Laman Utama http://kemahiran.kbs.gov.my Thu, 06 Aug 2020 03:46:33 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my KURSUS PROSEDUR KUALITI MS ISO 9001 : 2015 IKTBN CHEMBONG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1075-kursus-prosedur-kualiti-ms-iso-9001-2015-iktbn-chembong.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1075-kursus-prosedur-kualiti-ms-iso-9001-2015-iktbn-chembong.html KURSUS PROSEDUR KUALITI MS ISO 9001 : 2015 IKTBN CHEMBONG

CHEMBONG, 3 FEBRUARI 2017 Pihak Pengurusan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong telah menganjurkan Kursus Prosedur Kualiti MS ISO 9001:2015. Kursus ini melibatkan penyertaan 21 orang pegawai dan kakitangan daripada bahagian Pengurusan, Latihan dan Hal Ehwal Pelajar.

Kursus ini diadakan bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Makmal Komputer IKTBN Chembong. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Encik Azhar bin Abd Karim daripada SIRIM. Matlamat utama penganjuran kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan kepada pegawai dan kakitangan Institut ini berkaitan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015, di mana melalui sistem ini perkhidmatan dan pengurusan akan menjadi lebih cekap, produktif, mengurangkan kos operasi, masa dan penjimatan penggunaan sumber, di samping itu menggalakkan penambahbaikan yang berterusan dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

Melalui Kursus ini, Pegawai dan kakitangan IKTBN Chembong telah dimaklumkan berkaitan klausa yang ditetapkan bagi mewujudkan sistem pengurusan kualiti, pendekatan dan proses dalam melakasanakan sistem pengurusan yang berkualiti dan dokumen perlu diuruskan dengan baik dalam sebuah organisasi. Antara klausa yang diberi penekanan melalui kursus ini ialah Clause 5 - Management Ruquirements. Intipati klausa ini ialah organisasi terutamanya pihak pengurusan perlu memberikan komitmen berkaitan berkomunikasi dengan kakitangan berkenaan kepentingan kualliti dan fungsi QMS untuk organisasi, menetapkan dasar kualiti dan objektif, menyediakan sumber yang mencukupi (manusia,infrastruktur, dana dan lain-lain), memastikan terdapat perancangan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan pelanggan, serta mengkaji bagaimana perlaksanaan sistem.

Selain itu, pengisian program sepanjang kursus ini adalah penerangan dan sesi soal jawab yang diadakan dapat memberikan impak yang positif untuk lebih memberikan kefahaman kepada semua peserta berkaitan Prosedur Kualiti MS ISO 9001:2015. Diharap agar kursus ini dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan memandangkan komitmen pegawai dan kakitangan menerusi kursus ini dapat membantu pencapaian Institut ke arah kecemerlangan.

 

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

16299042 1325998837495025 8324738058552782474 n

 

16299397 1325999820828260 3607742332136402673 n

 

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Sat, 04 Feb 2017 14:24:00 +0800
MAJLIS APRESIASI DAN MAJLIS LAMBAIAN KASIH "SESAAT BERSAMA SEABAD TERASA” http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1074-majlis-apresiasi-dan-majlis-lambaian-kasih-sesaat-bersama-seabad-terasa.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1074-majlis-apresiasi-dan-majlis-lambaian-kasih-sesaat-bersama-seabad-terasa.html MAJLIS APRESIASI DAN MAJLIS LAMBAIAN KASIH

SEREMBAN, 6 JANUARI Majlis Apresiasi dan Lambaian Kasih "Sesaat Bersama Seabad Terasa” telah berjaya dianjurkan oleh pihak Kelab Keluarga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong bertempat di Allson Klana, Seremban. Majlis yang diadakan bertemakan “shine and bright” ini bukan sahaja melibatkan kehadiran kakitangan Institut dan ahli keluarga, malah turut mengundang kakitangan dan pegawai Institut ini yang telah menyambung pengajian dan banyak memberi sumbangan kepada pihak Institut. Keseluruhan kehadiran pada majlis ini adalah berjumlah 300 orang.

Objektif utama majlis ini dianjurkan oleh pihak Kelab Keluarga IKTBN Chembong adalah sebagai satu platform dan ruang untuk mengeratkan jaringan silaturahim di kalangan kakitangan dan ahli keluarga IKTBN Chembong, menyemarakkan semangat kerjasama di kalangan warga Institut ini, saling hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, seterusnya meningkatkan lagi persefahaman melalui semangat kerja berpasukan di kalangan kakitangan IKTBN Chembong yang berperanan penting bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.

