Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia
Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan
IKTBN BACHOK LAKSANAKAN KURSUS INDUKSI SLDN (CUSTOMISED)
Bachok, 26 Mac 2017– Pada 22 Mac 2017 (Rabu) telah diadakan Kursus Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) - Customised khas untuk pengajar-pengajar yang akan terlibat dengan sistem ini.
Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah IKTBN Bachok En. Ab rashid Bin Hj Deraman.Kursus ini telah diadakan selama 1 hari bermula 09.00 pagi dan tamat pada jam 05.00 petang yang telah dihadiri seramai 40 orang tenaga pengajar dari semua Jabatan di IKTBN Bachok. Penceramah yang dijemput adalah daripada Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Shah Alam seramai 2 orang iaitu En. Mohd Sukri Bin Musa dan En. Muhammad Ezzas Bin Abu Bakar.
Diharap kursus yang diadakan akan memantapkan lagi pelaksanaan program SLDN di Institut ini pada masa depan.Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan kursus ini secara langsung atau tidak langsung.
KOLOKIUM KESERAKANAN DAN KEBERSAMAAN ANTARA IKTBN BACHOK DENGAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
Bachok, 26 Mac 2017– Satu Kolokium telah diadakan pada 23 Mac 2017 yang lalu antara IKTBN Bachok dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi membincangkan kerjasama yang boleh diadakan bersama.Kolokium ini telah diadakan di Bilik Lembaga Senat UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa yang dipengerusikan YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mortaza Mohamed Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan.
Kolokium ini diadakan bagi membincangkan lebih lanjut tentang kerjasama yang boleh dilaksanakan antara pihak IKTBN Bachok dan UMK. Perbincangan yang diadakan telah dibahagikan mengikut kumpulan-kumpulan kecil antaranya Kluster Akademik iaitu Pengambilan Pelajar, “Joint Award Certificate, Libat Sama Institut Perusahaan Kecil & Sederhana (ISME) dan kerjasama pameran dan pembelajaran mengenai perabot. Kluster lain adalah Kluster Gunasama Prasarana seperti penyewaan asrama dan fasiliti serta perbincangan kluster pengajian sepanjang hayat seperti Perkhidmatan Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dan Lanjutan pengajian tenaga pengajar.
Pihak IKTBN Bachok diwakili seramai 27 orang pegawai yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) Hajah Kamariah Bt Mahmood dan Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar) Hajah Laila Nazura Bt Nawi.Hasil Kolokium ini akan dihantar ke Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
PAMERAN RESULT (SPM) 2016
Bachok, 16 Mac 2017- IKTBN Bachok telah menghadiri Pameran Kerjaya sempena hari penyampaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang telah diadakan pada 16 Mac 2017 (Khamis).
Pada tahun ini IKTBN Bachok mendapat jemputan dari 5 buah sekolah menengah dari Kelantan dan juga 1 dari Terengganu bagi mengadakan pameran serta memberikan sedikit taklimat kepada pelajar lepasan SPM yang akan mengambil keputusan. Antara Sekolah yang terlibat adalah SMK Tanjong Mas, SMK Badang, SMK Rantau Panjang, SMK Laloh, SMK Jelawat, Kelantan dan SMK Tengku Ibrahim, Bandar Permaisuri, Terengganu. Walaupun menerima jemputan yang banyak pihak IKTBN Bachok hanya mampu menghadiri pameran di 2 buah sekolah sahaja kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.
Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menjemput untuk bersama memeriahkan majlis penyampaian keputusan SPM 2016. Pihak IKTBN Bachok berharap dengan pameran dan taklimat yang diberikan dapat membantu pelajar-pelajar lepasan SPM membuat keputusan tentang hala tuju untuk menyambung pelajaran di bidang teknikal atau akademik.
LAWATAN DARI SMK SULTAN IBRAHIM (1) DAN SMK CHABANG EMPAT
Bachok, 15 Mac 2017 - IKTBN Bachok telah menerima Lawatan sambil belajar selama 2 hari berturut - turut bermula dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1) Pasir Mas pada 14 Mac 2017 yang disertai 80 orang pelajar serta 08 orang Guru Pengiring. Pada hari berikutnya 15 Mac 2017 pula pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat Tumpat pula datang membuat lawatan. Lawatan Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat Tumpat disertai 40 orang pelajar dan 04 Guru Pengiring.
Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi membuat lawatan ke Institut bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kursus-kursus yang ditawarkan di IKTBN Bachok. Pihak IKTBN Bachok melalui unit promosi telah menyampaikan taklimat tentang IKBN/IKTBN dan peranannya dalam membantu Negara memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir kepada pelajar-pelajar yang telah hadir semasa lawatan tersebut. Selepas sesi taklimat dan penerangan pelajar-pelajar dibawa melawat bengkel-bengkel yang ada di IKTBN Bachok bagi melihat sendiri proses pembelajaran yang sedangan dilaksanakan. Pihak IKTBN Bachok juga amat berbesar hati untuk menerima mana-mana sekolah yang ingin membuat lawatan sambil belajar pada masa akan datang.
