Laman Utama http://kemahiran.kbs.gov.my Tue, 26 May 2020 00:53:11 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my LAWATAN INSTITUT KEJURUTERAAN TENTERA DARAT KE IKTBN CHEMBONG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2215-lawatan-institut-kejuruteraan-tentera-darat-ke-iktbn-chembong.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2215-lawatan-institut-kejuruteraan-tentera-darat-ke-iktbn-chembong.html LAWATAN INSTITUT KEJURUTERAAN TENTERA DARAT KE IKTBN CHEMBONG

CHEMBONG, 10 APRIL 2018 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menerima lawatan daripada Institut Kejuruteraan Tentera Darat pada hari ini.

Lawatan ini melibatkan 35 orang pegawai dan pelatih bagi melihat dan memahami tentang prosedur pembaikan dan penyelenggaraan jentera. Pelatih yang terlibat di dalam lawatan ini merupakan anggota-anggota tentera dari Kor Rejimen Askar Jurutera Diraja yang bakal bertanggungjawab dalam merancang pengoperasian dan penyelenggaraan jentera loji. Ketibaan delegasi disambut  pegawai IKTBN Chembong dan seterusnya diberi taklimat oleh En Affendy Zabkha Bin Mohamad Zain. Intipati taklimat adalah memberi penerangan secara ringkas mengenai IKTBN Chembong serta kursus-kursus yang ditawarkan. Di samping itu, rombongan ini juga diberi peluang melawat ke semua bengkel iaitu Bengkel Automotif dan Awam diiringi oleh Majlis pewakilan Pelajar (MPP) IKTBN Chembong.. 

Kesemua peserta lawatan telah diberi penerangan secara ringkas di setiap bengkel yang dilawati oleh pegawai-pegawai di bengkel tersebut. Selain itu, peserta lawatan juga dapat melihat sendiri jentera-jentera yang digunakan di IKTBN Chembong.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

30442788 1796101193818118 2765445598405573198 n30516009 1796101143818123 6125272360274465881 n30571205 1796101120484792 5156601641758197289 n30624138 1796101527151418 8819164667790104257 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Wed, 11 Apr 2018 01:34:29 +0800
LAWATAN MUHIBAH ADTEC MELAKA KE IKTBN CHEMBONG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2213-lawatan-muhibah-adtec-melaka-ke-iktbn-chembong.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2213-lawatan-muhibah-adtec-melaka-ke-iktbn-chembong.html LAWATAN MUHIBAH ADTEC MELAKA KE IKTBN CHEMBONG

CHEMBONG, 5 APRIL 2018 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menerima lawatan Muhibah daripada Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka pada hari ini.

Lawatan ini melibatkan 30 orang pelajar diploma dan 3 orang guru pengiring. Para guru dan pelajar telah diberikan taklimat oleh pegawai dari IKTBN Chembong, En Shah Rizal Bin RUslan. Intipati taklimat adalah memberi penerangan secara ringkas mengenai IKTBN Chembong serta kursus-kursus yang ditawarkan. Di samping itu, rombongan ini juga diberi peluang melawat ke semua bengkel iaitu Bengkel Automotif dan Awam.

Kesemua peserta lawatan telah diberi penerangan secara ringkas di setiap bengkel yang dilawati oleh pegawai-pegawai di bengkel tersebut. Selain itu, peserta lawatan juga dapat melihat sendiri jentera-jentera yang digunakan di IKTBN Chembong. Dengan adanya lawatan sebegini, ianya dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan peserta selain dapat membina keakraban dan mengeratkan silaturrahim. Di samping tiu, turut diadakan sesi dialog bersama pelajar Diploma Automotif IKTBNCB serta sukan persahabatan iaitu Sepak Takraw, Futsal dan Tarik Tali.

Justeru, diharap semoga lawatan ini dapat mencapai objektif dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar dan mengeratkan lagi kerjasama di antara kedua pihak. Pihak institut juga berbesar hati menerima kunjungan SMK Seri Ampangan di masa akan datang.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

29790361 1790781024350135 1987425959039436237 n29791640 1790778964350341 5360301229617725249 n30123939 1790782181016686 7950645578031567305 n30127542 1790782044350033 8843462806656293529 n30127813 1790778597683711 7927076887514620812 n30222008 1790781484350089 3546832253363382690 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Fri, 06 Apr 2018 02:21:43 +0800
SAMBUTAN HARI KESEDARAN AUTISME IKTBN CHEMBONG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2211-lawatan-smk-seri-ampangan-ke-iktbn-chembong.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2211-lawatan-smk-seri-ampangan-ke-iktbn-chembong.html SAMBUTAN HARI KESEDARAN AUTISME IKTBN CHEMBONG

CHEMBONG, 2 APRIL 2018 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyambut Hari Kesedaran Autisme pada hari ini dengan menyemarakkan warna biru sebagai sokongan kepada program tersebut. Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut pada 2 April setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat agar lebih peka terhadap individu yang menghidap autisme.

