Laman Utama http://kemahiran.kbs.gov.my Tue, 07 Jul 2020 02:17:26 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my IKTBN CHEMBONG SERTAI PROGRAM KOMUNITI BELIA CERGAS http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1648-iktbn-chembong-sertai-program-komuniti-belia-cergas.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1648-iktbn-chembong-sertai-program-komuniti-belia-cergas.html IKTBN CHEMBONG SERTAI  PROGRAM KOMUNITI BELIA CERGAS

SENDAYAN, 26 NOVEMBER 2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai pameran bersempena Program Komuniti Belia Cergas yang berlangsung di Padang Awam Felda Kampung Sendayan, Negeri Sembilan.

Karnival ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pilihan melanjutkan pelajaran selepas SPM. Seawal jam 8.00 pagi Jawatankuasa Pameran dan Promosi IKTBN Chembong yang terdiri daripada 4 orang pegawai iaitu Encik Rohizad Bin Abd Rahman, Encik Jizan Bin Abdul Majid, Cik Nabisha Begam Bt Kadir Mohidin dan Cik Norina Arni Bt Ahmad Sobri telah membuka ‘booth’ pameran.

Melalui pameran yang diadakan, pelajar-pelajar dapat diberi memberi maklumat yang lebih jelas berkenaan IKTBN Chembong, kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan serta boring kemasukan untuk pengambilan Januari 2018 turut disediakan. Selain itu, para pelajar dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pelajar untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka.

Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak sekolah kerana dapat menganjurkan pameran ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan member pendedahan awal kepada pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Sun, 26 Nov 2017 22:07:45 +0800
LAWATAN INDUSTRI PETROMINWORK SDN BHD KE IKTBN CHEMBONG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1647-lawatan-industri-petrominwork-sdn-bhd-ke-iktbn-chembong.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1647-lawatan-industri-petrominwork-sdn-bhd-ke-iktbn-chembong.html LAWATAN INDUSTRI PETROMINWORK SDN BHD KE IKTBN CHEMBONG

CHEMBONG, 24 NOVEMBER 2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menerima lawatan dari pegawai-pegawai syarikat Petrominwork Sdn Bhd pada hari ini.

Satu perbincangan antara pihak Petrominwork Sdn Bhd dan IKTBN Chembong turut diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, IKTBN Chembong. Perbincangan ini adalah berkisar tentang peluang kerjasama antara dua pihak.

Justeru, diharap semoga lawatan ini dapat mencapai objektif dan mengeratkan lagi kerjasama di antara kedua pihak. Pihak institut juga berbesar hati menerima kunjungan pihak Petrominwork Sdn Bhddi masa akan datang.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Fri, 24 Nov 2017 22:01:41 +0800
PROGRAM PERJUMPAAN PIHAK PENGURUSAN IKTBN CHEMBONG DENGAN PENGERUSI JKKK DUN CHEMBONG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1646-program-perjumpaan-pihak-pengurusan-iktbn-chembong-dengan-pengerusi-jkkk-dun-chembong.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1646-program-perjumpaan-pihak-pengurusan-iktbn-chembong-dengan-pengerusi-jkkk-dun-chembong.html PROGRAM PERJUMPAAN PIHAK PENGURUSAN IKTBN CHEMBONG DENGAN PENGERUSI JKKK DUN CHEMBONG

CHEMBONG, 22 NOVEMBER 2017 Satu program perjumpaan Pihak Pengurusan Iktbn Chembong Dengan Pengerusi Jkkk Dun Chembong telah diaakan pada hari ini.

Program ini berlangsung di Perpustakaan IKTBN Chembong. Taklimat yang disampaikan oleh pegawai IKTBN Chembong, Cik Norina Arni binti Ahmad Sobri ini adalah untuk memberi penerangan yang lebih jelas berkenaan IKTBN Chembong, kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan. Melalui taklimat ini, diharap akan dapat menyalurkan maklumat dengan lebih mendalam kepada peluang-peluang pengajian tinggi khususnya dalam bidang kemahiran yang boleh disertai oleh golongan belia terutama di kawasan DUN Chembong.

