Laman Utama http://kemahiran.kbs.gov.my Wed, 05 Aug 2020 21:15:27 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my PELAJAR IKTBN BACHOK BERSAMA 1000 PELAJAR IPT SERTAI PROGRAM SATU JAM BERSAMA Al-QURAN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2999-pelajar-iktbn-bachok-bersama-1000-pelajar-ipt-sertai-program-satu-jam-bersama-al-quran.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2999-pelajar-iktbn-bachok-bersama-1000-pelajar-ipt-sertai-program-satu-jam-bersama-al-quran.html

QURANHOURS

BACHOK 17 Mac 2019 - 48 orang pelajar IKTBN Bachok bersama dengan 1000 penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negeri Kelantan bersama-sama membaca Al-Quran secara serentak selama satu jam melalui program Siswa #Quran Hour, yang berlangsung di Masjid UMK Bachok, Kelantan, hari ini.

Program yang diaktifkan oleh Pusat Islam, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNNK), itu bermula pada jam 8 pagi sehingga 2 petang.

Antara pelajar IPT awam lain yang terdiri daripada pelajar UMK, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM).

Program Siswa Quran Hour turut menampilkan Johan bagi Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2018, Abdulah Fahmi Che Nor, yang memperdengarkan bacaan surah al – Mukminun ayat 1 hingga 16.

Pada program itu, setiap peserta diberikan beberapa muka surat dan mereka mengaji serentak menghabiskan 114 surah selama satu jam.

Menurut Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Noor Azizi Ismail, program Siswa Quran Hour ini amat bertepatan bagi memperkasakan lagi pembudayaan dan penghayatan al-Quran dalam kehidupan kita.

Beliau berkata, kerjasama antara Pusat Islam UMK dan PRNNK amat tepat pada masanya untuk kita sama-sama memperkasakan ruh al-Quran kepada warga universiti khususnya, dan juga kepada masyarakat umumnya.

“Menerusi program ini, dapat mempertingkatkan nilai dan kualiti insan yang bukan sahaja melalui pembacaan al-Quran tetapi juga mampu menghayati dan menterjemahkan dalam kehidupan seharian.

“Al-Quran merupakan satu-satunya mukjizat daripada Allah SWT yang masih wujud dan dapat dimanfaatkan oleh kita sebagai hambaNya dan wahyu pertama yang diturunkan iaitu ayat 1 hingga 5 surah al-Alaq dan seterusnya, menjadi asas perkembangan dan kemajuan menakjubkan zaman kegemilangan Tamadun Islam suatu ketika dahulu khususnya pada abad ke 9 sehingga abad ke 15,” katanya pada majlis perasmian Siswa Quran Hour, di Masjid UMK Bachok.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli, Pengarah Pusat Islam, Prof. Madya Dr. Azhar Muhammad dan Pengerusi PRNNK, Dato’ Adnan Hashim.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Azhar berkata, program hari ini berjaya menghimpunkan para pelajar IPT yang merupakan generasi muda yang menjadi aset penting kepada masa depan negara.

Saya percaya kita mampu menghasilkan pelajar atau mahasiswa yang seimbang dan berjaya dalam segenap aspek jika kita meletakkan al-Quran sebagai teras dalam kehidupan.

“Kejayaan graduan bukan sahaja diukur dari sudut kelulusan akademik semata-mata, tetapi juga kualiti kemanusiaan atau nilai keinsanan yang menjadi perhatian,” katanya.

