Laman Utama http://kemahiran.kbs.gov.my Sun, 29 Mar 2020 16:43:36 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my KHIDMAT MASYARAKAT ASKAR WATANIAH IKTBN BACHOK, KELANTAN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3556-khidmat-masyarakat-askar-wataniah-iktbn-bachok-kelantan.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3556-khidmat-masyarakat-askar-wataniah-iktbn-bachok-kelantan.html

wataniah2019

Bachok, 24 September 2019 – Selama 3 hari 2 malam Askar Wataniah IKTBN Bachok berkampung di Kampung Kuala Nal, Kuala Krai, bagi memberikan khidmat kepada masyarakat setempat, program ini telah diadakan dari 19 hingga 21 September 2019 (Khamis - Sabtu).


Bagi memastikan program ini berjalan lancar Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menghantar seramai 04 orang pegawai yang terdiri dari 2 orang pembantu kesatria (En. Mohd Baharuddin Bin Said dan En Mohd Nasri Bin Mahmood), seorang pembantu belia dan sukan (En. Muhamad Luqman Bin Nazari) dan seorang Ustaz (Ustaz Rashid Bin Ab Hamid) bertujuan mengiringi pelajar seramai 46 orang untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat kepada penduduk setempat.

Sebanyak 05 aktiviti dijalankan semasa program antaranya Gotong Royong membersihkan masjid, Kubur dan Klinik Desa Kuala Nal, mengacau Bubur Asyura, pendengaran malam, tembak dan gerak dan bersukan. Semua aktiviti diadakan sepanjang 03 hari 2 malam program berlangsung. Tahniah dah syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Disediakan dan disunting Oleh: Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Tue, 24 Sep 2019 16:05:40 +0800
IKTBN BACHOK MERIAHKAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DENGAN PROGRAM LARIAN PATRIOTIK http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3536-iktbn-bachok-meriahkan-sambutan-bulan-kemerdekaan-dengan-program-larian-patriotik.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3536-iktbn-bachok-meriahkan-sambutan-bulan-kemerdekaan-dengan-program-larian-patriotik.html

 

Bachok, 17 September 2019 – Bagi menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan bagi tahun ini Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKTBN Bachok telah mengadakan larian Patriotik.

Larian ini telah diadakan pada 12 September 2019 dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Kamarulzaman Hassan Bin Mansor Pengarah IKTBN Bachok. Program yang bermula pada jam 08.00 pagi dengan aktiviti Senamrobik dan diakhiri dengan larian sejauh 2KM melalui kawasan kampung sekitar IKTBN Bachok.

Pihak HEP mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menjayakan program ini secara langsung atau tidak.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Tue, 17 Sep 2019 12:37:09 +0800
IKTBN BACHOK TERIMA LAWATAN DARI PELAJAR SMK TAN SRI MOHAMED YAACOB, JELI, KELANTAN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3512-iktbn-bachok-terima-lawatan-dari-pelajar-smk-tan-sri-mohamed-yaacob-jeli-kelantan.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3512-iktbn-bachok-terima-lawatan-dari-pelajar-smk-tan-sri-mohamed-yaacob-jeli-kelantan.html

LAWATAN SMKTMY

Bachok, 10 September 2019 - IKTBN Bachok menerima lawatan dari SMK Tan Sri Mohamed Yaacob, Jeli, Kelantan pada hari ini. Lawatan ini disertai oleh 44 orang pelajar dan 04 Guru pengiring.SMK Tan Sri Mohamed Yaacob merupakan Sekolah Menengah yang ke Sepuluh (10) yang telah datang melawat IKTBN Bachok pada tahun 2019.


Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi membuat lawatan ke Institut bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kursus-kursus yang ditawarkan di  IKTBN Bachok. Pihak IKTBN Bachok melalui unit promosi telah menyampaikan taklimat tentang Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) dan peranannya dalam membantu Negara memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir kepada pelajar-pelajar yang telah hadir semasa lawatan tersebut.

Selepas sesi taklimat dan penerangan pelajar-pelajar dibawa melawat bengkel-bengkel yang ada di IKTBN Bachok bagi melihat sendiri proses pembelajaran yang sedang dilaksanakan.Semoga dengan lawatan yang diadakan akan menarik minat pelajar untuk menyambung pengajian di Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS).

Pihak IKTBN Bachok masih mengalu-alukan kedatang pihak Sekolah yang ingin membuat lawatan bagi melihat secara lebih dekat proses pembelajaran kemahiran di Institut ini.