Masih ada dalam kalangan anggota masyarakat yang tidak memahami apa itu sebenarnya sindrom autisme kerana kebanyakan kanak-kanak yang menghadapinya kelihatan normal seperti kanak-kanak biasa. Austime atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

29792494 1790302944397943 7965747247115324111 n30127630 1790303034397934 8746937765643099816 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Mon, 02 Apr 2018 23:07:08 +0800
LAWATAN SMK SERI AMPANGAN KE IKTBN CHEMBONG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2207-lawatan-smk-seri-ampangan-ke-iktbn-chembong.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2207-lawatan-smk-seri-ampangan-ke-iktbn-chembong.html LAWATAN SMK SERI AMPANGAN KE IKTBN CHEMBONG

CHEMBONG, 4 APRIL 2018 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menerima lawatan sambil belajar dari SMK Seri Ampangan pada hari ini.

Lawatan ini melibatkan 40 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring. Para guru dan pelajar telah diberikan taklimat oleh pegawai dari IKTBN Chembong, En Affendy Zabkha Mohamad Zain. Intipati taklimat adalah memberi penerangan secara ringkas mengenai IKTBN Chembong serta kursus-kursus yang ditawarkan. Di samping itu, rombongan ini juga diberi peluang melawat ke semua bengkel iaitu Bengkel Automotif dan Awam.

Kesemua peserta lawatan telah diberi penerangan secara ringkas di setiap bengkel yang dilawati oleh pegawai-pegawai di bengkel tersebut. Selain itu, peserta lawatan juga dapat melihat sendiri jentera-jentera yang digunakan di IKTBN Chembong. Dengan adanya lawatan sebegini, ianya dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan peserta selain dapat membina keakraban dan mengeratkan silaturrahim. Justeru, diharap semoga lawatan ini dapat mencapai objektif dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar dan mengeratkan lagi kerjasama di antara kedua pihak. Pihak institut juga berbesar hati menerima kunjungan SMK Seri Ampangan di masa akan datang.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

29598389 1789587164469521 8226639513983304357 n29792611 1789587257802845 3223928238623956504 n 

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Thu, 05 Apr 2018 02:28:53 +0800
PROMOSI PENGAMBILAN DI PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA (JPB) 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2206-promosi-pengambilan-di-program-jelajah-pendidikan-bumiputera-jpb-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2206-promosi-pengambilan-di-program-jelajah-pendidikan-bumiputera-jpb-2018.html PROMOSI PENGAMBILAN DI PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN BUMIPUTERA (JPB) 2018

REMBAU, 28 MAC 2018 Pasukan Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuka booth pengambilan di Dewan Biduanda UITM Kampus Rembau sempena Program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2018.

Para pengunjung dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pengunjung untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pengunjung khususnya remaja yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM. 

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai dalam mendapatkan maklumat terperinci berkaitan program pengajian yang ditawarkan oleh Univeristi Awam (UA), Kolej Komuniti, Politeknik dan ILKA. Pelajar juga boleh berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej semasa pameran untuk mendapatkan maklumat melanjutkan pengajian, pembiayaan pendidikan dan syarat-syarat kelayakan yang diperlukan.

Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak penganjur kerana dapat menganjurkan program ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

 29595349 1789582884469949 8107802525632535654 n29683502 1789244537837117 8207910822533911782 n29694872 1789582694469968 1570293229851804653 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Thu, 29 Mar 2018 02:08:36 +0800
PEMILIHAN PESERTA CAR PAINTING KE ASEAN SKILLS COMPETITION (ASC) BANGKOK 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2198-pemilihan-peserta-car-painting-ke-asean-skills-competition-asc-bangkok-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2198-pemilihan-peserta-car-painting-ke-asean-skills-competition-asc-bangkok-2018.html PEMILIHAN PESERTA CAR PAINTING KE ASEAN SKILLS COMPETITION (ASC) BANGKOK 2018

REMBAU, 1 APRIL 2018 'Car Painting' adalah bidang baru yang akan diperkenalkan di Pertandingan Kemahiran Malaysia. Pada tahun ini, IKTBN Chembong telah menjadi tuan rumah kepada program pemilihan pemilihan peserta ke ASEAN Skills Competition (ASC) Bangkok 2018.

Di samping itu, turut diadakan Perkhidmatan Vehicle Inspection secara percuma dan Snow Car Wash dengan bayaran RM 8 sempena Program World Skill Malaysia Belia (WSMB) Car Painting 2018. Perkhidmatan tersebut masing-masing disediakan di Bengkel Teknologi Kenderaan dan Bengkel Teknologi Jentera Berat.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

26195904 1607978765995373 1720028509183123065 n26219938 1607978909328692 4860185456320418761 n29570386 1784462581648646 3146757627154244911 n29570438 1607978822662034 8935162259221342933 n29594590 1784772061617698 8062549665549839757 n20525650 1784772024951035 7421631993738148600 n24129649 1784771964951041 2813625212972186872 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Mon, 02 Apr 2018 02:10:29 +0800
PROMOSI PENGAMBILAN DI KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KERJAYA DAERAH REMBAU 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2197-promosi-pengambilan-di-karnival-pendidikan-dan-kerjaya-daerah-rembau-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2197-promosi-pengambilan-di-karnival-pendidikan-dan-kerjaya-daerah-rembau-2018.html PROMOSI PENGAMBILAN DI KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KERJAYA DAERAH REMBAU 2018

REMBAU, 28 MAC 2018 Pasukan Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuka booth pengambilan di Dewan Agora Rembau sempena Karnival Pendidikan & Kerjaya Daerah Rembau 2018..

