 
Find us on Facebook
Follow Us