Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Bachok

IKTBN Bachok (208)

WACANA

Bachok, 04 Mei 2017 - Pada 29 April 2017 telah berlangsungnya Program Seminar Pendidikan Keselamatan Kejiranan Dan Sidang Mediasi Komuniti Peringkat Negeri Kelantan yang telah diadakan di Laman Monsun Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok.

Program ini telah di anjurkan oleh Majlsi Profesor Negara  dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara Dan Instergrasi Nasional Negeri Kelantan.IKTBN Bachok yang juga merupakan jiran Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok juga tidak ketinggalan untuk menghantar peserta bagi memeriahkan lagi program tersebut. Seramai 15 orang pelajar telah terpilih bagi menyertai program ini. Majlis ini telah dirasmikan olehYBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan Bin Haji Che Rose Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara.

Pihak IKTBN Bachok berharap program ini akan diteruskan pada masa akan datang kerana ianya memberi impak yang positif ke atas pelajar yang terlibat dengan program ini.Terima kasih kepada semua pelajar yang menjayakan program ini dan semoga anda semua akan sentiasa menaikkan nama IKTBN Bachok.

IMG 3511

Bachok, 04 Mei 2017 – Semalam telah berlangsungnya satu ceramah “Iktibar Dan Pengajaran Isra’ Mikraj” bersempena dengan hari Isra’ dan Mikraj yang disambut oleh umat Islam pada Isnin yang lepas. Ceramah yang disampaikan oleh Prof. Madya Ustaz Azhar Muhammad, pensyarah Universiti Malaysia Kelantan berlangsung selepas solat maghrib yang disertai oleh seluruh warga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok.

Program yang dianjurkan ini adalah bertujuan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga IKTBN Bachok dan juga supaya pemantapan iman dapat dikukuhkan. Antara pengajaran yang di ketengahkan adalah setiap umat Islam seharusnya bersungguh - sungguh dalam mengerjakan amal ibadat terutamanya solat fardhu di mana peristiwa Isra’ dan Mikraj ini merupakan hari Allah S.W.T memperintahkan melalui utusan-Nya, Nabi Muhammad S.A.W bahawa fardhu ke atas setiap umat Islam untuk menunaikan solat.

SMKWB

Bachok, 30 April 2017- IKTBN Bachok melalui Unit Promosi telah menyertai Karnival Edu Ria 2017 yang telah berlangsung selama 2 hari bermula pada 26 dan berkhir pada 27 April 2017. Program ini dianjurkan oleh pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu bagi memberi penerangan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2016 dan juga bakal – bakal pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. 

IKTBN Bachok telah menghantar seramai 02 orang pegawai bagi membantu meberi penerangan kepada semua pengunjung yang hadir.Semasa pameran yang diadakan pihak IKTBN Bachok juga dijemput untuk menyampaikan sedikit taklimat mengenai ILKBS kepada pengunjung.

Sepanjang program berlangsung “Booth” pameran IKTBN Bachok sentiasa dikunjungi pengunjung yang ingin bertanya mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di ILKBS dan cara-cara untuk memohon bagi Ambilan Julai 2017. Diharap maklumat dan penerangan yang diberikan semasa program akan membantu pelajar lepasan SPM membuat pilihan yang terbaik bagi melanjutkan pelajaran. 

SMKSP

Bachok, 30 April 2017 - IKTBN Bachok telah menerima lawatan sambil belajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan pada 25 April 2017 (Selasa) yang dihadiri 86 orang pelajar serta 06 orang Guru Pengiring.


Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi membuat lawatan ke Institut bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kursus-kursus yang ditawarkan di  IKTBN Bachok. Pihak IKTBN Bachok melalui unit promosi telah menyampaikan taklimat tentang Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) dan peranannya dalam membantu Negara memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir kepada pelajar-pelajar yang telah hadir semasa lawatan tersebut.

Selepas sesi taklimat,penerangan dan sesi soal jawab pelajar-pelajar dibawa melawat bengkel-bengkel yang ada di IKTBN Bachok bagi melihat sendiri proses pembelajaran yang sedang berjalan. Semasa sesi lawatan ke bengkel-bengkel pihak pengajar di setiap bengkel telah mengadakan sesi demonstrasi dan soal jawab bersama pelajar. Diharap hasil lawatan yang diadakan akan dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran di bidang kemahiran dan ILKBS menjadi tempat pilihan mereka.Pihak IKTBN Bachok juga amat berbesar hati untuk menerima mana-mana sekolah yang ingin membuat lawatan sambil belajar pada masa akan datang.

IMG 3482

JOMBACA

Bachok, 27 April 2017 – Perpustakaan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok telah mengadakan Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2017.Program ini diadakan pada 25 April 2017 bertempat di ruang bacaan Perpustakaan IKTBN Bachok.

Program ini dihadiri oleh seramai 100 orang pelajar terdiri daripada pelajar di semua bahagian yang terdapat di IKTBN Bachok serta beberapa orang pegawai yang turut hadir memeriahkan majlis.  Pelbagai bahan bacaan seperti buku, novel, majalah, suratkhabar dan buletin dijadikan bahan untuk program jom baca ini.  Program ini merupakan salah satu dari program bagi mengalakkan budaya membaca kepada pelajar-pelajar dan juga kakitangan disamping dapat memberi dan menambah ilmu pengetahuan.

Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar dan juga kakitangan yang sudi hadir bagi menjayakan majlis ini. Diharap agar pelajar – pelajar akan meneruskan aktiviti membaca sepanjang masa dan bukan hanya membaca semasa program dijalankan sahaja.

TN50

Bachok, 25 April 2017 - Pada 22 April 2017 telah berlangsungnya Program Transformasi Nasional 2050 (TN50) Peringkat Negeri Kelantan 2017 yang telah diadakan di Dewan Profesional UiTM Cawangan Machang, Kelantan.