Seterusnya, pengerusi JKKK DUN Chembong diberi peluang melawat ke semua bengkel iaitu Bengkel Automotif. Kesemua peserta lawatan telah diberi penerangan secara ringkas di setiap bengkel yang dilawati oleh pegawai-pegawai di bengkel tersebut. Selain itu, peserta lawatan juga dapat melihat sendiri jentera-jentera yang digunakan di IKTBN Chembong. Menerusi taklimat ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif khususnya dalam memberi peluang kepada para belia yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Wed, 22 Nov 2017 21:59:33 +0800
LAWATAN SMK MAMBAU KE IKTBN CHEMBONG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1630-lawatan-smk-gemas-ke-iktbn-chembong.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1630-lawatan-smk-gemas-ke-iktbn-chembong.html LAWATAN SMK MAMBAU KE IKTBN CHEMBONG

CHEMBONG, 10 NOVEMBER 2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menerima lawatan sambil belajar dari SMK Mambau pada hari ini.

Lawatan ini melibatkan 30 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring. Para guru dan pelajar telah diberikan taklimat oleh pegawai dari IKTBN Chembong, Cik Norina Arni Binti Ahmad Sobri. Intipati taklimat adalah memberi penerangan secara ringkas mengenai IKTBN Chembong serta kursus-kursus yang ditawarkan. Di samping itu, rombongan ini juga diberi peluang melawat ke semua bengkel iaitu Bengkel Automotif.

Kesemua peserta lawatan telah diberi penerangan secara ringkas di setiap bengkel yang dilawati oleh pegawai-pegawai di bengkel tersebut. Selain itu, peserta lawatan juga dapat melihat sendiri jentera-jentera yang digunakan di IKTBN Chembong. Dengan adanya lawatan sebegini, ianya dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan peserta selain dapat membina keakraban dan mengeratkan silaturrahim. Justeru, diharap semoga lawatan ini dapat mencapai objektif dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar dan mengeratkan lagi kerjasama di antara kedua pihak. Pihak institut juga berbesar hati menerima kunjungan SMK Mambau di masa akan datang.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

 

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Fri, 10 Nov 2017 20:00:48 +0800
PROGRAM SUKAN INTEGRASI IKTBN CHEMBONG 2017 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1629-program-sukan-integrasi-iktbn-chembong-2017.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1629-program-sukan-integrasi-iktbn-chembong-2017.html PROGRAM SUKAN INTEGRASI IKTBN CHEMBONG 2017

CHEMBONG, 7 NOVEMBER 2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan Program Sukan IKTBN Chembong pada 7 November 2017.

Acara bermula pada pukul 2.00 petang dengan pembahagian kumpulan antara pelajar dan staf IKTBN Chembong. Seterusnya,pertandingan sukaneka dimulakan dengan mempertandingkan lima acara iaitu isi air dalam botol, mandi salji, jalan atas batu-bata,lari membawa bola pingpong menggunakan sudu dan membawa gelung getang menggunakan straw.

Pertandingan ini telah mencapai objektif iaitu memberi kesedaran kepada warga IKTBN Chembong tentang kepentingan aktiviti bersukan terhadap kesihatan, seterusnya membentuk gaya hidup sihat melalui perpaduan, kesihatan, komuniti, inklusif dan bakat sukan.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

 

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Wed, 08 Nov 2017 01:17:40 +0800
CERAMAH MOTIVASI PERDANA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1628-ceramah-motivasi-perdana.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1628-ceramah-motivasi-perdana.html CERAMAH MOTIVASI PERDANA

CHEMBONG, 6 NOVEMBER 2017 Satu Ceramah Motivasi Perdana anjuran Jawatankuasa Surau Al-Falah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah diadakan bertempat di Surau Al-Falah, IKTBN Chembong.