Para pengunjung dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pengunjung untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pengunjung khususnya remaja yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM. 

Program anjuran ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai dalam mendapatkan maklumat terperinci berkaitan program pengajian yang ditawarkan oleh Univeristi Awam (UA), Kolej Komuniti, Politeknik dan ILKA. Pelajar juga boleh berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej semasa pameran untuk mendapatkan maklumat melanjutkan pengajian, pembiayaan pendidikan dan syarat-syarat kelayakan yang diperlukan.

Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak penganjur kerana dapat menganjurkan program ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

29694951 1781511985277039 3671050930323958962 n

29683897 1781512195277018 6547505474070982889 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Thu, 29 Mar 2018 01:45:56 +0800
National Student Affairs Invention, Innovation & Design Competition (n-SAIID) 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2195-lawatan-kerjasama-southern-waste-management-swm.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2195-lawatan-kerjasama-southern-waste-management-swm.html National Student Affairs Invention, Innovation & Design Competition (n-SAIID) 2018

MERBOK, 30 MAC 2018 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah berjaya membawa pulang 1 pingat emas dan 1 pingat perak sempena National Student Affairs Invention, Innovation & Design Competition (n-SAIID) 2018 di UITM Cawangan Kedah. 

Universiti Teknologi Mara Cawangan Kedah telah menganjurkan National Student Affairs Innovation & Design Competition (NSAIID 2018) di Dewan Utama bermula pada 28 Mac hingga 30 Mac 2018. Pelbagai organisasi terdiri daripada Universiti Tempatan, Institut Kemahiran, Politeknik, dan Kolej Komuniti telah menyertai pertandingan tersebut. Projek Smart Motocycle Safety Helmet telah memenangi Gold medal & Best Booth manakala Projek Undercarriage Vehicle Inspection Robot membawa pulang Silver medal. 

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

29541894 1781432701951634 4530730875745556787 n

 

29542396 1781432678618303 6932290036313782761 n

 

29542513 1781432648618306 2089669724744486744 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Sat, 31 Mar 2018 05:21:29 +0800
PROMOSI PENGAMBILAN DI MINI KARNIVAL DUN RAHANG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2193-promosi-pengambilan-di-mini-karnival-dun-rahang.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2193-promosi-pengambilan-di-mini-karnival-dun-rahang.html PROMOSI PENGAMBILAN DI MINI KARNIVAL DUN RAHANG

RASAH, 25 MAC 2018 Pasukan Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuka booth pengambilan di Kampung Semarak, Rasah, Negeri Sembilan.

Para pengunjung dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pengunjung untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pengunjung khususnya remaja yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM.

Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak penganjur kerana dapat menganjurkan program ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

29542872 1777788255649412 325912062355604237 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Mon, 26 Mar 2018 02:00:25 +0800
PROMOSI PENGAMBILAN DI KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA ZON NEGERI SEMBILAN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2192-promosi-pengambilan-di-karnival-pendidikan-tinggi-negara-zon-negeri-sembilan.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2192-promosi-pengambilan-di-karnival-pendidikan-tinggi-negara-zon-negeri-sembilan.html PROMOSI PENGAMBILAN DI KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA ZON NEGERI SEMBILAN

NILAI, 25 MAC 2018 Pasukan Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuka booth pengambilan di Politeknik Nilai sempena Karnival Pendidikan Tinggi Negara @ Karnival Jom Masuk U 2018..

Para pengunjung dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pengunjung untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pengunjung khususnya remaja yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM. 

Program anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai dalam mendapatkan maklumat terperinci berkaitan program pengajian yang ditawarkan oleh Univeristi Awam (UA), Kolej Komuniti, Politeknik dan ILKA. Pelajar juga boleh berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej semasa pameran untuk mendapatkan maklumat melanjutkan pengajian, pembiayaan pendidikan dan syarat-syarat kelayakan yang diperlukan.

Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak penganjur kerana dapat menganjurkan program ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

29511712 1777787372316167 8306453761873835862 n

 

29541905 1777787208982850 5774180578542421859 n

 

29542002 1777787162316188 2262468550773104430 n

 

29543185 1777787428982828 4527393851066294634 n

 

29597706 1777787292316175 5224083595878924137 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Mon, 26 Mar 2018 05:48:51 +0800