Bachok, 12 Mac 2017– Pasukan Sepak Takraw IKTBN Bachok telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Piala Tok Pa yang di anjurkan oleh Majlis Belia Kelantan. IKTBN Bachok yang membawa bendera ILKBS telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 05 Pelajar dan seorang Jurulatih.
Kejohanan ini telah berlangsung selama 02 hari bermula 10 Mac 2017 dan berakhir pada 11 Mac 2017 yang disertai 90 pasukan dari seluruh negeri Kelantan. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan dan perasmian penutup oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Walaupun memberi tentangan yang sengit dan semangat juang yang tinggi pasukan Sepak Takraw IKTBN Bachok gagal melepasi peringkat kumpulan yang terdiri daraipada 3 pasukan. Pasukan Sepak Takraw IKTBN Bachok telah mengalami kekalahan dalam kedua-dua perlawanan peringkat Kumpulan dan gagal layak ke peringkat seterusnya. Kejohanan ini sedikit sebanyak memberi pengalaman yang berguna kepada pasukan Sepak Takraw IKTBN Bachok. Semoga berjaya di kejohanan yang akan datang.
Bachok, 08 Mac 2017- IKTBN Bachok dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Bachok telah mengadakan satu program yang diberi nama “Tomorrow Leader”.
MESYUARAT KESERAKANAN DAN KEBERSAMAAN ANTARA IKTBN BACHOK DENGAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
Bachok, 15 Februari 2017– Satu mesyuarat telah diadakan pada 12 Februari 2017 yang lalu antara IKTBN Bachok dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi membincangkan kerjasama yang boleh diadakan bersama.Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama IKTBN Bachok yang dipengerusikan sendiri oleh Tuan Pengarah IKTBN Bachok En. Ab. Rashid Bin Hj Deraman, manakala pihak UMK menghantar 2 orang pegawai kanan untuk menghadiri mesyuarat ini.
Mesyuarat ini merupakan susulan daripada perbincangan yang telah diadakan pada 16 Januari 2017. Antara isi perkara yang dibincangkan pada mesyuarat kali ini adalah berkaitan dengan Kluster Akademik iaitu Pengambilan Pelajar, “Joint Award Certificate, Libat Sama Institut Perusahaan Kecil & Sederhana (ISME) dan kerjasama pameran dan pembelajaran mengenai perabot. Perkara lain yang dibincangkan adalah mengenai Kluster Gunasama Prasarana seperti penyewaan asrama dan fasiliti serta perbincangan kluster pengajian sepanjang hayat seperti Perkhidmatan Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dan Lanjutan pengajian tenaga pengajar.
Mesyuarat yang diadakan mendapat respon yang positif daripada pihak Universiti Malaysia Kelantan. Pihak IKTBN Bachok berharap kerjasama yang dibincangkan dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat.
Bachok, 15 Februari 2017- IKTBN Bachok telah menerima delegasi dari Kolej Vokasional Bachok yang membuat lawatan penanda aras SKM pada 14 Februari 2017.
Lawatan ini terdiri daripada 14 orang Guru dari Kursus Pakaian Wanita (PPW), Pengurusan Pejabat (PPJ) dan Guru Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK). Tujuan lawatan adalah bagi mempelajari teknik-teknik penyusunan fail dan eviden pelajar, mengetahui kaedah pentaksiran eviden pelajar mengikut Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), melihat contoh-contoh soalan pentaksiran berterusan (PB) dan menyusun dan merancang program untuk pelajar SKM.
Pihak IKTBN Bachok amat mengalu-alukan kedatangan delegasi lawatan ini bagi membantu pihak Kolej Vokasional meningkatkan kefahaman tentang cara-cara menguruskan eviden pelajar dan pengurusan fail. Pihak IKTBN Bachok berharap dengan penerangan yang diberikan pihak Kolej Vokasional Bachok mendapat ilmu dan pengetahuan yang berguna.
Bachok, 13 Februari 2017- IKTBN Bachok telah mengadakan Perhimpunan Bulanan yang ke dua (2) bagi tahun 2017. Tuan rumah bagi penganjuran perhimpunan mesra bulanan bagi kali ini adalah Jabatan Teknologi Automotif.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil pelajar Automotif seterusnya penyampaian maklumat mnengenai aktiviti semasa yang telah berlangsung dan akan berlangsung untuk makluman semua warga IKTBN Bachok.
Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan dan amanat dari Pengarah IKTBN Bachok Tuan Ab. Rashid Bin Hj Deraman. Selepas selesai amanat dari Pengarah IKTBN Bachok majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan bilik terbersih bagi bulan Januari 2017 dan sumbangan hari lahir oleh pihak Kelab Kakitangan IKTBN Bachok kepada pegawai yang menyambut hari lahir pada bulan Februari.
