Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN DUSUN TUA

IKTBN DUSUN TUA (104)

05 Mac 2020: Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sedang menggiatkan aktiviti promosi bagi tahun 2020 melalui saluran radio Malaysia. Dengan sukacita, BPKB menjemput Cik Komathi a/p Chellapan, Ketua Jabatan Pengajian Umum, IKTBN Dusun Tua untuk mempromosi Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) sebagai pilihan utama kepada anak muda lepasan SPM pada hari ini. Tajuk penyiaran bertumpu kepada Kemahiran: Hala Tuju Lepasan SPM. Siaran langsung ini diadakan di MINNALfm Radio TV Malaysia bersama-sama RJ Theyvekagan dan RJ Teresa.

 

PARIT RAJA, 20 FEBRUARI 2020 - Lawatan ke UTHM oleh beberapa pegawai IKTBN Dusun Tua bersama dengan Pengarah. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan spesifikasi peralatan hybrid, mendapatkan spesifikasi chasis dyno dan engine dyno dan melihat peluang kerjasama yang boleh diperolehi di UTHM. 

Taklimat kerjaya dan temuduga pelajar-pelajar sem akhir bidang A1 dan PW2 oleh Syarikat Asaga Corporation Sdn Bhd

HULU LANGAT, 20 FEBRUARI 2020  – CHI dengan kerjasama Jabatan Teknologi Elektrik telah mengadakan taklimat kerjaya dan temuduga bagi pelajar-pelajar sem akhir oleh Syarikat Asaga Corporation Sdn Bhd bagi bidang A1 dan PW2.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN IKTBN DUSUN TUA BAGI BULAN FEBRUARI 2020

HULU LANGAT, 10 FEBRUARI 2020  – Isnin ,Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua (IKTBN DT) menjadi urusetia Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Februari 2020. Majlis meraikan kedatangan pegawai baru,pegawai yang berpindah dan pegawai yang telah bersara. Selain itu,majlis turut diceriakan dengan amanat Pengarah,Puan Dalila binti Sharingat yang telah menekankan tentang semangat kerja sama yang erat dan pengamalan integriti pada setiap masa. Pada majlis ini,anugerah Pengurusan Latihan Terbaik Peringkat IKTBN Dusun Tua yang diperkenalkan pada julung kali telah diberikan kepada Jurusan Penyejuk Bekuan Dan Penyamanan Udara(PPU).

SHAH ALAM - 10 Februari 2020KURSUS LATIHAN TEKNIKAL DI VOLVO CAR MALAYSIA SDN BHD

Seramai 10 orang tenaga pengajar terpilih dari Bidang Automotif (Commercial Vehicle) yang melibatkan 2 orang tenaga pengajar IKTBN Dusun Tua mewakili 5 ILKBS telah mengikuti kursus latihan teknikal di Volvo Malaysia bermula dari 10 hb sehingga 14 hb Januari 2020.

 

HULU LANGAT - 8 Februari 2020 - PENYERTAAN DUSUN TUA ROBOTIC CLUB (DTRC) KE PERTANDINGAN MJII ROBOFIGHT 2020 - BATTLE OF SENAWANG

Pasukan DTRC yang di ketuai oleh En. Shukri dan En. Razi telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut.Tahniah diucapkan kepada semua yang menyumbang kepada kejayaan ini.

HULU LANGAT, 31 Jan 2020 - Majlis Penyerahan Peralatan Latihan RAC dari pihak Jabatan Alam Sekitar Putrajaya di wakili oleh Pn. Shafiza bt Jaabar Bashsa , Pegawai Alam Sekitar Bahagian Ozon kepada Pn. Dalila bt Sharingat ,Pengarah IKTBN Dusun Tua. 

HULU LANGAT, 05 FEBUARI 2020 - IKTBN Dusun Tua telah menerima lawatan dari Persatuan Yatim terdiri daripada 40 orang pelajar dan 10 orang guru pengiring. Mereka telah diberikan taklimat dan seterusnya dibawa melawat ke semua bengkel dalam IKTBN Dusun Tua.

HULU LANGAT, 30 OKTOBER 2019 -Program Lawatan Industri ke TNB Sepang Solar Sdn. Bhd telah diadakan bagi tujuan menambah pengetahuan berkenaan teknologi solar di Malaysia. Lawatan ini telah dianjurkan oleh pihak CHI IKTBN Dusun Tua.

Taklimat keselamatan telah diberikan oleh En. Nazirul Mubin, Operation Engineer TNB Renewables Sdn. Bhd sebelum lawatan ke tapak projek solar. Pelbagai informasi telah diberikan kepada pelajar mengenai kemajuan teknologi solar di negara ini. Turut hadir Mohd Fauzi Akhir Zarman dan Roslina Talib, Pengajar Kursus Pendawaian Elektrik dan Imran Rapiah, Pegawai Hubungan Industri IKTBN Dusun Tua.

Halaman 1 dari 8
 
Find us on Facebook
Follow Us