 

Disediakan oleh : Nadia Bt Mat Isa

Disunting oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Mon, 18 Mar 2019 15:00:22 +0800
MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PERINGKAT IKTBN BACHOK 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2868-minggu-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-peringkat-iktbn-bachok-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2868-minggu-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan-peringkat-iktbn-bachok-2019.html

minggu keselamatan

Bachok, 30 Januari 2019 – Setelah tamatnya minggu paradigma program pelajar diteruskan pula dengan minggu keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Program yang berjalan selama 03 hari bermula pada hari ahad Selasa 15 Januari 2019 selepas pelajar lama melapor masuk ke Institut. Program ini melibatkan semua pegawai dan pelajar IKTBN Bachok.Bermula dengan slot ceramah oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan berakhir dengan slot ceramah kesihatan yang disampaikan oleh pihak Hospital universiti Sains Malaysia.Bagi kursus tahun ini pelajar didedahkan dengan aspek-aspek keselamatan dan juga kesihatan semasa menggunakan alatan dibengkel.

Harapan pihak IKTBN Bachok agar program ini diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ilmu yang diterima sepanjang program amat berguna untuk semua.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Wed, 30 Jan 2019 16:33:04 +0800
KULIAH MAGHRIB DAN SOLAT HAJAT PERDANA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2834-kuliah-maghrib-dan-solat-hajat-perdana.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2834-kuliah-maghrib-dan-solat-hajat-perdana.html

SOLAT HAJAT

Bachok, 17 Januari 2019 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok telah mengadakan Kuliah Maghrib dan Solat Hajat Perdana sempena kemasukan pelajar baru dan kemasukkan semula pelajar lama ke Institut.

Program ini telah dilaksanakan di surau IKTBN Bachok selepas solat Maghrib yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Dan Hal Ehwal Pelajar En. Mohammad Bin Ab Rahman serta beberapa dan semua pelajar.

Program ini dijalankan adalah bagi memohon agar tahun 2019 akan menjadi tahun yang cemerlang bagi IKTBN Bachok.Semoga program ini akan diteruskan pada masa-masa yang akan datang kerana ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pegawai serta kakitangan dengan pelajar-pelajar IKTBN Bachok.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Thu, 17 Jan 2019 15:21:11 +0800
557 WARGA IKTBN BACHOK DERMA DARAH http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2833-557-warga-iktbn-bachok-derma-darah.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2833-557-warga-iktbn-bachok-derma-darah.html

Derma Darah

Bachok, 17 Januari 2019 - Seramai 462 pelajar dan 95 staf Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok Kelantan menyertai program derma darah sempena pendaftaran pelajar barunya di Dewan Serbaguna institut itu baru-baru ini.
 
TImbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajarnya Muhammad Abd Rahman berkata, program ' Setitis Darah Harapan Sejuta Nyawa’ yang dianjurkan ini adalah untuk menampung bekalan darah di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian dan Hospital Daerah Machang Kelantan.
 
Sokongan dan keikhlasan menderma darah oleh staf dan pelajar IKTBN Bachok ini perlu diberi pujian kerana rata-rata yang menderma darah ini bersedia dan beratur lebih awal sebelum kaunter yang dikendalikan oleh 40 staf dari kedua hospital ini menyediakan katil untuk menderma.
 
'Saya kagum dengan semangat kesukarelaan warga institut ini sekaligus dapat menambahkan bekalan darah yang diperlukan' katanya ketika dihubungi.Dalam pada itu tinjauan sekitar dewan memperlihatkan keceriaan wajah mereka kerana dapat menderma darah bagi mereka yang memerlukan.
 
Disunting Oleh: Basok Alwi Kalle Mangadji
Gambar Oleh: Muhammad Luqman Bin Nazari
]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Thu, 17 Jan 2019 14:45:02 +0800
MINGGU PARADIGMA PELAJAR BARU SESI JANUARI 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2821-minggu-paradigma-pelajar-baru-sesi-januari-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2821-minggu-paradigma-pelajar-baru-sesi-januari-2019.html

MINGGU PARA 2019

 

Bachok, 14 Januari 2019- IKTBN Bachok telah selesai menjalankan Minggu Paradigma Pelajar baru bagi Sesi Januari 2019 yang telah berakhir pada hari Jumaat 11 Januari 2019.