Ceramah yang bertajuk Keberkatan Bekerja mendatangkan rezeki yang halal ini telah disampaikan oleh penceramah bebas yang sangat terkenal iaitu Imam Muda Asyraf. Ceramah yang dilaksanakan ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi dihadiri oleh para pegawai serta pelajar IKTBN Chembong dan turut mempelawa penduduk kampung berdekatan.

Objektif utama penganjuran ceramah ini sebagai usaha murni untuk memberi pendedahan tentang betapa pentingnya mendapat keberkatan ketika di alam pekerjaan. Justeru, diharap ceramah ini dapat terus diadakan demi menanamkan serta menyuntik semangat untuk mencintai dan menghargai ilmu.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Mon, 06 Nov 2017 19:00:41 +0800
KEJOHANAN SUKAN ILKBS KALI KE-31 TAHUN 2017 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1627-kejohanan-sukan-ilkbs-kali-ke-31-tahun-2017.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1627-kejohanan-sukan-ilkbs-kali-ke-31-tahun-2017.html KEJOHANAN SUKAN ILKBS KALI KE-31 TAHUN 2017

BANDAR PENAWAR, 31 OKTOBER 2017 Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-31 Tahun 2017 telah pun berlangsung pada 29 Oktober hingga 31 Oktober 2017 di IKBN Bandar Penawar, Johor.

Acara sukan tahunan ini disertai oleh 21 institusi latihan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Kontijen sukan IKTBN Chembong telah diwakili oleh 21 orang yang terdiri daripada ketua kontijen, jurulatih dan pelajar bagi menyertai acara acara yang dipertandingkan pada tahun ini adalah Tenpin Boling Lelaki, Tenpin Boling Perempuan,Tenpin Boling Pegawai,Futsal Lelaki dan Badminton Campuran. Kejohanan sukan ini secara umumnya bertujuan untuk menerapkan budaya bersukan di kalangan para pelajar sekaligus menerapkan amalan gaya hidup yang sihat dan cergas serta memupuk hubungan baik dikalangan pelajar dan warga ILKBS melalui penyertaan yang bermuafakat.

Selain daripada itu, dalam kejohanan sukan ILKBS kali ini, Atlet Tenpin Boling Lelaki IKTBN Chembong telah memenangi tempat ke 2 dengan jumlah keseluruhan jatuhan pin sebanyak 819. Manakalan untuk Acara Ten Pin Boling Pegawai, IKTBN Chembong telah memenangi tempat ke 2 dengan jatuhan pin sebanyak 889 yang di anggotai oleh En. Mohd Shes Bin Mohd Aris dan Pn Norafizah Bt Zolkafali. Tahniah diucapkan kepada semua kontinjen IKTBN Chembong yang telah memberi komitmen yang sangat tinggi dalam menjayakan acara sukan pada kali ini dan pada atlet yang kurang berjaya, teruskan usaha pada masa akan datang.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

 

 

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Tue, 31 Oct 2017 23:52:26 +0800
KURSUS AUDIT DALAMAN MS ISO 9001 : 2015 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1626-kursus-audit-dalaman-ms-iso-9001-2015.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1626-kursus-audit-dalaman-ms-iso-9001-2015.html KURSUS AUDIT DALAMAN MS ISO 9001 : 2015

PAROI, 31 OKTOBER 2017 Pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan kursus aduit dalaman MS ISO 9001:2015. Bengkel ini diadakan selama 2 hari di Pusat Dakwah Islamiah , Paroi.

Para peserta terdiri daripada pelbagai unit/jabatan yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa ISO di IKTBN Chembong. Melalui bengkel ini, para peserta diberi penerangan berkaitan proses pengauditan dokuemn MS ISO 9001 : 2015.

