Laman Utama http://kemahiran.kbs.gov.my Thu, 24 Sep 2020 07:50:07 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my HEBAHAN : PERMOHONAN KEMASUKAN KE ILKBS BAGI LEPASAN SPM http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2253-hebahan-permohonan-kemasukan-ke-ilkbs-bagi-lepasan-spm.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2253-hebahan-permohonan-kemasukan-ke-ilkbs-bagi-lepasan-spm.html HEBAHAN : PERMOHONAN KEMASUKAN KE ILKBS BAGI LEPASAN SPM

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) akan dibuka kepada calon lepasan SPM mulai 5 Februari 2018 hingga 10 April 2018. Permohonan kemasukan adalah melalui sistem UPU Online http://upu.mohe.gov.my/ yang mana ia melibatkan kategeri A (bagi calon lepasan SPM tahun 2017) dan Kategori B (bagi calon lepasan SPM 2015 - 2016), manakala calon yang menduduki SPM tahun 2014 dan ke bawah adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke ILKBS secara manual di mana-mana ILKBS yang terdekat. Calon Kategori A & B yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal bolehlah mendapatkan no. unik ID UPU di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 5 Februari 2018 hingga 9 April 2018 dengan harga RM15.64.

 

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Mon, 22 Jan 2018 17:53:47 +0800
HEBAHAN : NEGERI SEMBILAN BERSELAWAT 1439H/2018M http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2252-hebahan-negeri-sembilan-berselawat-1439h-2018m.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2252-hebahan-negeri-sembilan-berselawat-1439h-2018m.html HEBAHAN : NEGERI SEMBILAN BERSELAWAT 1439H/2018M

Sukacitanya dimaklumkan sempena dengan Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus yang ke-70, Majlis Negeri Sembilan Berselawat akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 12 Januari 2018 (Jumaat)

Tempat : Kompleks Belia & Sukan Paroi.

Masa : 6.00 Petang

Pakaian : Muslimin - Berjubah Putih / Muslimat - Bersesuaian

Sehubungan itu, orang ramai di jemput hadir bagi sama-sama memeriahkan lagi Majlis Selawat ini.

 

 

 

 

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Thu, 28 Dec 2017 00:46:40 +0800
Program Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2251-program-khatam-al-quran-dan-majlis-berbuka-puasa.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2251-program-khatam-al-quran-dan-majlis-berbuka-puasa.html Program Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa

CHEMBONG, 31 MEI 2018 Surau Jumaat Al-Falah dengan kerjasama Unit Bina Insan Bahagian Pengajian Islam IKTBN Chembong telah mengadakan Program Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa bagi tahun 2018 bersamaan 1439 Hijrah pada hari ini.

Program dimulakan seawal 8.00 pagi dengan aktiviti gotong royong memasak bubur lambuk melibatkan kesemua warga IKTBN Chembong bersempena meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Kesemua bubur lambuk itu kemudiannya diagihkan kepada semua warga IKTBN Chembong pada sebelah petang untuk juadah berbuka puasa. Pengagihan bubur lambuk telah diadakan pada pukul 4.00 petang.

Pada jam 5.00 petang, program Khatam Al-Quran oleh 30 orang pelajar telah diadakan. Majlis Khatam Al-Quran yang bertujuan untuk meneruskan konsep dan budaya cinta Al-Quran dalam kalangan generasi muda. Di samping itu, ia adalah untuk meraikan kejayaan pelajar –pelajar menamatkan program tadarus yang diadakan sepanjang Bulan Ramadhan di institut. Majlis turut mengalu-alukan pelajar-pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Fathurrahman. Majlis turut diserikan lagi dengan ucapan Perasmian oleh Pengarah IKTBN Chembong. Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan bersempena Hari Raya Aidilfitri kepada pelajar yang kurang bernasib baik seperti golongan asnaf,anak yatim dan Pusat Tahfiz. Majlis ini berlangsung dengan jayanya dan berjaya mencapai objektif iaitu menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan tentang tadarus dan khatam Al-Quran kepada pelajar dan menanam rasa cinta terhadap Al-Quran.

Program ini diakhiri dengan Majlis Berbuka Puasa bersama Staf dan Keluarga, Pelajar IKTBN Chembong serta pelajar-pelajar pusat tahfiz. Dengan adanya program sebegini, ianya diharap dapat memupuk semangat cinta kepada Allah dan mengeratkan silaturrahim antara ummah.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

33964662 1851860794908824 2486182273586561024 n

 

33992629 1851860714908832 8036912309454503936 n

 

 

 

34102341 1851860694908834 3367336990939807744 n

 

34065430 1851860698242167 2120315905383596032 n

 

33985712 1851946411566929 98125236616036352 n

 

34031960 1851946301566940 1908994310305480704 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Fri, 01 Jun 2018 02:09:41 +0800
PROGRAM PERKONGSIAN KEPAKARAN INDUSTRI http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2250-program-perkongsian-kepakaran-industri.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2250-program-perkongsian-kepakaran-industri.html PROGRAM PERKONGSIAN KEPAKARAN INDUSTRI

CHEMBONG, 16 MEI 2018 Jabatan Teknologi Automotif Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan satu taklimat yang bertajuk "Hybrid Technology : Market & Demand In Malaysia" pada hari ini.

