Laman Utama http://kemahiran.kbs.gov.my Tue, 07 Jul 2020 01:46:13 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my PERLAWANAN FUTSAL PERSAHABATAN ANTARA KLKM IKTBN CHEMBONG DAN PASUKAN PENGAKAP KELANA (A) SEREMBAN TIMUR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2126-perlawanan-futsal-persahabatan-antara-klkm-iktbn-chembong-dan-pasukan-pengakap-kelana-a-seremban-timur.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2126-perlawanan-futsal-persahabatan-antara-klkm-iktbn-chembong-dan-pasukan-pengakap-kelana-a-seremban-timur.html PERLAWANAN FUTSAL PERSAHABATAN ANTARA  KLKM IKTBN CHEMBONG DAN PASUKAN PENGAKAP KELANA (A) SEREMBAN TIMUR

SENAWANG, 13 FEBRUARI 2018 Satu perlawanan persahabatan futsal telah diadakan antara KLKM IKTBN Chembong dan Pasukan Pengakap Kelana (A) Seremban Timur di All Star@ Senawang.

Pusingan pertama Pasukan Kelana Lelaki berjaya mengalahkan pihak lawan dengan keputusan 3 berbalas 2. Manakala Pasukan Kelana Wanita juga berjaya menumpaskan Pasukan Pengakap Kelana (A) Seremban Timur dengan keputusan 3 berbalas 2. Pasukan Pemimpin IKTBN Chembong pula berjaya seri dengan Pasukan Pemimpin Pengakap Kelana (A) Seremban Timur. Seterusnya, keputusan untuk pusingan kedua pula berkesudahan dengan Pasukan Pemimpin Pengakap Kelana (A) Seremban Timur berjaya mengalahkan Pasukan Kelana Lelaki dengan keputusan 4-0. Manakala Pasukan Kelana Wanita berjaya menumpaskan Pasukan Pengakap Kelana (A) Seremban Timur dengan keputusan 3 berbalas 2.

Pasukan Pemimpin IKTBN Chembong pula berjaya membelasah Pasukan Pemimpin Pengakap Kelana (A) Seremban Timur dengan keputusan 7 berbalas 3. Setelah dikira jaringan gol, keputusan memihak kepada KLKM IKTBN Chembong dengan 19 gol dan Pasukan Pemimpin Pengakap Kelana (A) Seremban Timur sebanyak 17 gol. Tahniah diucapkan kepada pasukan KLKM IKTBN Chembong atas kejayaan yang diperolehi.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

2

 

3

 

4

 

5

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Wed, 14 Feb 2018 07:02:37 +0800
ORIGAMI SHORT COURSE ON ORIGAMI ENGINEERED STRUCTURE http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2085-origami-short-course-on-origami-engineered-structure.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2085-origami-short-course-on-origami-engineered-structure.html ORIGAMI SHORT COURSE ON ORIGAMI ENGINEERED STRUCTURE

CHEMBONG, 13 FEBRUARI 2018 Pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan satu kursus “Origami Short Course On Origami Engineered Structure”.

Kursus yang diadakan selama dua hari ini iaitu 12 Februari 2018 sehingga 13 Februari 2018 disertai oleh para peserta yang terdiri daripada pegawai IKTBN Chembong dari pelbagai unit/jabatan

Kursus ini diadakan di Perpustakaan IKTBN Chembong dan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai untuk lebih kreatif dan inovatif.Pegawai terlatih dalam bidang origami ini telah dilantik untuk memberikan taklimat serta tunjuk ajar cara-cara menghasilkan origami yang menarik. Dengan adanya kursus sebegini, kemahiran kreatif dan inovatif para peserta dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

2

 

7

 

8

 

9

 

10

 

6

 

4

 

 

3

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Wed, 14 Feb 2018 01:30:07 +0800
PROMOSI IKTBN CHEMBONG SEMPENA PROGRAM FITMALAYSIA PORT DICKSON http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2084-promosi-iktbn-chembong-sempena-program-fitmalaysia-port-dickson.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2084-promosi-iktbn-chembong-sempena-program-fitmalaysia-port-dickson.html PROMOSI IKTBN CHEMBONG SEMPENA PROGRAM FITMALAYSIA PORT DICKSON

PORT DICKSON, 11 FEBRUARI 2018 Pasukan Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai Program FitMalaysia Prot Dickson hari ini.

Program Fit Malaysia peringkat Negeri Sembilan melibatkan larian sejauh 10 kilometer bermula kira-kira pukul 10 pagi. Program ini dirasmikan oleh YB Tn Khairy Jamaludin bin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan yang juga turut sama melakukan senamrobik semasa hadir merasmikan program itu. Seawal jam 9.00 pagi Jawatankuasa Pameran dan Promosi IKTBN Chembong yang terdiri daripada 2 orang pegawai dan seorang pelajar IKTBN Chembong telah membuka ‘booth’ pameran. Melalui pameran yang diadakan, para pengunjung dapat diberi memberi maklumat yang lebih jelas berkenaan IKTBN Chembong, kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan.

