Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Bachok

IKTBN Bachok (206)

PB8

Bachok, 24 Ogos 2017- IKTBN Bachok telah mengadakan Perhimpunan Bulanan yang ke 8 bagi tahun 2017 pada 22 Ogos 2017. Tuan rumah bagi penganjuran perhimpunan kali ini Cawangan Pentauliahan Dan Kawalan Kualiti.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Selamat Sultan dan seterusnya bacaan doa oleh Haji Osman Bin Samion pegawai di Cawangan Pentauliahan Dan Kawalan Kualiti .Majlis diteruskan dengan penyampaian maklumat mengenai aktiviti semasa yang telah berlangsung dan akan berlangsung untuk makluman semua warga IKTBN Bachok.

Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan dan amanat dari Pengarah IKTBN Bachok Tuan Ab. Rashid Bin Hj Deraman. Selepas selesai amanat dari Pengarah IKTBN Bachok majlis diteruskan lagi dengan taklimat daripada pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) berkaitan dengan simpanan SSPN Dan SSPN i.Diharap apa yang disampaikan oleh pihak PTPTN dapat dijadikan panduan dan maklumat yang berguna kepada pelajar dan juga pegawai IKTBN Bachok.

Disediakan Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )

SMKPC

Bachok, 24 Ogos 2017- IKTBN Bachok telah menghadiri Pameran sempena Sambutan Negaraku : Hari Terbuka SMK Pengkalan Chepa, Kelantan yang telah diadakan di pekarangan sekolah pada 23 Ogos 2017.

IKTBN Bachok melalui unit Promosi telah menghantar seramai 03 orang pegawai bagi membantu memberi penerangan kepada semua pengunjung yang hadir.Semasa pameran yang diadakan pihak IKTBN Bachok juga dijemput untuk menyampaikan sedikit taklimat mengenai ILKBS kepada pengunjung.

Sepanjang program berlangsung “Booth” pameran IKTBN Bachok sentiasa dikunjungi pengunjung yang ingin bertanya mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di ILKBS dan cara untuk memohon. Diharap maklumat dan penerangan yang diberikan semasa program akan membantu pelajar yang akan menduduki SPM membuat pilihan yang terbaik bagi melanjutkan pelajaran.

Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menjemput untuk bersama memeriahkan program Negaraku : Hari Terbuka SMK Pengkalan Chepa, Kelantan. Pihak IKTBN Bachok berharap dengan pameran dan taklimat yang diberikan dapat membantu pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM membuat keputusan tentang hala tuju untuk menyambung pelajaran di bidang teknikal atau akademik.

Disediakan Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )

SMKBS

Bachok, 24 Ogos 2017 - IKTBN Bachok telah menerima Lawatan sambil belajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bunut Susu, Pasir Mas pada 15 Ogos 2017 (Selasa) yang disertai 40 orang pelajar serta 04 orang Guru Pengiring.


Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi membuat lawatan ke Institut bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kursus-kursus yang ditawarkan di  IKTBN Bachok. Pihak IKTBN Bachok melalui unit promosi telah menyampaikan taklimat tentang Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) dan peranannya dalam membantu Negara memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir kepada pelajar-pelajar yang telah hadir semasa lawatan tersebut.

Selepas sesi taklimat,penerangan dan sesi soal jawab pelajar-pelajar dibawa melawat bengkel-bengkel yang ada di IKTBN Bachok bagi melihat sendiri proses pembelajaran yang sedang berjalan. Semasa sesi lawatan ke bengkel-bengkel pihak pengajar di setiap bengkel telah mengadakan sesi demonstrasi dan soal jawab bersama pelajar. Diharap hasil lawatan yang diadakan akan dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran di bidang kemahiran dan ILKBS menjadi tempat pilihan mereka.Pihak IKTBN Bachok juga amat berbesar hati untuk menerima mana-mana sekolah yang ingin membuat lawatan sambil belajar pada masa akan datang.

