Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Bachok

IKTBN Bachok (206)

PB1

BACHOK, 02 Oktober 2016 - Pada 30 September dan 01 Oktober 2016, Institut Kemahiran Tinggi  Belia Negara (IKTBN) Bachok dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSN) telah menganjurkan Kejohanan Liga Paintball Peringkat IKTBN Bachok di Gelanggang Paintball Politeknik Kota Bharu.

Seramai 50 orang pelajar IKTBN Bachok dan 8 orang pegawai dari Unit Hal Ehwal pelajar  IKTBN Bachok turut menyertai kejohanan tersebut. Objektif kejohanan dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar IKTBN Bachok berkenaan sukan ekstrem di samping dapat memupuk semangat kerjasama dalam pasukan.

Sebelum kejohanan, para peserta diberikan taklimat berkenaan dengan cara bermain dan undang - undang permainan dan seterusnya sesi percubaan dijalankan. Kejohanan tersebut dipantau oleh pengadil- pengadil yang bertauliah yang juga merupakan para pelajar Politeknik Kota Bharu. Di akhir kejohanan, majlis perasmian penutup disempurnakan oleh wakil JBSN Kelantan, En. Azimin Bin Ismail dengan gimik tembakan.

Selasa, 30 August 2016 18:13

Selamat Melawat IKTBN BACHOK

Written by

SMIKTBNB

Bachok, 29 Ogos 2016 - IKTBN Bachok telah menerima Lawatan sambil belajar dari SMK Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan pada 28 Ogos 2016 yang disertai seramai 37 orang pelajar serta 03 orang Guru Pengiring. Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi membuat lawatan ke Institut bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kursus-kursus yang ditawarkan di  IKTBN Bachok.


Pihak IKTBN Bachok melalui unit promosi telah menyampaikan taklimat tentang IKBN/IKTBN dan peranannya dalam membantu Negara memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir kepada pelajar-pelajar yang telah hadir semasa lawatan tersebut. Pihak IKTBN juga amat berbesar hati untuk menerima mana-mana sekolah yang ingin membuat lawatan sambil belajar ke IKTBN Bachok pada masa akan datang.

RUU

Bachok, 29 Ogos 2016-   Pada 25 Ogos 2016, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok telah menerima kunjungan daripada Institut Kajian Strategi Islam Malaysia(IKSIM) yang menganjurkan Seminar Transformasi Pemikiran Islam.

Seminar yang turut menerapkan mengenai pindaan Rang Undang- undang 355 bertujuan memberi pendedahan kepada seluruh warga IKTBN Bachok mengenai pindaan tersebut dan impak yang positif kepada seluruh umat Islam. Seminar yang bermula pada jam 9.00 pagi itu telah dihadiri oleh seluruh warga IKTBN Bachok dengan tujuan menambah ilmu pengetahuan.

RUU2

BMPP

Bachok, 21 Ogos 2016 - “Jika kamu mahu ingin melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.” Saidina Ali. R.A.

Pada 16 Ogos 2016, Muhammad Aidie Adha Hamzah, Azlansyah Najaruddin dan Sabreena Es Samasu yang merupakan pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok telah menghadiri Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Negeri Kelantan anjuran Kolej Teknologi Darul Naim bersempena dengan majlis konvokesyen kolej tersebut.

Persidangan yang turut melibatkan mahasiswa dari beberapa buah institut pengajian tinggi dan persatuan di sekitar Negeri Kelantan seperti Persatuan Haluan Siswa, Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu dan juga Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli bermula pada jam 8.00 malam. Persidangan yang bertemakan “Mencari Penyelesaian Sehingga Noktah” mengajak para mahasiswa dan mahasiswi untuk berkongsi idea mengenai 3 faktor utama dalam pembangunan sesebuah negara iaitu politik, ekonomi dan sosial.

Selain itu, persidangan ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan mahasiswa di samping menjadi platform untuk melatih para mahasiswa dalam meningkatkan jati diri. Menurut Muhammad Aidie Adha, peserta persidangan “ Program yang berunsurkan perbincangan dan pembentangan ini mampu meningkatkan pengetahuan dengan lebih mendalam mengenai pembangunan sesebuah negara di samping menyemai semangat cinta akan negara dalam diri setiap mahasiswa.”

Persidangan Kepimpinan tersebut berakhir  pada jam 11.00 malam dengan upacara penyampaian sijil penyertaan dan juga sesi bergambar.

Khamis, 25 August 2016 19:46

IKTBN BACHOK PILIH GAYA HIDUP SIHAT

Written by

 

P8

BACHOK, 21 OGOS - “Otak yang sihat datangnya dari tubuh badan yang sihat.”  Perumpamaan yang seiring dengan gaya hidup sihat yang dipilih oleh warga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok.