Program ini telah berjalan bermula dari 07 Januari 2019 (Isnin) selepas pendaftaran selesai dijalankan. Pelbagai program telah dijalankan bagi membolehkan para pelajar mengenali rakan-rakan dan juga IKTBN Bachok dengan lebih dekat.Bermula dengan sesi pengurusan diri dan berakhir dengan “Showcase Of Talent” yang dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris.

Selepas program Minggu Paradigma program diteruskan dengan Minggu Keselamatan.  Semoga ilmu dan pengetahuan yang diberikan semasa Program Minggu Paradigma berjalan memberi manfaat dan panduan yang berguna kepada semua pelajar.Tahniah kerana berjaya menghabiskan minggu paradigma dengan jayanya.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin 

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Mon, 14 Jan 2019 09:20:30 +0800
MAJLIS PENYERAHAN PELAJAR IKTBN BACHOK http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2820-majlis-penyerahan-pelajar-iktbn-bachok.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2820-majlis-penyerahan-pelajar-iktbn-bachok.html

PENYERAHAN PELAJAR

 

Bachok, 14 Januari 2019 – Selesai sudah Minggu Paradigma Pelajar dan satu Majlis Penyerahan Pelajar kepada 04 bengkel yang mengambil pelajar pada sesi ini telah diadakan pada 13 Januari 2019 dengan disaksikan oleh pegawai, kakitangan dan semua pelajar Baru IKTBN Bachok.

Tiada bidang yang telah mencapai kuota yang ditetapkan sehubungan dengan itu panggilan kedua dijangka akan dilaksanakan pada 21 Januari 2019. Bagi belia-belia yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang kemahiran terutamanya di Bidang Kejuruteraan Awam dan Automotif yang dibuka pengambilan pada sesi kali ini bolehlah hadir ke IKTBN Bachok untuk memohon. Kepada semua pelajar baru ambillah peluang yang diberikan ini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu yang akan diberikan oleh pengajar-pengajar.

Jadikanlah peluang yang diberikan ini sebagai satu dorongan untuk berjaya di masa akan datang dan jangan lah pula mensia-siakan peluang yang diberikan ini. Selamat Maju jaya dan selamat menjalani Latihan Kemahiran di IKTBN Bachok.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin 

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Mon, 14 Jan 2019 08:53:12 +0800
SELAMAT DATANG KE IKTBN BACHOK http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2819-selamat-datang-ke-iktbn-bachok.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2819-selamat-datang-ke-iktbn-bachok.html

PENDAFTARAN SESI 12019

Bachok, 14 Januari 2019 - Pada hari Isnin 07 Januari 2019 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok telah menerima Pelajar baru bagi Sesi Januari 2019 seramai 65 orang pelajar.

Pada sesi ini IKTBN Bachok hanya mengambil 04 jurusan sahaja dengan kuota sebanyak 115 orang pelajar. Pada pendaftaran pertama yang dilaksanakan pada 07 Januari 2019 seramai 65 orang pelajar telah melapor diri yang melibatkan 59 pelajar lelaki dan 06 orang pelajar wanita.Pihak IKTBN Bachok mengucapkan selamat datang dan selamat menjalani latihan kemahiran.

Panggilan kedua dijangka akan diadakan pada 21 Januari 2019 bagi memenuhi kuota yang telah ditetapkan. Selamat menempuh kehidupan sebagai seorang pelajar di IKTBN Bachok.Semoga semua pelajar yang melapor diri akan tamat pengajian dengan jayanya nanti dan tidak separuh jalan.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Mon, 14 Jan 2019 08:51:18 +0800
IKTBN Bachok Lulus Audit Stage 2 MS ISO 9001:2015 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2755-iktbn-bachok-lulus-audit-stage-2-ms-iso-9001-2015.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2755-iktbn-bachok-lulus-audit-stage-2-ms-iso-9001-2015.html

AUDIT ISO2

Bachok, 05 Disember 2018 – Tahniah dan syabas diucapkan kepada Team ISO IKTBN Bachok kerana lulus dengan Cemerlang dalam audit “Stage 2” persijilan semula dan menaik taraf MS ISO 9001:2008 kepada MS ISO 9001:2015 yang telah berlangsung pada 26 dan 27 November 2018.