Majlis yang penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Hamid bin Kasiman, Timbalan Pengarah IKTBN Chembong. Majlis ini bukan sahaja diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan, malah pengisian program dan aktiviti yang dianjurkan melibatkan penyertaan kakitangan dan ahli keluarga Institut ini turut mendapat sambutan yang menggalakan. Program seperti persembahan dan dendangan lagu menerusi piano yang dipersembahkan menghiburkan hadirin, aktiviti cabutan bertuah, karaoke santai serta aktiviti melibatkan sukaneka kanak-kanak antaranya, pertandingan mencari gula-gula dalam tepung, pertandingan tiup belon, music chair dan pertandingan mumia juga diadakan. Di samping itu, melalui majlis ini turut dianugerahkan kepada kakitangan anugerah khas King and Queen of the night berdasarkan jumlah undian kakitangan dan warga IKTBN Chembong.

Justeru, diharap majlis ini terus diadakan pada masa akan datang demi membina keakraban antara satu sama lain, mengeratkan silaturrahim dikalangan warga IKTBN Chembong seterusnya membina semangat positif yang dapat membentuk warga yang bukan sahaja produktif tetapi seimbangan dari aspek Jasmani, emosi, rohani dan Intelektual serta pemangkin kecemerlangan Institut.

 

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

15826812 1289806267780949 135242693401375414 n

 

15873079 1289805834447659 1449918836511094997 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Sat, 07 Jan 2017 08:00:00 +0800
PAMERAN PROMOSI IKTBN CHEMBONG DI HARI EKSPO PENDIDIKAN DAN KEUSAHAWANAN 2017 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1073-pameran-promosi-iktbn-chembong-di-hari-ekspo-pendidikan-dan-keusahawanan-2017.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1073-pameran-promosi-iktbn-chembong-di-hari-ekspo-pendidikan-dan-keusahawanan-2017.html PAMERAN PROMOSI IKTBN CHEMBONG DI HARI EKSPO PENDIDIKAN DAN KEUSAHAWANAN 2017

TANJONG IPOH, 8 MEI Pasukan promosi Institut Kemahiran Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuka kaunter di Program Hari Ekspo Pendidikan & Keusahawanan 2017 anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Samad, Tanjong Ipoh, Negeri Sembilan.

Program ini melibatkan semua pelajar SMK Dato' Abdul Samad sebagai satu usaha melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran. Konsep program ini adalah pengukuhan kepada minda dan sikap melalui aktiviti ilmuan, uji minda kreatif murid, motivasi dan aktiviti interaktif di tapak pameran.

Program berlansung dari pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang dan telah dirasmikan oleh En Khairolnezam Bin Shari (Alumni SMK DAS).

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

1

2

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Tue, 09 May 2017 12:58:18 +0800
KUNJUNG HORMAT KE BALAI UNDANG REMBAU http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1072-kunjung-hormat-ke-balai-undang-rembau.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1072-kunjung-hormat-ke-balai-undang-rembau.html KUNJUNG HORMAT KE BALAI UNDANG REMBAU

CHEMBONG, 5 MEI 2017 Delegasi IKTBN Chembong yang dianggotai oleh gabungan barisan kepimpinan tertinggi baru dan lama iaitu mantan Pengarah Dr. Aruna binti Ismail @ Abd. Wahab, mantan Timbalan Pengarah Tuan Haji Abd Hamid bin Kasiman, Timbalan Pengarah baru Pn. Suriani binti Hasan dan Ketua Jabatan Automotif En. Faizal bin Jahafar telah membuat kunjung hormat kepada YTM Dato’ Lela Maharaja Dato’ Haji Muhamad Sharip bin Haji Othman, Dato’ Undang Luak Rembau bertempat di Balai Undang Rembau.

YTM Dato’ Undang mengalu-alukan kehadiran delegasi dan menyatakan minat untuk menjalankan sebarang bentuk program yang melibatkan warga IKTNCB dan komuniti Rembau khususnya pada masa hadapan.

Sesungguhnya, IKTBNCB merasa sangat bertuah dengan kesudian beliau meluangkan masa untuk menerima kunjungan hormat ini dan berharap hubungan baik yang terjalin ini akan berkekalan. Sebagai tanda penghargaan dan kenangan, cenderahati berupa plak dan Buletin IKTBNCB telah diserahkan kepada YTM Dato’ Undang dan seterusnya diakhiri dengan sesi fotografi.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

WhatsApp Image 2017 05 05 at 14.24.49 1

WhatsApp Image 2017 05 05 at 14.29.44

WhatsApp Image 2017 05 05 at 14.24.49

WhatsApp Image 2017 05 05 at 14.29.44 1

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Sat, 06 May 2017 13:59:55 +0800
LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH MENENENGAH KEBANGSAAN SERI AMPANGAN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1008-lawatan-sambil-belajar-sekolah-menenengah-kebangsaan-seri-ampangan.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1008-lawatan-sambil-belajar-sekolah-menenengah-kebangsaan-seri-ampangan.html LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH MENENENGAH KEBANGSAAN SERI AMPANGAN

CHEMBONG,18 APRIL 2017 -IKTBN Chembong menerima lawatan sambil belajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan,Seramai 36 orang pelajar dan diiringi 2 orang guru yg turut serta didalam lawatan tersebut.Lawatan sambil belajar ini dapat memperkenalkan kepada pelajar-pelajar tersebut mengenai semua kursus yang terdapat di IKTBN Chembong ini. 

