Laman Utama http://kemahiran.kbs.gov.my Sun, 29 Mar 2020 17:18:13 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my BENGKEL PEMBANGUNAN KERTAS PENILAIAN TEKNIKAL http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1822-bengkel-pembangunan-kertas-penilaian-teknikal.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1822-bengkel-pembangunan-kertas-penilaian-teknikal.html

BENGKELTEKNIKAL

Bachok, 12 Februari 2018 - Bahagian Penyelarasan dan Kawalan Kualiti IKTBN Bachok telah mengambil iniasitif bagi melicinkan proses pembelajaran pada tahun ini dengan mengadakan Bengkel Pembagunan Kertas Penilaian Teknikal bermula pada 05 hingga 08 Februari 2018.

Bengkel ini bertujuan menyiapkan kertas penilaian teknikal untuk digunakan pada tahun ini bagi memastikan pembelajaran pelajar berjalan dengan lancar dan teratur. Bengkel ini melibatkan semua jurusan yang ditawarkan di IKTBN Bachok kecuali bidang yang menawarkan sijil JKKP seperti Pengendalian Kren Menara dan Scaffolding .

Bagi memastikan bengkel berjalan lancar tanpa ada gangguan ianya telah dilaksanakan di Institut Pembangunan Modal Insan Zon Timur di Kota Bharu.Bengkel ini melibatkan pengajar dan juga pegawai pengesah dalaman (PPD) di IKTBN Bachok seramai 25 orang. Pihak IKTBN Bachok berharap bengkel ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Mon, 12 Feb 2018 09:55:44 +0800
TRANSFORMASI NASIONAL 2050 DAN GREEN TECHNOLOGY MASTER PLAN (GTMP) MALAYSIA 2017 - 2030 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1821-transformasi-nasional-2050-dan-green-technology-master-plan-gtmp-malaysia-2017-2030.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1821-transformasi-nasional-2050-dan-green-technology-master-plan-gtmp-malaysia-2017-2030.html

KETTA

Bachok, 12 Februari 2018 – IKTBN Bachok melalui Cawangan Pembangunan Sahsiah & Ko-Kurikulum HEP telah menghantar peserta ke program Transformasi Nasional 2050 Dan Green Technology Master Plan (GTMP) Malaysia 2017 – 2030 yang telah dianjurkan oleh Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air dan telah diadakan di Kelantan Trade Centre pada 04 Februari 2018 (Ahad).

Pihak IKTBN bachok telah menghantar seramai 44 orang pelajar dan seorang pegawai bagi memeriahkan lagi program ini.Program ini telah menampilkan Fizo Omar sebagai moderator. Program ini juga diahadiri sendiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air (KETTHA) Dato’ Seri Ir. Dr Zaini Bin Ujang.Semoga dengan kehadiran ke program ini pelajar yang terpilih mendapat pengalaman dan manfaat yang berguna untuk digunakan pada masa hadapan.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Mon, 12 Feb 2018 09:51:40 +0800
PERJUMPAAN KHAS SYARIKAT MRL DAN CCC DENGAN PELATIH PLKI-ECRL http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1820-perjumpaan-khas-syarikat-mrl-dan-ccc-dengan-pelatih-plki-ecrl.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1820-perjumpaan-khas-syarikat-mrl-dan-ccc-dengan-pelatih-plki-ecrl.html

PLKI2

 

Bachok, 11 Februari 2018 – Syarikat Malaysia Rail Link (MRL) dan Chinese Communication Contructions (CCC) telah hadir ke IKTBN Bachok pada 08 Februari 2018 (Khamis) menyampaikan taklimat kepada Pelatih PLKI-ECRL yang telah selesai menamatkan latihan.

Seramai 52 orang pelajar pertama bagi program tersebut telah lulus dengan jayanya kursus yang khas dijalankan di IKTBN Bachok bagi mengisi kekosongan jawatan di dalam Projek ECRL. Pihak MRL dan CCC telah menghantar seramai 04 orang pegawai bagi menyampaikan taklimat berkaitan dengan kerjaya,syarat-syarat, terma kontrak dan prosedur kerja.

Pelatih juga dimaklumkan bahawa tarikh masuk kerja mereka berkuatkuasa pada 26 Mac 2018. Bagi membolehkan mereka diserap sebagai pekerja tetap mereka perlu mengikut syarat dan kontrak yang akan diberikan nanti. Tahniah dan syabas diucapakan kepada semua pelatih PLKI-ECRL kerana berjaya menamatkan latihan dengan jayanya.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Sun, 11 Feb 2018 16:34:49 +0800
PROGRAM SEMARAK IMAN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1819-program-semarak-iman.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1819-program-semarak-iman.html

KEMBARA

Bachok, 11 Februari 2018 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar melalui Cawangan Pembangunan Sahsiah & Ko-Kurikulum dengan kerjasama Jawatakuasa Surau As-Sallam IKTBN Bachok telah mengadakan program Khas kepada pelajar yang diberi nama “Semarak Iman”.