Program yang bertempat di Bengkel Jentera Berat ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan ringkas tentang peluang-peluang serta permintaan pasaran di Malaysia. Seramai 20 orang pegawai Automotif dari IKTBN Chembong serta IKTBN/ IKBN seluruh Malaysia menjadi peserta bengkel ini.

Dengan adanya program sebegini, diharap dapat memberi pengetahuan kepada pengajar serrta pelajar-pelajar di IKTBN Chembong. Pihak urusetia program juga merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak industri yang terlibat dalam program perkongsian ini.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

33246707 1844125715682332 8490577846526279680 n

 

33305595 1844125742348996 4742296493589790720 n

 

33360586 1844125735682330 3055869548931579904 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Thu, 17 May 2018 01:39:29 +0800
LAWATAN DAN TEMUDUGA PRIMA KEMBARA SDN.BHD http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2244-lawatan-dan-temuduga-prima-kembara-sdn-bhd.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2244-lawatan-dan-temuduga-prima-kembara-sdn-bhd.html LAWATAN DAN TEMUDUGA PRIMA KEMBARA SDN.BHD

CHEMBONG, 15 MEI 2018 Syarikat Prima Kembara Sdn Bhd telah mengadakan lawatan dan temuduga pada hari ini.

Taklimat yang diadakan di di Bengkel Teknologi Jentera Berat (TIB) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong bertujuan untuk mengisi kekosongan jawatan dan penempatan Latihan Industri. Seramai 30 orang pelajar semester akhir telah menghadiri temuduga tersebut. Melalui temuduga ini, pihak industri dapat mencari calon-calon yang sesuai untuk mengisi jawatan tersebut.

Di samping itu, pihak prima Kembara juga turut membuat lawatan di sekitar Bengkel TJB, IKTBN Chembong untuk meninjau cara kerja serta latihan yang diberikan kepada pelajar-pelajar IKTBN Chembong. Justeru itu, dengan adanya kerjasama sebegini dilihat dapat memberi kelebihan serta faedah kepada kedua-dua belah pihak. Selain itu, ianya juga dapat mengeratkan serta mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-duanya dan dapat memberi peluang pekerjaan kepada pelajar sebelum mereka menamatkan pengajian di IKTBN Chembong.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

32430282 1835265133235057 3868179702921297920 n

 

32541338 1835265169901720 1889727915944312832 n

 

32644947 1835265149901722 7892194374258262016 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Wed, 16 May 2018 01:29:29 +0800
MAJLIS KLINIK CUBRPIX KBS http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2243-majlis-klinik-cubrpix-kbs.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2243-majlis-klinik-cubrpix-kbs.html MAJLIS KLINIK CUBRPIX KBS

REMBAU, 5 MEI 2018 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai Majlis Klinik Cubprix KBS pada hari ini.

Seawal jam 9.00 pagi, IKTBN Chembong yang terdiri daripada 6 orang pelajar IKTBN Chembong dalam bidang Automotif serta 3 orang pegawai pengiring telah membuka "Booth" untuk Servis Motorsikal. Majlis yang bertempat di Dataran Rembau ini bertujuan untuk mengcungkil bakat-bakat muda dalam bidang permotoran.

Selain itu, pengunjung dapat mempelajari teknik yang betul dan tepat untuk mengendalikan kenderaan terutamanya motorsikal. Diharap majlis sebegini dapat diteruskan untuk memupuk kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kepentingan penjagaan kenderaan.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

31913677 1823969097697994 5904648294679707648 n

 

31914125 1823969131031324 4759490239813124096 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Sun, 06 May 2018 01:14:11 +0800
MAJLIS PERASMIAN MADRASAH AL-MAKMUUN, IMPAK ILKBS @ KOMUNITI DAN MYCORPS MALAYSIA 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2242-majlis-perasmian-madrasah-al-makmuun-impak-ilkbs-komuniti-dan-mycorps-malaysia-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2242-majlis-perasmian-madrasah-al-makmuun-impak-ilkbs-komuniti-dan-mycorps-malaysia-2018.html MAJLIS PERASMIAN MADRASAH AL-MAKMUUN, IMPAK ILKBS @ KOMUNITI DAN MYCORPS MALAYSIA 2018

SEREMBAN, 4 MEI 2018 Institut Kemahiran Tinggi Belia (IKTBN) Chembong telah menyertai Majlis Perasmian Madrasah Al-Makmuun, Impak ILKBS @ Komuniti Dan Mycorps Malaysia 2018 pada hari ini.

Majlis bermula pada pukul 6 petang bertempat di Kg Sentosa, Seremban dan dirasmikan oleh YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Pelajar dan warga IKTBN Chembong turut menyertai majlis ini.