Selain itu, para pengunjung dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pengunjung untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pengunjung khususnya remaja yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM. Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak penganjur kerana dapat menganjurkan program ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

1

 

2

 

3

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Mon, 12 Feb 2018 02:31:21 +0800
PROMOSI IKTBN CHEMBONG SEMPENA PROGRAM KINDNESS DAY KAYUHAN SIHAT& FREE MARKET http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2083-promosi-iktbn-chembong-sempena-program-kindness-day-kayuhan-sihat-free-market.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2083-promosi-iktbn-chembong-sempena-program-kindness-day-kayuhan-sihat-free-market.html PROMOSI IKTBN CHEMBONG SEMPENA PROGRAM KINDNESS DAY KAYUHAN SIHAT& FREE MARKET

SENAWANG, 10 FEBRUARI 2018 Pasukan Promosi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai Program Kindness Day Kayuhan Sihat dan Free Market hari ini.

Program ini adalah kerjasama antara PIBG SMK Senawang, PDRM dan Dun Paroi. Program ini dirasmikan oleh YB Tn Khairy Jamaludin bin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan. Seawal jam 9.00 pagi Jawatankuasa Pameran dan Promosi IKTBN Chembong yang terdiri daripada 3 orang pegawai iaitu Encik Jizan Bin Abdul Majid, Cik Norina Arni Bt Ahmad Sobri dan Encik Rohizad Bin Abd Rahman telah membuka ‘booth’ pameran. Melalui pameran yang diadakan, para pengunjung dapat diberi memberi maklumat yang lebih jelas berkenaan IKTBN Chembong, kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan.

Selain itu, para pengunjung dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pengunjung untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pengunjung khususnya remaja yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM. Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak penganjur kerana dapat menganjurkan program ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

1

 

2

 

3

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Sat, 10 Feb 2018 13:28:25 +0800
TAKLIMAT PROMOSI PENGAMBILAN DAN PAMERAN SEMPENA HARI KERJAYA DI KEM-KEM PLKN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2082-taklimat-promosi-pengambilan-dan-pameran-sempena-hari-kerjaya-di-kem-kem-plkn.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2082-taklimat-promosi-pengambilan-dan-pameran-sempena-hari-kerjaya-di-kem-kem-plkn.html TAKLIMAT PROMOSI PENGAMBILAN DAN PAMERAN  SEMPENA HARI KERJAYA DI KEM-KEM PLKN

NEGERI SEMBILAN, 4 FEBRUARI 2018 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah terlibat dalam membuat Taklimat Promosi Pengambilan dan Pameran yang berlangsung di Kem PLKN PDS Resort, Port Dickson dan Kem PLKN Seri Perkasa, Mantin, Negeri Sembilan.

Karnival ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih PLKN tentang pilihan melanjutkan pelajaran selepas tamat latihan. Seawal jam 8.00 pagi Jawatankuasa Pameran dan Promosi IKTBN Chembong yang terdiri daripada 3 orang pegawai iaitu Encik Jizan Bin Abdul Majid, Cik Khaleeda bt Khazizan dan Cik Priya Darshini A/P Balasubramaniam telah membuka ‘booth’ pameran.

Melalui pameran yang diadakan, para pelatih dapat diberi memberi maklumat yang lebih jelas berkenaan IKTBN Chembong, kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan serta boring kemasukan untuk pengambilan Januari 2018 turut disediakan. Selain itu, para pelatih dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pelatih untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pelatih yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

1

 

2

 

4

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Sun, 04 Feb 2018 20:10:16 +0800
TAKLIMAT PROMOSI PENGAMBILAN DAN PAMERAN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1987-taklimat-promosi-pengambilan-dan-pameran.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1987-taklimat-promosi-pengambilan-dan-pameran.html TAKLIMAT PROMOSI PENGAMBILAN DAN PAMERAN

PORT DICKSON, 20 JANUARI 2018 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah terlibat dalam membuat Taklimat Promosi Pengambilan dan Pameran yang berlangsung di Kem PLKN PDS Resort, Port Dickson dan Kem PLKN Seri Perkasa, Mantin, Negeri Sembilan.

Karnival ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih PLKN tentang pilihan melanjutkan pelajaran selepas tamat latihan. Seawal jam 8.00 pagi Jawatankuasa Pameran dan Promosi IKTBN Chembong yang terdiri daripada 3 orang pegawai iaitu Encik Jizan Bin Abdul Majid, Cik Khaleeda bt Khazizan dan Cik Priya Darshini A/P Balasubramaniam telah membuka ‘booth’ pameran.