Bagi program pertama kali dilaksanakan ini seramai 20 orang pelajar telah menyertai Program ini. Program ini dilaksanakan selama 02 hari 01 malam dengan pengisian aktiviti-aktiviti berbentuk ilmiah. Program ini dilaksanakan di Masjid Teluk Renjuna, Tumpat, Kelantan bermula bacaan Yassin dan Tahlil bersama penduduk.

Antara pengisian program adalah ziarah Iman dari rumah ke beberapa buah rumah diatas Pulau Renjuna, tazkirah, bacaan hadis dan Al-Quran serta Qimullai. Selain itu pelajar juga didedahkan dengan aktitivi survival dengan memasak makanan sendiri semasa program berlangsung. Aktiviti ini diharap dapat diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ianya sangat bermanfaat kepada jati diri pelajar.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Sun, 11 Feb 2018 16:30:57 +0800
IKTBN BACHOK JAYAKAN PROGRAM MY FUTURE DAN HARI KERJAYA SIRI 15/2018 DI KEM PLKN CAN CUN PARK, PASIR MAS, KELANTAN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1810-iktbn-bachok-jayakan-program-my-future-dan-hari-kerjaya-siri-15-2018-di-kem-plkn-can-cun-park-pasir-mas-kelantan.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1810-iktbn-bachok-jayakan-program-my-future-dan-hari-kerjaya-siri-15-2018-di-kem-plkn-can-cun-park-pasir-mas-kelantan.html

PLKN12018

Bachok, 06 Februari 2018- IKTBN Bachok melalui Unit Promosi telah menjayakan Hari Kerjaya Kumpulan 1 Siri 15/2018 peserta Program Latihan Khidmat Negara di Kem PLKN Can Cun Park, Pasir Mas, Kelantan yang telah diadakan pada hari Sabtu 03 Februari 2018.

IKTBN Bachok telah menghantar seramai 03 orang pegawai dan 04 orang pelajar ke Kem PLKN Tersebut bagi membuka “Booth” pameran seperti yang diminta oleh pihak Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.Semasa pameran diadakan pihak IKTBN Bachok juga mengadakan Demontrasi Fruit Carving dan juga mari mencuba “Lipatan Napkin” kepada peserta PLKN dan juga pengunjung yang hadir terutamanya ibu bapa kepada peserta.

Sepanjang program berlangsung “Booth” pameran IKTBN Bachok sentiasa dikunjungi peserta PLKN yang sangat berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran. Daripada beberapa agensi yang terlibat membuka “Booth” pada hari tersebut IKTBN Bachok merupakan “Booth” yang paling popular dikalangan peserta PLKN. Pihak IKTBN Bachok berharap dengan pameran dan demonstrasi yang diberikan akan membantu peserta membuat pilihan yang terbaik dalam memilih Institusi bagi melanjutkan pelajaran.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Tue, 06 Feb 2018 11:15:40 +0800
PERHIMPUNAN MESRA BULANAN IKTBN BACHOK BAGI BULAN JANUARI 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1809-perhimpunan-mesra-bulanan-iktbn-bachok-bagi-bulan-januari-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1809-perhimpunan-mesra-bulanan-iktbn-bachok-bagi-bulan-januari-2018.html

pb12018

Bachok, 06 Februari 2018- IKTBN Bachok telah mengadakan Perhimpunan Bulanan yang ke pertama bagi tahun 2018. Tuan rumah bagi penganjuran perhimpunan kali ini adalah Jabatan Teknologi Automotif.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil pelajar Automotif seterusnya penyampaian maklumat mnengenai aktiviti semasa yang telah berlangsung dan akan berlangsung untuk makluman semua warga IKTBN Bachok.Perhimpunan pertama tahun ini diadakan di surau As-Salam IKTBN Bachok.

Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan dan amanat dari Pengarah IKTBN Bachok Tuan Ab. Rashid Bin Hj Deraman. Selepas selesai amanat dari Pengarah IKTBN Bachok majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan bilik terbersih bagi bulan Januari 2018 dan sumbangan hari lahir oleh pihak Kelab Kakitangan IKTBN Bachok kepada pegawai yang menyambut hari lahir pada dari bulan November 2017 hingga Februari 2018.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Tue, 06 Feb 2018 11:14:09 +0800
DATO’ LOKMAN HAKIM BIN ALI ADAKAN LAWATAN KE IKTBN BACHOK http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1808-dato-lokman-hakim-bin-ali-adakan-lawatan-ke-iktbn-bachok.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1808-dato-lokman-hakim-bin-ali-adakan-lawatan-ke-iktbn-bachok.html

DATO

Bachok, 06 Februari 2018 – Dato’ Lokman Hakim Bin Ali Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia telah mengadakan lawatan ke IKTBN Bachok pada hari Khamis (01 Februari 2018).