Disediakan dan disunting Oleh: Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Tue, 10 Sep 2019 16:06:35 +0800
51 WARGA IKTBN BACHOK SERTAI LARIAN PATRIOTIK NATIONAL ECO RACE KELANTAN 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3511-51-warga-iktbn-bachok-sertai-larian-patriotik-national-eco-race-kelantan-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3511-51-warga-iktbn-bachok-sertai-larian-patriotik-national-eco-race-kelantan-2019.html

eco race 2019

Bachok, 10 September 2019 – Seramai 51 orang warga IKTBN Bachok yang terdiri dari 5 orang pegawai dan 46 orang pelajar telah menyertai Larian Patriotik National Eco Race Kelantan 2019 yang dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Sukan Rekreasi Eksplorasi Massa Kelantan pada hari Sabtu 07 September 2019.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Haji Wan Roslan Bin Wan Hamat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Kelantan di iringi Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan En. Mohammad Bin Ab Rahman.

Tahniah dan syabas di ucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan larian dan mendapat medal.Sesungguhnya penyertaan anda semua telah menaikkan nama IKTBN Bachok. Terima kasih juga kepada 5 kakitangan IKTBN Bachok yang menyertai Larian yang diadakan seterusnya menamatkan larian.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Tue, 10 Sep 2019 15:12:14 +0800
IKTBN BACHOK TERIMA LAWATAN DARI PELAJAR SMK SUNGAI ASAP, GUA MUSANG DAN SMK JELI, KELANTAN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3420-smk-jeli-kelantan.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3420-smk-jeli-kelantan.html

lwtnsmksgjeli

Bachok, 08 Ogos 2019 - IKTBN Bachok menerima lawatan daari 2 buah Sekolah Menengah dalam 1 hari. Program lawatan ini telah berlangsung pada 07 Ogos 2019 yang melibatkan SMK Sungai Asap, Gua Musang pada sebelah pagi dan SMK Jeli pada sebelah petang. Lawatan dari SMK Jeli adalah lawatan Khas pertama dari pelajar dari orang asli dari suku Jahai.


Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi membuat lawatan ke Institut bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kursus-kursus yang ditawarkan di  IKTBN Bachok. Pihak IKTBN Bachok melalui unit promosi telah menyampaikan taklimat tentang Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) dan peranannya dalam membantu Negara memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir kepada pelajar-pelajar yang telah hadir semasa lawatan tersebut.

Selepas sesi taklimat dan penerangan pelajar-pelajar dibawa melawat bengkel-bengkel yang ada di IKTBN Bachok bagi melihat sendiri proses pembelajaran yang sedang dilaksanakan.Semoga dengan lawatan yang diadakan akan menarik minat pelajar untuk menyambung pengajian di Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS).

Disediakan dan disunting Oleh: Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Thu, 08 Aug 2019 14:36:23 +0800
TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG PESERTA PROGRAM “BOOTCAMP” - SCAFFOLDING SIRI 1/2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3334-tahniah-dan-selamat-datang-peserta-program-bootcamp-scaffolding-siri-1-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3334-tahniah-dan-selamat-datang-peserta-program-bootcamp-scaffolding-siri-1-2019.html

boothcamp12019

Bachok, 10 Julai 2019 – Pada 02 Julai 2019 seramai 29 orang peserta bagi Program Bootcamp – Scaffolding telah mendaftar bagi mengikuti program yang akan dilaksanakan selama sebulan.

Pihak IKTBN Bachok mengucapkan Selamat Datang kepada peserta-peserta yang telah terpilih daripada 100 orang yang hadir temuduga.Program ini akan dijalankan selama sebulan bermula pada 02 Julai 2019 dan akan berakhir pada 31 Julai 2019. Peserta-peserta akan tinggal di asrama bersama-sama dengan pelajar sepenuh masa.

Gunakanlah ilmu dan peluang yang diperolehi sepanjang 1 bulan ini sebaik-baiknya nanti. Jadikanlah program ini sebagai satu batu lonjatan untuk berjaya dalam hidup.

 

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Wed, 10 Jul 2019 09:52:38 +0800
TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU SESI 2/2019 KE IKTBN BACHOK http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3333-tahniah-dan-selamat-datang-pelajar-baharu-sesi-2-2019-ke-iktbn-bachok.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3333-tahniah-dan-selamat-datang-pelajar-baharu-sesi-2-2019-ke-iktbn-bachok.html

pendaftaran2019

Bachok, 10 Julai 2019 - Pada hari Isnin 01 Julai 2019 2019 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok telah menerima Pelajar baru bagi Sesi Julai 2019 seramai 231 orang pelajar.

 

Pada sesi ini IKTBN Bachok mengambil hampir keseluruhan bidang yang ada di IKTBN Bachok dengan kuota sebanyak 279 orang pelajar. Pada pendaftaran pertama yang dilaksanakan semalam seramai 231 orang pelajar telah melapor diri.Pihak IKTBN Bachok mengucapkan tahniah dan selamat datang serta selamat menjalani kehidupan baru sebagai ahli keluarga IKTBN Bachok.

