Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN DUSUN TUA

IKTBN DUSUN TUA (109)

Seramai 44 orang MPP ILKBS seluruh Malaysia telah berkampung di Kem Latihan Belia (KeLaB) Kuala Lipis, Pahang pada 11-14 April 2019 bg menjayakan Kem Kepimpinan Perdana MPP ILKBS 2019. Program MPP ILKBS pada tahun ini menyaksikan penerapan olahan modul Malaysia Future Leaders School (MFLS) yang dimampatkan dlm program selama 4 hari yg bertujuan membentuk keperibadian kepimpinan muda dalam konteks kendiri, Institut dan nasional. 2 orang exco MPP IKTBN Dusun Tua terlibat dalam program tersebut dan 2 orang pegawai dari IKTBN DT juga dilantik sebagai jurulatih kem iaitu En Jamel dan En. Fahmy.

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara IKTBN Dusun Tua dan Teamwork Allgain Sdn.Bhd sempena Majlis Pelancaran Teaching Factory@IKTBNDT yang telah disempurnakan dan disaksikan oleh YB Syed Saddiq Syed bin Abdul Rahman, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia pada 21 Mac 2019.
Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2019 daripada semua kakitangan IKTBN Dusun Tua.

HULU LANGAT, 13 MAC 2019 - Seramai 40 orang pelajar dan staff dari Aichi High School of Technology and Engineering, Japan hadir ke IKTBN Dusun Tua bagi mengikuti Bengkel Robotino anjuran FESTO Malaysia. 

MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL ROBOTINO DAN PENYAMPAIAN SIJIL

HULU LANGAT, 14 MAC 2019 - Majlis Penutupan Bengkel Robotino dan Penyampaian Sijil kepada peserta dari Aichi High School of Technology and Engineering, Japan dan juga pelajar IKTBN Dusun Tua. Program ini telah dijayakan dengan kerjasama antara Festo, IKTBN Dusun Tua dan Aichi High School, Japan.

PROJEK TEACHING FACTORY - THE CONCRETE

HULU LANGAT, 4 MAC 2019 – Projek The Concrete, salah satu inisiatif pihak pengurusan IKTBNDT di bawah program Teaching Factory. Ia melibatkan pelajar PW4 yang telah berjaya membuat pemasangan pendawaian di The Concrete, Shah Alam hari ini. Pengajar En Zulkhairul, En Mohd Fauzi dan En Imran telah memberikan bantuan kepakaran untuk menjayakan program tersebut.

Projek Teaching Factory - Pemasangan ATV

HULU LANGAT, 7 MAC 2019 - Lawatan Pengarah IKTBN Dusun Tua Pn. Dalila bersama Ketua Cawangan Hubungan Industri IKTBNDT En. Faisoul bagi melihat perkembangan Projek Teaching Factory (TEFA) yg kedua, pemasangan komponen ATV di OASB Motorsport melibatkan 20 org pelajar semester 4 bahagian Penyelengaraan Kenderaan IKTBNDT. Syabas diucapkan kepada pengajar dan pelajar bahagian Penyelenggaraan Kereta kerana bertungkus lumus dan bersemangat dalam melaksanakan projek tersebut.

 

GOLD MEDALIST WSA ABU DHABI 2018 DARIPADA GRADUAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS)

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan (ILKBS) terus mengekalkan statusnya sebagai salah satu institusi TVET yang cemerlang bukan sahaja di Malaysia, namun kini di arena antarabangsa. Saudara Mohammad Ridzuan Bin Wahid, pelajar daripada IKTBN Dusun Tua, terus cemerlang di mata dunia setelah memenangi Pingat Emas di World Skill Asia (WSA) 2018, di Abu Dhabi pagi tadi dalam kategori Semburan Cat (Car Painting). Beliau merupakan pelajar tahun akhir di dalam bidang Semburan Cat di IKTBN DT. Beliau melayakkan diri ke WSA 2018, setelah memenangi Medallion for Excellence (MFE) di Kejohanan ASEAN Skills Competition (ASC) 2018 yang telah diadakan pada bulan Ogos 2018 di Bangkok, Thailand.