Di Dewan Serba guna IKTBN Bachok, telah berlangsungnya perhimpunan bulanan untuk bulan Ogos yang telah dianjurkan oleh Jabatan Hospitaliti. Tema bagi perhimpunan kali ini diterapkan dengan unsur- unsur kemerdekaan memandangkan  negara kita bakal menyambut kemerdekaan yang kali ke- 59 pada bulan ini. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ialah penyampaian hadiah kepada pemenang aktiviti yang telah berlangsung, sambutan hari lahir, dan penyampaian hadiah bilik terbersih.

Sejurus selesai perhimpunan, sesi senaman aerobik dijalankan dengan dikendalikan oleh jurulatih aerobik jemputan. Aktiviti yang disertai oleh kakitangan termasuklah pengarah IKTBN Bachok, En. Ab. Rashid bin Hj. Deraman dan juga semua pelajar IKTBN Bachok menjadi meriah dengan muzik rancak yang dimainkan. Bagi pengarah IKTBN Bachok, aktiviti aerobik seperti ini mampu mengeratkan kemesraan yang lebih utuh bukan sahaja dalam kalangan kakitangan malah di antara pelajar dengan kakitangan.

Khamis, 25 August 2016 19:42

BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH

Written by

PB

BACHOK, 21 OGOS - Pada 20 Ogos 2016, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok telah menghantar dua pasukan yang terdiri daripada pelajar bagi menyertai Kejohanan Liga Paintball TaHa@U Zon Timur 2016 anjuran Tabung Haji. Kejohanan yang berlangsung di Politeknik Kota Bharu turut disertai oleh 50 pasukan dari IPTA/IPTS sekitar Kelantan, Terengganu dan Pahang menjadikan kejohanan tersebut bertambah meriah.

Penyertaan kejohanan ini merupakan kali pertama buat IKTBN Bachok yang ingin mencuba nasib dan keputusan akhir kejohanan membuahkan hasil di mana salah satu pasukan yang diwakili oleh pelajar IKTBN Bachok berada dalam kelompok 5 terbaik dari keseluruhan 52 pasukan yang bertanding.

Kejayaan Pasukan Paintball IKTBN Bachok turut dikongsi bersama seluruh warga IKTBN Bachok pada Perhimpunan Bulanan Bulan Ogos dengan upacara penyampaian medal dan juga wang tunai yang diperoleh dari kejayaan tersebut.

Dalam ucapan Pengarah IKTBN Bachok, En. Ab. Rashid Bin Hj. Deraman beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pelajar yang berusaha sedaya upaya demi mencapai kejayaan dan menaikkan nama institusi. Beliau turut menegaskan bahawa prinsip kerjasama dan semangat tidak berputus asa haruslah seiring dengan usaha untuk berjaya tidak kira dalam apa jua yang dilakukan.

SLK

Bachok, 08 Mei 2016 – Pada 05 Mei 2016 IKTBN Bachok telah melaksanakan Program Seminar Latihan Kemahiran (SLK) yang merupakan satu program pendedahan awal kepada belia mengenai peluang menyertai program latihan serta lain-lain program berkaitan yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia Dan Sukan (KBS).

Program ini telah disertai oleh seramai 160 peserta yang terdiri dari pelajar dan juga belia lepasan sekolah. Antara sekolah yang menyertai program ini adalah SMK Tumpat, SMK Sri Wangi dan SMK Kubang Kerian 3 serta peserta dari Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan.

Antara pengisian program ini adalah taklimat ringkas mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di IKBN/IKTBN, lawatan ke bengkel-bengkel yang ada di IKTBN Bachok serta demonstrasi ringkas oleh Pelajar dari Jurusan Scaffolding-Tubular dan pelajar dari jurusan penyajian (F&B).

 

Ahad, 07 February 2016 15:37

Program Gerbang Kerjaya IKTBN Bachok 2015

Written by

08 Oktober 2015 – IKTBN Bachok - Sukacita dimaklumkan bahawa IKTBN Bachok akan mengadakan Program Gerbang Kerjaya bagi Tahun 2015.

BACHOK, 10 OKTOBER 2015 – Bermula jam 08.00 pagi bertempat di Padang Kawad Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok Pelajar dan Pegawai berkumpul untuk memulakan acara Larian Merentas Desa.

Ahad, 07 February 2016 15:34

Gerbang Kerjaya IKTBN Bachok 2015

Written by

BACHOK, 15 OKTOBER 2015 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok telah mengadakan Hari Gerbang Kerjayanya pada hari ini. Program ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira pukul 01.00 tengah hari.

Halaman 15 dari 15
 
Find us on Facebook
Follow Us