Pihak SIRIM telah menghantar 02 orang pegawai bagi menjalankan Audit yang diketuai oleh puan Maznah Bt Mat Isa dengan dibantu oleh encik Mahmud Rizal Bin Othman. Audit yang dijalankan adalah melibatkan semakan dan pemeriksaan terhadap dokumen-dokumen yang berkaitan dengan sistem pengurusan kualiti yang diguna pakai di Institut. Sesi lawatan ke tempat-tempat yang menjalankan prosuder juga dijalankan seperti asrama, dewan makan dan juga bengkel-bengkel yang berkaitan.

Pihak Pengurusan Tertinggi IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih dan syabas diucapkan kepada Team ISO yang berjaya menjalankan amanah yang telah diberikan dengan sebaiknya dimana tiada “NCR” diberikan dan hanya 04 “OFI” yang diberikan oleh pihak Audit. TAHNIAH IKTBN BACHOK.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Wed, 05 Dec 2018 16:37:41 +0800
FREEWIL AUTO SAMPAIKAN TAKLIMAT KERJAYA KEPADA PELAJAR IKTBN BACHOK http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2751-freewil-auto-sampaikan-taklimat-kerjaya-kepada-pelajar-iktbn-bachok.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2751-freewil-auto-sampaikan-taklimat-kerjaya-kepada-pelajar-iktbn-bachok.html

TAKLIMAT FREEWIL

Bachok, 05 Disember 2018 – Setelah menandatangani MOU dengan IKTBN Bachok pada minggu sebelumnya pihak Freewil Auto dengan berbesar hati untuk memberikan taklimat dan peluang kerjaya yang ditawarkan oleh pihak mereka.

Taklimat yang disampaikan amat berguna kepada pelajar-pelajar yang akan menamatkan pengajian kerana penerangan yang diberikan merangkumi cara-cara menghadapi temuduga.Terima kasih diucapkan kepada pihak syarikat yang sudi memberikan perkongsian ilmu yang amat berguna ini kepada pelajar IKTBN Bachok.

Pihak IKTBN Bachok berharap pihak syarikat akan sentiasa memberikan taklimat kepada pelajar-pelajar apabila diminta pada masa akan datang.Semoga program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Wed, 05 Dec 2018 10:10:55 +0800
Kursus Pemantapan Pengurusan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2750-kursus-pemantapan-pengurusan-operasi-anugerah-remaja-perdana-rakan-muda.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/2750-kursus-pemantapan-pengurusan-operasi-anugerah-remaja-perdana-rakan-muda.html

ARPKURSUS

Bachok, 05 Disember 2018 – Cawangan Pembangunan Sahsiah IKTBN Bachok telah berjaya melaksanakan Kursus Pemantapan Pengurusan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.

Kursus ini telah dilaksanakan selama 02 hari yang bermula pada 21 hingga 22 November 2018 dengan dihadiri oleh 25 orang peserta.Objektif utama Kursus ini diadakan adalah bagi melahirkan lebih ramai lagi pemimpin, mentor, penyelaras dan penilai ARP di IKTBN Bachok.

Selain itu objektif kursus ini juga adalah bagi memantap kepimpinan dan kaedah pengoperasian Badan Operasi ARP serta mengenalpasti cara-cara untuk mengatasi atau meminimakan masalah yang timbul dalam pelaksanaan program ARP di IKTBN Bachok.Semoga kursus seperti ini akan diadakan lagi pada masa hadapan. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Wed, 05 Dec 2018 10:09:13 +0800