Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Jitra

IKBN Jitra (114)

SEBUT HARGA KERJA-KERJA SELENGGARAAN SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK DI DEWAN IBNU KHALDUN INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) JITRA

 

Ahad, 01 September 2019 09:25

SALAM MAAL HIJRAH 1441H/2019

Written by

SALAM MAAL HIJRAH 1441H/2019

Seluruh warga Institut kemahiran Belia Negara (IKBN ) Jitra mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1441H/2019 kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam khususnya.

“Negara Rahmah, Ummah Sejahtera”

Semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum memeriahkan sambutan Ambang Merdeka 2019 di seluruh pelosok negara pada tahun ini.

Tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama, orang ramai memenuhi lokasi-lokasi sambutan sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan sorakan dan nyanyian penuh semangat patriotik sebagai sebuah ‘keluarga’.

Kami Warga IKBN Jitra Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke-62..Sayangi Melaysiaku : Malaysia Bersih

Khamis, 29 August 2019 09:02

Program Larian Anak Merdeka 2019

Written by

29 Ogos 2019- Tahniah kepada pelajar jurusan penyelenggaraan motosikal semester tiga kerana berjaya menganjurkan Program Larian Anak Merdeka 2019

 

Jumaat, 23 August 2019 08:57

Program Fisioterapi Solat IKBN Jitra

Written by

23 Ogos 2019 - Unit Agama Bina Insan telah berjaya menganjurkan Program Fisioterapi Solat kepada pelajar-pelajar semester satu. Antara pengisian program adalah amali rukun solat, LDK dan amali-amali lain berkenaan ibadah solat

 

24 Ogos 2019 - Seramai 122 orang pelajar Semester Satu IKBN Jitra telah menyertai Program Khidmat Masyarakat di Taman Eko Rimba Bukit Wang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah membersih tandas, kawasan rehat dan mengutip sampah.

Pengambilan Fasa 2 Program Bootcamp KBS (IKBN Jitra - ACM)

Jommm!!!!! Jgn lepas peluang keemasan ini... Cepat-cepat hantar dokumen yang diperlukan ke Bahagian Sumber Manusia Aerospace Composites Malaysia Sdn. Bhd. (ACM)

 

8 Ogos 2019 -IKBN Jitra telah menganjurkan kursus in house training (Pattern Drafting Course) bermula 4 hingga 8 Ogos 2019.Turut serta pengajar - pengajar dari IKBN Peretak, Wakaf Tapai dan Tanah Merah. Kursus ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran memanipulasi pola supaya para pengajar dapat menyampaikan latihan kemahiran yang terbaik kepada para pelajar.Turut diselitkan slot jahitan kreatif sebagai satu penggalakkan kepada para pengajar untuk menghasilkan produk - produk yang boleh dikomersialkan.

IKBN Jitra terus komited untuk memberikan latihan yang terbaik.

Khamis, 08 August 2019 08:37

Program Menderma Darah Di Dewan IKBN Jitra

Written by

8 Ogos 2019, Khamis - Bertempat di Dewan Ibnu Sina IKBN Jitra,satu program derma darah telah diadakan pada jam 9 pagi,30 Ogos 2019. Para pelajar IKBN Jitra diterapkan dengan aktiviti khidmat masyarakat melalui program menderma darah hasil kerjasama Jabatan Perubatan Tranfusi Hospital Sultanah Bahiyah.

 

Rabu, 07 August 2019 08:31

KLINIK EKSA IKBN JITRA

Written by

7 Ogos 2019, Rabu - Klinik EKSA IKBN Jitra telah diadakan di perpustakaan IKBN Jitra.Taklimat  Klinik Eksa ini telah disampaikan  oleh Encik Raman Musbah dari IKBN Sri Iskandar

 

Halaman 1 dari 9
 
Find us on Facebook
Follow Us