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

WhatsApp Image 2017 04 18 at 4.33.11 PM     

    

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Tue, 18 Apr 2017 19:02:14 +0800
PENDAFTARAN PELAJAR INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA CHEMBONG BAGI SESI JANUARI 2017 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/778-pendaftaran-pelajar-institut-kemahiran-tinggi-belia-negara-chembong-bagi-sesi-januari-2017.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/778-pendaftaran-pelajar-institut-kemahiran-tinggi-belia-negara-chembong-bagi-sesi-januari-2017.html PENDAFTARAN PELAJAR INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA CHEMBONG BAGI SESI JANUARI 2017

CHEMBONG, 9 JANUARI 2017 Pendaftaran dan pengambilan para pelajar Sesi 1/2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong telah diadakan bertempat di Makmal Komputer dan Dewan Perdana Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong.

Sesi pendaftaran para pelajar pengambilan bagi Sesi 1/2017 ini telah direalisasikan dengan jayanya dengan penglibatan dan komitmen semua pihak yang terdiri daripada kakitangan Institut dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Pendaftaran kemasukan pelajar ini telah dilaksanakan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Manakala Sesi taklimat Pengarah bersama ibubapa, sesi dialog serta bacaan ikrar penyerahan anak oleh penjaga kepada pihak Institut dalam usaha mengembleng tenaga dan mendidik para pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan berkemahiran, serta memiliki sahsiah yang unggul turut diadakan.

Pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong juga melaksanakan Program Minggu Paradigma kepada para pelajar baru Sesi 1/2017 berdasarkan objektif utama khususnya untuk memperkenalkan dan sebagai medium dalam memberi pendedahan serta menarik minat yang lebih mendalam para pelajar mengikuti kursus- kursus kemahiran di Institut ini berdasarkan konsep latihan kemahiran dan laluan kerjaya yang boleh diceburi oleh para pelajar dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Automotif dan Awam mengikut bidang kursus yang dipelajari sepanjang tempoh pengajian di IKTBN Chembong.

Selain itu, pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong juga mengadakan Program Minggu Paradigma Sesi 1/2017. Program ini akan dilaksanakan bermula pada 9 Januari 2017 sehingga 13 Januari 2017 mengikut jadual yang ditetapkan, meliputi program Latihan dalam kumpulan, Ceramah, aktiviti kembara, persembahan showcase of talent dalam Bahasa Inggeris dan kerohanian melalui slot pengukuhan solat dapat membantu memupuk semangat kerjasama, berdisiplin dan berketerampilan di kalangan para pelajar selari dengan matlamat untuk melahirkan belia yang berkemahiran dan pemangkin Negara pada masa hadapan sesuai dengan transformasi Negara pada hari ini.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

15894843 1293514967410079 8226303741003090147 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Tue, 10 Jan 2017 11:51:00 +0800
BENGKEL BUSINESS PLAN 2017 IKTBN CHEMBONG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/777-bengkel-business-plan-2017-iktbn-chembong.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/777-bengkel-business-plan-2017-iktbn-chembong.html BENGKEL BUSINESS PLAN 2017  IKTBN CHEMBONG

CHEMBONG, 5 JANUARI 2017 Pihak Pengurusan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong telah menganjurkan Bengkel Business Plan 2017. Bengkel ini diadakan dengan jayanya melibatkan penyertaan 24 orang termasuk pegawai dan kakitangan Institut terdiri daripada bahagian Pengurusan, Latihan dan Hal Ehwal Pelajar. Bengkel ini bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Makmal Komputer IKTBN Chembong.

Taklimat dan moderator sepanjang program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Tuan Haji Abdul Hamid bin Kasiman, Timbalan Pengarah IKTBN Chembong. Objektif utama penganjuran bengkel ini adalah berdasarkan matlamat dan fokus bagi tahun 2017 kepada merancang strategi, perlaksanaan dan tindakan strategik, seterusnya penilaian daripada pencapaian serta keberhasilan pengurusan, aktiviti dan program Institut.

