Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Bachok

IKTBN Bachok (197)

fnb

 

Bachok, 12 Oktober 2017 – Pelajar IKTBN Bachok sentiasa menjadi pilihan utama pihak Industri walaupun masih dalam pengajian. Perkara ini terbukti apabila pihak Sweet Beach Resort yang merupakan antara resort yang agak terkenal di Tok Bali, Kelantan telah menjemput seramai 10 orang pelajar dari jurusan Siji Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyajian) untuk memberikan khidmat mereka sempena majlis yang agak besar yang berlangsung di Resort tersebut pada 10 Oktober 2017 (Selasa).

SUKAN ANTARA JURUSAN 2017

 

Bachok, 11 Oktober 2017 – Bagi memeriahkan sambutan hari Sukan Negara yang akan disambut pada 14 Oktober 2017 (Sabtu) di seluruh negara. IKTBN Bachok telah mengadakan pertandingan Sukan antara jurusan dan pertandingan kecergasan fizikal ARP RM IKTBN Bachok 2017 pada 10 Oktober 2017 (Selasa).

 

asyura

 

Bachok, 11 Oktober 2017 – Bagi menyambut tahun baru dalam Kalendar Islam 1439H/2017M Sambutan Maal Hijrah peringkat IKTBN Bachok telah diadakan pada 08 Oktober 2017 bersamaan 17 Muharam 1439H. Diantara aktiviti yang dijalankan ialahProgram Mengacau Bubur Asyura secara bergotong royong serta Program Ceramah sempena Maal Hijrah yang disampaikan oleh  Al-Fadhil Ustaz Baharin, Imam Masjid Mahmudi Bachok.

Isnin, 02 October 2017 14:39

PEPERIKSAAN AKHIR KEMBALI LAGI

Written by

FEXAMOKT

Bachok, 02 Oktober 2017– Hari ini bermulalah peperiksaan Akhir bagi pelajar-pelajar dari jurusan Diploma Teknologi Awam (Lukisan Senibina), Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Penyelia Awam & Struktur) dan Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Pembuatan Perabot & Hiasan Dalaman).Peperiksaan ini merupakan penentu masa depan mereka dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Peperiksaan akhir ini akan dijalankan selama 2 minggu bermula pada hari ini 02 Oktober 2017 dengan kertas Subjek Umum dan berakhir pada 12 Oktober 2017 dengan kertas amali bengkel.Pihak Institut mendoakan semua pelajar yang sedang menjalani peperiksaan dapat menjawab soalan dengan betul dan seterusnya lulus dalam peperiksaan yang dihadapi. Kerjaya anda bermula disini laksanakan yang terbaik bagi masa depan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua pelajar yang sedang menduduki peperiksaan.

Disediakan Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )

SMKJELA

Bachok, 28 September 2017- IKTBN Bachok telah menghadiri Pameran sempena Pesta Ko-Kurikulum (PESKO) dan Hari Teknik Vokasional SMK Jelawat, Bachok, Kelantan yang telah berlangsung pada 27 September 2017 (Rabu).

IKTBN Bachok melalui unit Promosi telah menghantar seramai 02 orang pegawai dan 02 orang pelajar bagi membantu memberi penerangan kepada semua pengunjung yang hadir.Semasa pameran yang diadakan pihak IKTBN Bachok juga telah mengadakan demontrasi Lipatan Napkin salah satu dari komponen yang diajar bagi bidang Pramusaji.

Sepanjang program berlangsung “Booth” pameran IKTBN Bachok sentiasa dikunjungi pengunjung yang ingin bertanya mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di ILKBS dan cara untuk memohon. Diharap maklumat dan penerangan yang diberikan semasa program akan membantu pelajar yang akan menduduki SPM membuat pilihan yang terbaik bagi melanjutkan pelajaran.

Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menjemput untuk bersama memeriahkan program Pesta Ko-Kurikulum (PESKO) dan Hari Teknik Vokasional. Pihak IKTBN Bachok berharap dengan pameran, taklimat dan Demonstrasi yang diberikan dapat membantu pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM membuat keputusan tentang hala tuju untuk menyambung pelajaran di bidang teknikal atau akademik.

Disediakan Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )

PB8

Bachok, 24 Ogos 2017- IKTBN Bachok telah mengadakan Perhimpunan Bulanan yang ke 8 bagi tahun 2017 pada 22 Ogos 2017. Tuan rumah bagi penganjuran perhimpunan kali ini Cawangan Pentauliahan Dan Kawalan Kualiti.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Selamat Sultan dan seterusnya bacaan doa oleh Haji Osman Bin Samion pegawai di Cawangan Pentauliahan Dan Kawalan Kualiti .Majlis diteruskan dengan penyampaian maklumat mengenai aktiviti semasa yang telah berlangsung dan akan berlangsung untuk makluman semua warga IKTBN Bachok.

Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan dan amanat dari Pengarah IKTBN Bachok Tuan Ab. Rashid Bin Hj Deraman. Selepas selesai amanat dari Pengarah IKTBN Bachok majlis diteruskan lagi dengan taklimat daripada pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) berkaitan dengan simpanan SSPN Dan SSPN i.Diharap apa yang disampaikan oleh pihak PTPTN dapat dijadikan panduan dan maklumat yang berguna kepada pelajar dan juga pegawai IKTBN Bachok.

Disediakan Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )

SMKPC

Bachok, 24 Ogos 2017- IKTBN Bachok telah menghadiri Pameran sempena Sambutan Negaraku : Hari Terbuka SMK Pengkalan Chepa, Kelantan yang telah diadakan di pekarangan sekolah pada 23 Ogos 2017.

