Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Bachok

IKTBN Bachok (197)

FB

Bachok, 14 Mei 2017- IKTBN Bachok melalui Unit Promosi telah menyertai Festival Belia Peringkat Negeri Kelantan yang telah berlangsung pada 13 Mei 2017 bertempat di Padang Pusat Sivik, Gua Musang, Kelantan. Program ini dianjurkan oleh pihak Majlis Belia Malaysia,  Negeri Kelantan bertemakan “Kelateskills” Inovasi Mendahului Zaman. 

IKTBN Bachok telah menghantar seramai 02 orang pegawai bagi membantu memberi penerangan kepada semua pengunjung yang hadir.Booth IKTBN Bachok juga telah menarik minat YB Tuan Haji Ab Aziz Bin Yusoff, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas apabila banyak bertanya mengenai IKTBN Bachok dan kursus-kursus yang ditawarkan.

Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemput bagi menjayakan program ini. Jika ada program yang melibatkan belia dan kemahiran jangan lupa untuk menjemput pihak IKTBN Bachok.

TAC

Bachok, 08 Mei 2017 – Pada 25 hingga 27 April 2017 yang lepas Mesyuarat dan bengkel pemurnian serta penggubalan soalan peperiksaan akhir ILKBS sesi 1 tahun 2017 bagi Bidang Teknologi Awam telah diadakan di IKTBN Bachok.

Beberapa ILKBS yang menawarkan bidang teknologi awam telah terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Antara ILKBS yang menghantar pengajar bagi bengkel yang diadakan adalah IKBN Kuala langat, IKBN Kuala Perlis, IKBN Kinarut, KKBN Pontian dan IKTBN Chembong. IKTBN Bachok yang merupakan Pusat Kecemerlangan Teknologi Awam telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat dan bengkel kali ini.

Soalan yang digubal akan digunakan bagi peperiksaan akhir yang akan diadakan pada bulan Jun 2017 nanti. Semua soalan yang digubal akan dimurnikan sebelum boleh digunakan dalam Peperiksaan.

Khamis, 04 May 2017 16:30

MAJLIS PELANCARAN EKSA IKTBN BACHOK

Written by

EKSA 1

Bachok, 04 Mei 2017 - Pada 26 April 2017 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran EKSA bagi peringkat IKTBN Bachok.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah IKTBN Bachok En. Ab Rashid Bin Hj Deraman dan disaksikan oleh pegawai dan pelajar – pelajar. Dengan perasmian ini IKTBN Bachok akan cuba melaksanakan dan mempraktikan perkara-perkara yang terdapat didalam EKSA.

Diharap semua pegawai dan pelajar – pelajar akan memberikan kerjasama bagi membolehkan IKTBN Bachok disijilkan dengan EKSA. EKSA merupakan nama singkatan baagi Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Program ini adalah bagi menggantikan Program 5S yang sebelum ini diamalkan di IKTBN Bachok. Semoga dengan pelancaran ini warga IKTBN Bachok akan melaksanakan EKSA di tempat masing-masing.

WACANA

Bachok, 04 Mei 2017 - Pada 29 April 2017 telah berlangsungnya Program Seminar Pendidikan Keselamatan Kejiranan Dan Sidang Mediasi Komuniti Peringkat Negeri Kelantan yang telah diadakan di Laman Monsun Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok.

Program ini telah di anjurkan oleh Majlsi Profesor Negara  dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara Dan Instergrasi Nasional Negeri Kelantan.IKTBN Bachok yang juga merupakan jiran Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok juga tidak ketinggalan untuk menghantar peserta bagi memeriahkan lagi program tersebut. Seramai 15 orang pelajar telah terpilih bagi menyertai program ini. Majlis ini telah dirasmikan olehYBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan Bin Haji Che Rose Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara.

Pihak IKTBN Bachok berharap program ini akan diteruskan pada masa akan datang kerana ianya memberi impak yang positif ke atas pelajar yang terlibat dengan program ini.Terima kasih kepada semua pelajar yang menjayakan program ini dan semoga anda semua akan sentiasa menaikkan nama IKTBN Bachok.

IMG 3511

Bachok, 04 Mei 2017 – Semalam telah berlangsungnya satu ceramah “Iktibar Dan Pengajaran Isra’ Mikraj” bersempena dengan hari Isra’ dan Mikraj yang disambut oleh umat Islam pada Isnin yang lepas. Ceramah yang disampaikan oleh Prof. Madya Ustaz Azhar Muhammad, pensyarah Universiti Malaysia Kelantan berlangsung selepas solat maghrib yang disertai oleh seluruh warga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok.

Program yang dianjurkan ini adalah bertujuan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga IKTBN Bachok dan juga supaya pemantapan iman dapat dikukuhkan. Antara pengajaran yang di ketengahkan adalah setiap umat Islam seharusnya bersungguh - sungguh dalam mengerjakan amal ibadat terutamanya solat fardhu di mana peristiwa Isra’ dan Mikraj ini merupakan hari Allah S.W.T memperintahkan melalui utusan-Nya, Nabi Muhammad S.A.W bahawa fardhu ke atas setiap umat Islam untuk menunaikan solat.

SMKWB

Bachok, 30 April 2017- IKTBN Bachok melalui Unit Promosi telah menyertai Karnival Edu Ria 2017 yang telah berlangsung selama 2 hari bermula pada 26 dan berkhir pada 27 April 2017. Program ini dianjurkan oleh pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu bagi memberi penerangan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2016 dan juga bakal – bakal pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. 

