Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

CHEMBONG, 10 Mac 2020 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menerima kunjungan daripada Ketua Jabatan Teknologi Awam dan tenaga pengajar bidang Landskap Pembinaan serta pegawai daripada Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti, Insitut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat, Selangor.

Jalinan kerjasama ini adalah bagi melancarkan proses pentauliahan kursus Landskap Pembinaan yang menggunakan NOSS baharu di IKBN Kuala Langat. Sesi perkongsian ini merangkumi persediaan dokumentasi, peralatan dan mesin.

Semoga kunjungan ini dapat memberikan manfaat ke pada IKBN Kuala Langat di dalam mendapatkan pentauliahan bagi kursus Landskap Pembinaan.

 

Berita disediakan oleh

Ruzanna binti Robuan
Ketua Jabatan Teknologi Automotif

 

 

 

KUALA LUMPUR, 5 Mac 2020 –Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuat lawatan ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur sempena Hari Kraf Kebangsaan (HKK2020) pada tahun ini yang bertemakan “Kraf Memperkasa Sosio Ekonomi Rakyat”.

Seramai 36 orang pelajar dari Bahagian Teknologi Lukisan Senibina dan Bahagian Teknologi Landskap Pembinaan telah mengikuti lawatan ini, dengan diiringi oleh 3 orang pegawai. Pegawai dan pelajar telah dibawa melawat dan diberi peluang untuk mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Lawatan Khidmat Iring yang disediakan.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan di antaranya demonstrasi kraf, persembahan kesenian, jualan produk kraf dan pameran. Semoga para pelajar dapat menggunakan ilmu dan pengalaman daripada lawatan ini didalam sesi pembelajaran dan secara praktikal.

 

Berita disediakan oleh 

Ruzanna binti Robuan
Ketua Jabatan Teknologi Awam

 

KUALA LUMPUR, 29 Februari 2020 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah membuat lawatan ke Hari Landskap Negara pada tahun ini yang bertemakan “Generasi Muda Mencorak Landskap Negara” di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Seramai 19 orang pelajar telah mengikuti lawatan ini, dengan diiringi oleh tiga orang pegawai. Para pelajar dapat melihat jenis-jenis pokok dan cara hiasan landskap di sana. Semoga para pelajar dapat menggunakan ilmu dan pengalaman daripada lawatan ini di dalam sesi pembelajaran dan secara praktikal. 

 

 

 

CHEMBONG, 25 Feb. 2020 - IKTBN Chembong telah dikunjungi oleh pasukan panel penilai yang diketuai oleh Haji Borhan bin Harman jemputan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Churemi bin Sairi dari Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Noriana binti Md Yassin dari Unit Audit Dalam (UAD), Faridah binti Ismail dari Bahagian Pembangunan Maklumat (BPM), Mohad Fazli bin Jamal dari BPKB dan Fadhilah binti Mohd Yasin dari UAD.

Penilaian bertumpu kepada pengurusan pembelajaran dan pengajaran, KPI Institut, pengurusan hal ehwal pelajar, pengurusan pentadbiran, pengurusan keselamatan perlindungan, pengurusan kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi. 

Terima kasih diucapkan kepada semua panel yang telah berkongsi pengalaman berhubung bidang kepakaran masing-masing. Syabas diucapkan kepada warga Institut yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada sesi penilaian sepanjang 24 hingga 25 Februari 2020.

 

 

 

PUTRAJAYA : 09 Jan 2020 - KBS melalui wakil Cawangan Kerjasama Strategik, BPKB bersama tiga wakil Cawangan Hubungan Industri masing-masing dari IKTBN Chembong, IKTBN Dusun Tua dan IKBN Kuala Perlis telah melakukan kunjungan hormat ke Volvo Malaysia Sdn Bhd bagi membincangkan pelaksanaan bentuk kerjasama yang telah dimaterai sebelum ini.