Program ini telah di anjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama UiTM Machang.IKTBN Bachok juga tidak ketinggalan untuk menghantar peserta bagi memeriahkan lagi program tersebut. Seramai 17 orang pelajar telah terpilih bagi menyertai program ini. Semasa program berlangsung salah seorang pelajar IKTBN Bachok telah berpeluang menyatakan aspirasi beliau kepada Yang Berhormat Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Pihak IKTBN Bachok berharap program ini akan diteruskan pada masa akan datang kerana ianya memberi impak yang positif ke atas pelajar yang terlibat dengan program ini.Terima kasih kepada semua pelajar yang menjayakan program ini dan semoga anda semua akan sentiasa menaikkan nama IKTBN Bachok.

HMA

Bachok, 25 April 2017 - Pada 22 April 2017 telah berlangsungnya Kelantan International Half Marathon 2017 (KIHM2017) di Pusat Tranformasi Luar Bandar Kota Bharu, Kelantan yang julung kalinya di adakan di negeri Che Siti Che Wan Kembang dengan penglibatan seramai 9,000 peserta dari seluruh pelusuk tanah air serta pelari - pelari dari luar negara.

Sebanyak 4 kategori acara yang dipertandingkan iaitu 3km, 5km, 10km dan juga 21 km yang juga merupakan acara utama dengan hadiah wang tunai sebanyak RM 7,000.00 bagi johan. Program ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Kelantan dan ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok turut sama menjayakan program tersebut dengan menghantar seramai 26 orang peserta. Larian yang bermula pada pukul 6.50 pagi itu dilepaskan oleh Dato Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.

Kehadiran YB. Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan turut menyerikan dan menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut. Majlis penyampaian hadiah dan penutup telah disempurnakan oleh YB. Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan. Memetik dari ucapan beliau, yang berharap agar budaya gaya hidup sihat dapat diteruskan dan dipraktikkan dalam kehidupan tidak mengira peringkat umur.

KHIDMATMASY

20 April 2017, Bachok - Pada 18 April 2017 yang lalu telah berlangsungnya  satu program kemasyarakatan yang melibatkan peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda bagi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok.

Program kemasyarakatan yang berlangsung di Rumah Sri Kenangan Kemumin, Pengkalan Chepa yang mana melibatkan seramai 33 orang peserta yang juga merupakan pelajar IKTBN Bachok. Program yang diadakan adalah bertujuan memupuk dan memberi kesedaran kepada para peserta mengenai kasih sayang terhadap warga emas dan juga merangsang pembangunan modal insan dalam kalangan peserta.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi beramah mesra bersama penghuni serta gotong - royong membersihkan kawasan sekitar rumah seri kenangan. Program yang berlangsung selama 3 jam itu berakhir pada pukul 6 petang dengan upacara penyampaian cenderamata kepada pegawai dari rumah seri kenangan, En. Shahrizal dan juga sesi bergambar kenang- kenangan.Semoga aktiviti ini memberi kesedaran kepada semua peserta menyanyangi orang-orang tua.

BP1

 

Bachok, 19 April 2017 - IKTBN Bachok telah menerima Lawatan sambil belajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Baroh Pial, Rantau panjang pada 18 April 2017 (Selasa) yang disertai 40 orang pelajar serta 04 orang Guru Pengiring. 

Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi membuat lawatan ke Institut bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kursus-kursus yang ditawarkan di  IKTBN Bachok. Pihak IKTBN Bachok melalui unit promosi telah menyampaikan taklimat tentang Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) dan peranannya dalam membantu Negara memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir kepada pelajar-pelajar yang telah hadir semasa lawatan tersebut.

Selepas sesi taklimat,penerangan dan sesi soal jawab pelajar-pelajar dibawa melawat bengkel-bengkel yang ada di IKTBN Bachok bagi melihat sendiri proses pembelajaran yang sedang berjalan. Semasa sesi lawatan ke bengkel-bengkel pihak pengajar di setiap bengkel telah mengadakan sesi demonstrasi dan soal jawab bersama pelajar. Diharap hasil lawatan yang diadakan akan dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran di bidang kemahiran dan ILKBS menjadi tempat pilihan mereka.Pihak IKTBN Bachok juga amat berbesar hati untuk menerima mana-mana sekolah yang ingin membuat lawatan sambil belajar pada masa akan datang.

BIDIT

Bachok, 18 April 2017– Pada 17 April 2017 IKTBN Bachok telah menghantar seramai 64 orang peserta bagi menyertai Program “Business In Digital Start Up (BIDIT) yang telah diadakan di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan.

Program ini yang dianjurkan oleh pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama SME Bank bertujuan menarik minat pelajar menyertai bidang keusahawan secara Digital.Selain dari IKTBN Bachok pihak IKBN Wakaf Tapai juga menghantar 40 orang pelajar untuk menyertai program ini.Banyak informasi berguna yang diberikan sepanjang program berjalan dari pukul 09.00 pagi hingga 01.00 petang. Selain pelajar dari IKTBN Bachok dan IKBN Wakaf Tapai terdapat juga peserta-peserta luar yang telah mempunyai perniagaan sendiri menyertai program ini.

Diharap program ini dapat menarik minat pelajar yang terlibat untuk menyertai bidang keusahawanan selepas tamat pengajian. Pelajar yang dipilih adalah dari kesemua jabatan yang ada di IKTBN Bachok walaupun fokus utama adalah pelajar didalam bidang Teknologi Hospitaliti.Semoga ilmu yang disampaikan dapat digunakan oleh pelajar dengan sebaiknya.

Halaman 12 dari 15
 
Find us on Facebook
Follow Us