IKTBN Bachok melalui unit Promosi telah menghantar seramai 03 orang pegawai bagi membantu memberi penerangan kepada semua pengunjung yang hadir.Semasa pameran yang diadakan pihak IKTBN Bachok juga dijemput untuk menyampaikan sedikit taklimat mengenai ILKBS kepada pengunjung.

Sepanjang program berlangsung “Booth” pameran IKTBN Bachok sentiasa dikunjungi pengunjung yang ingin bertanya mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di ILKBS dan cara untuk memohon. Diharap maklumat dan penerangan yang diberikan semasa program akan membantu pelajar yang akan menduduki SPM membuat pilihan yang terbaik bagi melanjutkan pelajaran.

Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menjemput untuk bersama memeriahkan program Negaraku : Hari Terbuka SMK Pengkalan Chepa, Kelantan. Pihak IKTBN Bachok berharap dengan pameran dan taklimat yang diberikan dapat membantu pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM membuat keputusan tentang hala tuju untuk menyambung pelajaran di bidang teknikal atau akademik.

Disediakan Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )

SMKBS

Bachok, 24 Ogos 2017 - IKTBN Bachok telah menerima Lawatan sambil belajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bunut Susu, Pasir Mas pada 15 Ogos 2017 (Selasa) yang disertai 40 orang pelajar serta 04 orang Guru Pengiring.


Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi membuat lawatan ke Institut bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kursus-kursus yang ditawarkan di  IKTBN Bachok. Pihak IKTBN Bachok melalui unit promosi telah menyampaikan taklimat tentang Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) dan peranannya dalam membantu Negara memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir kepada pelajar-pelajar yang telah hadir semasa lawatan tersebut.

Selepas sesi taklimat,penerangan dan sesi soal jawab pelajar-pelajar dibawa melawat bengkel-bengkel yang ada di IKTBN Bachok bagi melihat sendiri proses pembelajaran yang sedang berjalan. Semasa sesi lawatan ke bengkel-bengkel pihak pengajar di setiap bengkel telah mengadakan sesi demonstrasi dan soal jawab bersama pelajar. Diharap hasil lawatan yang diadakan akan dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran di bidang kemahiran dan ILKBS menjadi tempat pilihan mereka.Pihak IKTBN Bachok juga amat berbesar hati untuk menerima mana-mana sekolah yang ingin membuat lawatan sambil belajar pada masa akan datang.

Disediakan Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )

wsmb

Bachok, 13 Ogos 2017 - Ahmad Lutfil Hadi B. Zahidi, pelajar Jurusan Penyediaan Makanan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir selepas pusingan Pra - Kelayakan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) di Universiti teknologi Mara Pulau Pinang.

Ahmad Lutfil Hadi yang merupakan wakil tunggal bagi kategori “Cooking” juga mewakili Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) bersama dua lagi pelajar yang turut mewakili ILKBS iaitu dari dari IKTBN Alor Gajah, Melaka dan juga IKBN Miri, Sarawak dalam kategori “Restaurant Service” dalam pertandingan tersebut.

WSMB Peringkat Akhir yang bermula pada 11- 15 Ogos 2017 berlangsung di Pusat Kemahiran Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Shah Alam dan Ahmad Lutfil Hadi akan memulakan cabaran pada 14 dan 15 Ogos bersama pembantunya, Iqemal Hakimi Bin Mohamad Nasir yang juga merupakan pelajar Jurusan Penyediaan Makanan di IKTBN Bachok.

Mengulas mengenai pertandingan akhir tersebut, Encik Mohammad Adha Yusuf yang juga merupakan pengajar jurusan tersebut, juga selaku jurulatih bagi Ahmad Lutfil Hadi berkata, “Meskipun saingan yang sengit pasti berlaku di peringkat akhir pertandingan tersebut, namun semangat dan usaha yang ditunjukkan daripada Ahmad Lutfil Hadi dan pembantunya serta sokongan daripada pihak pengurusan IKTBN Bachok, Insyaallah segalanya tidak mustahil.” Semoga Kejayaan Milik Kita

Disediakan Oleh : Mohd Luqman Bin Nazari ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )

EKSA

Bachok, 13 Ogos 2017 -     Pada hari Rabu (09 Ogos 2017) yang lepas, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok telah mengadakan satu lawatan penanda aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Perak.

IKBN Seri Iskandar yang telah dianugerahkan dengan tahap cemerlang dalam pelaksanaan EKSA pada 15 November 2015 oleh Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MaMPU) menyambut baik lawatan dari IKTBN Bachok.

Sepanjang lawatan selama satu hari itu, pegawai- pegawai IKBN Seri Iskandar tidak lokek dalam berkongsi ilmu berkenaan EKSA. Di samping penerangan mengenai cara pelaksanaan, pegawai-pegawai IKTBN Bachok juga turut dibawa melihat sekitar kawasan IKBN Seri Iskandar, dalam memberi gambaran yang lebih jelas sebagai panduan.

Hasrat ketua penyelaras lawatan IKTBN Bachok, Encik Mohd Nasri Bin Ismail mengharapkan agar lawatan yang dijalankan dan hasil penerangan daripada IKBN Seri Iskandar dapat meningkatkan lagi input kepada pihak IKTBN Bachok dalam melaksanakan dan menjayakan EKSA ditempat sendiri nanti.

 

Disediakan Oleh : Mohd Luqman Bin Nazari ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )

Halaman 9 dari 15
 
Find us on Facebook
Follow Us