Bachok, 13 Februari 2017- IKTBN Bachok telah menyertai pameran di Program Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) 2017 – Zon Timur bagi mewakili Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.
Program ini telah berlangsung selama 2 hari bermula pada 11 Februari 2017 (Sabtu) dan berakhir pada 12 Februari 2017 (Ahad). Pihak IKTBN Bachok telah menghantar seramai 4 orang pegawai bagi menyampaikan maklumat mengenai Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) sepanjang program berlangsung.
Pihak Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia juga menghantar 2 orang pegawai bagi membantu menyampaikan maklumat mengenai ILKBS kepada pengunjung yang mengunjungi “Booth” ILKBS. Kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran ke ILKBS bagi ambilan Julai 2017 boleh lah melayari Laman Web berikuthttp://upu.mohe.gov.my. Sila dapatkan Nombor Pin BSN di Cawangan Bank Simpanan Nasional yang terdekat sebelum memohon.
Tanah Merah, 09 Februari 2017 - Pada 06 Februari 2017 telah berlangsung Majlis Penyerahan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan kepada Kementerian Belia dan Sukan.
Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ir. Haji Razani Ab. Lazid, Pengarah JKR Negeri Kelantan bagi pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia kepada Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia yang diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Tuan Nik Abdul Kadir Bin Nik Mohammad. Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Ybrs. Dr. Hajah Wasitah Binti Mohd Yusof, Pengarah IKTBN Bachok, Tuan Ab. Rashid Bin Hj. Deraman dan juga pegawai – pegawai Kerajaan dari Jajahan Tanah Merah, Kelantan.
Dalam ucapan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, beliau berharap agar institut yang bakal beroperasi ini dapat melahirkan lebih ramai belia yang berkemahiran pada masa akan datang.
Bachok, 26 Januari 2017 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok dengan kerjasama 2 Hospital utama di Kelantan iaitu Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) telah mengadakan program kemasyarakatan derma darah.
Memetik ungkapan, “tangan yang memberi adalah lebih baik dari menerima”, para pelajar dan kakitangan IKTBN Bachok tidak lokek untuk bersama- sama menjayakan program ini di samping turut serta dalam menderma darah.
Menurut salah seorang kakitangan HUSM,program yang dianjurkan bersama ini mampu untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat sesama agensi kerajaan dan juga mampu untuk menambahkan bekalan darah di hospital yang memerlukan. Beliau juga berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Pihak IKTBN Bachok mengucapakan terima kasih kepada kedua-dua buah Hospital kerana sudi menjalin kerjasama dalam membantu golongan yang memerlukan bantuan. Semoga dengan penganjuran program ini.
Bachok, 17 Januari 2017 - Pada 15 Januari 2017 (Ahad) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Mesyuarat Penubuhan Persatuan Alumi ILKBS yang telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, YBRS. Dr. Hajah Wasitah Binti Hj. Mohd Yusof.
Mesyuarat yang berlangsung di Sri Bayu Hall telah dipengerusikan oleh En. Badari Bin Awang Damit, Pengarah Cawangan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar (BPKB) dan dihadiri oleh bekas-bekas pelajar dari setiap IKBN/ IKTBN.
Objektif mesyuarat adalah untuk merangka penubuhan dan seterusnya mengerakkan Persatuan Alumni ILKBS untuk terus menjadi medan yang menghubungkan sesama bekas pelajar dan seterusnya membina jaringan dalam berkongsi pendapat mahupun panduan ke arah kejayaan.
Dalam pada itu, turut dijayakan Majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Banjir menerusi Persatuan Pegawai Belia Dan Sukan yang disempurnakan oleh YBRS. Dr. Hajah Wasitah Binti Hj. Mohd Yusof, yang juga YDP bagi Persatuan Pegawai Belia Dan Sukan kepada pegawai - pegawai Kementerian Belia dan Sukan sekitar Kelantan yang terjejas akibat banjir baru- baru ini.
Bachok, 12 Januari 2017 - Bahagian Penyelarasan dan Kawalan Kualiti IKTBN Bachok telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Bahan Pembelajaran pada 08 hingga 11 Januari 2017 bertempat di Makmal ICT IKTBN Bachok.
Seramai 40 orang pegawai yang terdiri daripada pengajar-pengajar teknikal dan juga Subjek Umum telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel ini diadakan bagi menyelaras soalan-soalan penilaian, muka hadapan dan dokumen yang berkaitan dengan pembelajaran pelajar bagi tahun 2017.
Sesi penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah IKTBN Bachok pada 11 Janauri 2017 bertempat di bilik Mesyuarat selepas selesai sesi pembentangan oleh setiap pengajar yang terlibat dalam menjayakan bengkel tersebut.
© Hak Cipta Terpelihara 2018 Kementerian Belia Dan Sukan