Dengan adanya kursus sebegini, para pegawai dapat melakukan proses pengauditan mengikut tarikh yang ditetapkan dan dapat membantu pencapaian Institut ke arah kecemerlangan.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

22852982 1612458288849077 3397212868947206177 n

 

22885847 1612457855515787 1869279740932628965 n

 

 

 

 

 

 

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Tue, 31 Oct 2017 23:49:12 +0800
KURSUS TM002 BASIC METHODOLOGY TRAINING FOR TRAINERS http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1542-kursus-tm002-basic-methodology-training-for-trainers.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1542-kursus-tm002-basic-methodology-training-for-trainers.html KURSUS TM002 BASIC METHODOLOGY TRAINING FOR TRAINERS

CHEMBONG, 27 OKTOBER 2017 Pihak Jabatan Diploma Lanjutan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong telah menganjurkan Kursus TM002 Basic Methodology Training For Trainers.

Kursus ini melibatkan penyertaan 18 orang pegawai daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKTBN Chembong serta pegawai dari IKTBN Alor Gajah, IKBN Kuala Langat dan IKTBN Pagoh. Kursus ini diadakan selama 5 hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Kuliah IKTBN Chembong. Program ini mnedapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak Ciast Shah Alam iaitu melibatkan 2 orang pegawai Encik Ibrahim dan Encik Shahabudin. Matlamat utama penganjuran kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan kepada pegawai tentang kaedah berkesan dalam mengajar.

Melalui Kursus ini, pegawai diajar cara untuk menjadi lebih kompeten, penyediaan Latihan Pembelajaran yang betul dan dapat mengaplikasikan 4 langkah pengajaran yang berkesan. Di akhir kursus ini, peserta dinilai oleh panel melalui pembentangan “Lesson Practice” dimana semua peserta diberi 20 minit dan kebanyakkan peserta dapat melakukan pembentangan mengikut kaedah yang telah dipelajari.

Diharap agar kursus ini dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan memandangkan komitmen pegawai dan kakitangan menerusi kursus ini dapat membantu pencapaian Institut ke arah kecemerlangan.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

22554808 1603821863046053 2685693950784033209 n

 

22728941 1606912656070307 6450294975238007402 n

 

DSC 0018

 

DSC 0046

 

 

22730524 1607980419296864 8306603149872554108 n

 

22813991 1607980715963501 4744141814214840221 n

 

 

22730437 1607980259296880 574222879302622156 n

 

22814095 1607980345963538 7062730930556185696 n

 

DSC 0052

 

 

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Wed, 01 Nov 2017 12:42:30 +0800
PEPERIKSAAN AKHIR SESI 2/2017 (OKTOBER) IKTBN CHEMBONG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1540-peperiksaan-akhir-sesi-2-2017-oktober-iktbn-chembong.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1540-peperiksaan-akhir-sesi-2-2017-oktober-iktbn-chembong.html PEPERIKSAAN AKHIR SESI 2/2017 (OKTOBER) IKTBN CHEMBONG

CHEMBONG, 13 OKTOBER 2017 Peperiksaan Akhir untuk pelajar-pelajar Diploma Automotif Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah berlangsung bermula 9 Oktober 2017 hingga 13 Oktober 2017.

Peperiksaan Akhir IKTBN/IKBN Sesi 1/2016 melibatkan verifikasi portfolio, peperiksaan teori dan pembentangan projek akhir. Peperiksaan teori telah berlangsung di Dewan Perdana, IKTBN Chembong. Manakala verifikasi portfolio dan pembentangan projek akhir telah berlangsung di bengkel. Semoga semua calon akan mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ini.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

22365204 1594140040680902 6988171178742976917 n

 

 

22365732 1594139707347602 5367694646886977846 n

 

22366569 1594139997347573 8913913673057001425 n

 

22449893 1594139904014249 4007645443142958321 n

]]>
ikbnchembong@gmail.com (IKBN Chembong Admin) IKTBN Chembong | Berita Sat, 14 Oct 2017 00:06:11 +0800