Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Chembong | Berita

IKTBN Chembong | Berita (217)

CHEMBONG, 11 MAC 2016 – Malaysia Automotive Institute (MAI) telah hadir ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong dan menjalankan Program Industrial Led Profesional Certificate (IPC) bermula 7 hingga 11 Mac 2016.

CHEMBONG, 11 MAC 2016 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan Majlis ‘Budimu Disanjung Jasamu Dikenang’ pada 8 Mac 2016 yang lalu bagi meraikan dua orang pegawai yang telah dan akan bersara. Hj. Rahim bin Tambi, Pembantu Pegawai Latihan Vokasional J22 telah bersara pada Disember 2015. Manakala Hjh Rashidah binti Hj Hassan, Pegawai Belia dan Sukan S41 pula akan mula bersara pada April 2016.

CHEMBONG, 11 MAC 2016 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong sentiasa proaktif dalam mempromosikan latihan kemahiran yang ditawarkan di samping menyokong program yang dianjurkan oleh agensi-agensi lain. Pada 6 Mac 2016 yang lalu, pasukan promosi yang diketuai oleh Shah Rizal bin Ruslan bersama barisan tenaga pengajar, telah membuka booth pameran sempena Program Mendaftar Anak Malaysia Dan Memperkasa Masyarakat 1 Malaysia.

CHEMBONG, 4 MAC 2016 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi menubuhkan Koperasi Kemahiran Chembong Berhad (dalam penubuhan). Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) telah dilaksanakan.

CHEMBONG, 24 Februari 2016 – IKTBN Chembong melakar sejarah tersendiri apabila Y.T.M. Dato’ Lela Maharaja Dato’ Haji Muhamad Sharip Bin Haji Othman Dato’ Undang Luak Rembau mengadakan lawatan rasmi ke IKTBN Chembong. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia Tn. Haji Shamsudin bin Jamil.

Jumaat, 26 February 2016 23:00

TAKLIMAT EKSA DI IKTBN CHEMBONG

Written by

CHEMBONG, 26 Februari 2016 – IKTBN Chembong telah mengadakan satu taklimat mengenai Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bertempat di bilik kuliah IKTBN Chembong. Kehadiran diwajibkan kepada seluruh warga IKTBN Chembong.

Selasa, 26 January 2016 01:30

LAWATAN IKTBN CHEMBONG KE MPC

Written by

PETALING JAYA, 25 Februari 2016 – IKTBN Chembong telah mengadakan lawatan ke Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bertempat di Petaling Jaya, Selangor. Seramai 40 orang peserta telah terlibat yang terdiri daripada 25 orang tenaga pengajar dan 15 orang pelajar.

Halaman 16 dari 16