Beliau hadir untuk melihat sendiri proses pembelajaran pelajar di IKTBN Bachok dengan membuat lawatan ke Bengkel Lukisan Senibina dan juga bengkel Penyediaan Makanan dan Pastri.Beliau juga beramah mesra dengan pelajar-pelajar semasa sesi lawtan tersebut.

Walaupun lawatan belia amat singkat ianya amat memberi kesan kepada pelajar-pelajar kerana pengurusan tertinggi Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia amat mengambil berat tentang pembelajarn mereka. Terima kasih Dato’ kerana sudi melawat IKTBN Bachok.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Tue, 06 Feb 2018 09:47:54 +0800
KETUA PENGARAH BPKB KBS HADIRI MAJLIS RAMAH MESRA DENGAN PELATIH PLKI-ECRL http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1807-ketua-pengarah-bpkb-kbs-hadiri-majlis-ramah-mesra-dengan-pelatih-plki-ecrl.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1807-ketua-pengarah-bpkb-kbs-hadiri-majlis-ramah-mesra-dengan-pelatih-plki-ecrl.html

PLKI

Bachok, 06 Februari 2018 – Ybrs Dr. Hajah Wasitah Bt Mohd Yusof Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia telah hadir ke Kelantan bagi menghadiri majlis ramah mesra bersama dengan pelatih-pelatih program PLKI-ECRL.

Majlis yang berlangsung pada 02 Februari 2018 (Jumaat) ini diadakan bagi meraikan pelatih pertama program PLKI-ECRL yang berjaya menamatkan latihan selama 2 bulan dengan modul latihan yang memenuhi kehendak industri. Pelatih-pelatih yang menamatkan latihan dijamin pekerjaan oleh pihak China Communications Construction Company (CCCC).

Semoga semua yang telah berjaya melalui program ini dapat membuktikan kepada semua bahawa kita dapat menjadi pekerja mahir yang terbaik di dalam projek mega seperti ECRL ini. Itulah antara intipati ucapan Ybrs Dr. KP (BPKB) semasa majlis ramah mesra tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis ini secara langsung atau tidak langsung. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelatih PLKI-ECRL kerana berjaya menamatkan latihan dengan jayanya.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Tue, 06 Feb 2018 09:44:30 +0800
IKTBN BACHOK SERTAI KEJOHANAN BOLA SEPAK 09 SEBELAH (PIALA MAAPA) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1784-iktbn-bachok-sertai-kejohanan-bola-sepak-09-sebelah-piala-maapa.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1784-iktbn-bachok-sertai-kejohanan-bola-sepak-09-sebelah-piala-maapa.html

maapa

Bachok, 01 Februari 2018 – Pasukan Bola Sepak IKTBN Bachok telah mengorak langkah bagi menaikkan nama IKTBN Bachok dengan menyertai Kejohanan Bola Sepak 09 Sebelah (Piala Maapa) yang telah berlangsung pada 26 dan 27 Januari 2018 yang lepas.

Sebanyak 70 pasukan dari seluruh daerah di negeri Kelantan telah menyertai kejohanan ini.Walaupun menjadi johan di peringkat kumpulan pasukan bola sepak IKTBN Bachok gagal melepasi saingan di suku akhir apabila tewas 0 - 1 kepada pasukan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang seterusnya menjadi johan kejohanan ini.

Walaupun tewas semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh pasukan bola sepak IKTBN Bachok cukup membanggakan.Semoga berjaya di kejohanan-kejohanan yang akan disertai pada masa hadapan.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Thu, 01 Feb 2018 15:49:28 +0800
MESYUARAT AGONG TAHUNAN KOPERASI IKBN BACHOK BERHAD http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1783-mesyuarat-agong-tahunan-koperasi-ikbn-bachok-berhad.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/component/k2/item/1783-mesyuarat-agong-tahunan-koperasi-ikbn-bachok-berhad.html

koper

Bachok, 01 Februari 2018 – Mesyuarat Agong Tahunan Koperasi IKBN Bachok Berhad telah diadakan pada 25 Januari 2018 (Khamis) yang telah dihadiri oleh 62 orang ahli.

Matlamat utama penubuhan Koperasi adalah untuk memberi produk dan perkhidmatan terbaik kepada anggota.Mesyuarat pada kali ini di adakan di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan dan telah dirasmikan oleh Pengarah IKTBN Bachok En. Ab. Rashid Bin Hj Deraman.

Mesyuarat Agong tahunan ini diadakan bagi memilih Anggota Lembaga Koperasi yang baru diaman seramai 07 orang Ahli telah tamat tempoh sebagai Ahli Lembaga. Semoga Ahli-ahli Lembaga yang baru diplih dapat melaksanakan amanah yang diberikan dan memastikan koperasi IKBN Bachok Berhad memperoleh keuntungan dan kejayaan.

 

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

]]>
ikbn_bachok@kbs.gov.my (IKTBN Bachok Admin) IKTBN Bachok Thu, 01 Feb 2018 15:47:29 +0800