Perbincangan ini lebih kepada perangkaan pelaksanaan yang akan dilakukan pada Tahun 2020 yang melibatkan lima ILKBS yang mempunyai bidang automotif (Kenderaan Perdagangan). Antara agenda yang dibincangkan termasuk penempatan serta tempoh bagi pelajar menjalankan latihan industri yang melibatkan beberapa lokasi. Turut dibincangkan adalah berkaitan tawaran lawatan industri kepada pengajar dan pelajar untuk beri pendedahan kepada suasana dan cabaran bekerja di Volvo. Agenda terakhir yang dibincangkan adalah pelaksanaan latihan oleh syarikat terhadap pengajar bagi berkongsi teknologi terkini yang digunapakai untuk disampaikan kepada pelajar. Semoga kerjasama yang dimaterai oleh kedua-dua pihak dapat dicapai bagi memartabatkan pelaksanaan TVET di ILKBS.

Rabu, 27 November 2019 17:37

KURSUS INOVASI BAJA ORGANIK

Chembong, 26 November 2019 - Kursus Inovasi Baja Organik telah diadakan di Bengkel Lanskap, Teknologi Awam selama 2 hari bermula 25 hingga 26 November. Tujuan diadakan kursus berkenaan adalah untuk mempelajari jenis dan mikroorganisma baja organik, kaedah pengumpulan sisa makanan yang betul seterusnya menghasilkan baja berkenaan.

kursus baja

Isnin, 25 November 2019 15:41

IKTBNCB Hasilkan Trem

Ayer Hitam , 24 NOVEMBER 2019 – Majlis penyerahan trem oleh Pengarah IKTBN Chembong, Tn. Haji Johari bin Mohamad Tahar kepada Pengarah Institut Pertanian Ayer Hitam (IPAH) telah berlangsung di Karnival Institut Pertanian Ayer Hitam 2019. Trem yang bersaiz 14’ x 8’ itu boleh memuatkan sehingga 24 orang penumpang telah berjaya disiapkan oleh pengajar dan pelajar IKTBN Chembong di bawah program job order Tabung Amanah Latihan Khas ILKBS.

ipah

Khamis, 21 November 2019 16:41

PROMOSI PENGAMBILAN PELATIH SESI 2020

Chembong, 20 NOVEMBER 2019 – Seramai 18 orang Pengerusi atau wakil daripada 45 MPKK seluruh Parlimen Rembau dan DUN Chembong serta DUN Kota telah menerima taklimat bagi Pengambilan Sesi Januari 2020 IKTBN Chembong. Para jemputan telah diberikan taklimat berkaitan Latihan Kemahiran yang ditawarkan dan diberi peluang untuk melawat bengkel-bengkel yang terdapat di IKTBNCB. Semoga MPKK dapat bekerjasama dalam mempromosikan pengambilan pelajar kepada belia beliawanis dalam Daerah Rembau agar dapat mengambil peluang keemasan dalam mendapatkan latihan kemahiran yang berkualiti. Terima kasih atas kehadiran semua jemputan.

pengambilan 2020

 

NILAI, 20 OKTOBER 2019 – Program Menukar Minyak Hitam bersempena dengan Sambutan Bulan Sukan Negara Negeri Sembilan 2019 di Veledrom Malaysia Nilai.Terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan memberikan peluang kepada IKTBN Chembong turut serta dalam sambutan tersebut. Terima kasih juga kepada pengawai.

tukar minyak hitam


Khamis, 18 October 2018 15:25

PROGRAM GEMSTONE 2018 DI IKTBN CHEMBONG

CHEMBONG, 18 OKTOBER 2018 - Program Gemstone adalah satu program bersiri yang bertujuan untuk meningkatkan motivasi 46 orang murid Tingkatan 5 daripada SMK Dato' Sedia Raja. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah dipilih dan berbesar hati untuk bekerjasama di dalam penyediaan tempat bagi melancarkan program ini. Program ini dijalankan di Pusat Sumber IKTBN Chembong untuk memberikan suasana baru dan meningkatkan motivasi murid yang hadir.  

Halaman 1 dari 21
 
Find us on Facebook
Follow Us