Panggilan kedua akan diadakan pada 14 Julai 2019 bagi memenuhi kuota yang telah ditetapkan. Selamat menempuh kehidupan sebagai seorang pelajar di IKTBN Bachok.Semoga semua pelajar yang melapor diri akan tamat pengajian dengan jayanya nanti dan bukan berhenti di separuh jalan.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Wed, 10 Jul 2019 09:44:02 +0800
IKTBN BACHOK ADAKAN PERBINCANGAN MOU DENGAN SYRIKAT PUNCAK MUTIARA CAFE PENANG http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3050-iktbn-bachok-adakan-perbincangan-mou-dengan-syrikat-puncak-mutiara-cafe-penang.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3050-iktbn-bachok-adakan-perbincangan-mou-dengan-syrikat-puncak-mutiara-cafe-penang.html

mou2019

Bachok, 27 Mac 2019 - Bagi menjayakan program “Career Fest” ILKBS Zon Timur yang dijangka akan diadakan pada 03 dan 04 Mei 2019 pihak IKTBN Bachok melalui cawangan hubungan industri telah menghantar 03 orang pegawai bagi membincangkan Mou dengan Syarikat Puncak Mutiara Kafe.

IKTBN Bachok telah di wakili oleh Madam kang Foo Liew (Ketua Jabatan Teknologi Hospitaliti, En. Kamarul Anuar Bin Haron (Penolong Pengarah Hubungan Industri dan Pn. Fazlili Bt Hj Ghani. Hasil daripada perbincangan yang diadakan pihak Puncak Mutiara Cafe bersetuju untuk menandatangani Mou yang akan di tandatangani pada program Career Fest nanti.

Semoga dengan menandatangani Mou nanti kedua-dua pihak akan dapat menjalinkan kerjasama yang lebih baik lagi bagi kepentingan kedua-dua pihak.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Wed, 27 Mar 2019 16:25:24 +0800
PERHIMPUNAN MESRA BULANAN IKTBN BACHOK BAGI BULAN MAC 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3041-perhimpunan-mesra-bulanan-iktbn-bachok-bagi-bulan-mac-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3041-perhimpunan-mesra-bulanan-iktbn-bachok-bagi-bulan-mac-2019.html

PHIMPUNAN19

Bachok, 25 Mac 2019- IKTBN Bachok telah mengadakan Perhimpunan Bulanan yang ke 2 (Dua) bagi tahun 2019. Tuan rumah bagi penganjuran perhimpunan kali ini Jabatan Teknologi Awam dan Automotif.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Selamat Sultan dan seterusnya bacaan doa oleh wakil pelajar Teknologi Awam.Majlis diteruskan dengan penyampaian maklumat mengenai aktiviti semasa yang telah berlangsung dan akan berlangsung untuk makluman semua warga IKTBN Bachok.

Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan aluan dari Ketua Jabatan Teknologi Automotif En. Mohd Nasri Bin Ismail. Buat pertama kali dalam sejarah IKTBN Bachok ketua Jabatan Teknologi Automotif di beri peluang untuk memberikan ucapan semasa perhimpunan. Semoga perkara ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin 

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Mon, 25 Mar 2019 16:26:17 +0800
IKTBN BACHOK SERTAI PAMERAN SEMPENA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3040-iktbn-bachok-sertai-pameran-sempena-pengumuman-keputusan-sijil-pelajaran-malaysia-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/3040-iktbn-bachok-sertai-pameran-sempena-pengumuman-keputusan-sijil-pelajaran-malaysia-2018.html

PKERJAYA19

Bachok, 25 Mac 2019 - IKTBN Bachok melalui Unit Promosi telah menyertai 2 Karnival Kerjaya pada 14 Mac 2019 yang dianjurkan oleh pihak Sekolah bagi memberi penerangan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2018 dan juga bakal – bakal pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.

 

IKTBN Bachok telah menghantar seramai 06 orang pegawai ke 2 buah sekolah yang terlibat (SMK Badang, Kota Bharu, Kelantan dan SMK Rantau Panjang,Kelantan).Semasa pameran yang diadakan pihak IKTBN Bachok juga dijemput untuk menyampaikan sedikit taklimat kepada pengunjung yang hadir.

Sepanjang program berlangsung “Booth” pameran IKTBN Bachok sentiasa dikunjungi pengunjung yang ingin bertanya mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di ILKBS dan cara-cara untuk memohon bagi Ambilan Julai 2019. Pihak IKTBN Bachok berharap taklimat dan penerangan yang diberikan akan membantu pelajar lepasan SPM membuat pilihan yang terbaik bagi melanjutkan pelajaran sama ada di bidang kemahiran atau akademik.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Mon, 25 Mar 2019 16:24:05 +0800