Disediakan Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )

wsmb

Bachok, 13 Ogos 2017 - Ahmad Lutfil Hadi B. Zahidi, pelajar Jurusan Penyediaan Makanan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir selepas pusingan Pra - Kelayakan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) di Universiti teknologi Mara Pulau Pinang.

Ahmad Lutfil Hadi yang merupakan wakil tunggal bagi kategori “Cooking” juga mewakili Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) bersama dua lagi pelajar yang turut mewakili ILKBS iaitu dari dari IKTBN Alor Gajah, Melaka dan juga IKBN Miri, Sarawak dalam kategori “Restaurant Service” dalam pertandingan tersebut.

WSMB Peringkat Akhir yang bermula pada 11- 15 Ogos 2017 berlangsung di Pusat Kemahiran Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Shah Alam dan Ahmad Lutfil Hadi akan memulakan cabaran pada 14 dan 15 Ogos bersama pembantunya, Iqemal Hakimi Bin Mohamad Nasir yang juga merupakan pelajar Jurusan Penyediaan Makanan di IKTBN Bachok.

Mengulas mengenai pertandingan akhir tersebut, Encik Mohammad Adha Yusuf yang juga merupakan pengajar jurusan tersebut, juga selaku jurulatih bagi Ahmad Lutfil Hadi berkata, “Meskipun saingan yang sengit pasti berlaku di peringkat akhir pertandingan tersebut, namun semangat dan usaha yang ditunjukkan daripada Ahmad Lutfil Hadi dan pembantunya serta sokongan daripada pihak pengurusan IKTBN Bachok, Insyaallah segalanya tidak mustahil.” Semoga Kejayaan Milik Kita

Disediakan Oleh : Mohd Luqman Bin Nazari ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )

EKSA

Bachok, 13 Ogos 2017 -     Pada hari Rabu (09 Ogos 2017) yang lepas, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok telah mengadakan satu lawatan penanda aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Perak.

IKBN Seri Iskandar yang telah dianugerahkan dengan tahap cemerlang dalam pelaksanaan EKSA pada 15 November 2015 oleh Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MaMPU) menyambut baik lawatan dari IKTBN Bachok.

Sepanjang lawatan selama satu hari itu, pegawai- pegawai IKBN Seri Iskandar tidak lokek dalam berkongsi ilmu berkenaan EKSA. Di samping penerangan mengenai cara pelaksanaan, pegawai-pegawai IKTBN Bachok juga turut dibawa melihat sekitar kawasan IKBN Seri Iskandar, dalam memberi gambaran yang lebih jelas sebagai panduan.

Hasrat ketua penyelaras lawatan IKTBN Bachok, Encik Mohd Nasri Bin Ismail mengharapkan agar lawatan yang dijalankan dan hasil penerangan daripada IKBN Seri Iskandar dapat meningkatkan lagi input kepada pihak IKTBN Bachok dalam melaksanakan dan menjayakan EKSA ditempat sendiri nanti.

 

Disediakan Oleh : Mohd Luqman Bin Nazari ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )

Khamis, 20 July 2017 16:45

SETITIK DARAH SEJUTA HARAPAN

Written by

DD

20 Julai 2017 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok dengan kerjasama Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) telah mengadakan satu program derma darah di Dewan Serbaguna IKTBN Bachok.

Memetik ungkapan, “ tangan yang memberi adalah lebih baik dari menerima”, para pelajar dan kakitangan IKTBN Bachok tidak lokek untuk bersama- sama menjayakan program ini di samping turut serta dalam menderma darah. Program yang dianjurkan ini bertujuan mendidik pelajar dalam menghayati erti tolong- menolong.

Menurut salah seorang kakitangan HUSM,program yang dianjurkan bersama ini mampu untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat sesama agensi kerajaan dan juga mampu untuk menambah bekalan darah di hospital.

 

Disediakan Oleh : Muhamad Luqman Bin Nazari ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )

OBOR

Bachok, 20 Julai 2017– Pada 15 Julai 2017 yang lepas Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKTBN Bachok (Pn. Laila Nazura Bt Nawi) telah diberi penghormatan untuk membawa Obor Sukan Sea ke 29 bagi sambutan Larian Obor peringkat Jajahan Bachok .

Tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau kerana telah menjadi wakil IKTBN Bachok bagi membawa obor tersebut dari SMK Jelawat 2 ke SMK Sri Gunung.Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pelajar-pelajar IKTBN Bachok yang telah mengiringi beliau sepanjang larian tersebut berlangsung. Walaupun penat kerana telah terlibat dengan Program FIT Malaysia pada sebelah pagi beliau masih bersemangat untuk meneruskan Larian Obor yang dijadualkan pada sebelah petang.

Terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepada pihak IKTBN Bachok dalam menjayakan Larian Obor ini.

Disediakan Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )

fit

Bachok, 20 Julai 2017– Seramai 178 orang pelajar dan 30 orang pegawai IKTBN Bachok telah hadir ke Sambutan Program FIT Malaysia Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Pantai Irama Bachok pada 15 Julai 2017 yang lalu.

Pegawai dan pelajar IKTBN Bachok telah diberi penghormatan untuk menjadi sukarelawan bagi membantu pihak penganjur melicinkan sambutan program FIT Malaysia. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pegawai dan pelajar yang terlibat kerana memberikan komitmen yang baik kepada pihak penganjur sehingga program tersebut selesai dijalankan.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan program ini walaupun program ini bukanlah program anjuran IKTBN. Semoga komitmen dan semangat kesukana yang ditunjukkan akan menaikkan nama baik IKTBN Bachok di mata masyarakat dan juga pihak penganjur.

Disediakan Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )

BENGKELIS0

Bachok, 20 Julai 2017 – Pada 10 hingga 12 Julai 2017 satu bengkel bagi menyemak dan menyiapkan dokumen ISO bagi diguna pakai di IKTBN Bachok telah diadakan.

Bengkel ini merupakan kesinambungan kepada bengkel yang telah diadakan pada 21 hingga 25 Mei 2017 yang lepas. Seramai 30 orang peserta telah mengikuti bengkel ini bagi menyiapkan dokumen akhir untuk diguna pakai dalam sistem ISO yang akan dilaksanakan di IKTBN Bachok.

Semoga bengkel yang diadakan ini akan membolehkan Dokumen ISO dapat disiapkan bagi membolehkan IKTBN Bachok dipersijilkan dengan MS ISO 9001:2015 pada tahun ini. Pihak pengurusan IKTBN Bachok mengucapkan tahniah dan syabas diucapakan kepada semua peserta bengkel kerana komitmen yang tinggi dalam menjayakan bengkel ini.

Disediakan Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )

IMG 20170712 WA0017

IKTBN BACHOK SERTAI PAMERAN SEMPENA MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL SMK KG DANGAR, PASIR MAS, KELANTAN

Bachok, 16 Julai 2017- IKTBN Bachok telah menghadiri Pameran sempena Minggu Teknik dan Vokasional SMK Kg Dangar, Pasir Mas, Kelantan yang telah diadakan di pekarangan sekolah pada 12 Julai 2017.

IKTBN Bachok melalui unit Promosi telah menghantar seramai 03 orang pegawai bagi membantu memberi penerangan kepada semua pengunjung yang hadir.Semasa pameran yang diadakan pihak IKTBN Bachok juga dijemput untuk menyampaikan sedikit taklimat mengenai ILKBS kepada pengunjung.

Sepanjang program berlangsung “Booth” pameran IKTBN Bachok sentiasa dikunjungi pengunjung yang ingin bertanya mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di ILKBS dan cara untuk memohon. Diharap maklumat dan penerangan yang diberikan semasa program akan membantu pelajar yang akan menduduki SPM membuat pilihan yang terbaik bagi melanjutkan pelajaran.

Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menjemput untuk bersama memeriahkan program Minggu Teknik dan Vokasional ini. Pihak IKTBN Bachok berharap dengan pameran dan taklimat yang diberikan dapat membantu pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM membuat keputusan tentang hala tuju untuk menyambung pelajaran di bidang teknikal atau akademik.

Disediakan Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )

Halaman 10 dari 15
 
Find us on Facebook
Follow Us