Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKTBN Miri

IKTBN Miri (89)

Isnin, 09 March 2020 08:11

Program Pembersihan Pantai Lutong

Written by

MIRI: Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Iwan & DID team, En. Shahriman & IKBN team, En. Musif & ILP team, En. Marni & team, Cikgu Paul & KV Team, En. Awg Awi dari Kesihatan, LSSS, ENG, PH, Pentadbiran Am dan semua yang terlibat secara langsung & tidak langsung di dalam Program Pembersihan Pantai Lutong pagi tadi. Semoga dapat kerjasama yang serupa di masa akan datang.

MIRI: Perbincangan & perancangan bersama Syarikat Remang Offshore Supplies Sdn Bhd, syarikat kerjasama untuk Program Bootcamp Geran Padanan Offshore Catering Crew yang dijadual bermula 01-30 Julai 2020 bagi pelajar/belia lepasan bidang Hospitaliti. Perbincangan dihadiri oleh Pn. Brenda (KJ Hospitaliti), En. Jet Li (Advisor Remang), En. Sami Nanang (Business Development Manager) dan En David (HR Manager) pada 4 Mac 2020.

MIRI: Pada 2 dan 3 Mac 2020 IKBN Miri telah menerima lawatan Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015 oleh pihak SIRIM. Lawatan bertujuan untuk memantau pelaksanaan ISO di IKBN Miri setelah berjaya memperoleh pensijilan pada Mei 2019. Auditor yang ditugaskan oleh SIRIM, Tn Hj Mohamad Abdul Kadir bin Johari telah melawat Jabatan Hospitaliti, Bahagian Penyelenggaraan Industri dan Penyelenggaraan Kereta. Terima kasih kepada semua pegawai yang telah memberikan kerjasama yang terbaik bagi menjayakan lawatan audit ini. IKBN Miri berjaya mengekalkan pensijilan dan tidak diberikan sebarang NCR oleh auditor. Syabas dan tahniah kepada semua!

MIRI: Program Komponan Penjelajahan Lasak Pingat Gangsa IKBN Miri di Canada Hill Miri pada 29 Feb 2020 (Sabtu). Penjelajahan bermula dari Kg. Lereng Bukit – Kg. Hj. Wahid – Canada Hill Miri yang disertai oleh 28 orang pelajar dan 10 orang pegawai pengiring.

MIRI: Program Komponan Penjelajahan Lasak Pingat Gangsa IKBN Miri di Pantai Tusan, Bekenu pada 22 Feb 2020 (Sabtu). Perjalanan bermula dari Pantai Tusan ke Pantai Bungai, Bekenu yang disertai oleh 40 orang pelajar dan 10 orang pegawai pengiring.

MIRI: Program Komponan Penjelajahan Lasak Pingat Gangsa IKBN Miri di Canada Hill Miri pada 18 Feb 2020 (Sabtu). Penjelajahan bermula dari Kg. Lereng Bukit – Kg. Hj. Wahid – Canada Hill Miri yang disertai seramai 45 orang pelajar dan 10 pegawai pengiring.

MIRI: Perhimpunan Bulanan IKBN Miri yang dianjurkan oleh Jabatan Automotif & Majlis Perpisahan Pegawai telah diadakan dengan jayanya pada 07.02.2020 (Jumaat) bertempat di Dewan Hospitaliti, IKBN Miri. Bermula tahun 2020 ini, IKBN Miri menggunakan sistem imbasan QR untuk kehadiran para pegawai dan memuat turun buku program.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku, bacaan ikrar dan doa.
Seterusnya, Penyampaian Taklimat Pemantauan Audit SIRIM disampaikan oleh En. Khairol Amri bin Nordin dan ucapan perpisahan daripada Ketua Bahagian Semburan Cat, En. Mohd Farouk bin Haji Hashim yang akan berpindah ke ADTEC Jerantut, Pahang. Semoga beliau dan keluarga dilindungi dan maju jaya di tempat baru.
YBrs Tn. Pengarah IKBN Miri, En. Lamat anak Nyalau juga telah memberikan ucapan dan amanat kepada semua pegawai dan seterusnya menyampaikan hadiah kenangan kepada En. Mohd Farouk dan sijil penghargaan kepada pegawai yang mendapat Anugerah Pekerja Terbaik Bulan Januari, Ustaz Muhammed Azizul Bahri bin Razali. Tahniah diucapkan.
Sumbangan kemasukan wad dari pihak KESKEB kepada ahli KESKEB yang terlibat juga disampaikan.
Sesi bergambar bersama Pengarah dibuat selepas selesai perhimpunan.

MIRI: Pertandingan PRA Worldskills Malaysia Belia (WSMB) bagi bidang Restaurant Service dan Cooking telah berlangsung dengan jayanya pada 23 - 24 April 2019 yang telah diadakan di Jabatan Hospitaliti, IKBN Miri Sarawak.

Seramai 2 orang hakim telah membuat penilaian bagi bidang Cooking dan 2 orang hakim bagi bidang Restaurant Service semasa pertandingan berlangsung.

MIRI: Majlis Penyerahan Pelajar dan Majlis Penutupan Minggu Paradigma sesi 1/2019 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Serbaguna IKBN Miri.

YBrs Tn. Lamat anak Nyalau,Pengarah IKBN Miri telah memberikan ucapan dan amanat kepada para pelajar baharu.

Semoga pelajar baharu dapat memberikan sepenuh komitmen dan lebih bersemangat untuk belajar di IKBN Miri.


Selasa, 15 January 2019 09:46

MINGGU PARADIGMA PELAJAR BAHARU IKBN MIRI

Written by

MIRI: Sekitar suasana Minggu Paradigma Pelajar Baru (P33) IKBN Miri yang berlangsung selama satu minggu bermula 7 Januari 2019 dan akan berakhir pada 13 Januari 2019.

Halaman 1 dari 7