Pengisian program sepanjang bengkel ini adalah mengenai kaedah brainstorming dan pembentangan kumpulan di mana kaedah brainstorming yang dilaksanakan dapat mengenalpasti isu-isu melalui pelbagai bidang dan fungsi bagi merangka penambahbaikan dan usaha yang perlu dipertingkatkan bagi menghasilkan pencapaian dan kecemerlangan pengurusan Institut melalui penglibatan di dalam pelbagai bidang dan aktiviti bagi tahun 2017 seterusnya menaikkan imej Institut. Menerusi bengkel ini juga pegawai dan kakitangan Institut dapat membuat perancangan yang teliti dan strategi yang paling sesuai, efektif dan berkesan dengan menggunakan sumber secara efisen. Pihak Institut juga dapat membuat perancangan pengurusan secara sistematik bagi tahun 2017 melibatkan peruntukan, bajet dan prosedur yang lebih proaktif bagi pihak Institut mengambil tindakan seperti matlamat merealisasikan visi dan misi serta transformasi Institut sebagai pusat kecemerlangan Automotif. Peluang latihan kemahiran menerusi Business Plan 2017 IKTBN Chembong adalah satu platform bagi memastikan Institut sentiasa menghasilkan kadar kebolehpasaran graduan yang tinggi dan medium dalam memberi pendedahan, menarik minat belia untuk mengikuti kursus-kursus kemahiran di Institut ini. Selain itu, graduan mendapat peluang-peluang kerjaya menerusi bidang Teknologi Kejuruteraan Automotif dan kejuruteraan Awam yang ditawarkan oleh Agensi Kerajaan dan Swasta.

Perancangan dan strategi serta keberhasilan adalah amat penting dalam meningkatkan prestasi keseluruhan sesebuah organisasi. Dengan komitmen pegawai dan kakitangan melalui penglibatan Bengkel Business Plan 2017 ini dapat membantu meningkatkan semangat kerja berpasukan, membuat keputusan secara kolektif dan mengambil tindakan secara kolaboratif untuk membawa penambahbaikan dan perubahan positif bagi tahun 2017 kepada pihak Institut. Bengkel ini diharap akan terus diadakan pada masa akan datang untuk memfomulasikan strategi, perlaksananaan tindakan dan penilaian pencapaian Institut mengikut tahap yang telah ditetapkan bagi mencapai kecemerlangan.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

15873132 1285652468196329 756336953422055075 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Fri, 06 Jan 2017 11:42:00 +0800
PROGRAM NEGERI SEMBILAN BERSELAWAT http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/776-program-negeri-sembilan-berselawat.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/776-program-negeri-sembilan-berselawat.html PROGRAM NEGERI SEMBILAN BERSELAWAT

PAROI, 16 DISEMBER Program Negeri Sembilan Berselawat sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Tahun 1438H/2016M telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi (KOMBES) pada hari ini.

Program yang disertai oleh 33 orang pelajar dan dua orang pegawai IKTBN Chembong ini telah dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna dan doa serta qasidah dan selawat Nabi Muhammad. Program ini juga telah menampilkan tokoh qasidah terkenal dari Indonesia, Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf.

 

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

FB IMG 1482105648766

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Sat, 17 Dec 2016 11:35:00 +0800
PEPERIKSAAN AKHIR SESI 2/2016 IKTBN CHEMBONG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/775-peperiksaan-akhir-sesi-2-2016-iktbn-chembong.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/775-peperiksaan-akhir-sesi-2-2016-iktbn-chembong.html PEPERIKSAAN AKHIR SESI 2/2016 IKTBN CHEMBONG

CHEMBONG, 8 DISEMBER Peperiksaan Akhir pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah berlangsung bermula 8 hingga 23 Disember 2016. Peperiksaan Akhir IKTBN/IKBN Sesi 2/2016 melibatkan verifikasi portfolio, peperiksaan teori dan peperiksaan amali.

Peperiksaan teori telah berlangsung di Dewan Perdana, IKTBN Chembong. Manakala verifikasi portfolio dan peperiksaan amali telah berlangsung di bengkel. Semoga semua calon akan mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ini.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

FB IMG 1482107150619

 

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Thu, 08 Dec 2016 11:26:00 +0800
IKTBN CHEMBONG SERTAI PERTANDINGAN "UNIKL ROBATTLE COMPETITION" http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/774-iktbn-chembong-sertai-pertandingan-unikl-robattle-competition.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/774-iktbn-chembong-sertai-pertandingan-unikl-robattle-competition.html IKTBN CHEMBONG SERTAI PERTANDINGAN

BANGI, 26 NOVEMBER Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menghantar satu pasukan untuk menyertai Pertandingan Robattle Competition 2016 anjuran UniKL Bangi, Selangor. Pasukan yang diberi nama Warigh Warrior ini telah memberi cabaran sengit dalam pertandingan ini. Sekalung penghargaan dan pujian harus diberikan kepada pasukan ini dan diharap dapat teruskan usaha dalam menghasilkan robot yang lebih baik di pertandingan akan datang.

 

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

2

 

3 

 

4

 

5 

 

6

 

7 

 

8 

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Sat, 26 Nov 2016 11:21:00 +0800