IKTBN Bachok telah menghantar seramai 02 orang pegawai bagi membantu meberi penerangan kepada semua pengunjung yang hadir.Semasa pameran yang diadakan pihak IKTBN Bachok juga dijemput untuk menyampaikan sedikit taklimat mengenai ILKBS kepada pengunjung.

Sepanjang program berlangsung “Booth” pameran IKTBN Bachok sentiasa dikunjungi pengunjung yang ingin bertanya mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di ILKBS dan cara-cara untuk memohon bagi Ambilan Julai 2017. Diharap maklumat dan penerangan yang diberikan semasa program akan membantu pelajar lepasan SPM membuat pilihan yang terbaik bagi melanjutkan pelajaran. 

SMKSP

Bachok, 30 April 2017 - IKTBN Bachok telah menerima lawatan sambil belajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan pada 25 April 2017 (Selasa) yang dihadiri 86 orang pelajar serta 06 orang Guru Pengiring.


Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi membuat lawatan ke Institut bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kursus-kursus yang ditawarkan di  IKTBN Bachok. Pihak IKTBN Bachok melalui unit promosi telah menyampaikan taklimat tentang Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) dan peranannya dalam membantu Negara memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir kepada pelajar-pelajar yang telah hadir semasa lawatan tersebut.

Selepas sesi taklimat,penerangan dan sesi soal jawab pelajar-pelajar dibawa melawat bengkel-bengkel yang ada di IKTBN Bachok bagi melihat sendiri proses pembelajaran yang sedang berjalan. Semasa sesi lawatan ke bengkel-bengkel pihak pengajar di setiap bengkel telah mengadakan sesi demonstrasi dan soal jawab bersama pelajar. Diharap hasil lawatan yang diadakan akan dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran di bidang kemahiran dan ILKBS menjadi tempat pilihan mereka.Pihak IKTBN Bachok juga amat berbesar hati untuk menerima mana-mana sekolah yang ingin membuat lawatan sambil belajar pada masa akan datang.

IMG 3482

JOMBACA

Bachok, 27 April 2017 – Perpustakaan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok telah mengadakan Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2017.Program ini diadakan pada 25 April 2017 bertempat di ruang bacaan Perpustakaan IKTBN Bachok.

Program ini dihadiri oleh seramai 100 orang pelajar terdiri daripada pelajar di semua bahagian yang terdapat di IKTBN Bachok serta beberapa orang pegawai yang turut hadir memeriahkan majlis.  Pelbagai bahan bacaan seperti buku, novel, majalah, suratkhabar dan buletin dijadikan bahan untuk program jom baca ini.  Program ini merupakan salah satu dari program bagi mengalakkan budaya membaca kepada pelajar-pelajar dan juga kakitangan disamping dapat memberi dan menambah ilmu pengetahuan.

Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar dan juga kakitangan yang sudi hadir bagi menjayakan majlis ini. Diharap agar pelajar – pelajar akan meneruskan aktiviti membaca sepanjang masa dan bukan hanya membaca semasa program dijalankan sahaja.

TN50

Bachok, 25 April 2017 - Pada 22 April 2017 telah berlangsungnya Program Transformasi Nasional 2050 (TN50) Peringkat Negeri Kelantan 2017 yang telah diadakan di Dewan Profesional UiTM Cawangan Machang, Kelantan.

Program ini telah di anjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama UiTM Machang.IKTBN Bachok juga tidak ketinggalan untuk menghantar peserta bagi memeriahkan lagi program tersebut. Seramai 17 orang pelajar telah terpilih bagi menyertai program ini. Semasa program berlangsung salah seorang pelajar IKTBN Bachok telah berpeluang menyatakan aspirasi beliau kepada Yang Berhormat Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Pihak IKTBN Bachok berharap program ini akan diteruskan pada masa akan datang kerana ianya memberi impak yang positif ke atas pelajar yang terlibat dengan program ini.Terima kasih kepada semua pelajar yang menjayakan program ini dan semoga anda semua akan sentiasa menaikkan nama IKTBN Bachok.

HMA

Bachok, 25 April 2017 - Pada 22 April 2017 telah berlangsungnya Kelantan International Half Marathon 2017 (KIHM2017) di Pusat Tranformasi Luar Bandar Kota Bharu, Kelantan yang julung kalinya di adakan di negeri Che Siti Che Wan Kembang dengan penglibatan seramai 9,000 peserta dari seluruh pelusuk tanah air serta pelari - pelari dari luar negara.

Sebanyak 4 kategori acara yang dipertandingkan iaitu 3km, 5km, 10km dan juga 21 km yang juga merupakan acara utama dengan hadiah wang tunai sebanyak RM 7,000.00 bagi johan. Program ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Kelantan dan ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok turut sama menjayakan program tersebut dengan menghantar seramai 26 orang peserta. Larian yang bermula pada pukul 6.50 pagi itu dilepaskan oleh Dato Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.

Kehadiran YB. Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan turut menyerikan dan menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut. Majlis penyampaian hadiah dan penutup telah disempurnakan oleh YB. Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan. Memetik dari ucapan beliau, yang berharap agar budaya gaya hidup sihat dapat diteruskan dan dipraktikkan dalam kehidupan tidak mengira peringkat umur.

Halaman 11 dari 15
 
Find us on Facebook
Follow Us