Perjalanan ini bermula hasil dari penyertaan 4 orang pelajar daripada ILKBS termasuk Saudara Mohammad Ridzuan yang telah memenangi Pertandingan World Skill Malaysia Belia 2017 (WSMB) seterusnya melayakkan mereka ke ASC 2018 di Bangkok, Thailand. Mohammad Ridzuan adalah salah seorang daripada 3 pelajar tersebut yang dianugerahkan Medallion for Excellence di ASC 2018. Setelah mengharumkan nama ILKBS dan Malaysia di persada Asia, kini Saudara Mohamad Ridzuan akan bertanding di peringkat dunia di World Skill Kazan 2019, Russia. Jurulatih beliau, Saudara Zoolfadli Bin Yusof dan semua pengajar Bidang Semburan Cat di IKTBN Dusun Tua dan ILKBS secara umumnya sentiasa memberi sokongan padu dari pelbagai segi dalam memastikan Mohammad Ridzuan terus berjaya.

Semoga Saudara Mohamad Ridzuan akan kembali sekali lagi sebagai wira negara di kancah World Skill 2019 di Kazan nanti.

Cawangan Kerjasama Strategik & Kreatif
BPKB KBS

HULU LANGAT, 23 JANUARI 2019 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua berbesar hati menerima lawatan kerja delegasi dari Hebei Institute Of Mechanical And Electrical China. Satu taklimat khas berkenaan IKTBN Dusun Tua telah disampaikan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, IKTBN Dusun Tua yang dipengerusikan oleh Puan Dalila binti Sharingat, Pengarah IKTBN Dusun Tua. Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) telah lama menjalinkan kerjasama dengan pihak Yalong Education Equipment. Hasil kerjasama ini telah banyak membantu pihak ILKBS di dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar ILKBS.

Sehubungan itu, Satu perbincangan akan diadakan dengan pihak Hebei Institute of Mechanical and Electrical Technology untuk mengenalpasti bentuk-bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan di antara kedua-dua pihak. Para delegasi telah di bawa untuk melawat bengkel Jabatan Teknologi Elektrik, Mekanikal dan Automotif. Pelbagai info telah dikongsi bersama delegasi tersebut.

 

Di sediakan Oleh:

Yogamurugan a/l Arumugam

HULU LANGAT, 27 SEPT 2018 –Blossom with English” anjuran Jabatan Pengajian Umum, Bahagian Pengurusan Latihan, IKTBN Dusun Tua telah membuka tirainya pada 24-27/09/2018 dengan melancarkan Karnival Bahasa Inggeris. Program ini merupakan salah satu daripada usaha pelaksanaan English Empowerment sebagai langkah awal ke arah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam Bahasa Inggeris pada tahun 2050. Program ini dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan dan kerjasama penuh khususnya daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

 

Program ini dianjurkan dan juga dikendalikan oleh pengajar Jabatan Pengajian Umum yang terdiri daripada Komathi Chellapan, Alex Prem Alfred dan Raaghini Balakrishnan di bawah naungan Tn. Hj Fisal bin Ramli, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan. Seramai 106 orang pelajar telah terlibat menampilkan bakat dalam pertandingan yang diadakan sepanjang minggu tersebut. Antara pengisian karnival ini adalah Treasure Hunt: Icon ICT, Treasure Hunt: WordScapes, Scabble Competition, Showcase of Talent (Singing Competition) dan Spelling Challenge.

 

Majlis Penutup Karnival Bahasa Inggeris telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Puan Dalila binti Sharingat, Pengarah IKTBN Dusun Tua pada 27/09/2018 di Auditorium IKTBN Dusun Tua. Menurut beliau, JPU sentiasa diberi kepercayaan bagi mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang lebih menarik lagi seperti Vocable Challenge, Toss The Dice, Story Telling Competition, Spell It Right dan Treasure Hunt pada sesi akan datang untuk memupuk budaya penggunaan Bahasa Inggeris dengan lebih meluas dalam kalangan para pelajar. Beliau menyarankan aktiviti-aktiviti ini terus dijalankan supaya aktiviti ini membantu mengasahkan lagi kefasihan berkomunikasi serta meningkatkan keyakinan diri dalam mempelajari Bahasa Inggeris secara menyeluruh.

 

Disediakan oleh : Yogamurugan a/l Arumugam

Halaman 3 dari 8