Melalui pameran yang diadakan, para pelatih dapat diberi memberi maklumat yang lebih jelas berkenaan IKTBN Chembong, kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan serta boring kemasukan untuk pengambilan Januari 2018 turut disediakan. Selain itu, para pelatih dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pelatih untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka.

Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pelatih yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

1

 

2

 

3

 

4

 

5

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Sat, 20 Jan 2018 20:00:57 +0800
PERHIMPUNAN MESRA BULANAN DAN MAJLIS PENUTUP MINGGU PARADIGMA PENGAMBILAN KEDUA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1986-perhimpunan-mesra-bulanan-dan-majlis-penutup-minggu-paradigma-pengambilan-kedua.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1986-perhimpunan-mesra-bulanan-dan-majlis-penutup-minggu-paradigma-pengambilan-kedua.html PERHIMPUNAN MESRA BULANAN DAN  MAJLIS PENUTUP MINGGU PARADIGMA PENGAMBILAN KEDUA

CHEMBONG, 18 JANUARI 2018 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menganjurkan Perhimpunan Mesra Bulanan serta Majlis Penutup Minggu Paradigma Pengambilan Kedua pada hari ini.

Di samping tu, turut diadakan perasmian padang futsal yang baru dibaikpulih dan Pertandingan Futsal Antara Bengkel/Bahagian. Tanhiah dan syabas atas komitmen semua pelajar dan staf yang terlibat dalam program ini.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

1

 

3

 

4

 

8

 

7

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Fri, 19 Jan 2018 00:34:55 +0800
LAWATAN KE CTRM AERO COMPOSITE SDN BHD. http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1985-lawatan-ke-ctrm-aero-composite-sdn-bhd.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1985-lawatan-ke-ctrm-aero-composite-sdn-bhd.html LAWATAN KE CTRM AERO COMPOSITE SDN BHD.

BATU BERENDAM, 17 JANUARI 2018 Pihak pengurusan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuat satu lawatan industri ke CTRM Aero Composite Sdn Bhd.

Seramai 3 orang pegawai telah menyertai lawatan ini. Lawatan ini adalah sebagai langkah proaktif bagi membincangkan bidang kerjasama yang boleh dicapai.

Justeru, dengan adanya lawatan sebegini, hubungan antara pihak industri dan IKTBN Chembong dapat diperkukuh.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

1

 

2

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Wed, 17 Jan 2018 21:50:24 +0800
PAMERAN DAN PROMOSI IKTBN CHEMBONG DI NSK TRADE CITY S2 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1984-pameran-dan-promosi-iktbn-chembong-di-nsk-trade-city-s2.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1984-pameran-dan-promosi-iktbn-chembong-di-nsk-trade-city-s2.html PAMERAN DAN PROMOSI IKTBN CHEMBONG DI NSK TRADE CITY S2

SEREMBAN, 13 JANUARI 2018 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan pameran di NSK Trade City Seremban 2.

Seawal jam 9.00 pagi Jawatankuasa Pameran dan Promosi IKTBN Chembong yang terdiri daripada 2 orang pegawai iaitu Cik Norina Arni Bt Ahmad Sobri dan Encik Jasnin Bin Amat telah membuka ‘booth’ pameran. Melalui pameran yang diadakan, pelajar-pelajar dapat diberi memberi maklumat yang lebih jelas berkenaan IKTBN Chembong, kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan serta borang kemasukan untuk pengambilan sesi 1/2018 dilanjutkan sehingga 31 Januari 2018.

Selain itu, para pelajar dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pelajar untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka.

Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

1

 

2

 

3

 

5

 

6

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Sat, 13 Jan 2018 19:45:19 +0800
BENGKEL PENGISIAN MARKAH KERJA KURSUS DAN PEPERIKSAAN AKHIR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1983-bengkel-pengisian-markah-kerja-kursus-dan-peperiksaan-akhir.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1983-bengkel-pengisian-markah-kerja-kursus-dan-peperiksaan-akhir.html BENGKEL PENGISIAN MARKAH KERJA KURSUS DAN PEPERIKSAAN AKHIR

CHEMBONG, 11 JANUARI 2018 Satu bengkel Pengisian Markah Kerja Kursus dan Peperiksaan Akhir dalam sistem eKampus serta Taklimat RPK dan WIM Modul Insan telah diadakan di Makmal Komputer, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong.

Seramai 30 orang peserta yang merupakan tenaga pengajar di IKTBN Chembong telah terlibat dalam menjayakan taklimat ini. Sesi taklimat telah disampaikan oleh pegawai daripada Cawangan Penyelarasan & Kawalan Kualiti, En. Aleff Sahawaludin Bin Harun.

Taklimat ini telah berjaya mencapai matlamat dalam memberi pendedahan tentang penilaian kendiri bagi subjek umum.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

1

 

3

 

 

4

 

5

 

 

2

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Fri, 12 Jan 2018 01:38:24 +0800