Majlis juga telah diserikan lagi dengan upacara menandatangani plak sebagai simbolik majlis perasmian pada hari ini. Semoga majlis sebegini dapat diteruskan dan memberi impak positif kepada komuniti.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

31898241 1823236261104611 6484333274637271040 n

 

31909888 1823946721033565 6038748417885208576 n

 

31914324 1823946677700236 2832787740691529728 n

 

31949459 1823946031033634 2681162755053977600 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Sat, 05 May 2018 05:54:12 +0800
PROGRAM PENGINDAHAN DAN LANDSKAP DI KAWASAN MADRASAH AL-MAKMUUN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2240-program-pengindahan-dan-landskap-di-kawasan-madrasah-al-makmuun.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2240-program-pengindahan-dan-landskap-di-kawasan-madrasah-al-makmuun.html PROGRAM PENGINDAHAN DAN LANDSKAP DI KAWASAN MADRASAH AL-MAKMUUN

SEREMBAN,2 MEI 2018 Jabatan Awam Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai program khidmat masyarakat sempena Program Pengindahan dan Lanskap di kawasan Madrasah Al-Makmuun, Kg Sentosa Seremban pada hari ini.

Program ini merupakan kerja-kerja kemasyarakatan untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan warga IKTBN Chembong. Seramai 10 orang pelajar Lanskap Pembinaan IKTBN Chembong serta 5 orang staf telah terlibat dalam program ini.

Program pengindahan ini juga adalah persiapan bersempena Majlis Perasmian Madrasah Al-Makmuun, Impak ILKBS @ Komuniti dan Mycorps Malaysia 2018 yang akan diadakan pada 5 Mei 2018. Semoga dengan program sebegini, ianya dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara warga IKTBN Chembong serta komuniti.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

31712098 1820970567997847 6553473623808540672 n

 

31743481 1820970624664508 5306368773505155072 n

 

31749641 1820970527997851 3701099582411767808 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Thu, 03 May 2018 01:28:02 +0800
PERLAWANAN PERSAHABATAN STAF DAN ALUMNI IKTBN CHEMBONG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2236-perlawanan-persahabatan-staf-dan-alumni-iktbn-chembong.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2236-perlawanan-persahabatan-staf-dan-alumni-iktbn-chembong.html PERLAWANAN PERSAHABATAN STAF DAN ALUMNI IKTBN CHEMBONG

PAROI, 27 APRIL 2018  Satu perlawanan persahabatan bola sepak telah diadakan antara staf Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong dan Alumni IKTBN Chembong di Padang Kompleks Sukan Paroi, Senawang Negeri Sembilan.

Perlawanan ini mendapat sambutan hangat walaupon bermula jam 11.00 malam. Perlawanan ini berakhir pada pukul 12.30 tgh malam dengan keputusan  kemenangan memihak kepada Alumni 4-2. Kesemua pegawai dan alumni yang terlibat telah memberi komitmen yang sangat tinggi dalam menjayakan perlawanan persahabatan ini.

Perlawanan ini dapat merapatkan silaturrahim antara pegawai alumni, serta memupuk semangat kesukanan yang tinggi di kalangan mereka.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

31364523 1815776318517272 5922923445758197055 n31369154 1815776168517287 3312820499398423408 n31444944 1815776218517282 3381806387483150189 n31369218 1815950088499895 7704351503467728903 n31453690 1815950341833203 3808681363875761763 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Sat, 28 Apr 2018 17:11:57 +0800
LAWATAN KERJASAMA KE MAN TRUCK & BUS (M) SDN BHD http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2235-lawatan-kerjasama-ke-man-truck-bus-m-sdn-bhd.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2235-lawatan-kerjasama-ke-man-truck-bus-m-sdn-bhd.html LAWATAN KERJASAMA KE MAN TRUCK & BUS (M) SDN BHD

RAWANG, 27 APRIL 2018 – Bahagian Hubungan Industri (BHI) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan lawatan ke Man Truck & Bus (M) Sdn Bhd di Rawang pada hari ini.

Satu perbincangan antara pihak Hitachi dan IKTBN Chembong turut diadakan berkisar tentang peluang kerjasama antara dua pihak berkaitan bidang Teknologi Penyelenggaraan Jentera Berat dan Teknologi Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan.

Justeru, diharap semoga lawatan ini dapat mencapai objektif dan mengeratkan lagi kerjasama di antara kedua pihak. Pihak institut juga berbesar hati untuk menerima kunjungan pihak MAN di masa akan datang.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

31318011 1815295641898673 1100926828580745766 n31318082 1815296298565274 4697642267588130122 n31318174 1815295571898680 177858241776101606 n31356643 1815295705232000 5781699164644025109 n31369168 1815296085231962 1288973267947915702 n31417113 1815296411898596 2146159616063752197 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Sat, 28 Apr 2018 02:02:09 +0800