Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

Displaying items by tag: CSR

Isnin, 09 November 2020 16:13

PROGRAM IMPAK ILKBS@KOMUNITI 1/2020

2-6 November 2020 . Satu Program Impak ILKBS @ Komuniti Siri 1 bagi tahun 2020 anjuran Cawangan Pengurusan Pelajar(CPP), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) bekerjasama bersama  Jurusan Teknologi Automotif Penyelenggaraan dan Jurusan Semburan Cat telah dilaksanakan di Bengkel 2 dan Bengkel 3 IKTBN Temerloh.

Objektif utama program ini adalah untuk IKTBN Temerloh sebagai pusat latihan memberi khidmat kepada komuniti setempat atau juga dikenali sebagai Program Sosial Koperat (CSR). Selain daripada itu, program ini juga adalag bertujuan untuk mempromosikan institut ini kepada penduduk setempat. Melalui program ini, peserta program yang terdiri daripada pelajar dan pelatih serta pegawai di institut ini memberi perkhidmatan menyelenggara dan membersihkan van jenazah daripada kampung berdekatan. Sebanyak 15 buah van adalah daripada sekitar mukim Daerah Temerloh antaranya daripada Masjid Kg. Bintang , Masjid Kg. Lipat Kajang, Masjid Kuala Mai , Kg. Tebal, Kg. Sg. Buloh , Kg. Dato’ Shariff , Masjid Abu Bakar , Tanjong Kerayong , Masjid Kg. Mempatih , Kg. Paya Luas , Temerloh Jaya , Kg. Bolok , Masjid Omar Abdul Aziz dan Kuala Krau.

Turut diselitkan adalah Program Inkubator Car Wash oleh pelajar Jurusan Semburan Cat setelah van jenazah tersebut diselenggara dan sebelum penyerahan kepada pemilik masing-masing. Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua Tok Penghulu Daerah Temerloh di atas kerjasama yang telah diberikan kepada pihak IKTBN Temerloh.  

Published in IKTBN Temerloh